Bandung terkenal sebagai pusat peranginan santai yang boleh anda lawati dengan menghabiskan masa melakukan pelbagai aktiviti menarik, membeli belah dan sebagainya. Ramai wanita yang suka datang ke sini kerana mereka berpeluang mendapatkan barang-barang seperti pakaian, tudung, beg, kasut dan sebagainya dengan harga yang sangat murah.
Sebenarnya, Bandung bukan sahaja tempat membeli belah, ia juga merupakan tempat perlancongan yang sangat kaya dengan keindahan semulajadi serta boleh dikatakan sebagai syurga makanan. Biar betul? Di sini anda dapat menikmati keindahan alam, keenakan makanan, keseronokan beraktiviti dan macam-macam lagi. Terdapat banyak tempat menarik di Bandung, Indonesia yang mesti anda lawati! Mari kita lihat satu persatu.
Jom Lihat Tempat Menarik Di Bandung Ini SEKARANG!
1. Lereng Anteng
Lereng Anteng berdekatan dengan sebuah kawasan pinggir bukit yang sangat indah dan dingin dimana anda boleh melihat alam semulajadi daripada pandangan atas bukit. Lereng Anteng merupakan sebuah kafe atau kedai makan yang besar terbahagi kepada tempat duduk di ruangan luar, separa luar dan juga ruangan dalam kafe.
Ruangan dalam kafe dilengkapi dengan bean bag yang membolehkan anda berehat dan bersantai. Anda dapat menikmati pelbagai hidangan lazat serta dapat melihat keindahan sekitar kawasan pergunungan. Selain makan dan menikmati pemandangan kawasan ini, anda juga boleh meluangkan masa bermain golf mini yang turut disediakan di Lereng Anteng.
2. Muzium Geologi Bandung
Muzium Geologi Bandung ini telah dibina pada tahun 1928 untuk menempatkan pelbagai barangan purba dari tanah Indonesia. Antara barang-barang yang anda dapat lihat adalah seperti batu-batu, mineral, fosil tengkorak manusia dan pelbagai lagi barang yang telah dihimpunkan sejak tahun 1850 lagi. Muzium Geologi Bandung ini juga menyalurkan banyak maklumat yang perlu anda ketahui tentang negara ini dan sejarahnya.
3. Kebun Strawberry Ciwidey
Tidak puas dengan buah strawberry di Malaysia, anda juga boleh ke tempat percutian yang sejuk dan penuh dengan strawberry yang enak dan lazat. Anda boleh masuk ke Kebun Strawberry Ciwidey ini secara percuma dan dapat melihat kebunnya yang begitu luas dan merah penuh dengan strawberry. Jom alami keseronokan dengan memetik buah strawberry sendiri dengan bayaran yang sangat murah dan berpatutan.
4. Dusun Bambu
Dusun bambu terletak di kawasan tanah tinggi yang mempunyai cuaca berangin dan sejuk. Anda boleh menikmati alam semulajadi dan meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti menarik seperti bersiar-siar di sekitar bambu, menaiki perahu, menikmati keindahan alam dan sebagainya. Terdapat Restoran Purbasari di pinggir tasik, taman bunga iaitu Taman Arimbi, Cafe Burangrang beserta aliran sungai dan juga Pasar Khatulistiwanya yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang sangat enak.
5. Amazing Art World
Amazing Art World ini adalah Muzium 3D yang merupakan pusat pelancongan terkenal dunia yang bertapak di Bandung. Anda pasti tidak bosan menjejakkan kaki ke sini kerana kesenian tempat ini sangat kreatif dan menyeronokkan. Ia terbahagi kepada 8 zon berbeza iaitu Aqua, Love, Winter, History Animal, Media, Dinosaurus dan Artistic. Anda boleh mengambil gambar yang banyak dan tentunya gambar anda sangat realistik seakan-akan bersama objek yang nyata!
6. Floating Market
Floating market menampilkan pasar terapung yang diadakan di dalam perahu. Anda pasti rambang mata melihat pelbagai jenis hidangan Indonesia yang dihidangkan seperti sate arnab, bakso, siew mai dan lain-lain lagi. Selain daripada makanan, ole-ole atau cenderahati juga boleh didapatkan di sini. Usai makan, anda boleh menaiki bot dan menerokai Taman Jepun di sekitar kawasan ini.
7. Paris Van Java
Paris Van Java adalah sebuah mall yang sangat lengkap dengan pelbagai barangan wanita seperti pakaian, kain dan macam-macam lagi. Mall ini sangat lengkap dan eksklusif dari segi pemandangan luar dan bangunannya, makanan, barangan serta ia menjadi kebanggaan masyarakat Bandung untuk tarikan para pelancong.
8. Kawah Putih
Kawah putih berfungsi sebagai lokasi terbaik untuk mengambil gambar kerana pemandangannya yang sangat cantik dan menakjubkan. Pada asalnya, kawasan kawah putih ini terjadi daripada letusan gunung berapi yang membentuk danau yang bertanah dan putih kehijauan. Namun, anda akan merasai keindahan malam di temani pohon bakau yang tetap tumbuh di tebing danau.
9. De’ Ranch Lembang
Nak naik kuda di Indonesia? Jom kunjungi De’ Ranch! De’ Ranch Lembang menyediakan pelbagai aktiviti seperti berkuda, memanah, naik delman, fun boat dan macam-macam lagi. Tidak kira dewasa atau kanak-kanak, anda boleh menaiki kuda dan akan diberi kostum. Anda akan dibawa menaiki kuda oleh pekerja yang berpengalaman dan di sini juga, anda dapat merasai susu segar dan sosis yang turut hasil dari Dr’ Ranch sendiri iaitu tempat kerja mereka.
Begitu banyak tempat menarik di Bandung, Indonesia yang perlu anda lawati. Kebanyakan tempat menarik di Bandung penuh dengan aktiviti seperti menaiki kuda, membeli belah, makan dan sebagainya. Pernahkah anda terfikir apakah impak yang akan berlaku sekiranya mengalami kecederaan dan kesakitan sepanjang perjalanan ke negera orang. Adakah anda akan mendapat perlindungan ketika berada di negara orang?
Memperkenalkan Allianz Travel Care
Allianz travel care adalah pelan perlindungan yang diberikan kepada anda ketika anda berada dalam perjalanan dan aktiviti pelancongan anda. Pelan dari Policy Street ini sangat murah dan murah.
Konsep Allianz Travel Care
- Bayaran RM16 untuk sehari sehingga lima hari.
- Perbelanjaan perubatan – RM300,000.
- Kecacatan dan kematian – RM200,000 untuk perbelanjaan, pembiayaan perubatan dan masa depan.
- Berumur serendah 30 hari sehingga 80 tahun sahaja layak daftar
- Boleh memilih perlindungan tambahan atau tidak.
Kelebihan Dan Manfaat Allianz Travel Care
Anda boleh membuat tuntutan sepenuhnya mengikut bil tertakluk kepada had limit tahunan juga berdasarkan syarat yang telah ditetapkan. Bagi pengguna pelan Allianz Travel Care, anda akan menerima manfaat ini.
- Kematian Atau Kurang Upaya
- Perbelanjaan Perubatan
- Perbelanjaan Perubatan Lain
- Perjalanan Dan Tempahan
- Penjagaan Barang Personal
- Liability Peribadi
- Kos Pulang ke Rumah
- Serangan Keganasan
- Aktiviti Sukan
Jom Jadikan Allianz Travel Care Pelan Perlindungan Anda
Apa kata anda bawakan plan perlindungan ke Bandung bersama-sama anda, dengan itu, masalah akan dapat diselesaikan. Anda juga boleh melayari laman web mereka bagi melihat jumlah tuntutan dan bayaran yang telah disediakan. Sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah, anda boleh terus menghubungi talian hotline atau nombor fon yang tertera. Banyak manfaat dan faedah yang dapat anda peroleh dengan menggunakan Allianz Travel Care.
Allianz Travel Care | Tempat Menarik Di Jepun Yang Mesti Anda Lawati
https://products.policystreet.com/allianz/travelcare/overview