Artikel kali ini akan mengongsikan punca, simptom dan rawatan tonsil bengkak (swollen tonsils). Pernahkah anda mendengar bahawa aiskrim mampu melegakan bengkak pada tonsil? Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Malah, doktor saya juga mengsyorkan saya untuk makan aiskrim vanilla untuk surutkan bengkak pada tonsil. Tetapi ingat, jangan makan aiskrim lain selain perisa vanilla dan ia mestilah aiskrim yang agak berkrim untuk membantu melegakan tekak anda. Tetapi tahukah anda, tonsil ini bukanlah sekadar sakit tekak yang biasa. Ia perlu dirawat. Malah, ramai pesakit yang memilih untuk menjalani pembedahan kerana ia sangat mengganggu pada waktu malam dan sukar untuk tidur.
Tonsil Bengkak: Punca, Simptom dan Rawatanernahkah anda mendengar bahawa aiskrim mampu melegakan bengkak pada tonsil?
Di artikel ini, saya akan bincangkan dengan lebih terperinci tentang punca, simptom dan rawatan tonsil bengkak dan bagaimana sakit tonsil ini boleh berlaku dan siapa yang berisiko mengidap penyakit ini. Saya juga akan berkongsi cara untuk merawat penyakit tonsil ini dari menjadi lebih teruk. Tonsil bengkak juga dikenali sebagai tonsilitis dalam istilah perubatan. Ia juga dirujuk sebagai keradangan tonsil dan dalam kebanyakan kes yang terjadi, tonsil yang bengkak ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman yang terdiri daripada virus dan jangkitan bakteria.
Apa Itu Tonsil Bengkak?
Tonsil terletak di belakang tekak. Ianya adalah koleksi tisu limfoid yang merupakan sebahagian daripada sistem imun. Tonsil adalah salah satu tisu yang berfungsi untuk melawan kuman yang masuk melalui sama ada saluran permakanan ataupun saluran hidung. Ketika makanan yang mempunyai kuman itu masuk, ia akan melekat pada tonsil dan disitulah sel imun akan memakan bakteria ini dan menghasilkan antibodi untuk melawan kuman tersebut. Pada ketika itu, tonsil akan mengalami keradangan disebabkan sel imun akan pergi ke tempat tersebut untuk melawan kuman.
Simptom Penyakit Tonsil
Bagi kanak-kanak yang masih kecil dan tidak mampu berkomunikasi, tanda-tanda seseorang kanak-kanak itu menghidapi tonsilitis adalah apabila air liur mula meleleh disebabkan oleh kesukaran untuk menelan, tidak mahu makan atau kurang selera makan dan asyik menangis. Namun, bagi orang dewasa pula, gejala-gejala yang biasa dialami oleh pesakit tonsilitis termasuklah:
- Sakit tekak
- Susah atau sakit untuk menelan
- Demam
- Mulut berbau
- Sakit leher
- Tompok putih pada tonsil yang bengkak
- Kelenjar limfa dibahagian leher membengkak dan terasa sakit
Tanda dan simptom lain yang mungkin timbul kalau tonsil bengkak yang serius termasuk:
- kesukaran bernafas melalui hidung
- pernafasan mulut
- pernafasan yang bising
- berdengkur kuat
- apnea tidur yang menghalang
- tidur yang gelisah
- mengantuk pada waktu siang
- hidung berair yang berterusan
- jangkitan telinga atau sinus berulang
- masalah makan pada anak kecil
- nafas berbau
Faktor Tonsil Bengkak
Terdapat beberapa faktor seseorang berisiko untuk menghadapi masalah ini. Antaranya adalah seperti
- Umur: Mereka yang berumur diantara 5 hingga 15 tahun sangat mudah untuk terkena masalah tonsiliti
- Selalu terdedah dengan kuman: Kanak-kanak di peringkat sekolah akan lebih mudah kerana terdedah dengan kawan-kawanya yang tidak sihat
- Kawasan yang sesak: Kawasan yang sesak ataupun tempat tinggal yang banyak penghuni akan memudahkan kuman ini untuk merebak
Punca tonsil bengkak
Virus atau bakteria menjadi penyebab utama tonsil bengkak berserta komplikasinya. Keadaan yang sesak dengan orang dan juga tidak cukup nutrisi daripada makanan boleh menyebabkan seseorang itu mudah menghidap penyakit bengkak tonsil. Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menyebabkan masalah ini adalah seperti adenovirus, herpes simplex virus, cytomegalovirus, virus measles dan epstein-Barr virus
Bakteria yang selalu menyebabkan keradangan tekak dan tonsil bengkak pula selalunya disebabkan Streptococcus pyogenes. Selain daripada itu, terdapat beberapa bakteria lain yang boleh menyebabkan tonsil bengkak tetapi ia jarang berlaku seperti mycoplasma pneumoniae, cornybacterium diphtheriae dan neisseria gonorrhea.
Bila Pesakit Perlu Berjumpa Doktor?
Walaupun jarang, tonsilitis kadang-kadang boleh menyebabkan tekak anda membengkak sehingga anda sukar untuk bernafas. Sekiranya hal seperti ini berlaku, anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera untuk memeriksa keadaan yang sedang anda hadapi. Selain itu, jika seseorang mengalami gejala seperti demam yang melebihi 39.5˚ Celcius, leher menjadi tegang, kelemahan otot, dan mengalami kesakitan tekak yang berterusan selama lebih daripada 2 hari.
Cara Menghilangkan Bengkak Tonsil
Masalah bengkak pada tonsil merupakan masalah paling biasa yang semua orang mungkin pernah alami. Tetapi ada kalanya ia boleh membawa risiko yang lebih serius jika tidak ditangani dengan baik. Bengkak tonsil atau sakit anak tekak boleh terjadi pada sesiapa saja tidak mengira umur samada kanak-kanak mahupun dewasa. Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan. Terdapat beberapa cara untuk mengecutkan bengkak tonsil anda:
- Makan aiskrim vanilla
Pasti anda mengalami sedikit kesukaran untuk memujuk anak anda makan ubat bukan? Jika ia, ini adalah perkara paling mudah untuk memujuk anak anda untuk makan ubat bagi merawat bengkak tonsil tetapi dalam masa yang sama mereka menikmatinya. Beli aiskrim perisa vanilla dan elakkan aiskrim yang berperisa coklat ataupun strawberi ke. Bengkak tonsil boleh dirawat dengan aiskrim vanila. Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
2. Berkumur dengan air garam
Bagi mematikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil, bancuh garam dengan air suam. Kemudian, kumur. Kepada yang tidak tahu, bengkak tonsil boleh dirawat dengan hanya menggunakan air garam. Jangan sampai tertelan okay. Lakukan rutin ini berulang kali sehingga tekak anda berasa lebih selesa dan ia akan pulih dengan sendirinya.
Dapatkan Perlindungan Kad Perubatan AXA eMedic dari PolicyStreet.com
Tonsil bengkak memang boleh pulih dengan sendirinya sekiranya ia tidak kronik. Namun, jika penyakit tonsil anda semakin bertambah buruk dan sangat mengganggu tidur, anda sememangnya perlu membuat rawatan lanjutan di hospital. Jangan sampai ianya terlambat untuk anda melakukan sebarang rawatan. Anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan kad perubatan AXA eMedic yang ditawarkan di laman web PolicyStreet dengan harga serendah RM 32/sebulan. Anda boleh dapatkan kad perubatan secara online dan tidak memerlukan proses yang panjang. Untuk dapatkan maklumat lanjut, layari laman web kami dan klik di PolicyStreet!
************************************************************************