Cuaca panas dan terik menyebabkan badan seseorang mudah kehilangan air atau dehidrasi. Tambahan pula apabila ada dalam kalangan kita yang tidak gemar minum air putih dan lebih memilih air sejuk dan manis. Inilah tanggapan sebahagian daripada kita apabila mengalami sakit tekak. Walhal, sakit tekak ialah disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Bakteria ini akan memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu.
Apakah Sakit Tekak?
Sakit akan disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin. Kebiasannya, sakit tekak terjadi lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan akan berkurang keesokannya. Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak. Dan apabila ini terjadi, kita dapat mengesan melalui perubahan ketara apabila mereka kurang makan dan tidak berselera untuk menjamah makanan dan menjadi lebih senyap.
Sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak atau dikenali sebagai pharyngitis, melibatkan bahagian farinks dan menjejaskan kawasan di belakang mulut. Ia juga dikenali sebagai tonsillitis jika melibatkan kedua-dua bahagian tonsil iaitu bengkak dan kemerahan amandel, isu lembut di belakang bahagian mulut. Laryngitis adalah bengkak dan kemerahan kotak suara, atau laring. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada tekak dan kadangkala, terasa sakit sewaktu menelan.
Kini kami memberi rebat sebanyak RM50 untuk setiap pembelian AXA eMedic! Promosi ini tidak akan bertahan lama, jangan tunggu lama dan bertindak sekarang di PolicyStreet.com!
Punca Sakit Tekak Terjadi
1) Jangkitan bakteria
Berpunca disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikas demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang.
2) Jangkitan virus
Kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.
3) Kelenjar limfa membengkak
Bengkak biasanya terjadi di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).
4) Tonsilitis
Ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.
5) Demam, selesema, dan jangkitan virus lain
- Demam biasa
- Influenza selesema
- Mononukleosis, penyakit berjangkit yang berjangkit melalui air liur
- Penyakit yang menyebabkan ruam dan demam
- Demam campak, jangkitan yang menyebabkan demam dan gatal-gatal
- Bengkak kelenjar air liur di leher
6) Alahan
Apabila sistem imun bertindak balas terhadap pencetus alahan seperti debunga, rumput, dan haiwan kesayangan, ia mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan gejala seperti kesesakan hidung, mata berair, bersin, dan pedih tekak. Lendir berlebihan di hidung juga boleh berkumpul di belakang tekak yang dipanggil titisan rongga hidung dan menyebabkan tekak tidak selesa.
7) Udara kering
Udara kering menyebabkan lembapan dari mulut dan tekak menjadi kering, dan berasa kering dan gatal. Tambahan apabila musim panas dan cuaca tidak menentu dan kurang pengambilan air putih merupakan salah satu punca berlakunya sakit tekak.
8) Asap, bahan kimia, dan perengsa lain
Banyak bahan kimia yang berlainan dan bahan-bahan lain dalam alam sekitar yang menyebabkan sakit tekak seperti rokok dan asap tembakau, pencemaran udara, dan produk pembersih dan bahan kimia.
9) Refluks Gastroesophageal (GERD)
Penyakit refluks gastroesophageal (GERD) adalah keadaan di mana asid dari perut berpindah ke esofagus – tiub yang membawa makanan dari mulut ke perut. Asid membakar esofagus dan tekak dan menyebabkan gejala seperti pedih ulu hati dan refluks asid ke dalam tekak anda.
10) Tumor
Tumor tekak, kotak suara, atau lidah adalah punca yang jarang berlaku kepada seseorang yang mengalami sakit tekak. Sakit tekak merupakan salah satu tanda terjadinya kanser. Ia tidak akan hilang selepas beberapa hari dan tidak mudah untuk hilang.
Gejala Sakit Tekak
Gejala sakit tekak berbeza bergantung kepada penyebab sakit ini terjadi. Tekak sakit menyebabkan anda akan mengalami:
- Gatal
- Melecur
- Kering
- Kenyal
- Pedih
Ia mungkin menyakitkan apabila anda menelan atau bercakap. Tekak atau tonsil anda juga mungkin kelihatan merah. Kadang-kadang, tompok putih atau kawasan nanah akan terbentuk di atas tonsil. Tompok-tompok putih ini lebih kerap berlaku di tekak strep daripada sakit tekak yang disebabkan oleh virus. Anda juga akan mengalami gejala seperti berikut sewaktu sakit tekak:
- hidung tersumbat
- hidung berair
- Bersin
- Batuk
- Demam
- Menggigil
- kelenjar bengkak di leher
- Suara yang teruk
- sakit badan
- sakit kepala
- masalah menelan
- kehilangan selera makan
Kini kami memberi rebat sebanyak RM50 untuk setiap pembelian AXA eMedic! Promosi ini tidak akan bertahan lama, jangan tunggu lama dan bertindak sekarang di PolicyStreet.com!
Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang Boleh Dilakukan Di rumah
Anda boleh merawat sakit tekak hanya di rumah. Terdapat pelbagai jenis cara merawat sakit tekak ini. Dapatkan rehat secukupnya untuk beri sistem imunisasi anda peluang untuk merawat jangkitan. Cara hilangkan sakit tekak adalah dengan:
1. Kumur Dengan Air Garam
Air membantu meredakan bengkak dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Cara ini secara tidak langsung mampu menghilangkan sakit tekak dan batuk. Hanya perlu mengambil segelas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari. Petua bagi menghilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang.
2. Makan AIskrim Vanila
Aiskrim vanila dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana ia menyebabkan tekak terasa kebas. Aiskrim memang sejuk dan akan membuatkan tekak anda terasa begitu nyaman. Namun, sejuk aiskrim tidak sama dengan memakan ais batu. Ais batu akan menyebabkan batuk anda bertambah teruk.
3. Minum Minuman Suam
Minuman suam dapat melegakan rasa perit pada tekak anda. Antara minuman suam yang dapat melegakan sakit tekak anda adalah seperti teh panas dengan madu, air renehan sup, dan air suma dengan lemon. Teh herba adalah antara minuman paling berkesan untuk melegakan sakit tekak yang dialami.
4. Sedut Wap Panas
Dengan mengenakan wap haba, ia boleh mengembangkan anak tekak dan secara tak langsung ia boleh memudahkan kahak untuk keluar. Caranya ialah duduk dekat “air humidifier” atau letakkan muka keatas mangkuk air panas untuk beberapa minit. Kalau nak lagi berkesan, titikkan sedikit pudina atau aromaterapi untuk membantu melegakan liang pernafasan.
5. Hisap Bawang Putih
Bawang putih mengandungi bahan yang dipanggil ailicin. Ia membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan radang kegatalan di tekak. Caranya, anda hanya perlu ambil dua ulas bawang putih dan masukkan setiap satunya ke dalam mulut di tepi pipi seperti memakan gula-gula. Hisap dan gigit bawang itu untuk mengeluarkan aicilinnya. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
6. Madu
Madu mengandungi anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat yang boleh bertindak melawan jangkitan kuman penyebab sakit tekak. Pastikan anda mengguna madu asli sahaja. Cara penyediaan, 1 sudu madu + 1 biji limau nipis + air. Jika untuk bayi, madu + air sahaja digunakan. Jika ada, gunakan air zamzam kerana ia ada molekul penyembuhan yang baik.
7. Rehat secukupnya
Pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Kurangkan penggunaan suara untuk beberapa hari. Mengurangkan penggunaan suara anda memang dapat membantu mengilangkan sakit tekak dengan cepat.
Bilakah Anda Perlu Berjumpa Doktor?
Sakit tekak yang berpunca daripada penyakit berjangkit biasanya dapat disembuhkan dalam masa dua ke tujuh hari. Namun, ada juga sakit tekak yang memerlukan rawatan doktor. Jumpa doktor sekiranya anda mengalami simptom serius seperti:
- Sakit tekak yang melarat
- Susah untuk menelan
- Sesak pernafasan atau sakit ketika bernafas
- Sukar membuka mulutSakit-sakit sendi
- Demam panas sehingga mencecah 38 degrees Celcius
- Sakit atau ketegangan pada leher
- Sakit telinga/ Jangkitan di telinga
- Air liur berdarah
- Sakit tekak melebihi seminggu
Sekiranya anda memerlukan rawatan, anda pasti ingin mendapatkan cara termudah untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu memikirkan kos perubatan. Sekiranya anda berasa agak bimbang selepas membaca artikel ini, saya mencadangkan supaya anda melihat insurans Kad Perubatan Online AXA eMedic. Tidak hanya kerana PolicyStreet pada masa ini mempunyai insurans dalam talian, tetapi juga kerana AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan sebarang kecederaan. Dengan hanya tunjukkan kad e-perubatan, anda tidak perlu risau untuk menerima rawatan tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic.
Di mana untuk dapatkan Medikal Kad Perubatan di Malaysia
Segalanya bermula dengan hanya RM 32 sebulan dan anda tidak perlukan kad sebenar, hanya tunjukkan kad e-Perubatan melalui telefon bimbit dalam masa 10 minit sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda perlu klik di sini.
Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di
SINI untuk info lanjut!!!
************************************************************************