Cara dan Tips Menunggang Motosikal bagi Para Pemilik Motosikal di Malaysia:

Tips menunggang motosikal sememangnya bukan sesuatu yang boleh dipelajari dengan hanya latihan sebanyak sekali atau dua. Walaupun kita perlu mengambil latihan menunggang motosikal di Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), kekangan masa mungkin akan menyebabkan guru di sekolah memandu tidak sempat mengajar semua tips – tips yang penting semasa menaiki kenderaan beroda dua itu.
Sebab lain adalah kita tidak dapat menjangkakan waktu – waktu akan datang di mana kita perlu untuk menggunakan tips tersebut. Oleh itu, mari sama – sama kita meneliti tips – tips dalam menunggang motosikal seperti yang telah disenaraikan di bawah, terutama bagi pembaca yang mungkin baru berjinak – jinak dalam industri permotoran.
Practice cara memusing motosikal

Latihan ini adalah penting dalam menggabungkan penggunaan clutch, throttle dan brek belakang motosikal anda. Selain itu, anda juga boleh mengetahui adakah berat badan anda mempengaruhi pusingan motor yang anda naiki. Hal ini juga untuk meningkatkan skill menunggang anda terutama di kawasan yang mempunyai banyak roundabout. Antara tempat untuk membuat latihan pusingan adalah di dalam petak parking motosikal.
Teknik dua jari- tips menunggang motosikal yang penting!

Mengendalikan cluth motosikal menggunakan empat jari ialah umpama perkara basic bagi semua penunggang kenderaan dua roda itu. Namun begitu, tahukah anda bahwa tuas cluth dapat dikawal dengan lebih berkesan jika menggunakan dua jari? Teknik dua jari amat digalkkan untuk dipraktikkan kepada penunggang terutama ketika berada di dalam bandar. Oleh kerana cluth mempunyai saiz yang tidak begitu panjang untuk memuatkan kesemua jari, dua sahaja sudah cukup untuk memastikan kawalan lebih besar ke atas motosikal.
Practice Hard Braking

Untuk mengetahui betapa pantas motosikal anda boleh berhenti, lakukanlah latihan hard braking ini di tempat letak kereta kosong atau jalan yang terpencil atau tempat – tempat yang tidak berhampiran dengan kawasan lalu lintas. Hal ini untuk mengelakkan sebarang kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain. Cara yang betul untuk meningkatkan skill hard braking anda adalah dengan melajukan motosikal dan menekan brek dengan secepat mungkin untuk mengetahui masa yang diperlukan untuk kenderaan berhenti.
Ini kerana kebolehan menghentikan motor dengan cepat ketika berada dalam kelajuan pantas akan menghasilkan keseimbangan, berbeza daripada motor yang berkelajuan lebih perlahan. Aktiviti ini penting sebagai persiapan jika terlibat dengan kemalangan atau perkara yang tidak dijangka akan berlaku di jalan raya pada masa akan datang.
Tips menunggang motosikal – Pusingan 88

Bagi mereka yang pernah menjalani ujian menunggang motosikal, latihan ini mungkin kelihatan terlalu asas tetapi ia sebenarnya akan banyak membantu anda. Aktiviti ini akan mempersiapkan anda dengan kemungkinan di mana anda memerlukan untuk membelok dalam arah selain daripada kebiasaannya.
Konklusi
Ha, bagaimana? Berguna bukan tips menunggang motosikal yang telah disenaraikan di atas? Pilihan untuk membeli motosikal terletak di tangan anda namun, perkara yang paling penting adalah agar anda sentiasa bersedia untuk melindungi motosikal daripada sebarang kemungkinan akan datang. Hal ini kerana, malang sememangnya tidak berbau, kan? Namun, usah risau lagi kerana PolicyStreet berbesar hati untuk menawarkan insurans motosikal daripada Berjaya Sompo Insurance bagi memastikan pengalaman anda memiliki motosikal menjadi lebih bermakna! Untuk maklumat lanjut, layari sahaja Insurans Motosikal SEKARANG!