• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card
    • Travel Insurance
    • Pet Insurance

Supplement, Lebih Banyak Kebaikan atau Keburukan?

Hafiqah Ali / 13/09/2019

supplement for diet

Mengenali Adakah Supplement Mengandungi Lebih Banyak Kebaikan atau Keburukan:

Supplement dan kecantikan, apa kaitannya? Sebagai wanita, sememangnya memiliki kulit wajah yang cantik menjadi kegilaan ramai sehingga ada diantaranya yang sanggup menghabiskan wang dalam jumlah yang banyak demi mendapatkan produk yang diidamkan. Terdapat pelbagai jenis supplement diet yang dihasilkan pada masa kini dan kesemuanya berfungsi untuk membekalkan nutrien tertentu kepada badan, selain daripada makanan harian kita.

Kebiasaannya, supplement hadir dalam bentuk tablet, serbuk, gel, minuman atau energy bar. Namun begitu, iklan di kaca televisyen serta radio tidak boleh dipercayai seratus peratus, apatah lagi hanya berdasarkan testimoni pembeli semata-mata yang mengatakan produk berkenaan bagus tanpa bukti saintifik ataupun pengesahan daripada mana-mana pakar dan pengamal perubatan yang diiktiraf.

Menurut Khairul Nizam Mat Nayan iaitu Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Sultanah Bahiyah, individu yang sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan tidak perlu mengambil makanan tambahan. Hal ini kerana hanya beberapa golongan tertentu seperti ibu mengandung, warga emas, kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran dan pesakit terlantar dalam jangka masa lama sahaja yang memerlukan bantuan supplement, itupun dengan pemantauan rapi daripada pakar perbatan. Katanya lagi, pengambilan supplement kebiasaannya tidak memudaratkan kesihatan dalam tempoh jangka pendek namun dikhuatiri boleh merosakkan organ dalaman bagi jangka panjang.

Untuk pengetahuan para pembaca, supplement terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

supplement types
Characters of people holding pharmaceutical icons illustration

1. Supplement vitamin dan mineral

2. Supplement khas seperti Omega-3

3. Herba dan tumbuhan

4. Pemakanan sukan

5. Kecantikan

Perkara anda perlu tahu sebelum mengambil supplement

1. Meneliti kandungan produk

Kebanyakan pembeli di luar sana kadangkala atau seringkali tidak meneliti bahan – bahan yang terdapat di dalam supplement yang dijual di toko perubatan. Perkara ini amat merisaukan kerana, kemungkinan bahwa terdapat kandungan yang tidak diiktiraf dan akan mengganggu tahap kesihatan si pemakan amatlah tinggi. Sebagai contoh, mereka yang menginginkan kulit putih kebiasaannya akan memilih jalan pantas dengan membeli produk supplement yang mengandungi glutathione.

Menurut Pakar Perunding Dermatologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Prof. Madya Dr. Adawiyah Jamil, memang secara saintifik glutathione berkesan untuk memutihkan kulit tetapi sehingga kini dos yang betul-betul sesuai masih belum dapat dikenal pasti. Namun begitu, risiko untuk pengamal bahan itu untuk menderita kanser kulit dalam tempoh 10 tahun akan datang adalah tinggi jika kerap diambil dengan dos yang berlebihan.

Kandungan kalori dan hormon tinggi

Seringkali menjadi perbahasan samada perlu atau tidak untuk mengambil supplement yang mengandungi kandungan seperti kalori atau protein terutama bagi mereka yang mengunjungi gym untuk melakukan senaman. Hakikatnya, jika anda seorang yang sudah cukup sihat dan bukan merupakan ahli sukan professional, adalah tidak perlu untuk menambah supplement ke dalam makanan harian anda.

Hal ini kerana, makanan-makanan yang kita ambil setiap hari terutama di Malaysia ini cukup tinggi kalori. Selain itu, terdapat juga produk untuk menguruskan badan yang diperbuat daripada kandungan hormone Thyroxine yang berlebihan yang seterusnya menjadi punca kepada masalah thyrotoxicosis atau terlebih hormon tiroid. Sememangnya anda akan  kurus namun didatangi dengan komplikasi lain seperti tangan kerap menggigil serta berpeluh dan juga jantung sering berdebar-debar.

Konklusi

manulife manuezmed

Pengambilan makanan tambahan mungkin dapat menunaikan impian anda untuk memiliki kulit lebih putih atau tubuh lebih kurus namun terdapat kesan sampingan untuk jangka masa yang panjang kelak. Oleh itu, lindungi kesihatan anda dengan medical card terbaru daripada Manulife iaitu ManuEz-Med! Untuk maklumat lebih lanjut, hanya layari https://products.policystreet.com/manulife/manuez/overview SEKARANG!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

How to provide first aid to a car accident victim?

What to do after a car accident?

An Overview of Personal Accident Insurance

Bahasa Malaysia

Khasiat Kismis yang Perlu Kita Tahu!

Penyakit Kanak-Kanak Paling Berbahaya Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa!

Shopping dan 5 Laman Web Paling Best di Internet!

dengkur

Dengkur dan Petua Terbaik untuk Merawatnya!

supplement

Supplement, Lebih Banyak Kebaikan atau Keburukan?

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online