Penyakit diabetes atau kencing manis, bukanlah satu perkara baru apabila membincangkan tentang topik kesihatan. Bahkan menurut laporan kesihatan yang dikeluarkan oleh Institut Diabetes Negara (Nadi) pada 2018, Malaysia merupakan negara dengan penduduk paling ramai menghidap penyakit diabetes di Asia. Dalam pada masa yang sama, laporan menyatakan bahawa bahawa sebahagian rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka menghidap diabetes sehinggalah berlakunya serangan jantung, strok serta serangan pada organ yang lain.
Panduan
- Apa itu Diabetes?
- Apakah Punca Penyakit Diabetes?
- Ketahui Simptom dan Tanda-Tanda Awal Diabetes
- Rawatan dan Langkah untuk Mengawal Penyakit
- Cara Rawatan Secara Semulajadi
- Cara Rawatan Dengan Ubatan
Berdasarkan laporan di atas, bilangan penghidap diabetes amat membimbangkan. Tambahan pula, jumlah ini dikatakan terus meningkat setiap tahun. Jadi, sudahkah anda melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui status kesihatan anda? Jika anda tergolong dalam pesakit yang menghidap diabetes, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui kerana saya yakin ramai yang belum jelas tentang situasi sebenar penyakit ini.
Apa itu Diabetes?
Sebelum kita membincangkan punca, simptom serta rawatan untuk penyakit diabetes, anda perlu tahu perkara penting mengenai masalah ini. Untuk pengetahuan anda, diabetes adalah penyakit di mana paras gula dalam darah sangat tinggi melebihi paras normal. Gula atau glukosa dalam darah dihasilkan daripada makanan yang kita makan. Insulin pula ialah sejenis hormon yang membantu peredaran glukosa dalam darah dan memberikannya tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Oleh sebab itu, jika badan anda tidak menghasilkan insulin yang cukup, glukosa tersebut akan kekal sebagai gula tidak larut dalam darah. Terdapat dua jenis kategori diabetes iaitu:
Jenis I: Tubuh badan anda tidak menghasilkan insulin
Jenis II: Badan anda tidak dapat menghasilkan atau memproses insulin dengan baik
Kadar glukosa yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Antara anggota badan serta organ yang akan mengalami masalah termasuklah mata, buah pinggang, urat saraf dan paling berbahaya, jantung. Apa yang paling dahsyat, diabetes boleh menyebabkan anda kehilangan sebahagian anggota kaki.
Apakah Punca Penyakit Diabetes?
Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada berlakunya penyakit diabetes. Faktor tersebut sedikit berbeza mengikut tahap penyakit.
Jenis 1: Menurut pakar kesihatan, diabetes Jenis I berlaku apabila sistem ketahanan atau imunisasi kita menyerang serta menghapuskan insulin yang menghasilkan beta cells dalam pankreas. Di samping itu, punca yang lain adalah genetik dan persekitaran seperti wabak atau virus. Golongan yang banyak menghidap Jenis I adalah kanak-kanak dan remaja.
Jenis 2: Jenis 2 adalah jenis yang biasa dialami oleh kebanyakan penghidap diabetes di Malaysia. Ramai saintis berpendapat bahawa faktor utamanya termasuklah amalan pengambilan makanan yang kurang sihat dan juga genetik. Kategori penyakit ini sering menyerang kanak-kanak di negara yang mempunyai kadar obesiti tinggi.
Apa yang paling mengejutkan adalah kanak-kanak juga boleh menghidap diabetes. Obesiti yang pada mulanya dijangka tidak terlalu berbahaya akhirnya akan bertukar kepada penyakit diabetes yang serius. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, lebih 7% kanak-kanak bawah lima tahun di Malaysia mengalami masalah obesiti.
Ketahui Simptom dan Tanda-Tanda Awal
Bagi penghidap Jenis 1, anda masih boleh mengenal pasti serta sedar akan gejala asas penyakit ini. Tetapi buat mereka yang diserang diabetes Jenis 2, anda mungkin perlu memeriksa dan ketahui sendiri simptom tersebut. Berikut merupakan tanda-tanda atau simptomnya:
- Seringkali berasa dahaga dan lapar
- Penghasilan air kencing yang banyak dan kerap
- Keletihan yang melampau
- Berat badan menurun secara mendadak
- Penglihatan yang kabur
- Kerap mengalami sakit kepala
- Masalah tingkah laku serta mood yang tidak normal
- Mudah mendapat jangkitan terutama pada bahagian kulit
Kebiasaannya, simptom Jenis 1 akan jelas kelihatan dalam tempoh seminggu sebelum ianya menjadi lebih serius. Manakala, tanda-tanda untuk Jenis 2 seperti yang dijelaskan di atas sangat sukar untuk dikesan. Bagi sesetengah kes, pesakit langsung tidak sedar akan tanda awal penyakit sehinggalah mereka diserang strok, sakit jantung serta masalah kronik yang lain.
Rawatan dan Langkah untuk Mengawal Penyakit
Cara Rawatan Secara Semulajadi
Penyakit kencing manis boleh dicegah daripada peringkat awal sekiranya anda mengamalkan pemakanan gaya hidup sihat. Bagi mereka yang telah disahkan menghidap diabetes, eloklah sekiranya anda bertukar ke amalan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat daripada sebelum ini. Jika dahulu anda kurang bersenam, mulai hari ini anda perlu luangkan lebih banyak masa demi kesihatan anda. Berikut merupakan rawatan secara semulajadi yang disarankan buat penghidap diabetes:
- Mandi setiap hari
- Rawat luka atau calar pada tubuh badan jika masih berlarutan dalam tempoh 2/3 hari
- Penjagaan kulit dan kaki
- Penjagaan gigi
- Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan
- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
- Hindari amalan yang memudaratkan kesihatan seperti merokok
- Pemeriksaan mata
- Elakkan minuman alkohol
Cara Rawatan Dengan Ubatan
Jenis 1
- Suntikan insulin– merupakan ubat yang sering digunakan untuk rawatan penyakit diabetes. Insulin digunakan untuk kedua-dua jenis kategori diabetes. Tetapi ia lebih kerap diguna pakai untuk Jenis 1. Selain itu, jenis suntikan pula ada beberapa pilihan termasuklah insulin bertindak cepat, pertengahan, insuslin bertindak lama serta insulin gabungan.
- Ubat amylinomimetic– selain insulin, ubat ini juga boleh digunakan untuk penghidap diabetes. Kebiasaannya, ubat ini diambil sebelum makan. Ubat ini bertujuan untuk mengurangkan proses rembesan glukosa selepas makan. Dalam pada masa yang sama, ia dapat mengurangkan selera makan anda.
Jenis 2
Berikut merupakan senarai nama ubat saintifik yang digunakan untuk merawat penyakit diabetes Jenis 2:
- Alpha-glucosidase inhibitor
- Biguanides
- Dopamine agonist
- DPP-4 inhibitor
- Glucagon like-peptides (incretin mimetics)
- Meglitinides
- Sodium glucose transporter (SGLT) 2 inhibitors
- Sulfonylureas
- Thiazolidinediones
Kesimpulan
Berdasarkan pandangan pakar kesihatan, makanan merupakan salah satu faktor utama diabetes. Amalan pengambilan makanan yang tidak seimbang bukan hanya membuatkan anda sering berasa letih dan penat tetapi juga terdedah kepada risiko penyakit yang lebih serius. Justeru itu, cubalah untuk bertukar kepada gaya hidup yang sihat jika anda sayangkan nyawa anda. Pepatah ada menyatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’. Selain pengambilan makanan yang sihat, langkah berjaga-jaga yang lain adalah dengan mengambil insurans perubatan.
Ramai yang maklum bahawa insurans perubatan amat penting bagi anda dan juga keluarga tersayang. Namun begitu, masih ramai yang belum bertindak dengan segera demi menyelamatkan nyawa mereka sendiri. Jika anda ingin mengambil insurans perubatan tetapi masih tercari-cari pelan yang sesuai, segeralah ke laman sesawang sini. Produk AXA sesuai untuk semua!
Kami di PolicyStreet juga sentiasa mengalukan sebarang pertanyaan daripada anda kerana kami mengutamakan servis yang cepat dan mudah.