• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Tempat Menarik Untuk Honeymoon di Eropah (2020)

PolicyStreet / 13/07/2020

Anda telah mempelajari sejarah bermula dari zaman Renaissance Itali, Pertemuan Sepanyol, Revolusi Perancis, dan mitologi Yunani. Selain daripada sejarah yang anda tahu, Eropah menawarkan pelbagai lagi tarikan bagi pelancong yang kesana. Eropah merupakan campuran tamadun moden dan juga kuno. Ramai pelajar yang pergi ke Eropah untuk belajar, bercuti dan merasai sendiri pengalaman berada di negara yang terkenal dengan sejarah-sejarah Eropah. Namun tak dinafikan juga, menjelajah di negara-negara Eropah merupakan pilihan utama bagi pasangan yang baru berkahwin dan ingin berhoneymoon sambil menikmati keindahan kota.

Tempat Menarik Untuk Honeymoon di Eropah (2020)

Memandangkan anda sedang membaca artikel ini, sudah pasti anda sudah pun memilih destinasi untuk honeymoon bersama pasangan anda. Atau anda mungkin masih tercari-cari bandar yang unik untuk dikunjungi. Apa yang paling menarik, anda boleh memilih lebih dari satu negara jika anda mahu. Alang-alang mahu melancong, ini lah masanya mengambil peluang untuk pergi ke beberapa negara di sekitar Eropah. Disini saya senaraikan beberapa tempat menarik yang anda boleh kunjungi dan beberapa sebab kenapa anda perlu melancong ke tempat tersebut.

Tempat Honeymoon Menarik Di Eropah

1. Venice, Itali

Venice, Itali - Tempat Menarik Untuk Honeymoon

Habiskan waktu sambil berborak dengan pasangan di atas gondola di sepanjang kota Venice adalah suatu kenangan yang sangat romantis. Ini adalah kota yang sangat ideal untuk berbulan madu selain dari ibu kota Itali iaitu Rom. disebabkan sebahagian besar kota ini berada di atas air, anda harus naik gondola untuk menjelajah dari satu tempat ke tempat lain. Di sini, anda boleh melawat ke tempat utama seperti Piazza San Marco dan Ponte dell ‘Accademia yang merupakan sebuah jambatan yang indah di Grand Canal. Jika terasa penat, anda boleh beristirehat di kafe sambil menikmati hidangan Italia serta kopi espresso bersama biscotti.

2. Paris, Perancis

Paris, Perancis - Tempat Menarik Untuk Honeymoon

Paris yang juga dikenali sebagai “Kota Cahaya” adalah tempat yang dianggap paling romantis di dunia. Anda boleh mengunjungi Basilica Sacre-Coeur yang terletak di Jalan Montmartre untuk menikmati pemandangan kota yang mengagumkan dan window shopping di sepanjang Champs Elysees. Bagi pencinta karya klasik, anda boleh melawat ke museum Louvre dan Centre Pomdidou sambil menikmati seni dan budaya Eropah. Anda juga boleh bersantai di Pont Neuf iaitu jambatan tertua di Paris. Dan akhir sekali, benda paling wajib ialah anda harus mengunjungi Menara Eiffel, terutamanya untuk pasangan yang sedang dalam mood honeymoon. Ianya tempat yang menjadi ikon kasih sayang di dunia walaupun agak cliche.

3. Barcelona, Sepanyol

Barcelona, Sepanyol - Tempat Menarik Untuk Honeymoon

Terletak di pantai Catalonia, Barcelona penuh keperibadian dan misteri. Dilengkapi dengan patung-patung yang hidup, jalan pejalan kaki La Rambla membahagikan Gothic Quarter dari El Raval. Anda pasti akan kagum dengan seni bina arkitektur bangunan tua yang dapat ditemui di seluruh Barcelona oleh Antoni Gaudi. Jika anda tak tahu, Basilika Sagrada Familia telah dibina lebih dari 40 tahun oleh Gaudi. Anda juga boleh menyaksikan tarian flamenco yang terkenal dengan Tablao Flamenco Cordobes sambil mencuba-cuba beberapa gerakan tarian indah ini bersama pasangan anda. Setelah puas jangan lupa untuk berjalan di sekitar kedai-kedai dan kafe di Las Ramblas, salah satu jalan paling terkenal Barcelona.

4. Rom, Itali

Rom, Itali - Tempat Menarik Untuk Honeymoon

Ibu kota negara Itali ini dipenuhi dengan keindahan pemandangan dan bangunan-bangunan lama yang terkenal dengan suasana romantiknya. Semestinya anda memerlukan lebih dari sehari untuk menerokai tempat-tempat menarik di Itali. Habiskan masa anda mengagumi monumen megah seperti Colosseum dan Basilika Santo Petrus. Anda perlu melawat ke Florence dan merasai era Renaissance apabila anda dikelilingi oleh karya-karya seniman agung seperti Michelangelo dan Botticelli, yang terkenal saat kesenian benua Eropa sedang mencapai puncaknya. Anda boleh pergi ke beberapa air pancut terkenal di kota itu pada waktu malam seperti Trevi Fountain dan Piiazza Navona. Air pancut ini dikatakan boleh mengabulkan keinginan anda jika membaling duit syiling ke dalamnya.

5. San Fransisco, Amerika Syarikat

San Fransisco, Amerika Syarikat - Tempat Menarik Untuk Honeymoon

Sans Francisco adalah salah satu kota metropolis terbesar di dunia dan serba mewah. Lokasi ini sesuai bagi anda yang suka berada di tengah-tengah orang ramai Anda boleh pergi ke Fisherman Wharf untuk merasai hidangan masakan tiram. Kunjungi Muir Woods, sebuah hutan yang romantis terletak sedikit di pinggir kota. Perjalanan  dari Muir Woods dan kembali ke San Francisco akan memberikan anda kesempatan untuk menikmati pemandangan Golden Gate Bridge yang sangat megah. Kemudian, anda boleh berbelanja souvenir di Union Street. Jika tidak, anda boleh pergi ke Inspiration Point di Presidio untuk menyaksikan pemandangan San Francisco Bay kala matahari terbenam. Semestinya sangat romantis!

6. London, England

London, England - Tempat Menarik Untuk Honeymoon

Semua orang tahu London dipenuhi dengan pemandangan dan lambakkan muzium kelas dunia. London adalah sebuah destinasi pilihan untuk mempelajari dan mengenali budaya. Ada banyak tempat romantik yang boleh dikunjungi seperti muzium kota terutamanya muzium Victoria dan Albert. Anda jug aboleh mengambil pelaung untuk menyaksikan pertunjukan drama “Romeo and Juliet” di Shakespeare Globe Theater secara langsung. Teater ini diadakan di pertunjukan di ruang terbuka dimana anda boleh menyaksikkannya dibawah cahaya bulan purnama. Anda juga boleh duduk di bangku sepanjang Sungai Thames dan menikmati indahnya hari anda ditemani peneman hidup sepanjang masa.

7. Vienna (Wina), Austria

Vienna (Wina), Austria - Tempat Menarik Untuk Honeymoon

Vienna ialah tempat yang mempunyai pemandangan yang sangat elok untuk berjalan-jalan dengan suasana romantis. Jalan-jalan utama disini berhubung antara satu sama lain dalam bentuk seperti cincin dan terdapat banyak kedai-kedai kecil dan kafe yang boleh ditemui sepanjang jalan. Perjalanan anda dan pasangan juga ditemani dengan iringan instrumen klasik seperti biola, gitar dan banyak lagi. Bangunan-bangunan disini mempunyai sentuhan gaya klasik dan membuat anda merasa berjalan di dalam cerita filem klasik dongeng. Anda juga disarankan untuk mencuba Scnitzel Weiner tradisional, iaitu sejenis makanan tradisi yang dibuat dari irisan daging lembu yang digoreng kering. Anda juga boleh pergi mengunjungi sebuah okestra musik klasik dan menikmati honeymoon anda bersama pasangan.

8. Honolulu, Hawaii

Honolulu, Hawaii - Tempat Menarik Untuk Honeymoon

Hawaii yang terkenal kerana pantainya yang indah di mana anda boleh menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang sangat memukau. Dengan berbulan madu di Honolulu dan anda akan menemukan kedua hal tersebut, ditambah dengan kehidupan malam yang meriah dan restoran lazat yang anda harapkan dari setiap kota besar. Anda berdua bisa menghabiskan hari dengan berbelanja pakaian, souvenir, dan perhiasan; kemudian berehat menikmati keindahan Waikiki Beach. Bagi pasangan yang suka cabaran, anda berdua bisa mencuba mendaki puncak Diamond Head, sebuah kawah gunung berapi yang sangat besar dan indah.

9. New York, Amerika

New York, Amerika - Tempat Menarik Untuk Honeymoon di Eropah

Ada banyak tempat romantik di New York. Anda boleh berpiknik di Central Park, berjalan-jalan di sekitar The Cloisters museum, atau melakukan makan malam romantis di restoran-restoran romantik di wilayah West Village. New York juga mempunyai tempat perlancongan terkenal seperti Times Square. Jika ingin berbelanja, anda bisa melakukannya di daerah perusahaan sepanjang jalan Soho atau bersantai di Bryant Park. Cubalah pula untuk melakukan perjalanan dari Manhattan ke Brooklyn di Jambatan Brooklyn (anda dapat berhenti di Grimaldi untuk menikmati kelezatan pizza-nya yang terkenal), dan kemudian menikmati pemandangan kota yang menakjubkan dari balkon hotel tempat anda berdua menginap.

10. Amsterdam, Belanda

Amsterdam, Belanda - Tempat Menarik Untuk Honeymoon di Eropah

Ramai orang menganggap Paris sebagai bandar cinta, tetapi sesiapa yang menghabiskan beberapa hari di Amsterdam dengan yang tersayang akan berfikir dua kali. Berlatar belakangkan bangunan yang berabad-abad lamanya menjadikan Amsterdam adalah salah satu destinasi yang sempurna untuk menikmati percutian yang romantik bersama pasangan anda. Ia bukan sekadar sebuah kampung yang menawan, malah jalan-jalan dan lorong-lorong sempit yang sempurna untuk bersiar-siar dan juga menjadi lokasi cinta yang cukup indah tambah-tambah semasa berbulan madu.

11. c

Amsterdam, Belanda - Tempat Menarik Untuk Honeymoon di Eropah

Banyak pasangan yang sudah berkahwin memilih kota Prague sebagai destinasi pilihan untuk honeymoon. Prague adalah salah satu tempat yang sangat cantik, romantik dan paling penting, ianya murah. Prague telah dianggap sebagai salah satu bandar paling indah di dunia sejak Abad Pertengahan. GElaran seperti “emas”, “bandar seratus”, “mahkota dunia” dikaitkan dengan Prague, yang terletak betul-betul di tengah-tengah Eropah. Pusat Sejarah Prague telah berada dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1992 dan dengan 866 hektarnya adalah pusat bandar bersejarah terbesar di dunia ini. Anda dapat menikmati bangunan arkitektur bersejarah yang sangat sesuai untuk dijadikan latar belakang foto-foto bulan madu.

12. Santorini, Greece

Santorini, Greece - Tempat Menarik Untuk Honeymoon

Santorini dianggap sebagai tempat yang paling dicari-cari untuk percutian romantik di Greece, kerana tidak banyak tempat di dunia di mana anda dapat menikmati perairan yang sangat indah sambil berada di tepi gunung berapi aktif yang besar di tengah-tengah laut. Pulau ini mempunyai reputasi yang semakin meningkat sebagai “destinasi perkahwinan” untuk pasangan bukan sahaja dari Greece tetapi dari seluruh dunia. Perjalanan ke Santorini sememangnya membawa anda merasai pengalaman yang indah sambil melihat matahari terbenam. Ianya pasti romantik apabila berbulan madu di sini bersama pasangan anda.

Konklusi

Mencari-cari Tempat Menarik Untuk Honeymoon di Eropah

Pastinya anda sudah mempunyai pilihan berdasarkan apa yang anda dan pasangan inginkan. Anda boleh memilih mana-mana sahaja destinasi untuk dilawati di Eropah yang sememangnya akan menjadikan perjalanan anda lebih bermakna dan indah. Tetapi adakah anda pasti keselamatan anda terjamin semasa melancong ke Eropah. Selain dari memilih tempat yang tepat untuk dilawati, anda harus mengutamakan keselamatan diri sendi terlebih dahulu. PolicyStreet menawarkan anda perlindungan perjalanan bagi memastikan anda dilindungi dan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan, anda mempunyai backup. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci di samping merasai pengalaman yang lebih baik, sila lawati laman web kami di PolicyStreet.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online