
Manfaat Memakan Rambutan Untuk Semua:
Kalau anda orang Malaysia tapi tak pernah makan buah rambutan, memang rugi satu nikmat dunia tau. Dengan nama saintifik pun dah berbunyi sangat unik iaitu Nephelium Lappaceum L, fizikal buah rambutan pun sama juga. Ianya mempunyai rambut – rambut kecil yang meliputi seluruh bahagian kulit dan boleh didapati dalam pelbagai warna berbeza seperti merah, oren, kuning, serta ada yang agak sedikit kecoklatan. Rasanya pula memang tak mengecewakan, manis sungguh!

Namun, tidak pula terlalu manis sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada gigi si pemakan. Kalau teringin nak makan buah ini, beli sahaja di pasaraya atau gerai – gerai di tepi jalan, memang banyak pilihan. Buah yang tumbuh bermusim – musim ini boleh didapati banyak di daerah beriklim tropika dan sering disebut sebagai salah satu makanan pengganti yang baik untuk makanan ringan yang diproses. Oleh kerana isinya yang lembut, kanak – kanak serta warga emas juga boleh menikmati rambutan pada bila – bila masa namun hendaklah dipastikan biji rambutan dibuang terlebih dahulu
Untuk pengetahuan anda, buah ini sebenarnya mempunyai banyak mineral penting yang diserap dari dalam tanah seperti kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan niacin serta potasium. Buah rambutan juga mengandungi banyak protein seperti daging ayam untuk menghasilkan sel-sel dan menggantikan tisu dalam badan yang telah mati. Selain itu, ia juga mengandungai vitamin A dan C. Wah, banyak sungguh khasiat rambutan rupa – rupanya!
Rambutan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet

Bagi anda yang sedang menjalankan program diet, sebaiknya melibatkan buah yang satu ini. Buah manis ini kaya dengan protein dan karbohidrat dengan kandungan kalori tidak terlalu tinggi. Dengan kadar kalori tersebut, buah rambutan boleh menjadi penyelesaian untuk menggantikan makanan berat semasa diet. Tiada kajian khusus yang menunjukkan bagaimana rambutan boleh membantu mencegah kenaikan berat badan namun secara umumnya rambutan boleh membantu anda kerana ianya mengandungi serat yang membantu membuat anda cepat kenyang.
Rambutan dapat melembabkan kulit

Selain daripada kesihatan dalaman, ianya juga berfungsi untuk kulit lembut. Kandungan airnya yang tinggi dapat menghidratkan kulit anda, yang akan menyebabkan kulit anda akan sentiasa lembut dan licin. Hal ini kerana ianya berupaya untuk menyingkirkan radikal bebas yang seterusnya akan melindungi badan daripada kerosakan bersifat asid. Tambahan pula, buah ini mengandungi vitamin A yang sangat bagus untuk merawat kulit kusam.
Salah satu alternatif rawatan rambut

Mungkin ramai yang tidak tahu khasiat buah ini, bukan sahaja isinya tetapi daunnya juga sangat berguna untuk wanita dan lelaki yang ingin kelihatan rambut segar dan menawan. Siapa sangka, rambutan sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesihatan rambut anda. Pes daun rambutan dapat menyuburkan rambut anda jauh ke dalam. Caranya mudah sahaja, ambil sedikit daun rambutan dan campurkan ia sehingga menjadi halus. Kemudian, tambah sedikit air dan perah ekstraknya. Akhir sekali, sapukan campuran pada rambut dan kulit kepala anda selama 10 hingga 15 minit sebelum dicuci. Hasilnya, anda dapat memperbaiki masalah rambut dan rambut akan berkilau selepas ini!
Meningkatkan tenaga seharian dengan memakan rambutan

Karbohidrat dan protein dalam buah ini membantu untuk meningkatkan tenaga dan mengelakkan perut daripada menjadi kembung. Hal ini kerana, rambutan juga kaya dengan air yang dapat membantu mendapatkan kembali tenaga yang hilang di samping menghilangkan dahaga. Selain daripada itu, buah ini turut mengandungi karbohidrat dan protein di mana kedua-duanya boleh merangsang tenaga anda kerana kandungan gula di dalam buah tersebut.
Membantu sakit jantung

Hipertensi adalah salah satu penyakit yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ianya berkait erat dengan tekanan darah di dalam jantung. Namun tidak perlu risau kerana, kandungan magnesium dan potasium di dalam buah berambut ini boleh menstabilkan peredaran darah di dalam bilik dan serambi jantung sebelum dipam ke seluruh tubuh. Jadi, bila anda atau ahli keluarga tergolong penghidap tekanan darah tinggi, sering-seringlah memakan buah yang satu ini. Kandungan serat di dalam rambutan berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung koronari serta membantu merawat tekanan darah tinggi dan merendahkan kadar kolesterol darah
Kesimpulan

Selain daripada memakan buah-buahan yang mengandungi banyak khasiat, apa kata jika anda lengkapkan perlindungan kesihatan anda serta keluarga dengan memiliki kad medikal daripada Manulife iaitu ManuEz-Med. Hal ini kerana, kami di PolicyStreet sangat mengambil berat dengan masa depan kesihatan semua demi menjalani kehidupan yang lebih bermakna bersama mereka yang tercinta. Layari sahaja https://products.policystreet.com/manulife/manuez/overview untuk maklumat lanjut SEKARANG!