• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Punca, Faktor Dan Rawatan Penyakit Strok

Munirah Bahri / 04/10/2018

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser. Punca penyakit strok kerana ia melibatkan emosi, imbangan, koordinasi badan, penglihatan, deria rasa, pendengaran dan juga pergerakan terkawal. Pada setiap tahun, dianggarkan oleh Bernama sebanyak 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok dan oleh itu kita perlu berwaspada dan prihatin terhadap punca penyakit strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak kerana memang ada kes-kes yang berlaku melibatkan pesakit kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa. Artikel kali ini akan berkongsi serba sedikit tentang punca penyakit strok, faktor dan rawatan.

Punca Penyakit Strok

Otak mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan dan juga pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Bahagian otak itu mula mati dan anda mengalami strok secara senyap dan pantas. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Apabila terjadi, sebelah tubuh mungkin lumpuh, dan berlaku beberapa perubahan pada sikap, corak pemikiran dan ingatan berubah.

Apa yang menyebabkan penyakit stroke?

Punca Penyakit Strok kerana serangan otak

Punca penyakit strok adalah kerana sejenis serangan otak dan terjadi adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Ini menyebabkan bekalan darah ke otak terganggu. Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak. Sekiranya sumbatan berlaku di saluran yang sempit, ‘ischaemic stroke’ akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.

Serangan Iskemia Sementara (TIA)

Punca Penyakit Strok disebabkan Iskemia Sementara

Punca penyakit strok mini ini berlaku apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri,menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak. Ini merupakan satu ancaman apabila mengalami Serangan Iskemia Sementara (TIA), yang juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala TIA serupa dengan strok sebenar, tetapi ia tidak begitu serius kerana gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya. Puna penyakit strok mini ini berlaku sebagai petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh dibiarkan dan perlu berjumpa dengan doktor dengan segera

Faktor-faktor Risiko: Penyakit yang kronik

Keadaan penyakit ini menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok. Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan yang menyebabkan punca penyakit strok berlaku di bawah, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang individu berisiko menghadapinya termasuklah:

1. Tekanan darah tinggi (hipertensi)

Punca Penyakit Strok Disebabkan Hipertensi

Hipertensi yang tidak dirawat akan merosakkan dinding-dinding arteri.

2. Fibrilasi atrium

Punca Penyakit Strok Disebabkan Fiblirasi Atrium

Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak.

3. Penyakit Kencing manis (Diabetes)

Punca Penyakit Strok Disebabkan Diabetes

Mereka yang menghidap kencing manis lebih cenderung untuk kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok

4. Pernah mengalami Serangan Iskemia Sementara (TIA)

Punca Penyakit Strok Disebabkan TIA

Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya.

5. Diet

Punca Penyakit Strok Disebabkan Diet

Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.

Faktor-Faktor Risiko Yang Tidak Dapat Dikawal.

Terdapat beberapa faktor lain yang mungkin diluar kawalan anda seperti keturunan kerana keturunan juga memainkan peranan dalam menyebabkan strok.

  1. Umur.

Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yang berumur di atas 55 tahun, dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Ini mungkin kerana arterosklerosis mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.

  1. Jantina.

Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65.

  1. Sejarah keluarga.

Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko, mungkin kerana faktor-faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.

Apakah Simptom Strok?

Strok tidak terjadi secara tiba-tiba atau tanpa amaran. Selalunya, pesakit akan mengalami beberapa tanda amaran. Kenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok pada masa akan datang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya adalah seperti:

Simptom da Punca Penyakit Strok

  • Rasa lemah atau merasa kebas secara mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini boleh menyebabkan perubahan yang ketara pada beberapa bahagian seperti muka yang meluyut, air liur meleleh, merasa lemah pada tangan atau kaki.
  • Penglihatan menjadi semakin kabur pada sebelah mata atau mungkin juga berlaku pada kedua-dua belah mata secara tiba-tiba.
  • Kesukaran untuk bertutur atau memahami pertuturan, atau menututurkan pertuturan yang tidak jelas.
  • Rasa pening, hilang imbangan badan dan sukar berdiri dengan betul, dan merasa keli
  • Sakit kepala yang teruk yang mengejut
  • Rasa mual atau muntah

Rawatan Yang Perlu Diambil

Bagi merawat strok seperti ‘ischemic strok’, rawatan yang paling utama adalah untuk memastikan saluran yang tersumbat tersebut kembali pulih. Untuk strok berdarah, ia mungkin sukar untuk diuruskan kerana  darah tinggi, pendarahan dan pembengkakan otak perlu dikawal terlebih dahulu.

Rawatan Yang Perlu Diambil dan Punca Penyakit Strok

  • Makan ubat yang diberi oleh doktor.

Mereka yang mempunyai risiko yang tinggi terhadap strok, doktor akan menyarankan untuk mengambil ubat yang dikenali sebagai ‘ubat cair darah’. Sekiranya anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah tersebut.

  • Pembedahan

Terdapat juga pembedahan yang dilakukan untuk mencegah strok. Tetapi saya tidak pasti sama ada ia ada dilakukan di Malaysia ataupun tidak.

  • Pembedahan ‘balloon and stent’

Prosedur yang dikenali sebagai ‘angioplasty’ boleh juga dilakukan. Ia melibatkan satu bahan di masukkan ke dalam arteri untuk meluaskan saluran darah tersebut bagi mengelakkan ia tersumbat menggunakan ‘balloon’. Tiub besi(stent) kemudian dimasukkan supaya dapat menampung setelah arteri tersebut diluaskan.

Pemulihan

Pemulihan awal adalah sangat-sangat penting. Setiap pesakit yang diserang penyakit strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan; lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Namun, lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa strok untuk kembali pulih. Pemulihan merangkumi berbagai jenis termasuklah terapi pertuturan, fizikal, cara kerja dan rekreasi dan aktiviti berkumpulan. Pakar akan membantu mangsa strok bercakap/ bertutur semula, berjalan semula dan mendapatkan kembali kemahiran lain yang dimiliki sebelum mengalami strok. Berikut merupakan jenis rawatan pemulihan yang mungkin diperlukan pesakit untuk pulih:

  • Rehabilitasi: Terapi percakapan

    Punca Penyakit Strok dan Rawatan Seperti Rehabilitasi

Rehabilitasi merupakan cara yang terbaik untuk pesakit kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya. Kepada yang mengalami maasalah bercakap, pakar terapi akan membantu termasuk juga dalam membantu dalam menelan makanan sekiranya pesakit mempunyai masalah tersebut.

  • Terapi fizikal

  • Punca Penyakit Strok Dan Rawatan Seperti Terapi Fizikal

Lumpuh dan lemah otot adalah kerap berlaku. Terapi fizikal merupakan cara yang efektif untuk mengembalikan tenaga dan kekuatan otot serta latihan melakukan aktiviti-aktiviti yang kecil seperti menulis, butang baju dan sebagainya.

  • Terapi komunikasi
    Punca Penyakit Strok dan Rawatan Seperti Terapi Komunikasi

Sudah pasti apabila pesakit mengalami strok, mereka mungkin mengalami gangguan emosi dan tekanan. Pakar psikologi akan bertindak sebagai kaunselor kepada mereka supaya mereka boleh menghadapi penyakit ini dan berusaha untuk meneruskan kehidupan.

Kesan strok pada jangka masa panjang

Ia bergantung kepada doktor untuk memberi rawatan secepat yang mungkin supaya keadaan tidak menjadi lebih memudaratkan. Dan kerosakan strok bergantung kepada bahagian otak di mana strok tersebut berlaku. Perkara yang sering berlaku adalah lumpuh di sebahagian badan atau secara keseluruhan, masalah untuk berjalan, buta, masalah untuk bercakap dan memahami. Segala masalah ini boleh menjadi kekal sekiranya tidak dirawat dengan cepat. Namun, tahukah anda ada pesakit strok yang berjaya untuk melawan dan merawat penyakit ini? Lebih dari separuh pesakit strok kembali melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa dan mereka sudah boleh menjaga diri mereka seperti normal kembali. Mereka telah menjalani beberapa sesi terapi, rehabilitasi, rawatan yang cepat, dan penjagaan pemakanan yang sihat bagi membantu pesakit untuk mendapatkan kehidupan yang sihat.

Dapatkan Perlindungan Insurans Kad Medikal Terbaik AXA

Punca Penyakit Strok Dan Dapatkan Perlindungan Segera DI PolicyStreet

Anda sudah pun tahu mengenai faktor risiko mengenai strok. Maka jagalah cara hidup anda. Cuba untuk berhenti merokok dan sentiasa bersenam. Kalau malas berlari pun anda boleh berjalan. Kurangkan pengambilan alkohol dan garam. Makan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Kami di PolicyStreet sentiasa ingin memberikan yang terbaik tidak kira kepada sesiapa sahaja terutamanya millennial di luar sana yang belum mempunyai perlindungan untuk diri sendiri dari segi kesihatan. Dalam keadaan sihat sebegini, anda mungkin tidak pernah terfikir hal-hal yang mungkin terjadi beberapa tahun akan datang bahkan mungkin esok. Jadi, kami ingin menyarankan anda untuk mempertimbangkan insurans kad medikal terbaik dari AXA di PolicyStreet. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan kad medikal ini, sila layari pautan ini, https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online