
Tips memilih baju mengikut bentuk badan anda:
Tips memilih baju: Pakaian boleh dikatakan salah satu keperluan asas untuk manusia. Seiring dengan teknologi pada masa kini, pelbagai fesyen terbaru telah dihasilkan oleh para pengeluar produk pakaian tidak kira lah samada dari dalam atau luar negara. Dengan adanya peniaga yang semakin ramai berkecimpung dengan perniagaan online, amat mudah untuk para pengguna atau pembeli di serata dunia untuk memiliki pakaian idaman mereka.
Panduan
- Tips memilih baju bagi bentuk badan buah ‘Apple’
- Tips memilih baju bagi Bentuk Segi Tiga atau ‘Pear’
- Tips memilih baju bagi Bentuk badan ‘Hourglass’
- Tips memilih baju bagi Bentuk ‘Diamond’ atau Berlian
- Tips memilih baju bagi Bentuk Segi Tiga Terbalik
Laman web atas talian seperti Lazada, Shopee dan Zalora telah memberi peluang kepada semua orang, baik lelaki mahupun wanita untuk menikmati kemudahan membeli – belah pakaian. Namun begitu, kita hendaklah memberi gambaran yang baik kepada orang sekeliling yang berkongsi udara dengan kita. Jadi, pilihlah baju yang tepat mengikut badan dan citarasa yang berkenan di hati masing – masing ya?
Tips memilih baju bagi bentuk badan buah Apple
Mereka yang mempunyai badan berbentuk buah apple memiliki ukuran pinggang sama atau lebih besar daripada pinggul yang menyebabkan badan kelihatan lebar dan gemuk. Oleh itu, proses pemilihan pakaian perlu dilakukan dengan agak teliti. Adalah penting untuk mengelakkan daripada memakai baju yang ketat agar lemak tidak akan atau kurang jelas kelihatan. Sebaliknya, pilih busana atau pakaian yang agak longgar untuk membantu menutup bahagian pinggang tersebut.
Dari segi corak pula, pilih corak kecil untuk menutupi kekurangan serta mengurangkan perhatian orang lain terhadap bahagian badan si pemakai. Corak – corak adalah bebas serta terpulang untuk dipilih namun seboleh mungkin, cuba elakkan corak yang berunsur garis horizontal kerana ianya akan menampakkan kelebaran seseorang. Jenis material bagi mereka bersaiz badan umpama apple adalah material lembut dan adalah digalakkan untuk menghindarkan diri dari pemakaian aksesori yang terlalu banyak di bahagian pinggang agar tidak terlihat makin lebar. Jika ingin mendapatkan kesan langsing, pilihlah warna-warna gelap, okay?
Tips memilih baju bagi Bentuk Segi Tiga atau ‘Pear’

Bentuk tubuh ini adalah bentuk yang biasa dijumpai untuk dimiliki oleh seorang wanita yang mana bahagian pinggul agak besar manakala bahagian dada adalah kecil. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk tubuh ini, sememangnya pinggang adalah aset terbaik yang dimiliki oleh orang berbadan pear. Meskipun begitu, mungkin ada di antaranya yang mempunyai paha agak besar namun leher jinjang yang selari dengan bahu serta lengan yang kurus.
Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk memilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil sahaja atau tanpa pelapik langsung agar bahagian bahu kelihatan lebih luas. Hal ini kerana, ianya adalah penting untuk mengimbangi bahagian pinggul yang besar tersebut. Selain itu, minimumkan corak pada bahagian pinggul ke bawah serta elakkan daripada memakai skirt labuh dan blaus yang terlalu labuh agar anda tidak kelihatan semakin lebar. Untuk warna pula, pakaian bahagian atas hendaklah berwarna cerah dan pada bahagian bawah pula berwarna gelap untuk menumpukan kepada bahagian atas badan, bukan bahagian pinggang dan ke bawah.
Tips memilih baju bagi Bentuk badan Hourglass

Tidak dinafikan lagi, bentuk badan hourglass ini adalah bentuk tubuh idaman semua gadis dan wanita di luar sana kerana mereka yang mempunyai bentuk badan ini semestinya langsing dan mempunyai pakej bentuk yang sempurna. Oleh itu, tips bagi si pemilik badan umpama gelas pasir adalah sangat mudah kerana mereka bebas untuk memilih apa – apa jenis rekaan baju serta tidak aka nada masalah dalam pemilihan jenis kain ataupun fabrik. Namun, jika inginkan effect tinggi dan lebih langsing, anda boleh cuba untuk menggunakan kasut tinggi. Untuk kelihatan lebih menawan, boleh memilih pakain seperti sequin dress, peplum ataupun lace.
Tips memilih baju bagi Bentuk ‘Diamond’ atau Berlian

Mungkin ada di antara para pembaca yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini, yang dicirikan dengan bahagian pinggul atau perut yang agak besar berbanding dengan bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam kategori bentuk tubuh ini, tips yang sesuai untuk anda amalkan adalah elakkan diri daripada memakai pakaian berwarna terang dan mempunyai corak yang menyerlah. Sebaliknya, beli pakaian yang berwarna gelap disertai dengan corak yang sederhana untuk menampakkan tubuh badan agar kelihatan lebih kurus. Sekiranya anda ingin memakai gaun untuk majlis – majlis penting atau untuk bercuti, pilihlah gaun tanpa pinggang. Selain itu, pemakaian vest yang terbuka juga turut membantu anda tampak lebih kurus.
Tips memilih baju bagi Bentuk Segi Tiga Terbalik

Setelah bentuk badan seperti jam pasir, bentuk tubuh yang turut menjadi idaman para wanita adalah semestinya bentuk segi tiga terbalik. Meraka di luar sana yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini mempunyai bahagian atas badan yang lebih besar daripada bahagian bawah. Perlu diingatkan bahawa, berbeza seperti mereka yang mempunyai badan berbentuk segi tiga biasa, pemakaian di bahagian atas perlu diminimumkan. Jika ingin memakai skirt, pilih yang bergaris A, bertekstur garang serta bercorak garis mendatar untuk menyeimbangkan bentuk tubuh badan. Si pemakai juga disarankan untuk menggunakan seluar labuh atau palazzo. Bagi pakaian bahagian badan atas pula, pastikan corak pakaian adalah garis menegak dengan fabrik yang bertekstur halus. Untuk warna, pilihlah warna-warna yang gelap atau neutral untuk bahagian atas badan
Konklusi

Memilih pakaian mengikut bentuk tubuh badan sememangnya penting untuk meningkatkan keyakinan dalam diri si pemakai. Selain menjaga badan, para pembaca juga turut digalakkan untuk mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan daripada pakar agar kehidupan diri serta keluarga sentiasa terjamin. Berita terbaik untuk anda, PolicyStreet kini sedang menawarkan polisi insurans terbaru daripada Manulife iaitu ManuEz-Med kerana kami sentiasa mementingkan yang terbaik buat anda semua. Untuk maklumat lebih lanjut, layari sahaja PolicyStreet SEKARANG!