• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card
    • Travel Insurance
    • Pet Insurance

Cakna Sihat: Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser Kolon (Colon Cancer)

Munirah Bahri / 04/12/2018

Kanser kolon (Colon Cancer) adalah kanser yang diakibatkan oleh pertumbuhan tisu kecil yang dikenali sebagai polip pada bahagian usus besar (kolon) dan rektum yang berada di bahagian terakhir pada saluran usus manusia. Pada kebiasaannya polip usus tidak bersifat seperti kanser, berbentuk kecil dan tidak memberi sebarang simptom kepada pesakit. Justeru itu, bagi pesakit yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit tersebut sangat digalakkan untuk menjalani proses saringan di hospital bagi mengenal pasti polip yang tumbuh sebelum ia membesar dan merebak menjadi kanser yang berbahaya.

Kanser Kolon

Kanser kolon (colon cancer) adalah kanser yang masih ramai orang tidak tahu menahu kerana kesedaran bagi kanser kolon tidak diuar-uarkan seperti kanser-kanser yang lain. Namun begitu, menurut Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata bahawa kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser pada setiap tahun. Apa yang lebih mengejutkan ialah kanser kolon berada di tangga kedua teratas selepas kanser payudara. Bukan sekadar angka yang tinggi, kebanyakan pesakit kanser kolon juga dikesan agak lambat sehingga menyebabkan pragnosis pesakit tersebut menjadi lebih teruk berbanding negara-negara maju. Diagnosis awal adalah tunjang utama bagi memastikan kelangsungan hidup yang lebih baik bagi pesakit-pesakit tersebut.

Gejala Penyakit Kanser Kolon (Colon Cancer)

Kebanyakan kes bagi kanser kolon ini biasanya tidak mempunyai sebarang bentuk gejala. Namun yang demikian, pesakit kanser kolon mungkin menunjukkan gejala-gejala seperti yang berikut:

Penurunan berat badan yang mendadak

Petanda signifikan yang sering berlaku kepada mana-mana pesakit kanser adalah penurunan berat badan yang sangat drastik. Perbezaan penurunan berat badan antara orang yang sedang dalam program diet dan orang yang menghidap penyakit kanser adalah sangat ketara. Sekiranya berat badan menurun sebanyak lebih 5 peratus daripada kesuluruhan berat badan dalam tempoh masa 6 sehingga 12 bulan, ianya sangat disarankan supaya segera membuat pemeriksaan perubatan dan dapatkan konsultasi daripada pakar yang diiktiraf.

Kanser Kolon - Berat Badan Turun

Perubahan kebiasaan membuang air besar

Sekiranya simptom-simptom seperti cirit-birit atau sembelit yang berterusan berlaku selama beberapa minggu, ianya mungkin adalah disebabkan oleh kanser kolon. Hampir kesemua pesakit kanser kolon menghadapi perubahan tabiat membuang air besar yang abnormal.

Kanser Kolon - Perubahan Kebiasaan Membuang Air Besar

Lendir atau darah pada najis

Lendir atau darah yang berada pada najis juga adalah salah satu gejala yang boleh dialami oleh pesakit kanser kolon. Walau bagaimanapun, ramai orang beranggapan bahawa lendir atau darah yang ada pada najis adalah tidak begitu serius kerana mereka memikirkan bahawa ia adalah disebabkan oleh buasir (hemoroid) dan melihat ia sebagai satu gejala yang normal seperti penyakit-penyakit biasa yang lain.

Kanser Kolon - Lendir atau Darah Pada Najis

Ketidakselesaan di bahagian bawah abdomen dan sakit perut

Gejala seperti sakit perut, kembung perut, sakit di bahagian pinggul serta kejang adalah simptom-simptom yang dilihat sebagai sesuatu yang sangat biasa kerana simptom-simptom ini boleh terjadi akibat perubahan kecil dalam tabiat pemakanan seseorang. Oleh hal yang demikian, gejala ini sering di salah diagnosis kerana ia menyerupai penyakit tidak berbahaya.

Kanser Kolon - Ketidakselesean Di BAhagian Bawah Abdomen Dan Sakit Perut

Gejala-gejala di atas adalah gejala yang sering orang pandang ringan kerana ianya penyakit yang menyamar dan simptomnya juga meniru penyakit-penyakit biasa. Maka dengan itu, ingin diingatkan kembali bahawa penyakit kanser kolon juga boleh berlaku tanpa sebarang simptom pada peringkat awal namun jika kesemua gejala yang disenaraikan terjadi kepada anda, maka segera berjumpa dengan golongan pakar perubatan kesihatan dan mendapatkan nasihat mereka sekiranya anda perasan tentang perubahan yang mencurigakan berlaku pada diri anda.

Seperti kanser-kanser yang lain, kanser kolon (colon cancer) juga berperingkat mengikut tahap keseriusan penyakit tersebut.

Peringkat 0

Peringkat ini dikenali sebagai carcinoma in situ/intramucosal carcinoma di mana kanser masih terhad kepada lapisan paling dalam usus.

Peringkat 1

Pada peringkat ini, kanser telah merebak dan menembusi lapisan paling dalam pada usus tetapi ianya masih belum merebak sehingga ke lapisan dinding luar usus.

Peringkat 2

Kanser telah merebak sehingga ke lapisan dinding luar usus dan juga pada rektum namun ianya masih tidak melibatkan kelenjar limfa.

Peringkat 3

Pada peringkat yang ketiga, kanser sudah mula merebak sehingga melibatkan kelenjar limfa tetapi masih belum berjangkit ke bahagian tubuh yang lain.

Peringkat 4

Peringkat keempat adalah peringkat yang paling kritikal dan peringkat terakhir di mana kanser sudah mula berjangkit serta merebak ke bahagian tubuh yang lain seperti tulang, paru-paru dan juga hati.

Tahukah anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan kanser kolon (colon cancer)? Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu boleh terkena kanser kolon. Antara faktor risiko kanser kolon adalah termasuk:

Faktor usia yang sudah lanjut

Kanser Kolon - Faktor Usia Yang Sudah Lanjut

Kanser kolon (colon cancer) biasanya dihidapi oleh pesakit yang berumur melebihi 60 tahun dan ke atas.

Faktor pemakanan dan diet yang tidak seimbang

Diet dan cara pemakanan seseorang memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan tahap kesihatan seseorang itu kekal dalam keadaan yang baik. Penyakit kanser kolon berisiko tinggi untuk dihidapi oleh orang yang mengamalkan diet yang kaya dengan daging merah, sering memakan makanan yang diproses, pengambilan makanan rendah serat serta pengambilan alkohol yang berlebihan dan merokok.

Kanser Kolon - Faktor Pemakanan Dan Diet Yang Tidak Seimbang

Mempunyai sejarah penyakit kanser

Sekiranya anda pernah menghidapi penyakit kanser yang mempunyai genetik berkaitan seperti kanser buah pinggang, kanser rahim, pankreas, perut, usus kecil dan ovari, kadar peratusan untuk anda terkena penyakit kanser kolon juga adalah tinggi. Selain itu, jika anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi penyakit kanser kolon, kebarangkalian anda untuk mewarisi penyakit tersebut juga adalah sangat tidak mustahil.

Kanser Kolon - Mempunyai Sejarah Penyakit Kanser

Kesimpulan

Oleh yang demikian, dalam mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser kolon (colon cancer), ianya sangat dinasihatkan supaya anda menjaga diet pemakanan anda dan keluarga, peka terhadap perubahan yang berlaku pada diri anda serta segera membuat ujian saringan kanser kolon sekiranya anda berumur 50 tahun dan ke atas. Saringan awal mampu mengesan ketumbuhan polip sebelum ianya merebak atau bertukar menjadi kanser yang mampu membahayakan nyawa anda. Selain itu, terdapat juga beberapa kaedah rawatan bagi kanser kolon iaitu rawatan melalui pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. Penyakit kanser sememangnya penyakit yang boleh datang tanpa dijangka dan penyakit yang mampu melunturkan semangat sesiapa yang menghidapinya. Namun begitu, setiap perkara akan ada jalan penyelesaiannya dan kanser adalah satu penyakit yang kita mampu lawan dan sememangnya mampu diubati dengan tekad usaha kita. Menyedari hakikat di atas, ingatlah bahawa mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Dapatkan Kad Medikal Terbaik dari AXA eMedic untuk Perlindungan Kesihatan Masa Hadapan Anda

Kanser Kolon - Oleh PolicyStreet

Menghidapi penyakit kanser kolon (colon cancer) adalah sesuatu yang sangat mencabar dan menduga kekuatan fizikal dan mental seseorang. Sejajar dengan itu, perbelanjaan kos rawatan dan perubatan penyakit tersebut juga mampu membuatkan seseorang itu putus asa dalam melawan penyakit tersebut akibat bebanan membayar kos rawatan dan perubatan yang boleh memakan jumlah yang sangat besar. Sehubungan itu, kami di PolicyStreet mencadangkan anda untuk mendapatkan kad medikal AXA eMedic kerana kad medikal ini bakal membantu mengurangkan beban anda di masa yang akan datang. Dapatkan kad medikal AXA eMedic segera untuk perlindungan kesihatan anda sementara anda masih sihat! Layari laman web www.PolicyStreet.com untuk membaca lebih banyak artikel seperti ini. Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang kad medikal AXA eMedic, anda boleh klik pautan yang tertera di bawah:

https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

How to provide first aid to a car accident victim?

What to do after a car accident?

An Overview of Personal Accident Insurance

Bahasa Malaysia

Khasiat Kismis yang Perlu Kita Tahu!

Penyakit Kanak-Kanak Paling Berbahaya Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa!

Shopping dan 5 Laman Web Paling Best di Internet!

dengkur

Dengkur dan Petua Terbaik untuk Merawatnya!

supplement

Supplement, Lebih Banyak Kebaikan atau Keburukan?

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online