Road tax kereta atau motor mati? Alamak dah lebih setahun?! Nak buat macam mana ni?
Mesti ada yang pernah dan sedang alami situasi macam ni kan. Risau, takut, gelabah semua datang serentak. Pihak kami faham, bukan saja-saja tak nak perbaharui cukai jalan, tapi terlupa, tak perasan dan tangguh-tangguh. Eh, tup-tup dah lebih setahun!
Okay jangan risau!
Pihak Policy Street nak kongsi 4 langkah mudah untuk Memperbaharui Cukai Jalan Anda! Tapi perlu diingatkan, langkah mudah ini bagi sesiapa yang tak renew roadtax lebih dari setahun ya!
Langkah 1: Hantar Kenderaan ke PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer)
Sebelum datang ke PUSPAKOM, pastikan anda membuat temu janji dulu ya! Kalau tak terpaksa beratur panjang. Pastikan anda membuat temu janji di PUSPAKOM melalui Laman Web Puspakom ataupun aplikasi MyPUSPAKOM di telefon pintar anda supaya urusan berjalan dengan lancar apabila menghantar kenderaan anda pada tarikh pemeriksaan di cawangan PUSPAKOM terdekat dengan anda.

Langkah 2: Dapatkan Permit Jalan Sementara di JPJ dan Jalankan Pemeriksaan!
Ini antara langkah penting yang anda semua tak boleh nak skip, sebab anda dikira melanggar undang-undang dengan menunggang kenderaan yang sudah mati cukai jalannya. Untuk mengelakkan saman dikenakan atau tidak dilindungi sebarang insurans jika terlibat dalam kemalangan, anda boleh dapatkan permit jalan sementara melalui cawangan JPJ terdekat ataupun muat turun Permit Perjalanan Sementara untuk di lengkapkan dan dicetak sebelum proses pengesahan di kaunter JPJ.
*Ramai ambil enteng akan langkah ini tapi lebih baik sediakan payung sebelum hujan! Daripada anda sendiri kena saman nanti, melepas duit! Proses ini tidak mengambil masa yang lama, apa yang penting anda sediakan dokumen yang lengkap untuk dibawa ke JPJ. Lulus dan lepas!
Langkah 3: Jalankan Pemeriksaan di PUSPAKOM terdekat
Setelah selesai dua langkah di atas, maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba! Pemeriksaan di PUSPAKOM cawangan terdekat anda sebenarnya mudah, yang penting anda perlu sediakan dokumen yang secukupnya. Jangan lupa datang ikut waktu yang telah ditetapkan di temu janji ya! Seeloknya datang 1 jam sebelum waktu temu janji supaya tak terlepas masa!
Antara dokumen yang perlu disediakan adalah:
- geran kenderaan
- kad pengenalan
- lesen memandu yang masih hidup
- permit perjalanan sementara
Ikuti langkah dibawah:

Pendaftaran
- Serahkan dokumen berkaitan dan buat pembayaran di kaunter dan tunggu sehingga pegawai PUSPAKOM datang memeriksa kenderaan anda.
Stesen 1 – Pemeriksaan Identiti
- Memastikan kenderaan anda sama dengan yang tertera di geran kereta.
Stesen 2 – Pemeriksaan bahagian atas kenderaan
- Memastikan bahagian atas seperti enjin, lampu, tayar, penggilap cermin berfungsi dengan baik.
Stesen 3 – Ujian asap
- Memeriksa jikalau asap kenderaan melepasi piawaian yang ditetapkan (kenderaan sebelum Januari 97, perlu mencatatkan bacaan Karbon Monoksida (CO) tidak melebihi 4.5%, serta bacaan Hidrokarbon (HC) tidak melebihi 800 ppm. Bagi kenderaan selepas Januari 97 pula, ia perlu mencatatkan bacaan CO tidak melebihi 3.5% dan juga HC tidak melebihi 600 ppm).
Stesen 4 – Ujian Gelincir Sisi
- Memastikan tekanan angin mecukupi, keseimbangan roda dan penyambungan stereng dalam keadaan baik.
Stesen 5 – Ujian Penggantungan
- Memastikan spring, joints dan shock absorber berfungsi dalam keadaan baik.
Stesen 6 – Ujian Brek
- Memastikan brek berfungsi dengan baik.
Stesen 7 – Pemeriksaan bahagian bawah kenderaan
- memeriksa secara visual bahagian bawah kenderaan. Sebarang kebocoran minyak, bol dan nat longgar/hilang, atau bahagian bengkok yang tidak sepatutnya akan digagalkan.
Keputusan
- Laporan pemeriksaan dikeluarkan.
- Jika lulus, laporan akan dikeluarkan pada hari yang sama dan sah dalam tempoh sebulan.
- Jika gagal, baiki kenderaan anda dan daftar semula pada hari yang lain.
Langkah 4 : Renew RoadTax dan Insurans
Langkah terakhir ini adalah langkah paling mudah kerana ia memakan masa yang singkat untuk diselesaikan. Terdapat banyak pilihan untuk anda memperbaharui cukai jalan anda. Antaranya adalah dengan pergi ke pejabat Pos, JPJ atau anda boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans dengan hanya menggunakan telefon bimbit anda!
Renew RoadTax dan Insurans Melalui Policy Street!
Di zaman serba moden ini, anda boleh memperbaharui road tax dan insurans sambil bersantai di rumah! Lebih-lebih lagi jika anda memilih untuk berurusan denganPolicy Street! Dengan hanya di hujung jari, diri dan orang tersayang akan dilindungi dan lebih istimewa lagi penghantaran sehingga di depan rumah anda dalam masa 2 hari bekerja sahaja! Apa yang lebih menguntungkan adalah anda tidak perlu beratur dan bersesak di pejabat pos dan JPJ serta boleh jimat lebih banyak masa, tenaga, dan duit!
Berikut adalah 6 langkah mudah untuk anda memperbaharui roadtax dan insurans kenderaan melalui Policy Street:
1. Lawati www.policystreet.com/motor/, isi maklumat yang diperlukan dan klik “Get Started“.

2. Laraskan jumlah yang hendak diinsuranskan dan pilih jenis syarikat insurans mengikut pilihan anda

3. Isi maklumat lebih lanjut dan klik “Proceed”

4. Setelah anda mengklik “Proceed“, anda akan dibawa ke bahagian Add Ons. Anda kemudian boleh menambah perlindungan tambahan yang sesuai dengan keperluan anda dan juga boleh memperbaharui road tax seperti yang ditunjukkan dengan warna merah. Isi juga alamat pilihan anda untuk diposkan. Selesaikan langkah-langkah yang diperlukan dan klik “Proceed”.

5. Ringkasan pesanan akan ditunjukkan di mana anda dapat memeriksa semula jumlah yang perlu dibayar, insurans pilihan anda termasuklah memperbaharui cukai jalan dan maklumat penting lain. Setelah diperiksa, klik “Confirm Amount”.

6. Anda kemudian akan diarahkan ke bahagian pembayaran di mana anda akan diberi beberapa pilihan untuk melakukan pembayaran- iaitu, melalui kredit dan debit kad, online banking, bayar dengan e-wallet serta secara tunai di 7-Eleven berhampiran anda. Setelah memilih pilihan pembayaran, klik “Teruskan” untuk membayar. Dan selesai! Tunggu dalam 2 hari waktu bekerja untuk anda mendapat cukai jalan kenderaan tiba di hadapan rumah anda!

Renew RoadTax dan Insurans Melalui Pejabat Pos dan JPJ
Anda juga boleh memperbaharui roadtax dan insurans anda melalui Pejabat Pos dan JPJ. Pilihan ini antara yang paling mudah tetapi di musim COVID-19 yang perlu menjaga jarak seeloknya anda memilih untuk kekal berada di rumah dan hanya memperbaharui roadtax dan insurans melalui Policy Street. Tetapi jika anda tetap mahu memperbaharui di Pejabat Pos dan JPJ, anda cuma memerlukan beberapa dokumen ini, beratur, menunggu giliran dan bayar.
Antara dokumen yang diperlukan adalah:
- Kad pengenalan / IC
- Lesen Memandu
- Sijil Pemilikan Kenderaan atau Salinan Geran
- Cover Note Insurans
Tapi kenapa mahu bersusah payah beratur dan terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19, sedangkan anda boleh memperbaharui insurans dan roadtax dengan Policy Street! Lebih selamat, lebih jimat, dan lebih banyak pilihan! Jangan terlepas tawaran eksklusif dari Policy Street untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran-tawaran perlindungan kenderaan anda.
Hubungi +603-33100063 untuk pertanyaan lanjut atau anda boleh WhatsApp +6011-16842590 jika terdapat sebarang kemusykilan.

Jimat masa, Jimat tenaga, Pilihlah Policy Street! Anda kini boleh memandu dengan senang hati tanpa perlu risau!