Zaman semakin maju dan pemikiran seperti “orang tua lebih memerlukan insurans” sudah semakin tidak relevan. Kenapa saya berkata sebegitu? Saya mempunyai sebab-sebab yang kukuh tentang kenyataan yang telah saya katakan sebentar tadi. Ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang semakin fokus terhadap kerjaya masing-masing tidak kira sama ada yang masih bujang, belum berkahwin atau pun yang telah berumah tangga. Tetapi, adakah mereka ini mendapat kesedaran tentang soal kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang? Adakah anda telah memiliki kad medikal dan mendapatkan perlindungan untuk diri anda sekiranya terjadi sebarang kemungkinan yang tidak pernah kita jangkakan. Ya, setiap orang mendambakan untuk memiliki rumah sendiri namun, bagaimana pula dengan kesihatan yang tiada tolak bandingnya? Kata orang, “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.”
Di antara perkara penting yang perlu dimiliki oleh setiap daripada kita ialah kad medikal, selain daripada rumah. Ini kerana kad medikal dapat membantu anda sekiranya anda sakit, dan dapat juga mengelakkan daripada menggunakan wang simpanan sendiri. Tetapi ini bukanlah persoalannya. Persoalannya ialah berapakah umur yang paling sesuai untuk memiliki kad medikal ini? Millinnials merupakan umur yang paling sesuai untuk mendapatkan kad medikal. Di artikel ini, saya akan senaraikan kenapa millinnials ialah umur yang paling tepat atau lebih spesifik lagi, memiliki kad medikal sebelum mencecah usia 30 tahun.
1. Kadar Rendah Setiap Bulan
Tahukah anda, membeli kad medikal pada usia muda dapat meringankan beban k
ewangan untuk masa hadapan. Di usia muda remaja dan awal dewasa ini, anda pastinya memiliki kesihatan tubuh badan yang baik dan bertenaga. Dan inilah masa yang sangat sesuai untuk anda membeli kad medikal sebagai cagaran buat diri anda. Kadar polisi insurans yang perlu anda bayar di usia muda tidak setinggi apabila anda semakin berumur kerana kadar ini sentiasa meningkat seiring dengan peningkatan umur. Jadi, semakin berumur, semakin mahal kadar yang perlu anda tanggung bagi setiap bulan ataupun setiap tahun mengikut pilihan pembayaran anda. Dan makin meningkat usia, makin tinggi risiko untuk mengidap penyakit. Jadi, ambil kad medikal sebelum berumur 30 tahun, untuk dapat pelan dengan caruman yang rendah dan berjimat untuk jangka masa panjang.
2. Kurang Komitmen Dan Tanggungjawab
Bagi yang belum berkahwin, bermaksud anda tidak mempunyai banyak komitmen dan sekaligus boleh menyimpan! Tahukah anda bahawa kad medikal ini sebahagian daripada pelaburan masa hadapan. Jika anda telah memiliki kad medikal ini anda akan merasai kegunaan insurans ini yang sangat memudahkan anda. Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederan, atau perlu menjalani sebarang pembedahan, kad medikal AXA secara atas talian ini mampu melindungi anda dan anda tidak perlu mengeluarkan wang dari poket anda untuk membiayai perawatan perubatan yang telah anda dapat. Dalam usia yang muda ini, tanggungjawab anda hanyalah fokus kepada keluarga, ibu bapa dan diri anda sendiri sekiranya belum berkahwin. Jadi, tiada alasan untuk anda mengetepikan kelebihan yang akan anda dapat dengan mempunyai kad medikal ini. Tambahan pula, anda tidak perlu bergantung dan menyusahkan orang lain. Fikir baik-baik dan rancang hidup anda kerana ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.’
3. Lebih Berisiko Kena Penyakit
Seperti yang kita semua sedia maklum, wanita lebih cenderung untuk menghadapi lebih banyak penyakit, termasuklah kanser berbanding lelaki. Tambah-tambah lagi jika ahli keluarga mengidap kanser. Bukan untuk bersikap seksis, tetapi ini adalah fakta. Tetapi sakit tidak mengenal usia, jadi sediakan payung sebelum hujan dan bila hujan tak ditimpa guruh. Ini adalah ungkapan yang sangat tepat bagi mereka yang tidak menganggap kad medikal ini penting dan apabila ditimpa musibah seperti sakit dan kecederaan yang melibatkan kos perawatan yang tinggi, mereka mulai menyesali tidak memiliki insurans ini. Kenapa saya berkata sedemikian, kos rawatan bagi penyakit kanser mahupun pembedahan sangat tinggi dan insurans ini dapat melindungi diri anda daripada kos perubatan yang tinggi. Ini kerana medikal kad ini mempunyai pelan had tahunan sebanyak RM 20,000, RM 50,000 dan juga RM 100,000. Jadi, jika terjadi kemalangan atau diserang penyakit, anda tidak perlu kusutkan kepala tentang pembayaran bil kerana segalanya ditanggung.
4. Siang Kerja, malam pun kerja
Di zaman serba moden ini, ramai yang melakukan beberapa kerja dalam satu masa namun masih ada yang mengalami masalah yang melibatkan kewangan. Biarpun sudah bertahun-tahun menjalankan perniagaan secara atas talian namun masih ada yang tidak cukup. Sebab itu saya mengesyorkan anda untuk mendapatkan kad medikal sebelum berumur 30 tahun. Sangat sukar untuk kita menyimpan wang untuk tempoh jangka panjang kalau tidak begitu disiplin. Silap haribulan, tiada langsung wang simpanan. Sekurang-kurangnya apabila anda memiliki insurans, ianya terjamin dapat melindungi anda dan membayar segala bil perubatan yang anda mungkin perlukan nanti. Tambahan lagi, gaya hidup moden dengan makanan yang tak sihat seperti fast food /makanan segera, juga membuatkan kita mudah untuk jatuh sakit.
5. Berhenti Kerja, Jaga Keluarga
Ini difokuskan kepada bakal ibu atau yang sudah memiliki anak terutamanya. Ramai juga yang mengambil keputusan untuk berhenti bekerja untuk menjaga anak-anak kerana sekarang susah untuk mendapatkan pengasuh yang bersesuaian. Anda mungkin pernah mempunyai kad insurans medikal tetapi biasanya, syarikat tempat anda bekerja akan menyediakan kad perubatan kepada para pekerja. Apabila anda berhenti bermakna anda sudah tidak mempunyai kad medikal betul? Jika anda jatuh sakit, anda terpaksa membebankan suami atau anak-anak anda jika anda sudah berumur dan sudah tidak terdaya. Kad perubatan membantu menghilangkan kekusutan jika anda sakit, sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah daripada menambah lagi masalah. Malah, dengan memiliki kad medikal, tidak akan kacau wang simpanan anda sbb wang ini untuk membeli barang keperluan dan juga untuk pendidikan anak-anak anda nanti. Lebih baik ambil pelan untuk diri sendiri seperti insurans AXA eMedic dari PolicyStreet.com.
6. Nanti Dah Sakit, AXA eMedicTak Cover
Norma polisi insurans bagi yang tidak jelas lagi ialah insurans tidak melindungi keadaan kesihatan sedia ada seperti kanser mahupun jika anda pernah melakukan pembedahan. Ini kerana kad medikal tidak dapat menanggung tanya soalan soalan berkaitan kesihatan yang telah anda rawat atau yang sudah anda ketahui sebelum membeli insurans. Ini adalah standard polisi setiap insurans. Oleh itu, dapatkan insurans walaupun anda tidak pernah mengidapi penyakit berbahaya kerana ini ialah keadaan semasa dan kita tidak tahu apa yang akan terjadi 5 tahun akan datang. Jangan tunggu sampai anda didiagnos penyakit gastrik baru nak dapatkan insurans. Anda tidak akan layak untuk membeli pada waktu itu. Sebarang keadaan pre-existing tidak akan dilindungi, jadi cepat-cepatlah ambil kad medikal untuk kesenangan masa hadapan. Jika anda tidak mahu badan sakit, minda sakit, poket pun sakit, cepat-cepatlah lakukan perubahan.
Dapatkan AXA eMedic, Medikal Card Terbaik Untuk Masa Depan Anda!
Kami di PolicyStreet memperkenalkan kepada anda card medical yang sangat mudah untuk dimiliki dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM32/ sebulan. Kenapa perlu bayar lebih jika anda boleh dapatkan dengan harga yang sangat berbaloi. Kad ini sangat mesra pengguna kerana anda boleh mengakses di telefon bimbit anda. Tiada lagi permasalahan seperti tertinggal kad mahupun kad hilang. Ingat! Miliki kad medikal sebelum berumur 30 tahun! Anda boleh mendapatkan kad ini dalam masa hanya 5 minit di laman web PolicyStreet.com atau klik pautan ini untuk mendapatkan maklumat secara terperinci polisi ini di https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm
PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM50 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di