
Apa yang perlu dilakukan jika anda terlibat dengan kemalangan motosikal:
Kemalangan motosikal merupakan antara kemalangan yang mempunyai statistik yang tinggi selain kereta atau kenderaan lain berdasarkan rekod daripada Jabatan Pengangkutan Jalanraya. Hal ini kerana, saiz dan reka bentuk motosikal yang lebih kecil dan terbuka secara tidak langsung telah meninggikan risiko untuk para penunggang kenderaan dua roda itu untuk terlibat dengan kemalangan.

Bagi mereka yang tidak pernah berada dalam situasi ini, langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kemalangan jalanraya mungkin dianggap mudah namun lain orang lain pendapatnya. Ianya juga bergantung kepada situasi kemalangan berlaku. Sebagai contoh, jika kemalangan motosikal berlaku di kawasan bandar, semestinya lebih mudah untuk mendapatkan bantuan kerana pelbagai kemudahan adalah berdekatan seperti balai polis dan juga bengkel. Namun, jika tragedy berlaku di daerah terpencil seperti kawasan pedalaman, pastinya proses menguruskan kemalangan motosikal tersebut menjadi agak sukar.
Oleh itu, entri ini akan membantu anda mahupun ahli keluarga atau rakan – rakan untuk bersedia dalam langkah – langkah yang perlu diambil jika terlibat dengan kemalangan motosikal kerana malang sememangnya tidak berbau jadi dengan menyediakan payung sebelum hujan adalah satu perancangan yang bijak.
Kumpulkan bukti tentang kemalangan motosikal anda

Sememangnya tidak dinafikan, sesiapa yang sedang berada di lokasi kejadian terutama mangsa akan berasa panik dan minda seakan – akan berhenti berfungsi menyebabkan kadangkala pihak yang bersalah dalam hal tersebut terlepas atau hilang begitu sahaja kerana kelalaian mangsa. Oleh itu, tarik nafas dan cepat – cepat keluarkan telefon bimbit (sekiranya masih berfungsi) dan ambil gambar keadaan sekeliling sebanyak mana yang mampu. Pastikan gambar – gambar tersebut mempunyai individu serta jenis kenderaan yang terlibat, nombor plat, kedudukan kenderaan serta bahagian kenderaan yang mengalami kerosakan. Kualiti gambar tersebut tidak perlulah sehingga HD, cukup sahaja jika ianya jelas dan boleh membantu siasatan tentang kemalangan motosikal anda kelak.
Jangan lupa minta nombor telefon

Salah satu perkara yang sering dilupakan oleh mangsa – mangsa tragedi jalan raya adalah mengambil nombor telefon individu yang terlibat dalam kemalangan motosikal tersebut. Jika kemalangan adalah langgar lari, nombor telefon mereka yang mula – mula sampai ke tempat kejadian untuk membantu anda juga adalah penting, lebih – lebih lagi jika mereka adalah saksi yang melihat kejadian daripada awal hingga akhirnya. Nombor telefon adalah sangat penting bagi membantu kes anda di samping membuktikan dakwaan anda terhadap pesalah yang telah menyebabkan kemalangan adalah benar.
Hubungi ejen insurans anda


Sebagaimana diketahui semua, insurans merupakan perkara wajib yang perlu dipenuhi oleh semua pemilik kenderaan di mana – mana negara sekalipun, tidak kira samada anda adalah penunggang motosikal ataupun pemandu kereta. Oleh itu, jangan lupa untuk menghubungi ejen insurans anda untuk mendapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan (disyorkan jika anda masih dalam keadaan terkejut) dan seterusnya melaporkan tentang kemalangan motosikal agar mereka dapat memproses tuntutan insurans anda untuk menanggung kos kemalangan motosikal tersebut.
Segera ke hospital untuk dapatkan rawatan setelah terlibat kemalangan motosikal


Sebagai mangsa kemalangan motosikal mahupun kenderaan, kecederaan samada ringan ataupun berat pastinya tidak dapat dielakkan. Maka, jangan sesekali tangguhkan diri untuk mendapatkan rawatan kerana luka yang mungkin kelihatan kecil, mempunyai risiko untuk terkena jangkitan yang boleh mendatangkan risiko untuk terdedah dengan penyakit lain sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Selain daripada itu, mangsa kemalangan adalah sangat digalakkan untuk mendapatkan rawatan di hospital sebagai salah satu bukti yang menunjukkan bahawa anda tidak mereka – reka cerita tentang kemalangan tersebut. Misal kata seorang individu terlibat dengan kemalangan pada jam 10 pagi namun hanya mendaftar di hospital pada jam 10 malam, kemungkinan untuk anda mendapatkan jumlah ganti rugi yang sedikit sahaja amatlah tinggi kerana pihak lain yang terlibat boleh mendakwa kecederaan anda berpunca daripada sebab lain dan bukannya kerana kemalangan motosikal.
Beri tumpuan kepada trak tunda semasa kemalangan motosikal


Di Malaysia ni, syarikat-syarikat trak tunda suka memaksa terutama mereka yang dalam keadaan terdesak setelah kemalangan. Dan di bandar utama seperti Kuala Lumpur, mereka akan muncul di tempat kejadian dengan pantas tanpa memberi peluang kepada mangsa kemalangan untuk berfikir panjang samada untuk bersetuju atau tidak untuk menggunakan servis mereka. Seringkali mangsa kemalangan ditipu oleh operator trak tunda yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang telah berkemalangan. Oleh itu, sebaik – baiknya hubungi ejen insurans anda sekiranya mereka mempunyai servis trak tunda tersendiri untuk mengelakkan anda menjadi mangsa trak tunda yang seterusnya.
Konklusi


Ha, bagaimana? Membantu ke tidak 5 perkara penting yang perlu dilakukan semasa kemalangan motosikal di atas? Selepas ini, jangan lupa kongsikan ilmu ini untuk memastikan tragedi ini bermanfaat dalam membantu anda atau kepada sesiapa sahaja yang lain.
Namun, malang sememangnya tidak berbau jadi adalah lebih baik jika anda telah melindungi motosikal dengan insurans, agar kerugian yang mungkin akan dihadapi kelak tidak akan menjadi beban untuk anda. Oleh itu, PolicyStreet berbesar hati untuk menawarkan insurans motosikal daripada Berjaya Sompo Insurance bagi memastikan pengalaman anda memiliki motosikal menjadi lebih bermakna! Untuk maklumat lanjut, layari sahaja https://customer.berjayasompo.com.my/directsales/motor-cycle#/?idev_id=103 SEKARANG!