• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Strok Haba, Simptom-simptom dan Cara Mengatasinya

Hafiqah Ali / 04/09/2019

Strok Haba, Simptom-simptom dan Cara Mengatasinya bagi rakyat Malaysia:

Strok haba atau “Heat Stroke” adalah keadaan di mana kita terdedah kepada sinaran matahari terik dan gelombang haba berterusan, menyebabkan paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius berbanding suhu normal manusia iaitu kira – kira 37 darjah celcius. Strok haba akan menjadi lebih serius jika seseorang berada di bawah cuaca panas dan kurang mengamalkan minum air menjadikan sistem badan mengalami dehidrasi.

Sepertimana diketahui, apabila kepanasan dirasai badan, secara automatik ianya akan menjalankan proses mekanisme penyejukan semula jadi tubuh bagi menurunkan suhu badan ke paras normal. Akan tetapi, walaupun proses ini adalah normal, sekiranya berterusan semakin lama kandungan air di dalam badan akan semakin berkurangan. Keadaan ini berkemungkinan besar akan membawa kepada potensi serangan daripada penyakit lain seperti sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan paling tragis – kematian.

Simptom atau gejala strok haba

• Badan letih dan lemah.

• Rasa pening atau sakit kepala.

• Mual, loya dan muntah.

• Peluh keterlaluan atau tidak langsung berpeluh dalam cuaca terik atau suhu persekitaran tinggi.

• Kekejangan otot.

• Nadi menjadi laju dan dada akan ketat.

• Mengalami hipotensi atau tekanan darah rendah.

• Pitam atau pengsan.

• Tekak kering dan rasa dahaga keterlaluan.

• Jarang membuang air kecil atau warna air kencing gelap berbanding biasa.

 Banyakkan minum air untuk Kurangkan Risiko Strok Haba

strok haba menyerang hendaklah banyak minum air

Anda hendaklah meminum sekurang-kurangnya 2.5 liter air kosong atau mineral yang bersamaan atau sama dengan 10 hingga 12 gelas sehari. Ini adalah penting semasa musim strok haba menyerang kerana dapat membantu menstabilkan paras cecair dalam badan.  Selain air mineral, anda juga boleh pilih untuk minum air kelapa muda segar kerana ianya mengandungi elektrolit yang boleh membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran daripada cuaca panas yang melampau.

Bukan itu sahaja, air kelapa muda juga sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B kompleks yang mampu merendahkan kekejangan otot, mengawal tekanan darah serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas. Di samping meminum air kelapa muda, meminum air buah-buahan juga adalah antara pilihan yang baik untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari.

Pakai pakaian yang selesa

Pakaian berwarna gelap adalah sangat tidak digalakkan kerana ianya boleh memerangkap lebih pantas berbanding yang berwarna cerah, apatah lagi jika anda bekerja di kawasan pembinaan. Bagi mereka yang memakai tudung, pastikan anak tudung tidak terlalu ketat untuk mengelakkan haba terkumpul di kawasan berkenaan. Wanita muslim yang perlu memakai tudung sepanjang hari dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada sinar matahari terutama sekali pada waktu tengahari dari pukul 12 – 2 petang. Perlu diingatkan untuk semua agar memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas agar udara lebih mudah diserap, di samping kapas membenarkan penyejatan peluh yang maksimum terutama pada terik membahang.

Awasi Anak-Anak Dan Warga Emas untuk Elakkan Strok Haba

Golongan kanak-kanak, bayi, dan warga emas paling mudah terjejas dengan musim panas melampau. Oleh itu, seboleh – bolehnya elakkan daripada meninggalkan bayi, kanak-kanak atau warga tua di dalam kereta tanpa penghawa dingin dalam tempoh yang lama di bawah sinar matahari. Selain itu, jadikan satu rutin untuk kerap memeriksa suhu mereka, terutamanya apabila golongan ini menunjukkan bahasa badan atau rasa tidak selesa dari semasa ke semasa.

Kerap Mandi Ketika Musim Strok Haba

strok haba perlu mandi

Bagi mereka yang bekerja seharian, pastikan anda tidak skip rutin mandi selepas pulang ke rumah. Ketika musim strok haba terutamanya, digalakkna untuk kerap mandi yang seeloknya dengan air suam. Setelah itu, gunakan kipas atau penghawa dingin untuk turunkan suhu badan. Untuk langkah lebih selamat, sentiasa lap badan terutama di bahagian seperti muka, kepala, leher, celahan ketiak dan peha dengan tuala basah terutama sekali bagi seesorang yang pekerjaan terdedah di bawah cahaya matahari.

Konklusi

manulife manuezmed

Adakah anda sudah mempunyai perlindungan kad perubatan bagi memastikan anda serta keluarga sentiasa dilindungi sekiranya terjadi sebarang kemalangan yang tidak diingini? Tambahan pula, serangan strok haba adalah sukar untuk dijangka dan semakin menjadi-jadi ketika musim panas ini. Namun, tidak perlu risau kerana kami di PolicyStreet menawarkan medical card dengan harga yang sangat berpatutan dan pastinya dengan penjimatan kos perubatan bil di hospital. Untuk maklumat lebih lanjut, layari Policystreet SEKARANG!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online