• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Apakah klinik haiwan yang paling popular di Malaysia?

Munirah Bahri / 13/12/2018

Haiwan peliharaan adalah haiwan yang dipelihara untuk dijadikan peneman seseorang, teman bermain dan salah satu bentuk hiburan untuk mengurangkan tekanan, pelindung dan sesetengahnya juga dibela untuk menjadi pembantu kepada pemiliknya. Pada kebiasaannya, haiwan peliharaan dibela atas sebab tarikan dari segi paras rupa, telatah serta karenah mereka yang mencuit hati pemiliknya, kepintaran mereka dan ada juga yang dibela atas dasar ihsan terhadap haiwan tersebut. Antara haiwan yang sering menjadi pilihan dan yang paling selalu dibela oleh kebanyakan orang ialah kucing dan anjing. Namun yang demikian, ada juga yang memilih untuk membela haiwan-haiwan lain seperti arnab, kura-kura, hamster, burung dan sebagainya.

Klinik Haiwan

Sebagai seorang pencinta haiwan, semestinya anda berasa bimbang sekiranya sesuatu berlaku kepada haiwan peliharaan anda terutama apabila mereka jatuh sakit dan tidak berkelakuan normal seperti keadaan mereka masih sihat dan aktif. Tahukah anda bahawa haiwan mempunyai beberapa persamaan dengan manusia? Antaranya, mereka juga berisiko untuk menghidapi penyakit-penyakit yang manusia hidapi seperti kanser, kegagalan buah pinggang, penyakit kulit dan lain-lain. Haiwan juga sensitif terhadap persekitaran mereka kerana persekitaran sekeliling mereka memainkan peranan yang besar pada emosi mereka. Sekiranya emosi mereka terganggu, mereka cenderung untuk mendapat kemurungan serta jatuh sakit atau mati.

Oleh itu, setiap pemilik haiwan peliharaan perlu prihatin terhadap haiwan belaan mereka. Perhatian dan penjagaan yang rapi harus diberikan kepada mereka untuk mengelakkan mereka daripada terdedah kepada perkara-perkara yang boleh membahayakan kesihatan juga nyawa mereka. Selain itu, bagi seorang pemilik haiwan peliharaan, melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu berkaitan haiwan peliharaan anda juga adalah salah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan agar anda dapat mengesan sekecil-kecil perubahan yang berlaku pada binatang peliharaan anda.

Klinik Haiwan - Untuk Haiwan Belaan Anda

Walau bagaimanapun, dengan hanya membaca buku atau maklumat yang terdapat di internet belum tentu mencukupi untuk mengenal pasti punca atau penyakit yang dialami oleh haiwan peliharaan anda. Justeru itu, tindakan yang wajar anda lakukan adalah dengan membawa mereka ke klinik haiwan untuk pemeriksaan/diagnosis yang lebih tepat dan selamat. Di Malaysia, terdapat banyak klinik haiwan yang boleh anda pilih untuk menghantar haiwan peliharaan anda bagi tujuan pemeriksaan mahupun rawatan.

Sehubungan dengan itu, kami di PolicyStreet telah menyenaraikan beberapa klinik haiwan yang popular di Malaysia di mana klinik-klinik haiwan ini menyediakan servis yang efisyen serta berpatutan, terdiri daripada doktor dan staf yang berpengalaman juga berpengetahuan luas berkenaan haiwan peliharaan.

Petsville Animal Clinic, Cyberjaya

Petsville Animal Clinic yang berlokasi di Cyberjaya ini menawarkan perkhidmatan menyeluruh untuk haiwan peliharaan anda di mana ia menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit dan surgeri, konsultasi bersama pakar veterinar, menjual produk-produk kucing dan tempat khas bagi kemasukan kucing yang perlu diwadkan. Klinik ini menjadi salah satu klinik yang sangat dicadangkan oleh orang ramai terutama pelanggan-pelanggan yang telah mencuba servis mereka. Kebanyakan daripada pelanggan klinik ini memberi pujian dan rating yang tinggi kerana doktor dan staf di klinik Petsville dikatakan sangat ramah dan senang untuk berurusan tanpa perlu melalui proses yang remeh apabila ingin melakukan janji temu. Tambahan pula, kawasan klinik ini terletak di tempat yang memudahkan orang ramai untuk akses dan mempunyai tempat letak kereta yang banyak dan percuma. Klinik ini beroperasi daripada hari Isnin sehingga hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga jam 8 malam kecuali pada hari Jumaat (4pm-8pm) dan Ahad (10am-2pm).

Klinik Haiwan Vet Partners

Klinik Haiwan - Vet Partners

Klinik haiwan yang mempunyai lebih daripada 10 cawangan di Malaysia ini sememangnya klinik yang popular di kalangan pembela haiwan peliharaan. Klinik ini memberikan perkhidmatan yang sangat luas di mana perkhidmatan yang mereka sediakan sangat jarang untuk didapati di mana-mana klinik lain. Klinik ini mempunyai kelengkapan yang terbaru dan menyediakan proses diagnosis imbasan imej  yang moden seperti Ultrasonography dan Echocardiography. Selain itu, Vet Partners juga menyediakan perkhidmatan pergigian, vaksin, dermatologi, onkologi, servis pengangkutan haiwan peliharaan serta memanggil pakar veterinarian ke rumah, akupuntur dan berbagai lagi servis lain. Kebanyakan pelanggan yang menghantar haiwan kesayangan mereka ke klinik ini berpuas hati dengan servis dan harga yang ditawarkan. Di samping itu, apa yang menarik tentang klinik haiwan Vet Partners ialah jika anda adalah seorang pelanggan setia mereka, anda berpeluang untuk mendapat diskaun setiap kali anda menghantar haiwan peliharaan anda ke klinik ini. Klinik yang terletak di Puchong, Selangor ini beroperasi pada setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 8.30 malam.

Klinik Haiwan & Surgeri Wawasan

Sebagai seorang pembela haiwan peliharaan sudah semestinya anda ingin menghantar haiwan kesayangan anda ke klinik yang boleh memberikan servis yang terbaik untuk mereka. Oleh yang demikian, klinik haiwan dan surgeri Wawasan adalah salah satu klinik yang cukup terkenal dengan servis mereka yang sangat cekap dan mahir dalam menguruskan haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Selain itu, kakitangan klinik ini dikatakan sungguh  ikhlas dalam merawat dan menjaga setiap binatang yang dihantar ke klinik itu. Doktor haiwan di klinik ini sangat komited dengan pekerjaannya dan mereka telah diberi pujian yang tinggi atas sikap mereka yang sangat menyayangi binatang justeru merawat setiap haiwan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Klinik ini berlokasi di Puchong, Selangor di mana klinik haiwan ini beroperasi daripada pukul 11 pagi sehingga 7 petang setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Manakala pada hari Sabtu, klinik ini dibuka daripada pukul 11 pagi sehingga 5 petang dan klinik haiwan ini tidak dibuka pada hari Ahad. Di samping itu, anda tidak perlu bimbang akan kos rawatan yang sangat mahal di klinik ini kerana klinik haiwan ini mengenakan caj yang sangat berpatutan dan berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan.

Klinik Haiwan & Surgeri Prima Saujana

Klinik yang berlokasi di Kajang, Selangor ini diberi rating yang tinggi daripada pelanggan-pelanggan yang telah menghantar haiwan peliharaan mereka di klinik ini. Rata-rata daripada pelanggan yang telah mengunjungi klinik tersebut meninggalkan komen-komen yang positif serta memberi pujian kepada doktor haiwan dan staf-staf yang sangat mesra pelanggan. Bukan itu sahaja, doktor dan staf di klinik ini juga dikatakan sungguh berdedikasi dalam pekerjaan mereka sehinggakan pelanggan sangat suka untuk berurusan dengan mereka. Namun perlu juga anda tahu, klinik ini hanya menyediakan perkhidmatan bagi kucing sahaja. Justeru itu, sekiranya anda membawa haiwan peliharaan selain daripada kucing, permintaan anda mungkin tidak akan dipenuhi.

Klinik Veterinar Tawakkal, Shah Alam

Klinik Haiwan di Shah Alam

Andai anda ingin mencari klinik haiwan yang menawarkan harga berpatutan di Shah Alam, Klinik Veterinar Tawakkal adalah klinik haiwan yang anda patut kujungi. Bukan itu sahaja, perkhidmatan serta doktor dan staf di klinik veterinar Tawakkal juga sangat mesra pelanggan dan mahir dalam mengendalikan haiwan dengan penuh kasih sayang. Seterusnya, tempat dan keadaan klinik ini bersih dan teratur membuatkan pelanggan yang datang berasa selesa dan yakin untuk menghantar haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan ini. Klinik ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis.

Insurans Haiwan Peliharaan MSIG Memberi Perlindungan Kepada Haiwan Kesayangan Anda

Klinik Haiwan di PolicyStreet

Haiwan peliharaan anda mungkin adalah satu-satunya keluarga yang anda ada pada waktu ini dan kami memahami betapa pentingnya perkara itu pada anda. Oleh itu, kami di PolicyStreet mengesyorkan anda untuk mengambil insurans haiwan MSIG ini untuk mempersiapkan diri anda jika sesuatu berlaku pada haiwan kesayangan anda. Insurans MSIG ini memberi perlindungan kepada haiwan peliharaan sekiranya berlaku kematian akibat terkena penyakit atau kemalangan, perlindungan bagi kos biayaan rawatan atau pembedahan, pengebumian dan sebagainya. Justeru itu, dapatkan insurans perlindungan haiwan MSIG segera daripada kami di PolicyStreet dan anda berpeluang untuk mendapat potongan sebanyak 25% serta rebat berjumlah RM 10. Lawati laman web PolicyStreet untuk info lanjut berkaitan produk ini.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online