Kanser limfoma dikenali sebagai kanser kalenjar dimana ia lebih sinonim dikatakan kanser kelenjar darah. Kanser kelenjar darah ini terjadi kerana sel darah putih lymphocytes akan menggandakan dan memperbanyakkan bilangannya sehingga penuh, padat dan tidak matang. Oleh sebab itu, pesakit kanser lymphoma sering dilihat mengalami bengkak di leher, ketiak dan celah kelengkang. Itu adalah bengkak kelenjar nodus limfa yang akan terjadi sekiranya seseorang itu menghadapi kanser kelenjar.
Tahukah anda bahawa ia membengkak kerana disebabkan oleh kuman? Ia bertindak menjadikan bahagian-bahagian tisu dan sel-sel tubuh badan terdedah dengan jangkitan kuman dan menyebabkan sel-sel darah putih lymphocytes menjadi tidak normal justeru mengganggu oksigen dan nutrien yang telah dibekalkan ke saluran darah. Sel darah putih yang dikatakan limfoma ini dikenali sebagai limfosit-B atau sel-B. Kanser jenis ini melibatkan kelenjar dan berisiko menjadikan tumor tumbuh dengan banyak pada seluruh tubuh. Pernahkah anda terfikir apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kanser limfoma?
Punca-Punca Kanser Limfoma
1. Jangkitan
Terdapat banyak jangkitan kuman atau bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya kanser limfoma. HIV, virus hepatitis B atau hepatitis C juga merupakan penyebab jangkitan terhadap seseorang disamping ia juga boleh disebab oleh bakteria yang tinggal disaluran penghadaman iaitu Helicobacter pylori.
- Keturunan Dan Genetik
Bagi anda yang mempunyai saudara-mara atau ahli keluarga yang pernah menghidapi kanser kelenjar limfoma Hodgkin, anda juga berisiko tinggi untuk mempunyai penyakit kanser ini. Tetapi tidak semua akan mengikut keturunan.
- Pendedahan Bahan Toksik
Punca-punca kanser limfoma juga adalah kerana pendedahan kepada bahan toksik. Ia melibatkan racun, kotoran, bahan kimia dan larangan dan pelbagai lagi. Keadaan alam sekitar juga menyumbang kepada pendedahan bahan toksik. Sebagai contoh, alam sekitar yang tidak bersih akan menyebabkan kita terdedah dengan kotoran dan racun.
- Sistem Imun Yang Rendah
Seseorang itu juga sangat cenderung untuk terkena kanser limfoma disebabkan oleh mereka memiliki sistem imun yang sangat rendah. Daya tahan badan yang lemah menjadi sel-sel darah limphocytes mudah merebak dan berjangkit.
Selain daripada sistem imun yang rendah, keturunan dan genetik, pendedahan bahan toksik serta jangkitan kuman, kanser limfoma mempunyai faktor-faktor yang tidak terkecuali iaitu faktor luaran yang berlaku disebabkan bahan-bahan luaran yang memberi kesan serta faktor dalaman yang berlaku seperti dari segi pengambilan ubat, makanan dan sebagainya.
Faktor-Faktor Kanser Limfoma
- Terdedah kepada bahan kimia seperti ubat pembunuh serangga (pestisid)
- Merokok dan sering merokok tanpa ada had limit
- Terdedah dengan kecuaian atau kemalangan seperti ujian nuklear, kemalangan nuklear atau kebocoran radiasi bawah tanah
- Pernah menjalani proses dan pernah mengambil ubat yang berkaitan dengan pemindahan organ dan keradangan kulit dan tubuh badan.
- Telah terdedah dengan bahan-bahan kemoterapi atau radiasi yang telah digunakan untuk merawat penyakit kanser yang telah dihadapi sebelum ini.
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
- Pengambilan kafein secara berlebihan
Panduan Lengkap Kanser Limfoma
Emosi pasti mengganggu setelah mengetahui mengenai penyakit yang anda hadapi adalah disebabkan oleh kanser limfoma. Sekiranya anda mengalami tanda-tandanya, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membuat pemeriksaan di klinik atau hospital. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal di ketiak, leher, hati, limpa dan lain-lain lagi untuk mencari nod limpa.
Selepas itu, anda juga perlu menjalani ujian darah untuk melihat sama ada darah dicemari oleh sel kanser ataupun tidak. Selain itu, kanser limfoma juga perlu dipastikan melalui ujian imej yang akan dilihat berdasarkan X-Ray atau teknologi-teknologi lain seperti tomografi berkomputer.
Setelah pasti bahawa anda merupakan penghidap kanser limfoma, anda harus menjalani pembedahan kecil bagi membuang nod limpa yang besar. Sebahagiannya digunakan untuk diuji dimakmal. Selain itu, terdapat cara lain juga yang dilakukan kepada anda bagi memastikan kanser limfoma anda berada ditahap mana dan peringkat yang bagaimana.
Prosedur menggunakan tulang sum-sum juga merupakan cara terakhir yang boleh dilakukan. Darah dan tulang sum-sum akan di keluarkan menggunakan jarum. Kesemua cara-cara tersebut penting bagi anda mengetahui mengenai peringkat kanser anda, tetapi adalah lebih penting untuk anda merawat kanser limfoma ini.
Panduan Rawatan Kanser Limfoma
Dari segi perawatan kanser limfoma, kaedah rawatan setiap pesakit adalah berbeza kerana ia akan berdasarkan jenis limfoma, peringkat kanser tersebut, umur serta keadaan fizikal pesakit. Antara cara rawatan yang digunakan adalah kemoterapi, terapi sinaran, pemindahan tulang sumsum dan juga terapi biologi.
- Kemoterapi
Tujuan utama rawatan kemoterapi dijalankan adalah untuk memastikan sel kanser musnah. Kaedah yang digunakan ini akan melibatkan seluruh tubuh kerana ubat akan mengalir ke seluruh tubuh untuk memusnahkan sel kanser. Namun, sel yang lain juga mungkin akan dimusnahkan. Ada pesakit yang turut akan menggabungkan terapi sinaran dengan kaedah ini.
- Terapi Sinaran
Kaedah terapi sinaran menggunakan sinaran yang dipancarkan ke arah bahagian yang mengalami kanser bagi memusnahkan kanser tersebut. Selain itu, tumor-tumor juga akan dikecutkan dengan mudah sekiranya menggunakan cara ini.
- Pemindahan Sumsum Tulang
Kaedah rawatan yang memerlukan pesakit membuat pemindahan sumsum tulangnya ini adalah bertujuan untuk menyembuhkan keupayaannya dalam menghasilkan sel merah dan sel putih di dalam darah yang baru. Hal ini kerana mereka diberi kemoterapi yang sangat tinggi dosnya dengan menggunakan bat toksik yang boleh memusnahkan kesemua sel tumor serta ia juga memusnahkan kebanyakan sumsum tulang. Oleh itu sumsum tulang perlu diambil sebelum kemoterapi tersebut dimulakan dan akan dimasukkan semula setelah kemoterapi siap dilakukan.
- Terapi Biologi
Seperti yang kita tahu, sistem imun badan seseorang pesakit kanser yang menghidap kanser sangat rendah dan lemah. Melalui terapi biologi, sistem pertahanan tubuh akan diaktifkan oleh bahan kimia yang dihasilkan oleh sel tubuh para pesakit sendiri dan melawan sel-sel kanser di dalam tubuhnya. Terapi Biologi ini juga disebut sebagai ubahsuaian gerak balas biologi (Biological Response Modifier Therapy – BRMT).
Keempat-empat panduan rawatan kanser limfoma ini boleh dilakukan berdasarkan nasihat doktor dan keadaan pesakit. Anda haruslah yakin bahawa kesemua rawatan yang diberikan ini boleh diikhtiarkan berjaya dan memerlukan masa untuk sembuh sepenuh. Jangan pernah berhenti mendapatkan rawatan kanser limfoma ini. Biarpun memakan kos yang banyak, namun demi orang yang tersayang, anda harus teruskan mendapatkan rawatan dan berfikiran positif. Kini, anda tidak perlu risau lagi dengan bajet dan kos kewangan untuk melakukan rawatan sepenuhnya kerana terdapat kemudahan yang boleh anda dapatkan.
AXA Cancer Care Dari Policy Street
Policy Street telah menawarkan AXA Cancer Care kepada anda yang berminat untuk mendapatkan kemudahannya dari segi perkhidmatan dan pembayaran. Program AXA Cancer Care akan memberikan kepada anda sejumlah bayaran setelah mengesan kanser dan juga setiap tahun seterusnya ketika perawatan kanser dijalankan. Tanpa perlu medical check up, anda layak menggunakan plan ini. Plan AXA Cancer Care ini telah membantu ramai pesakit dan keluarga mereka untuk menempuhi hari-hari mereka dengan baik.
Manfaat Dan Kelebihan AXA Cancer Care
- Perlindungan Penjagaan Terapi
Pada mulanya, setelah mengetahui bahawa seseorang pemegang insurans itu terlibat dengan kanser, seseorang itu akan menerima bayaran insurans dengan minimum RM 30,000.
- Manfaat Sembuh
Sekiranya anda merupakan pesakit kanser, anda akan menerima pembayaran insurans tahunan sekurang-kurangnya RM6000 untuk setahun dan maksimum selama 5 tahun yang masih hidup, anda tetap akan menerimanya.
- Manfaat Perubatan Kedua
Anda akan menerima manfaat perawatan kedua sekiranya anda ingin membuat rawatan di hospital panel yang tersenarai untuk merawat kanser anda setelah menjalani rawatan perubatan yang pertama.
- Manfaat Penerima
Sekiranya pemegang insurans mengalami kematian disebabkan oleh kanser dan telah didiagnosiskan dengan kanser, penerima atau pewaris yang telah dinamakan akan menerima pembayaran insurans minimum adalah sebanyak RM1000.
- Concierge Service
Concierge servis adalah sejenis perkhidmatan yang disediakan secara menyeluruh yang melibatkan keperluan orang yang diinsuranskan. Sebagai contoh, anda inginkan penjagaan pesakit, rawatan perubatan alternatif, rambut palsu buatan sendiri dan sebagainya, pihak Concierge Service Policy Street akan lakukan untuk anda.
- Voucher Screening Kesihatan
Anda akan menerima baucar pemeriksaan kesihatan di Hospital Beacon bernilai RM 599 dengan setiap pembelian insurans yang dilakukan. Anda boleh melakukan screening kesihatan bagi melihat tahap kesihatan anda.
Jom Gunakan Plan AXA Cancer Care
Plan AXA Cancer Care memberikan banyak manfaat kepada anda ketika anda dalam kesusahan dan memerlukan bantuan atau sokongan. Selaras dengan itu, ia juga membantu meringan beban anda dengan menawarkan pakej plan yang amat berpatutan serendah RM58 untuk sebulan. Jom gunakan Plan AXA 200 CancerCare dan menerima RM50 rebat untuk setiap pembelian!
Berbaloi kan? Dengan plan serendah ini, anda boleh memastikan anda dan keluarga menjalani hari-hari yang indah untuk tempoh masa yang akan datang kelak!
Dapatkan SEKARANG : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview