Kanser ovari merujuk kepada kanser yang bermula di ovari. Ia merupakan penyebab kematian kanser paling umum bagi wanita. Kanser ini bermula di epitelium atau lapisan luar ovari. Kebanyakan kanser ovari berlaku timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer). Kanser ovari lambat dapat dikesan kerana kedudukan organ itu yang terletak jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim). Ini menjadikan proses saringan (screening) tidak dapat dilakukan. Di artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda punca terjadinya kanser ovari, simptom yang dapat dikenal pasti dan rawatan yang boleh didapati.
Panduan
- Punca Kanser Ovari Yang Perlu Diketahui
- Apakah Simptom Kanser Ovari?
- Tahap Kanser Ovari
- Rawatan Pembedahan untuk Kanser Ovari
- Sejauh Mana Bahayanya Kanser Ovari?
Punca Kanser Ovari Yang Perlu Diketahui
Ramai kalangan wanita yang risau sekiranya mereka didiagnosis mengidap kanser ovari. Tetapi tahukah anda bagaimana kanser ini berlaku? Kanser ovari berlaku apabila sel berkembang dan membiak dengan cara yang tidak terkawal. Faktor risiko berikut mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kanser ovari.
Sejarah Keluarga
Kanser ovari cenderung berlaku kepada wanita yang mempunyai ahli keluarga sama ada ibu mahupun adik-beradik yang menghidapi kanser. Kanser ovari atau payudara mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser ovari, berbanding dengan wanita lain. Pemeriksaan genetik dapat menentukan sama ada seseorang membawa gen tertentu yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser dalam tubuh.
Umur
Kebanyakan sel-sel kanser ovari berlaku selepas menopaus dan terutamanya pada wanita berusia lebih 63 tahun. Namun, ia jarang berlaku sebelum usia menjangkau 40 tahun. Namun, memerlukan pemantauan dari usia muda agar kanser ini dapat dikesan terlebih awal.
Sejarah Pembiakan
Ada wanita yang mempunyai risiko yang lebih rendah jika mempunyai satu atau lebih kehamilan dalam jangka masa yang panjang, terutama sebelum mereka berusia 26 tahun. Kekerapan melahirkan anak dapat mengurangkan risiko kanser ovari. Malah, risiko juga dapat dikurangkan melalui penyusuan susu ibu.
Rawatan Ketidaksuburan Atau Kesuburan
Ubat-ubatan kesuburan dikaitkan dengan risiko kanser ovari, terutama pada wanita yang menggunakannya selama lebih dari setahun tanpa mengandung. Mereka yang tidak subur mungkin juga mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada mereka yang subur kerana tidak mengandung.
Kanser Payudara
Berdasarkan kajian, wanita yang didiagnosis mengidap kanser payudara mempunyai peluang dan risiko yang lebih tinggi untuk didiagnosis dengan kanser ovari. Banyak kes yang berlaku melibatkan pengidap kanser payudara yang mengidap kanser ovari. Pengidap kanser payudara juga harus berwaspada agar ianya tidak merebak menjadi kanser ovari.
Obesiti Dan Berat Badan Berlebihan
Obesiti dan berat badan berlebihan merupakan punca segala penyakit. Obesiti juga dapat meningkatkan risiko kanser ovari dan mengembangkan kanser. Kanser ovari adalah lebih biasa pada wanita dengan indeks jisim badan ( BMI ) yang berlebihan. Banyakkan senaman dan lakukan aktiviti fizikal bagi memastikan badan berada dalam keadaan sihat dan dapat mencapai berat badan yang ideal.
c
Tiada simptom yang dapat di kenal pasti pada peringkat awal dan jika ada, ianya mungkin tidak terlalu ketara. Simptom kanser ovari menyerupai gangguan sakit yang lain seperti sindrom pramenstruasi (PMS), sindrom usus besar, atau masalah pundi kencing. Simptom paling ketara untuk membezakannya adalah jika berlakunya kesakitan yang amat teruk. Jika seseorang mengalami kembung perut, tekanan, atau sakit dalam perut atau pelvis yang berlangsung selama lebih dari beberapa minggu, mereka harus segera berjumpa doktor.
Simptom kanser ovari yang boleh dikesan awal termasuklah:
1. Haid Tidak Teratur Dan Banyak
Bagi wanita yang berumur awal 50 tahun dan belum menopaus, anda perlu memberi perhatian jika haid keluar secara banyak dan berterusan secara tiba-tiba. Perkara ini terjadi kerana ovari gagal merembeskan hormon secara normal kerana prosesnya terganggu dan tidak berjalan lancar. Aliran haid yang banyak ini juga boleh terjadi disebabkan oleh beberapa penyakit seperti fibroid.
2. Pendarahan Selepas Menopaus
Simptom yang paling utama selepas menopaus adalah berlakunya pendarahan. Biasanya, wanita akan mengambil mudah apabila didatangi haid selepas menopaus. Walhal, wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya perkara ini berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel-sel kanser boleh merebak dan akhirnya mencapai ke tahap 4.
3. Perut Tidak Selesa
Sistem penghadaman juga termasuk dalam tanda-tanda awal pesakit menghidapi kanser ovari. Perkara ini terjadi disebabkan posisi sistem perhadaman tubuh badan yang agak dekat dengan ovari. Malah, perut akan terasa mudah kenyang dan kembung. Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Jika perkara ini berlanjutan lebih dari tiga minggu, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.
4. Badan Kerap Letih
Badan terasa letih dan lesu walaupun sudah berehat lama. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup dengan lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Malahan, badan anda tidak pernah merasa lesu yang teramat seperti ini. Simptom ini terjadi disebabkan oleh sel-sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Keadaan inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser.
5. Kerap Membuang Air Kencing
Anda minum air seperti kebiasaan namun terlalu kerap membuang air kencing. Bukan sekadar buang air kencing, anda juga berasa sakit setiap kali membuang dan berasa sakit seperti rasa ketat dan pedih. Sekiranya anda pernah mengalami simptom seperti ini, jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor jika ia berlarutan lebih dua minggu. Walaubagaimanapun, tanda kanser ovari ini menyerupai juga beberapa penyakit lain yang kurang serius dan boleh dirawat dengan mudah.
6. Sakit Seakan Senggugut
Sakit di kawasan pelvis seakan-akan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Ianya seperti sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan mengambil ubat tahan sakit. Jika sakit pelvis ini berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa, anda perlu melakukan rawatan lanjut bagi mengenalpasti permasalahan.
7. Perubahan Berat Badan Secara Drastik
Jika selama ini memiliki tubuh badan yang agak gempal dan berat badan turun secara drastik tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera. Perkara ini perlu diteliti kerana kemungkinan kesihatan tubuh tidak berada dalam keadaan yang baik. Mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan rutin senaman dapat mengurangkan risiko kanser.
Tahap Kanser Ovari
Sakit adalah perkara yang jarang berlaku – melainkan ketumbuhan pada ovari sudah semakin parah / berlaku pendarahan di dalam ovari. Sekiranya kanser ovari telah didiagnosis, langkah seterusnya adalah untuk mengenal pasti peringkat kanser. Peringkat kanser ini semestinya perlu merujuk kepada kanser yang merebak. Doktor adalah orang yang akan menilai tahap kanser yang dialami.
Tahap 1 : Sel-sel kanser hanya menjejaskan ovari dan tidak merebak ke kawasan lain.
Tahap 2 : Kanser telah menjejaskan satu atau kedua-dua ovari dan juga organ-organ lain dalam pelvis, seperti rahim, tiub fallopio, pundi kencing, atau rektum.
Tahap 3 : Kanser menjejaskan satu atau kedua-dua ovari dan sama ada lapisan abdomen atau kelenjar getah bening di belakang abdomen.
Tahap 4 : Kanser telah merebak ke bahagian lain badan, di luar rongga peritoneal. Rongga ini termasuklah abdomen dan pelvis. Bidang yang kini boleh terjejas termasuk hati, limpa, dan cecair di sekitar paru-paru.
Rawatan Bagi Pesakit Kanser Ovari
Jenis rawatan bergantung kepada banyak faktor, termasuk jenis kanser ovari, tahap dan grednya, serta kesihatan umum pesakit. Selalunya doktor akan menggunakan lebih daripada satu rawatan untuk pesakit.
Rawatan Pembedahan
Dalam kebanyakan kes, pembedahan dilakukan untuk membuang kanser. Ia selalunya pilihan pertama. Tahap pembedahan adalah bergantung kepada peringkat kanser.
- Salpingo-oophorectomy : Pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan ovari dan tiub fallopian.
- Hysterectomy : Pakar bedah mengeluarkan rahim dan mana-mana tisu sekeliling yang terjejas. Jika hanya rahim dikeluarkan, ini adalah histerektomi separa. Menopaus akan bermula dengan segera selepas prosedur ini.
- Pembedahan nodus limfa : Pakar bedah menghilangkan nodus limfa di pinggul dan berhampiran aorta.
- Pembedahan debulking : Jika kanser telah tersebar di luar kawasan panggul, pakar bedah akan mengurangkan sebanyak mungkin tisu kanser. Ini mungkin termasuk tisu dari pundi hempedu dan organ lain. Prosedur ini boleh membantu melegakan simptom dan membuat kemoterapi lebih berkesan.
Kemoterapi
Kemoterapi adalah penggunaan ubat-ubatan tertentu untuk memusnahkan sel kanser daripada merebak. Ubat sitotoksik mengalirkan dadah yang beracun kepada sel. Ubat-ubatan ini menghalang sel-sel kanser daripada membahagi dan berkembang. Kemoterapi digunakan untuk menyasarkan sel-sel kanser yang pembedahan tidak boleh atau tidak dikeluarkan. Rawatan biasanya melibatkan 3 hingga 6 sesi kemoterapi, atau kitaran. Ini akan diberikan selama 3 hingga 4 minggu, untuk membolehkan masa badan pulih. Sekiranya kanser kembali atau mula tumbuh semula, pesakit perlu menjalani kemoterapi untuk mengecilkannya.
Kesan Sampingan Kemoterapi
Kemoterapi mensasarkan sel yang membahagi dan merebak. Sayangnya, sel-sel yang membahagikan sihat dengan cepat, seperti sel darah merah dan putih, dan folikel rambut juga mungkin terjejas. Jenis kesan sampingan bergantung kepada jenis ubat, jumlah rawatan, dan beberapa aspek pesakit dan kesihatan umum mereka. Kesan sampingan untuk kemoterapi termasuklah:
- loya muntah
- Cirit-birit
- keguguran rambut
- hilang selera makan
- Anemia
- Jangkitan, kerana kiraan sel darah putih adalah rendah
Namun, sel-sel yang sihat yang rosak biasanya akan terbaiki dengan cepat selepas rawatan selesai, dan kesan-kesan sampingan akan hilang dan tidak mengambil masa yang terlalu lama.
Sejauh Mana Bahayanya Kanser Ovari?
Kanser ovari boleh merebak keseluruh ruang peritoneum, boleh merebak mengikut aliran cecair peritoneum dan salur limfa. Sebanyak 60% – 70% kanser tahap III merebak hingga ke kawasan pada kelenjar pelvis dan para aortik. Kanser ovari juga boleh merebak pada tulang belakang, otak dan peparu.
Di Mana Untuk Dapatkan Medikal Kad Perubatan Di Malaysia
Sekiranya anda berasa agak bimbang selepas membaca artikel ini, saya mencadangkan supaya anda melihat insurans Kad Perubatan Online AXA eMedic. Tidak hanya kerana PolicyStreet pada masa ini mempunyai insurans dalam talian, tetapi juga kerana AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan sebarang kecederaan. Dengan hanya tunjukkan kad e-perubatan, anda tidak perlu risau untuk menerima rawatan tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic.
Percayakah anda segalanya bermula dengan hanya RM 32 sebulan dan RM 50 rebat lagi! Anda tidak perlukan kad sebenar, hanya tunjukkan kad e-perubatan melalui telefon bimbit dalam masa 10 minit sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda perlu klik disini PolicyStreet!