
Cara mencegah buasir: Pengenalan
Kesihatan merupakan perkara terpenting yang perlu kita pelihara sebagai ahli dalam sebuah keluarga, mahupun masyarakat. Sebagai seorang ketua keluarga, pekerja di pejabat mahupun pelajar di sekolah menengah, tidak kira pelbagai peringkat umur, kesihatan adalah anugerah yang tidak boleh disia – siakan oleh sesiapa pun. Oleh itu, kita semua hendaklah memberi perhatian yang tinggi kepada penyakit – penyakit yang sedang menular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Apa itu buasir?
Salah satu penyakit yang agak mendapat perhatian ramai ialah buasir atau dalam bahasa Inggeris ialah hemorrhoid, gejala pembengkakan saluran vena di kawasan dubur atau rektum penghidapnya, yang seterusnya membawa kepada luka atau pendarahan yang serius akibat penonjolan vena tersebut. Mendengarkan fakta tersebut sahaja sudah menggerunkan, bukan? Bukan itu sahaja, penyakit buasir ini terbukti boleh berulang atau dalam kata mudahnya, terjadi sekali lagi walaupun penghidapnya telah melakukan pembedahan kerana ianya berfungsi mengikut tahap kesihatan tubuh si penghidap. Ini bermakna, jika si penghidap mendapat sembelit bermakna dirinya mempunyai risiko besar untuk melalui pengalaman pahit ‘berperang’ melawan penyakit buasir sekali lagi!
Jadi, adakah sebenarnya terdapat cara untuk mencegah penyakit ini daripada mendatangi kita? Jawapannya adalah ya, selagi mana kita berusaha untuk megambil langkah yang proaktif dalam sesi penjagaan kesihatan diri sendiri.
Jadi, bagaimana nak cegah buasir?
Perkara terpenting untuk mencegah buasir ialah tak lain tak bukan, dengan mencegah sembelit. Buat pembaca yang mungkin tidak tahu, sembelit ialah gejala di mana seseorang mengalami kesukaran ketika membuang air besar oleh kerana pergerakan usus untuk menurun semasa proses tersebut menyebabkan aktiviti pembuangan najis memakan masa yang lebih lama daripada keadaan normal yang sepatutnya. Penghidap sembelit kebiasannya hanya akan membuang masa sekurang – kurangnya hanya sebanyak 3 kali seminggu yang sebenarnya adalah sangat tidak sihat!
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati, jadi jom belajar cara elakkan sembelit daripada menyerang kita!
Cara – cara mencegah sembelit
1. Minum air sebanyak yang mungkin, okay?
Ini mungkin cadangan yang sangat cliché dan pasti telinga anda sudah terlalu biasa mendengarkan nya, namun ini adalah cara yang paling terbaik untuk mengelakkan bukan sahaja buasir, malah pelbagai penyakit lain lagi. Pakar kesihatan kebanyakan nya mengesyorkan sekurang – sekurang nya 8 gelas sehari kerana ini akan membantu dalam proses penyahtinjaan berjalan lancar.
2. Lebihkan serat dalam pemakanan tau!
Serat atau fibre merupakan sumber makanan yang membantu penyerapan air ke dalam najis, sekaligus membantu dalam memudahkan proses pembuangan nya.
Mana nak cari serat? Senang saja, kerana serat banyak terkandung dalam sayur – sayuran dan buah – buahan sebagai contoh, epal, pisang, pir, oren, jambu, mangga dan juga kumpulan beri seperti strawberi dan raspberi. Untuk kategori sayur – sayuran pula, anda digalakkan memilih sayuran yang berwarna gelap seperti kacang hitam, brokoli, kacang hijau, kentang dan juga artichoke.
3. Selagi boleh elak, elakkan julap.
Umum mengetahui sesiapa saja, termasuk kita, akan mengambil jalan mudah untuk mengurangkan kesakitan yang sedang dialami ketika cirit – birit atau buasir dengan memakan julap atau salah satu jenama yang paling dikenali ramai semestinya pil berjenama Chi Kit Teck Aun. Hal ini kerana, kebanyakkan pil – pil ini akan menyebabkan buasir anda menjadi lebih teruk akan tetapi jika anda tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah tersebut, cadangan terbaik adalah memilih pil julap yang tinggi kandungan serat seperti Fybogel.
4. Ais adalah hero!
Jika anda merasakan ketidakselesaan pada bahagian dubur seperti kebengkakan, solusi pertama adalah dengan merendamkan bahagian tersebut di dalam ais supaya ianya surut. Letakkan ais di dalam baldi atau bekas dan mulakan dengan duduk di atas ais selama beberapa minit sehingga anda rasa lega semula. Jika anda tidak mempunyai bekalan ais di rumah ketika kejadian pembengkakan berlaku, jangan panik terlebih dahulu kerana garam juga boleh menjadi jalan penyelesaian kedua. Caranya juga sama, masukkan garam di dalam besen dan rendamkan bahagian yang sakit tersebut.

Ramai orang sebenarnya salah sangka antara perbezaan buasir dengan kanser usus, kerana kedua – dua gejala atau simptom penyakit tersebut adalah lebih kurang sama. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu jika anda mengalami sebarang pendarahan ketika proses penyahtinjaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya yang mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Pemeriksaan oleh kerana pendarahan adalah sangat digalakkan jika seseorang tersebut adalah;
- Telah berumur 40 tahun ke atas
- Mengalami penurunan berat badan tanpa sebab tertentu seperti diet atau lain – lain
- Sering mengalami ketidakselesaan pada perut
- Mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kanser usus atau pernah mengalami sejarah perubatan kanser usus
- Sering sembelit atau cirit – birit
- Penyahtinjaan jarang atau tidak menentu
Konklusi
Semoga artikel ini telah memberi pencerahan sedikit – sebanyak tentang cara – cara mencegah buasir kerana sesungguhnya, kesihatan adalah sangat bermakna demi menjalani kehidupan di samping keluarga yang tersayang. Nmaun, adakah anda sudah mempunyai perlindungan kad perubatan bagi memastikan anda sentiasa dilindungi sekiranya terjadi sebarang kemalangan yang tidak diingini. Kami di PolicyStreet menawarkan medical card yang sangat mudah untuk mendapatkannya secepat 5 minit. Kami juga menawarkan harga yang sangat berpatutan dan pastinya dengan penjimatan kos perubatan bil di hospital.
Dapatkan Kad Perubatan Secara Atas Talian Oleh AXA eMedic

Kad perubatan atas talian ini sangat mudah untuk dimiliki apabila anda hanya perlu membuat pembayaran secara atas talian dan boleh memilih untuk emmbuat pembayaran secara tahunan ataupun bulanan. Dan yang paling penting sangat pantas dengan harga yang sangat berpatutan di pasaran serendah RM 32/sebulan. Kini, anda boleh sentiasa memastikan diri anda dilindungi dan juga ahli keluarga anda dilindungi. Kami mempunyai berita baik kerana kini anda boleh melayari laman web kami yang berbahasa Malaysia. Kami ingin memudahkan anda untuk lebih memahami produk insurans ini dan lebih meyakini produk kad medikal ini. Klik di sini, PolicyStreet dan dapatkannya SEKARANG!