• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

4 Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi! (2021)

Hariz / 07/01/2021

Tekanan darah adalah pengiraan daya darah yang menolak dinding saluran darah. Jantung akan mengepam darah ke dalam saluran darah, yang membawa saluran darah ke seluruh badan. Jika anda tidak tahu, hipertensi adalah nama lain untuk tekanan darah tinggi. Ia adalah berbahaya kerana menjadikan jantung berfungsi lebih keras untuk mengepam darah ke tubuh dan menyumbang kepada pengerasan arteri, strok, penyakit buah pinggang, dan penyakit jantung.

Ramai yang tidak tahu bahawa Hipertensi ini juga tergolong sebagai “pembunuh senyap” (silent killer). Ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala dan ramai masih tidak menyedari mereka sebenarnya menghidapi penyakit hipertensi.

Panduan

  • Apakah Bacaan Tekanan Darah Normal?
  • Apakah Punca Tekanan Darah Tinggi?
  • Faktor Tekanan Darah Tinggi Berlaku
  • Punca lain yang mungkin menyebabkan hipertensi
  • Apakah Tanda-Tanda Awal Tekanan Darah Tinggi?
  • 4 Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Apakah Bacaan Tekanan Darah Normal?

Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120/80 dan ianya dibaca sebagai 120 per 80. Nombor di bahagian atas dipanggil sebagai sistolik dan nombor dibawah dipanggil diastolik. Berikut adalah lingkungan tahap tekanan darah.

Selain ada Punca Tekanan Darah Tinggi

Normal: Kurang daripada 120, lebih 80 (120/80)
Meningkat: 120-129 / kurang daripada 80
Tahap 1 tekanan darah tinggi : 130-139 / 80-89
Tahap 2 tekanan darah tinggi :  140 dan ke atas / 90 ke atas
Krisis tekanan darah tinggi : lebih tinggi daripada 180 / lebih tinggi daripada 120

Apakah Punca Tekanan Darah Tinggi?

Terdapat Punca Tekanan Darah Tinggi

Jantung adalah otot yang mengepam darah ke seluruh badan. Darah yang mempunyai tahap oksigen yang rendah dipam ke arah paru-paru di mana bekalan oksigen diisi semula. Darah yang kaya oksigen kemudiannya dipam oleh jantung ke seluruh badan untuk membekalkan otot dan sel. Mengepam darah akan menghasilkan tekanan. Sekiranya seseorang mempunyai tekanan darah tinggi, bermakna dinding arteri menerima terlalu banyak tekanan secara berterusan. Penyebab hipertensi sering tidak diketahui.

Faktor Tekanan Darah Tinggi Berlaku:

Antaranya Punca Tekanan Darah Tinggi

  • Penyempitan Arteri: Penambahan usia menyebabkan tekanan darah meningkat kerana arteri menjadi lebih keras dan sempit terutamanya di jantung, otak dan buah pinggang.
  • Penyakit buah pinggang kronik atau ‘Chronic Kidney Disease’ (CKD) adalah penyebab utama tekanan darah tinggi kerana buah pinggang tidak menapis cecair dan lebihan cecair ini akan membawa kepada tekanan darah tinggi.
  • Keadaan kesihatan yang sedia ada iaitu penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, penyakit ginjal kronik, dan paras kolestral tinggi boleh menyebabkan hipertensi terutamanya apabila usia semakin tua.
  • Risiko adalah sama bagi lelaki mahupun perempuan. Tetapi lelaki lebih mudah menderita hipertensi pada usia yang lebih muda. Namun, kecenderung lebih tinggi kepada wanita yang lebih berusia.

Beberapa punca lain yang mungkin menyebabkan hipertensi adalah:

Punca Tekanan Darah Tinggi yang perlu anda tahu

  • Merokok
  • Berat badan berlebihan atau obese
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Pengambilan garam berlebihan
  • Pengambilan alkohol berlebihan (melebihi 1 ke 2 minuman sehari)
  • Tekanan atau stress
  • Genetik

Apakah Tanda-Tanda Awal Tekanan Darah Tinggi?

Tahukah anda bahawa pola tekanan darah akan mengalami proses naik dan turun. Tekanan darah akan meningkat pada waktu tengah hari dan akan mencapai tahap terendah pada tengah malam. Tekanan darah tinggi boleh diketahui melalui beberapa tanda seperti berikut:

1. Sakit kepala

Selain ada Punca Tekanan Darah Tinggi

Sakit kepala merupakan gejala paling umum dirasakan oleh penderita tekanan darah tinggi. Sakit kepala biasanya berlaku secara mendadak dan tiba-tiba. Oleh sebab itu, sekiranya anda mengalami sakit kepala tanpa sebab yang jelas, kemungkinan besar, ini adalah tanda-tanda anda mengalami tekanan darah tinggi. Namun ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar dan menganggap sakit kepala hanya disebabkan oleh kepenatan tubuh badan.

2. Mual dan muntah

Antaranya Punca Tekanan Darah Tinggi

Tanda penyakit tekanan darah tinggi seterusnya ialah mual dan muntah. Simptom ini kadang kala disalah maksud dengan gangguan pencernaan dalam perut dan juga akibat salah makan. Namun, jika anda mengalami masalah ini, anda harus segera mendapatkan rawatan lanjut.

3. Pandangan kabur

Mempunyai Punca Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan gangguan penglihatan atau lebih tepatnya pandangan menjadi kabur. Simptom ini biasanya akan datang secara bersamaan dengan munculnya gejala mual dan muntah. Gangguan penglihatan ini muncul sebagai akibat terganggunya sirkulasi darah yang menuju ke bahagian mata dan juga saraf penglihatan. Jika anda mengalami gejala ini disertai dengan gejala mual dan muntah maka sebaiknya anda segera melakukan pemeriksaan lanjut.

4. Sesak nafas

Selain adanya Punca Tekanan Darah Tinggi

Sekiranya anda sudah mengalami sesak nafas, ini menandakan tekanan darah tinggi yang sudah kronik. Sesak nafas berpunca daripada jantung akibat tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi akan mengganggu pembuluh darah arteri sekaligus mempercepat denyutan jantung. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada jantung.

5. Hidung berdarah

Contoh Punca Tekanan Darah Tinggi

Hidung berdarah merupakan satu daripada simptom tekanan darah yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada hidung yang sukar untuk berhenti, maka anda perlu segera melakukan pemeriksaan kesihatan. Anda perlu mengenal pasti punca berlakunya hidung berdarah kerana ia mungkin berpunca daripada pembuluh darah pecah di beberapa bahagian badan.

6. Kebas

Terdapatnya Punca Tekanan Darah Tinggi

Kebas merupakan salah satu daripada tanda bahawa anda mempunyai tekanan darah yang tinggi. Kebiasaannya, tekanan darah tinggi menyebabkan pengaliran darah menjadi laju ke dalam tubuh sehingga menyebabkan rasa kebas. Sekiranya anda sering merasa kebas-kebas di bahagian sendi, tangan dan juga kaki, anda perlu membuat rawatan lanjut. Simptom ini juga merupakan tanda awal strok yang berpunca daripada hipertensi.

4 Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi dapat dikawal dengan pelbagai cara antaranya termasuklah perubahan diet, pengambilan ubat dan senaman. Walaupun tekanan darah dapat dikawal melalui diet, namun terdapat pelbagai cara mudah untuk diamalkan sendiri di rumah dan anda tidak perlu membuat pemeriksaan di hospital dan klinik. Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa memeriksa tekanan darah anda dan memberi perhatian kepada beberapa cara mengatasi tekanan darah tinggi.

1. Senaman fizikal harian

Selain adanya Punca Tekanan Darah Tinggi

Doktor menyarankan pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi untuk melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit. Seperti yang kita sedia maklum, badan yang lemah dan kurang aktiviti akan menyebabkan sistem badan semakin lemah. Dan ini akan membawa kepada berlakunya penyakit tekanan darah tinggi malah akan mengundang kemudaratan yang membawa kepada permasalahan yang lain.

2. Pengurangan tekanan

Mempunyai Punca Tekanan Darah Tinggi

Tekanan bermula dari proses dalam tubuh yang membuat jantung anda berdenyut lebih cepat dan meningkatkan tekanan darah anda. Oleh itu, mengawal tekanan dapat membantu memastikan kestabilan darah agar berjalan lancar dan sedikit sebanyak dapat mencegah dari berlakunya tekanan darah tinggi. Anda juga dapat mengawal tekanan darah dengan mengamalkan latihan pernafasan secara perlahan. Melalui senaman ini, anda akan menghantar isyarat bagi menenangkan sistem saraf anda yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

3. Tidur awal

Tahu Punca Tekanan Darah Tinggi

Pastikan anda mendapatkan kualiti tidur malam yang mencukupi. Badan kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 4 hingga 5 jam bagi merehatkan tubuh badan yang bekerja dia siang hari. Semua orang tahu bahawa jika badan anda mendapat rehat yang mencukupi, anda pasti dapat menjalani hidup dengan normal dan juga mengurangkan risiko berlakunya tekanan dalam darah.

4. Ubat-ubatan

Tahu Punca Tekanan Darah Tinggi

Sekiranya anda masih tidak mampu mengawal tekanan darah dari meningkat, anda boleh mengambil ubat-ubatan bagi tujuan merawat.  Ubat-ubatan seperti vitamin tambahan bagi meningkatkan kesegaran tubuh badan dapat membantu proses untuk merawat tekanan darah tinggi daripada menjadi semakin parah.

Di mana untuk dapatkan Medikal Kad Perubatan di Malaysia

Sekiranya anda berasa agak bimbang selepas membaca artikel ini, saya mencadangkan supaya anda melihat insurans Kad Perubatan Online AXA eMedic. Tidak hanya kerana PolicyStreet pada masa ini mempunyai insurans dalam talian, tetapi juga kerana AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan sebarang kecederaan. Dengan hanya tunjukkan kad e-perubatan, anda tidak perlu risau untuk menerima rawatan tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic.

Antaranya Punca Tekanan Darah Tinggi

Segalanya bermula dengan hanya RM 32 sebulan dan anda tidak perlukan kad sebenar, hanya tunjukkan kad e-perubatan melalui telefon bimbit dalam masa 10 minit sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda perlu klik di sini.

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM50 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di

Sini!!

************************************************************************

PolicyStreet lancarkan lawan web banding insurans kereta, harga terendah dijamin. Klik PolicyStreet sekarang !

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online