• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Sejarah Dan Tokoh-Tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

PolicyStreet / 16/04/2018

Institut Kanser Negara (IKN) telah dibina khas untuk memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan bagi pesakit-pesakit kanser. Penubuhan Institusi Kanser Negara sebenarnya bertujuan untuk menangani kesemua keperluan pesakit-pesakit kanser yang semakin meningkat.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 9.34% kes kematian yang melibatkan penyakit kanser dilaporkan pada tahun 2003. Berbanding pada tahun 1975, kes yang dilaporkan ketika itu sudah mencecah 7.37%. Dalam Laporan Pertama Pendaftar Kanser Kebangsaan, nisbah risiko individu yang mendapat kanser di Malaysia adalah 1 daripada 4. Oleh itu, idea untuk membina Institut Kanser Negara merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan.

Sejarah Institut Kanser Negara

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Institut Kanser Negara telah beroperasi secara rasminya pada 2 September 2013. Ia dibina di atas sebuah tapak berkeluasan 1065 ekar yang terletak di Presint 7, Putrajaya. Lokasi ini dikatakan sangat strategik kerana terletak bersebelahan Hospital Putrajaya, Putrajaya Sentral, Ibu Pejabat Bomba, Ibu Pejabat Polis dan mudah diakses melalui lingkaran Purtajaya dan Lebuh Sentosa.

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga telah kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Datin Seri Indon Mahmood akibat kanser pada tahun 2004 merupakan penaung bagi Institut Kanser Negara.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Pada 9 Januari 2007, telah berlaku majlis pecah tanah. Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama kontraktor-kontraktor tempatan telah berkoleborasi dalam merancang, mereka bentuk dan mengadakan rundingan awal untuk memastikan projek pembinaan Institut Kanser Negara berjalan dengan lancar.

Pada 1 September 2010 pula, berlakunya kerja-kerja pengambil alihan tapak oleh pihak JKR termasuk kerja-kerja tanah. Projek pembinaan tersebut dilakukan menggunakan kaedah fast track, serentak dengan reka bentuk yang mengambil masa hanya kurang daripada 3 tahun.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Dalam tempoh inilah struktur pembinaan dipastikan untuk disiapkan dan dilengkapi sepenuhnya sebelum diuji. Setelah selesai fasa berkenaan, barulah Institut Kanser Negara itu diambil alih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Institut Kanser Negara Antara Pembinaan Terbaik

Seperti yang diketahui, projek pembinaan Institut Kanser Negara ini menggunakan model bangunan berinformasi yang dikenali sebagai BIM, Building Information Modelling. BIM adalah suatu proses mewujudkan model-model digital untuk digunakan sebagai reka bentuk, membantu penyelarasan pembinaan dan juga penyelenggaraan melalui visualisasi serta teknik simulasi 3D. Ini adalah projek pertama yang dibangunkan oleh pihak JKR menggunakan teknologi berkenaan.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Pada peringkat awal, bangunan ini telah diuji menggunakan aplikasi IBS iaitu Industrialized Building System dan berjaya mencatatkan skor sebanyak 70%. Proses pengujian adalah berpandukan kepada 1000 orang pekerja dan kakitangan projek. Antara proses pengujian yang dilakukan termasuklah pengawasan ketat, pengurusan keselamatan, alam sekitar dan langkah-langkah kawalan kualiti.

Pada akhir tempoh pembinaan, projek pembinaan ini telah berjaya mencipta rekod cemerlang iaitu 5 juta jam tempoh bekerja tanpa kehilangan hari bekerja. Dicatatkan bahawa ia merupakan antara rekod keselematan terbaik yang pernah dicatatkan bagi sesebuah projek berskala besar.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Institut Kanser Negara Fasiliti Perubatan Terbaik Di Malaysia

Bermula daripada matlamat pembinaan dan juga konsep yang diaplikasikan untuk menjayakan matlamat perubatan kepada para pesakit kanser, segala inisiatif dari segi reka bentuk dan juga peralatan termoden yang digunakan adalah asas kenapa institut ini antara yang terbaik.

Segala-galanya dibina dan dirancang dengan begitu teliti sekali mengambil kira keperluan para pesakit. Pendekatan yang diambil termasuklah ingin melahirkan sebuah hospital perubatan terbaik abad ke-21.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Kemasukan beberapa instrument perubatan canggih ditambah pula dengan senibina berlanskap sangat menarik perhatian bagi mewujudkan persekitaran yang selesa dan seimbang dalam kaedah pemulihan serta penyembuhan kanser.

Pada 2 September 2013, Institut Kanser Negara telah mula beroperasi secara total sebagai sebuah fasiliti perubatan tercanggih dan terkini. Ia merangkumi aspek diagnostik serta rawatan khusus dalam menangani pelbagai masalah penyakit kanser. Manakala pada 18 September 2013 berikutnya, institut ini telah diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu majlis penyerahan projek.   

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Antara perkhidmatan yang disediakan di institut perubatan tercanggih ini ialah radioterapi dan onkologi, perubatan nuklear, pembedahan onkologi dan perawatan paliatif. Terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan seperti klinik-klinik pakar, khidmat pesakit harian dan juga khidmat sokongan klinikal. Sehingga kini, Institut Kanser Negara merupakan antara pusat kecemerlangan dalam perawatan kanser, penyelidikan dan pendidikan terbaik di Malaysia.

Antara Tokoh-Tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Sejak institut ini mula beroperasi, tidak dinafikan bahawa semakin ramai yang tampil mendapatkan rawatan penyakit kanser. Berikut merupakan antara tokoh-tokoh yang terdiri daripada pelbagai bidang dan sumbangan kepada masyarakat:

Allahyarhamah Datin Firdaus Abdul Kader

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun selepas 4 hari koma di Institut Kanser Negara. Beliau disahkan menghidapi kanser pangkal rahim tahap 4 selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang.

Allahyarham Datuk Aziz Singah

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Allahyarham Datuk Aziz Singah merupakan pelakon veteran yang turut meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat kanser prostat tahap 4. Beliau telah dimasukkan ke institut berkenaan selepas didapati sel-sel kanser itu merebak dan menjejaskan kondisi tubuh badan beliau.

Miliki Insuran Perlindungan Pesakit Kanser Dari Policy Street

Policy Street merupakan sebuah agensi rakan kongsi insurans yang terkemuka di Malaysia. Mereka memperkenalkan insurans yang lebih mudah dan sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Malah harga yang ditawarkan juga adalah mampu milik.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Sekiranya ada di antara individu yang mengalami kanser, bolehlah menggunakan insurans Policy Street yang turut membantu mendapatkan perlindungan termasuk wang untuk rawatan kanser.

Mengenai Policy Street

Policy Street merupakan sebuah syarikat yang mengumpul maklumat berkaitan polisi-polisi insurans yang berada dalam pasaran Malaysia. Dalam masa yang sama, pihak Policy Street akan memberikan cadangan terbaik untuk mereka yang masih tercari-cari polisi insurans yang bersesuaian.

Kebiasaannya syarikat-syarikat insurans akan menawarkan pelan perlindungan yang agak tinggi kerana produk yang ditawarkan itu bersifat all-in-one. Berbeza dengan konsep yang dibawa oleh Policy Street. Di bawah kelolaan Policy Street, hanya keperluan yang spesifik sahaja akan dicadangkan untuk dipertimbangkan oleh clients.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Ini adalah bagi memastikan para clients mendapat pelan yang sepatutnya pada harga yang jauh lebih murah tanpa mengurangi sedikitpun manfaat perlindungan. Tidak perlu mengisi apa-apa borang, kerana Policy Street menyediakan khidmat atas talian sahaja untuk memudahkan clients.

Pihak Policy Street hanya bertindak sebagai jalan untuk membantu membuka ruang kepada para clients mendapatkan polisi perlindungan terbaik di samping berkongsi maklumat yang khususnya untuk membantu menyediakan perkhidmatan terbaik.

Mohonlah Perlindungan AXA 200 Cancer Care Policy Street

Di bawah perlindungan AXA 200 Cancer Care dari Policy Street ini, para clients akan ditawarkan perlindungan insurans khas untuk para pesakit kanser. Seperti yang diketahui umum, penyakit kanser merupakan penyakit yang sangat serius yang menyerang ramai orang khususnya di Malaysia.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Oleh itu, insurans AXA 200 Canser Care ini diwujudkan khas untuk membantu meringankan beban yang perlu ditanggung dengan cara memberikan bayaran serta merta berjumlah RM30000. Bukan itu sahaja, jumlah bayaran secara tahunan juga akan diberikan kepada sesiapa yang inginkan rawatan untuk penyakit kanser.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Dengan jumlah bilangan pesakit yang menderita akibat kanser yang kian bertambah dari hari ke hari, pelan perlindungan insurans AXA 200 CancerCare dari Policy Street ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan perlindungan yang diperlukan pada bila-bila masa sekiranya pesakit tersebut di diagnosis sebagai pesakit kanser.

Antara kebaikan pelan yang ditawarkan dalam insurans AXA 200 CancerCare ini termasuklah:

  • Pelan ini telah menjalani pengunderaitan (underwriting) oleh AXA AFFIN LIVE.
  • Dengan nilai premium serendah RM45 sebulan, para clients akan mendapat manfaat penjagaan terapi (therapy care benefit) dari RM30,000.
  • Juga termasuk manfaat kembali sihat (get well benefit).
  • Clients juga akan mendapat rundingan kedua secara percuma.
  • Pelan perlindungan boleh bermula walaupun sudah berumur 50 tahun.
  • Dapat melakukan pemeriksaan kesihatan bernilai RM599.

Sejarah Dan Tokoh-tokoh Yang Menggunakan Institut Kanser Negara

Untuk mengetahui dengan lanjut mengenai Policy Street serta pelan-pelan yang ditawarkan khusus untuk penyakit kanser, dan menerima RM50 rebat, bolehlah terus melayari laman web berikut:

http://www.policystreet.com

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online