Jom Cuba Aktiviti Kayak Yang Best Ini:

Mungkin ramai antara kita yang telah mengetahui bahawa gaya hidup sihat tidak hanya terletak pada pilihan menu dalam pemakanan diet seharian tetapi juga bergantung kepada tahap keaktifan tubuh badan dalam melakukan aktiviti – aktiviti fizikal demi mencergaskan tahap kesihatan seseorang. Aktiviti bersukan umumnya terbahagi kepada dua – sukan indoor dan juga sukan outdoor.
Sukan indoor merupakan aktiviti sukan yang tidak lasak dan pelbagai peralatan tertentu yang spesifik untuk dimainkan seperti catur dan badminton manakala sukan outdoor pula lebih cenderung kepada aktiviti – aktiviti yang lasak dan memerlukan pengawasan daripada mereka yang lebih pakar serta berpengalaman tinggi. salah satu aktiviti rekreasi yang semakin lama semakin mendapat tempat di hati penggemar sukan lasak pada hari ini ialah tidak lain dan tidak bukan, berkayak.

Percaya tak yang kayak pada zaman dahulu diperbuat daripada tengkorak paus dan kulit binatang? Pastinya sukar untuk dibayangkan kerana lahir – lahir sahaja, kayak yang selalu ditemui oleh kita diperbuat daripada plastik atau lebih tepat lagi, polietena plastik. Diiktiraf sebagai sukan pinggiran di Amerika pada tahun 1970, kayak mula tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga telah berjaya mendapat tempat sebagai acara jemputan di dalam sukan Olimpik.
Kayak mempunyai 3 jenis utama iaitu Otter – Sport, Madesta dan juga Slalom. Jika anda sudah berpengalaman menaiki kayak sebelum ini namun kurang pasti tentang jenis atau rekaan kayak yang anda telah naiki, maka entri ini adalah entri yang tepat untuk anda mendapatkan informasi tersebut.
Jenis pertama ialah Otter – Sport atau pun lebih mudah dikenali dan dipanggil dengan nama O – Sport. Sesiapa yang sedang berminat nak berkayak tu, ha, kayak jenis ini adalah kayak terbaik untuk disyorkan kepada anda. Ianya berbentuk seperti abjad ‘U’ untuk meningkatkan tahap kestabilan kayak dan penumpang Selain itu, reka bentuk nya juga menyebabkan kayak bergerak dalam kadar perlahan di dalam air yang sekaligus terbukti selamat bagi pendayung baru kerana ianya tidak akan mudah terbalik.

Kayak jenis kedua pula ialah Slalom yang diinspirasikan daripada bentuk huruf ‘O’ ataupun senang cerita, berbentuk bulat. Ia mempunyai tahap imbangan dalam air yang sederhana iaitu lebih rendah daripada kayak jenis O – Sport namun oleh kerana bentuknya, pendayung boleh membuat gulingan dalam air berarus deras. Ia juga mudah berpusing jadi jika anda rasa tidak tahan pening, lebih baik undur diri awal – awal daripada kayak jenis Slalom ya!
Madesta merupakan jenis kayak terakhir yang akan dibahaskan dalam entri ini kerana ianya boleh dikatakan kayak yang paling biasa anda lihat jika anda menonton acara perlumbaan kayak di kaca televisyen. Direka untuk pendayung yang berpengalaman dalam aktiviti kayak serta peserta acara lumba kayak, Madesta berbentuk ‘V’ dan bergerak sangat laju dalam air deras kerana ketirusannya. Ianya juga mampu bergerak lurus dalam keadaan arus bergelombang kerana sifatnya yang berkebolehan untuk memotong air.
Jadi, sekarang anda sudah tahu kan jenis kayak yang mana satu yang harus dipilih jika anda ingin berkayak kelak. Sekarang, jom tengok pulak tempat – tempat menarik yang ada menyediakan aktiviti kayak ni!
1. Tasik Putrajaya, tempat aktiviti kayak pilihan ramai
Ingin lari daripada kesibukan ibu kota Kuala Lumpur? Hidupkan enjin kereta anda dan anda hanya perlu pandu lebih kurang 20 hinggan 30 minit sahaja untuk sampai ke Putrajaya. Bilangan kayak yang terdapat di Taman Tasik ini adalah terhad maka, ianya tidak terlau sesak dengan pendayung lain kelak yang akan membuatkan pengalaman kayak anda menjadi tenang. Untuk hanya harga lebih kurang RM10 hingga Rm15, anda dapat menikmati pemandangan tasik serta Masjid Putra yang tersergam indah selama satu jam! Bagi saya, ianya amat lah berbaloi jadi apa tunggu lagi tu?
2. Tasik Varsiti, Universiti Malaya

Bajet tak cukup tapi teringin nak berkayak? Jangan risau, Tasik Varsiti kan ada! Untuk menjalankan aktiviti kayak, hanya RM3 sahaja yang anda perlu bayar untuk harga pelawat! Bukan sahaja boleh berkayak, tasik ini juga menawarkan aktiviti – aktiviti seperti flying fox, titian pokok dan juga acara melihat burung. Tasik ini juga mempunyai pelbagai hidupan air dan tumbuhan semula jadi maka memang tidak salah kalau Tasik Varsiti menjadi pilihan anda untuk aktiviti kayak satu hari nanti.
3. Pulau Pangkor, Perak – lokasi aktiviti kayak yang cantik!

Jika anda sedang berccuti bersama ahli keluarga dan inginkan ruang yang lebih mencabar serta eksklusif, Pulau Pangkor adalah pilihan yang tepat untuk anda! Selain boleh menikmati pemandangan matahari terbenam, anda juga boleh membawa anak – anak kecil untuk bermain di persisiran pantai.
4. Tasik Ayer Keroh, Melaka

Anda berasal dari Melaka Bandaraya Bersejarah? Ingin beriadah pada waktu petang bersama anak – anak tapi taktahu di mana? Jangan pening kepala lagi, kerana Tasik Ayer Keroh menepati segala keinginan anda! Bagi pengunjung yang berasal bukan daripada Melaka pula, hanya perlu ambil susur keluar Ayer Keroh di Lebuhraya Utara – Selatan, dan lebih kurang 8 minit lagi, anda akan sampai! Jika ada yang masih keliru lokasi tempat ini, ianya terletak betul – betul bersebelahan dengan Dataran Melaka dan juga Zoo Melaka. Harga pula hanya sama ada antara RM3 atau RM5, untuk aktiviti kayak sampai penat!
5. Pantai Damai, Kuching, Sarawak
Di sini boleh jadi pengalaman kayak terbaik yang pernah atau akan anda alami seumur hidup anda. Maklumlah, anda akan berkayak bersama ikan lumba – lumba Irrawady! Jika anda tidak berkesempatan untuk menjelajah ke Pantai Damai, pilihan lain juga ada seperti di Sungai Santubong dan Sungai Salak. Sebenarnya, aktiviti ini lebih dikenali dengan nama Dolphin Spotting di mana jika anda beruntung, ikan lumba – lumba mungkin akan mendekati anda semasa anda sedang berkayak! Hal ini kerana, saiz kayak di sini adalah kecil, tidak mengeluarkan bunyi bising serta tidak membahayakan ekosistem air di situ.
Konklusi
Aktiviti kayak sangat menyeronokkan, namun keselamatan diri adalah yang paling utama. Namun, ada satu lagi perkara yang kebanyakan dari kita selalu terlepas pandang iaitu menjaga keselamatan diri namun kadang kala masih ada kebarangkalian kita tidak dapat elakkan seperti kemalangan yang tidak diingini. Disebabkan itu anda perlu mengambil perlindungan insurance perjalanan bagi memudahkan anda mengatasi masalah-masalah yang mungkin akan berlaku.