Demam atau dikenali sebagai demam panas bukanlah sejenis penyakit namun ianya adalah sejenis jangkitan. Demam biasanya dikaitkan dengan ketidakselesaan fizikal, dan kebanyakan orang berasa adalah lebih baik demam dirawat secepat mungkin sebelum menjadi lebih teruk dan berjangkit kepada orang disekeliling. Dalam masyarakat kita, demam selalu dikaitkan dengan terkena hujan atau badan menahan kesakitan yang terlampau sehingga badan tidak mampu lagi menahan kesakitan dan akhirnya demam.
Demam berlaku apabila suhu badan meningkat daripada biasa. Tahukah anda, demam boleh dianggap sebagai bukti sistem imunisasi berfungsi dengan baik. Dalam erti kata lain, prestasi badan bayi anda berjalan normal. Demam panas juga boleh menyerang bayi jika dia bergerak terlalu lama lama di luar rumah semasa cuaca panas. Maka anda tidak perlu risaujika badan bayi anda adalah panas, tetapi dia masih kelihatan aktif dan masih mahu minum susu.
Mengapa Ia Berlaku?
Ramai pakar percaya bahawa demam adalah suatu sistem pertahanan semulajadi tubuh yang terjadi apabila suhu badan meningkat melebihi 36 darjah celcius. Tetapi demam ini bergantung kepada usia anda, keadaan fizikal, dan punca demam anda, anda mungkin atau tidak memerlukan rawatan perubatan. Demam yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 bulan keatas adalah tidak serius. Namun, demam bagi bayi berumur di antara 3-6 bulan mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi lebih serius kerana ia jarang berlaku dan sangat membimbangkan. Apabila anak mengalami jangkitan demam, ia sangat merisaukan ibubapa kerana mereka perlu memberi perhatian sepenuhnya terhadap penjagaan anak mereka.
Apakah Simptom Demam Panas?
Demam biasanya tidak dianggap berbahaya, tetapi hyperthermia boleh menyebabkan peningkatan berbahaya dalam suhu badan. Ini boleh disebabkan oleh suhu ekstrem yang berkaitan dengan fenomena seperti strok haba, kesan sampingan ubat tertentu atau dadah haram, dan strok. Dengan hyperthermia, badan tidak lagi dapat mengawal suhu badan. Biasanya, demam dalam kalangan kanak-kanak dapat dikesan dengan lebih cepat berbanding orang dewasa. Sifat semulajadi kanak-kanak yang selalu aktif akan berubah serta merta dan ibu bapalah yang akan dapat mengesan perubahan dalam diri anak-anak mereka.
Pada mereka yang mempunyai demam, gejala yang disertai adalah seperti berikut:
- Tidak bermaya dan tidak bersemangat
- Tidak responsif
- Mempunyai ruam
- Kurang selera makan
- Sakit tekak, batuk, sakit telinga
- Muntah dan cirit-birit
- Pernafasannya terganggu
- Tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, tiada air mata ketika menangis, atau lampin tidak sebasah seperti biasa.
Sekiranya ada anak anda yang memiliki simptom seperti di atas, anda mesti segera membawa ke doktor. Anak anda perlu cepat dirawat terutamanya pada usia yang berpotensi menandakan bahawa bayi anda mempunyai keadaan serius. Demam panas dalam usia yang muda akan memerlukan perhatian perubatan khas. Ini kerana bayi dibawah usia tiga bulan tidak mempunyai lapisan perlindungan sel-sel antara saluran darah dan sistem saraf pusat agak tebal. Ini membolehkan mikro organisma merebak dan kerosakan pada tisu saraf berlaku dengan cepat.
Namun, untuk bayi berumur lebih muda, mereka mungkin tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda yang demikian sekiranya mempunyai jangkitan yang teruk. Jadi doktor akan mengambil ujian darah atau ujian air kencing untuk menentukan sama ada demam yang dihidapi serius seperti meningitis atau radang paru-paru. Bagi bayi lebih tiga bulan, demam akan menjadi lebih teruk dalam tempoh 24 jam dan jika si kecil tidak mengambil air yang secukupnya.
Adakah Anak Anda Demam?
Badan bayi sentiasa berada dalam keadaan suam apabila disentuh. Untuk mengetahui sama ada bayi anda demam panas atau tidak, cuba untuk mengukur suhu badan menggunakan termometer. Ia adalah dinasihatkan untuk mengukur suhu badan melalui dubur kerana bahagian tersebut dianggap lebih tepat daripada mulut, ketiak, atau telinga. Sebelum mengukur suhu badan, anda harus memastikan termometer dalam keadaan bersih. Pastikan anda basuh dengan sabun dan bilas dengan air sebelum menggunakan termometer.
Cara mengukur suhu badan yang tepat
Letakkan bayi anda di tangan anda, dan kemudian memasukkan termometer yang telah berlumur jeli petroleum secara perlahan-lahan ke dalam dubur ke kedalaman kira-kira 2.5 cm. Pegang termometer selama dua minit sehingga anda boleh mendengar pemberitahuan termometer. Selepas itu anda boleh tarik perlahan-lahan dan membaca keputusan. Untuk maklumat, suhu badan bayi normal adalah dalam lingkungan 36-37 darjah Celsius
Punca-Punca Demam
Sebahagian daripada otak manusia yang dipanggil hipothalamus, mengawal suhu badan, yang biasanya berbeza-beza sepanjang hari dari suhu normal 37°C. Sebagai tindak balas kepada jangkitan, penyakit, atau beberapa sebab lain, hipotalamus akan menetapkan semula badan ke suhu yang lebih tinggi. Walaupun penyebab demam adalah jangkitan biasa seperti selsema dan radang perut atau usus.
Sebab-sebab lain termasuklah:
- Jangkitan telinga, paru-paru, kulit, tekak, pundi kencing, atau buah pinggang
- Keadaan yang menyebabkan keradangan
- Kesan sampingan ubat
- Kanser
- Vaksin
- Gumpalan darah
- Kelainan hormon
Cara Merawat Demam Panas Peringkat Awal
Anda sudah mencuba pelbagai cara bagi mengubati demam panas namun masih tidak dapat meredakan. Anda perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital atau klinik yang berhampiran bagi mengenal pasti punca demam.
Ini adalah antara rawatan demam atau lebih sesuai dipanggil sebagai amalan pemakanan dan cara yang perlu dilakukan apabila badan anda terasa seakan nak demam. Apabila anda berasa sedemikian, sistem badan anda serta merta menjadi lesu dan kadang kala anda mengalami sakit kepala, batuk dan juga terasa ingin muntah. Namun, jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan. Berikut adalah antara perkara yang boleh dilakukan dirumah. Ini hanya untuk demam yang ringan yang mencapai suhu sekitar 38°C dan tiada komplikasi. Amalkan beberapa tips dibawah seperti:
1. Banyakkan Minum Air
Minum air secara kerap akan menambah kehilangan air dalam badan akibat dehidrasi dan suhu badan yang meningkat. Cuaca di Malaysia yang mengalami suhu panas dan lembab sepanjang tahun menjadi punca kenapa kita mudah terdedah dengan jangkitan demam panas. Tambahan pula, anda dinasihatkan untuk tidak terdedah dengan cuaca hujan berselang panas. Perubahan cuaca yang mendadak juga menyebabkan jangkitan demam cepat berlaku kepada individu.
2. Jangan Selimut
Perkara pertama yang akan anda rasa semasa demam ialah sejuk, dan anda akan serta merta mengambil selimut bagi menutupi seluruh badan untuk menghilangkan rasa sejuk. Namun, ini bukanlah cara yang betul. Menyelimut seluruh badan anda akan meningkatkan suhu badan secara mendadak. Hal ini akan menyebabkan demam anda susah untuk kebah dan sihat. Jadi, cuba untuk tidak berselimut dan berpakaian longgar bagi mengelakkan suhu badan anda bertambah tinggi. Anda dapat menghilangkan demam dalam waktu yang lebih singkat.
3. Makan Ubat
Makan ubat seperti Paracetamol dengan jumlah yang tepat. Anda boleh mendapatkan ubat bagi meredakan demam di farmasi yang boleh didapati di mana-mana sahaja. Sekiranya anda tidak pasti tentang maklumat ubat yang perlu dibeli, sila dapatkan nasihat farmasis untuk mengetahui berapa bilangan ubat yang perlu diambil dan dos ubat yang bersesuaian. Pengambilan ubat yang betul dengan kekerapan yang disarankan dapat meredakan suhu badan anda dengan secara berkesan dan tidak memerlukan tempoh yang lama.
4. Makan Hidangan Ringan
Anda dinasihatkan untuk makan makanan ringan dan mudah dihadam. Apabila anda mengalami demam, sudah tentu tekak terasa tidak selesa dan anda perlu makan sebelum mengambil ubat. Oleh itu, pilih makanan yang tidak keras atau memerlukan pergerakan otot muka yang berlebihan. Anda juga memerlukan makanan yang mudah dihadap tapi dalam masa yang sama, ianya haruslah berkhasiat. Antara makanan yang selalu diambil ketika demam atau sakit adalah sup dan bubur nasi. Pastikan makanan anda tidak pedas.
5. Mandi Air Suam
Ini bahagian paling penting yang perlu anda ketahui. Jangan mandi menggunakan air sejuk kerana ini akan menyebabkan suhu badan anda meningkat dengan cepat dan demam anda akan menjadi semakin serius. Anda perlu memastikan bahawa anda mandi menggunakan air suam bagi meredakan demam. Petua orang dulu-dulu juga melarang kita mandi menggunakan air sejuk. Hanya mandi dengan menggunakan air suam dan jangan mandi terlalu lama.
6. Mendemah
Petua yang terakhir ini pasti anda pernah buat. Anda perlu mendemah di bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah bagi menurunkan suhu badan. Anda hanya perlu membasahkan tuala dengan menggunakan air biasa. Kemudian, letakkan di bahagian dahi dan basahkan sehingga atas kepala. Cara ini terbukti membantu mengurangkan peningkatan suhu badan seseorang. Ulang kaedah yang sama apabila tuala sudah kering. Anda juga boleh menggunakan cool fever bagi menggantikan tuala basah.
Apakah komplikasi demam yang tinggi?
Komplikasi demam tinggi bergantung kepada berapa suhu tertinggi yang anda capai, tempoh demam, dan puncanya yang menyebabkan demam. Pada orang dewasa, demam sebanyak 40.5 darjah celcius, walaupun tinggi, mungkin tidak membawa komplikasi, sementara kanak-kanak dengan demam yang tinggi boleh berisiko terkena komplikasi serius dan bahkan mengancam nyawa. Dalam kebanyakan kes apabila demam terhasil dari jangkitan, komplikasi dari punca jangkitan mungkin lebih buruk daripada komplikasi dari demam itu sendiri.
Oleh kerana demam tinggi anda mungkin disebabkan oleh penyakit yang serius, adalah penting untuk mendapatkan perhatian perubatan segera untuk merawat keadaan yang mendasari demam. Apabila punca demam anda didiagnosis, sangat penting untuk mengikuti pelan rawatan anda dan rekaan doktor anda khusus untuk mengurangkan risiko komplikasi yang mungkin termasuk:
- Amputasi
- Kerosakan otak
- Kegagalan organ
- Kecacatan kekal
- Kejang
- Penyebaran jangkitan
Di Mana Untuk Dapatkan Medikal Kad Perubatan Di Malaysia
Sekiranya anda berasa agak bimbang selepas membaca artikel ini, saya mencadangkan supaya anda melihat insurans Kad Perubatan Online AXA eMedic. Tidak hanya kerana PolicyStreet pada masa ini mempunyai insurans dalam talian, tetapi juga kerana AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan sebarang kecederaan. Dengan hanya tunjukkan kad e-perubatan, anda tidak perlu risau untuk menerima rawatan tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic.
Percayakah anda segalanya bermula dengan hanya RM 32 sebulan dan RM 50 rebat lagi! Anda tidak perlukan kad sebenar, hanya tunjukkan kad e-perubatan melalui telefon bimbit dalam masa 10 minit sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda perlu klik disini PolicyStreet!