• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Cara Berkesan Jimatkan Eletrik di Rumah!

Hafiqah Ali / 07/10/2019

cara berkesan jimatkan eletrik

Cara Berkesan Untuk Jimatkan Eletrik di Rumah:

Cara berkesan jimatkan eletrik? – Tahukah anda, berdasarkan tinjauan, tujuh daripada sepuluh orang yang menyewa atau mempunyai rumah tidak tahu cara sebenar untuk menjimatkan bil elektrik di rumah mereka? Betul kah? Sebenarnya, isu tentang bil eletrik bukanlah isu baharu kerana semenjak pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) menukar meter sedia ada kepada yang baru iaitu dinamakan Smart Meter, terdapat banyak aduan tentang kenaikan bil eletrik berbanding sebelumnya.

Namun sebenarnya, rata-rata daripada kita tidak tahu langkah dan cara jimat elektrik sedangkan meskipun terdapat pelbagai cara mudah yang boleh dipraktikkan. Mungkin bayaran eletrik Nampak ringan, tetapi jika anda betul-betul melaksanakan rutin-rutin yang tepat untuk kurangkan kos bil setiap hari, pastinya perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dan akan membantu memperbaiki aliran tunai ke arah lebih baik. Jadi, jom tengok cara-cara untuk jimatkan eletrik dengan berkesan di dalam entri bawah!

Pilih perkakas dengan label cekap tenaga – cara berkesan jimatkan eletrik!

cara berkesan jimatkan eletrik tnb

Energy efficiency atau juga boleh dipanggil energy consumption adalah label khas yang terdapat pada sesetengah peralatan eletrik di luar sana. Adalah penting untuk memastikan barangan eletrik yang anda bakal beli mempunyai label ini kerana label yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia ini menunjukkan tahap kecekapan penggunaan tenaga elektrik bagi peralatan tersebut.

Untuk pengetahuan, label ini sebenarnya wajib ditampal kipas rumah, peti sejuk, pendingin hawa dan televisyen namun star-rating atau bintang yang disertakan dengan label adalah tidak semestinya sama untuk peralatan eletrik daripada pengeluar yang berbeza. Oleh itu, sebagai pengguna anda mestilah memilih hanya barangan eletrik yang mempunyai star-rating yang tinggi kerana semakin banyak bintang, bermakna semakin cekap penggunaan tenaga dan semakin jimat penggunaan tenaga elektrik.

Cabut plug selepas selesai digunakan

cara berkesan jimatkan eletrik tnb

Perkara ini agak jarang diamalkan bagi rata-rata rakyat Malaysia namun sebenarnya, jika anda rajin mencabut plug selepas selesai menggunakan mana-mana peralatan eletrik di rumah, anda dianggarkan dapat menjimatkan sehingga RM50 bagi bil eletrik setiap bulan! Antara plug yang penting untuk dicabut dan selalu digunakan oleh ahli-ahli di dalam rumah adalah televisyen, mesin basuh, komputer dan semestinya soket yang digunakan untuk mengecas telefon bimbit.

Namun, perlulah diingatkan bahawa kadar penjimatan wang untuk bil eletrik adalah masih bergantung kepada jenis peralatan eletrik yang dipakai dan juga saiz serta isi rumah. Akan tetapi, walaupun anda mungkin mampu mengurangkan hanya RM20 setiap bulan semasa krisis kegawatan ekonomi masa kini, itu juga sudah memadai, tau!

Guna Perkakas Eletrik dengan Cara yang Betul

Mungkin ada antara para pembaca yang sudahpun tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu bahawasanya adalah penting untuk anda menggunakan peralatan eletrik dengan mengaplikasikan cara yang tepat agar penjimatan maksimum dapat diperolehi. S

ebagai contoh, jika mesin basuh anda yang berasa di rumah mempunyai kapasiti 10kg, maka sebolehnya pastikanlah jumlah pakaian yang ingin dibasuh tidak melebihi berat tersebut.

Hal ini kerana, lebih berat muatan, mesin anda terpaksa menggunakan lebih banyak tenaga eletrik untuk membasuh pakaian tersebut. Contoh lain adalah menyusun barangan di dalam peti sejuk dengan kemas serta menetapkan suhu pendingin hawa pada suhu 25-27 darjah sahaja, tidak perlu sehingga 16 darjah pada setiap masa.

Cara Berkesan Untuk Jimatkan Eletrik semestinya- Pilih untuk Menggunakan Mentol LED!

Sebagai pengguna, adalah sangat disarankan menggunakan mentol jenis ‘pendaflour’ kerana ianya lebih jimat berbanding lampu daripada jenis yang lain. Meskipun harga lampu jenis tersebut agak tinggi namun tidak salah untuk melabur sedikit mahal pada permulaan untuk mendapatkan pemulangan yang tinggi dari segi kos bil eletrik di rumah anda kelak.

Kosnya mungkin agak tinggi, tetapi ia mampu menjimatkan bil elektrik rumah anda dalam jangka masa yang panjang. Hal ini kerana, penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa jadi untuk anda yang menggunakan lampu lebih dari 6 jam dalam sehari, amatlah sesuai untuk membeli atau menukar lampu sedia ada anda kepada lampu LED.

Konklusi

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Claims Guide (2021)

Motor Insurance Claim 101: How to Avoid Common Pitfalls

Road Rage: Do’s and Don’ts

Bahasa Malaysia

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Pengaruh Gelombang Kedua COVID-19 kepada Rakyat Malaysia.

Insurans Cermin Kereta Panduan (2020): Semua Yang Anda Perlu Tahu

Selamatkan Kereta Anda Dari Ditenggelami Banjir!

Cara Untuk Dapatkan Cukai Jalan Baharu Yang Hilang, Koyak atau Rosak

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online