Masalah keguguran rambut kerap berlaku pada semua orang pada setiap hari. Ianya merupakan satu perkara biasa yang selalu berlaku jika ianya melibatkan beberapa helaian rambut pada satu-satu ketika. Namun, ianya menjadi sangat membimbangkan sekiranyanya rambut anda gugur setiap hari melebihi 100 helai dan ia mungkin tanda bahawa kesihatan rambut anda tidak berapa baik. Jika masalah keguguran rambut terjadi terlalu kerap, ia mungkin akan mendatangkan kemudaratan dan boleh menyebabkan anda semakin botak jika tidak dirawat dengan segera. Di artikel ini, kami akan membincangkan tentang punca keguguran rambut kepada individu seperti:
Ketidak seimbangan hormon
Perubahan pada hormon sering terjadi tidak kira jantina anda lelaki mahupun perempuan. Namun, bentuk keguguran rambut lelaki dikenali sebagai ‘alopesia androgenetik’. Keguguran ini berlaku akibat pengaruh hormon testosteron yang tinggi yang dinamakan sebagai dihidrotestosteron (DHT). Ia akan memberi kesan kepada akar rambut. Hormon ini menjadikan rambut lebih tipis dan mudah gugur dari akar. Bentuk keguguran rambut untuk perempuan pula terletak di bahagian atas kepala. Hormon yang membawa sebab keguguran pada rambut perempuan adalah hormon yang terjadi pada masa menopause, masa mengandung, dan akibat penggunaan kontrasepsi.
Alopesia Areata
Merupakan sejenis gangguan kesihatan berpunca dari penyakit autoimun, di mana sistem imun menyerang tubuh seseorang. Alopesia areata atau rambut botak yang bertompok kerap berlaku dalam kalangan remaja dan orang dewasa. Beberapa penyakit yang mencetuskan alopesia areata adalah penyakit seperti diabetes, anemia pernisus, tiroid, dan vitiligo.
Pengambilan Makanan Tidak Berkhasiat
Pengambilan pemakanan yang tidak memenuhi standard juga menjadi punca rambut menjadi gugur dan semakin menipis. Sekiranya anda sedang melakukan diet, pastikan ia tidak terlampau ekstrim sehingga menyebabkan anda kekurangan nutrien dari makanan. Kekurangan nutrien dalam makanan akan menyebabkan keguguran rambut. Anda boleh berdiet tetapi amalkan diet yang tinggi nutrien yang dapat menguatkan akar rambut.
Pil Perancang Keluarga
Dengan mengamalkan pil perancang keluarga, maka anti-androgen dari ubat ini akan mula bertindak untuk mengurangkan risiko rambut gugur pada wanita yang terdedah terhadap masalah tersebut. Akan tetapi, apabila selesai atau berhenti minum pil perancang keluarga, maka keguguran bakal terjadi dan boleh menjadi lebih teruk.
Ikat rambut terlalu ketat
Cuaca panas seperti di Malaysia membuatkan anda rimas dengan rambut yang mengurai dan membuatkan anda mengikat rambut anda setiap hari selama 24 jam. Tambah-tambahan jika anda jenis yang suka mengikat rambut dengan ketat, ianya berisiko membuatkan anda mengalami keguguran rambut. Kesakitan yang dinamakan alopecia berlaku apabila ada tekanan di akar yang diakibatkan daripada ikatan yang ketat, ia akan menarik kepala. Malah, ia melemahkan cengkaman helaian rambut dari folikel atau akar dan menyebabkan rambut anda gugur atau putus dengan mudah. Sebaliknya, cuba gunakan bobby pin atau klip rambut untuk menjaga rambut agar tidak mengganggu wajah.
Kulit Kepala Tidak Sihat
Ramai dalam kalangan kita yang mengambil perhatian terhadap kesihatan kulit kepala. Kebanyakan daripada kita mengabaikan kepentingan untuk menjaga kesihatan kulit kepala sehingga ia menjadi tidak sihat. Anda boleh dijangkiti kuman dan bakteria apabila kulit kepala kotor dan tidak sihat. Kuman ini boleh hadir ketika kulit kepala dalam keadaan panas dan lembab pada masa yang sama, seperti ketika memakai topi atau menutup rambut apabila rambut tidak kering sepenuhnya. Oleh itu, selepas memakai topi dalam waktu yang cukup lama, jangan lupa untuk mencuci rambut.
Jarang Cuci Rambut
Rambut yang jarang dicuci akan berbau dan mudah gugur. Selain itu, jarang mencuci juga membuatkan rambut menjadi lembap dan berminyak. Keadaan rambut seperti ini ini akan menjadi sangat berminyak dan berpeluh apabila terkena sinaran matahari. Peluh pada kulit kepala akan diserap oleh folikel rambut yang menyebabkan rambut lembap dan mengalami keguguran.
Hair Dryer
Anda perlu cuba mengelakkan pemakaian hair dryer atau pengering rambut setiap kali selesai mandi. Alat pengering ini akan memberi kesan buruk dan membuatkan rambut kering dan mudah patah. Apabila rambut anda menjadi rapuh, ia akan mula patah dan berlaku keguguran rambut yang tidak boleh dielakkan.
Kekurangan zat besi
Bagi mana-mana individu yang tidak mempunyai zat besi yang mencukupi, tubuh anda tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, yang mampu memberikan oksigen dan nutrien bagi membantu memperbaiki sel-sel anda yang lain. Anda juga cendeung untuk mengidap anemia. Ini termasuk juga yang menjaga rambut dan membantunya tumbuh dengan sihat. Makanan tinggi zat besi adalah seperti bayam, kacang merah, daging merah, tomato dan telur.
Kesan Kemoterapi
Terapi kemoterapi biasa ditujukan untuk pesakit kanser. Antara kesan dari rawatan kemoterapi ialah rambut mudah gugur. Kesan daripada kemoterapi ini bukan sekadar memberi kesan pada rambut di kulit kepala, tetapi juga pada wajah dan tubuh. Rambut baru akan tumbuh setelah beberapa bulan berhenti menjalani kemoterapi dan ia merupakan sebuah proses yang agak lambat kerana rawatan ini akan membuatkan sel-sel tertentu cepat mati.
Kesan Ubat-ubatan
Ubat yang ambil bagi kadang kala mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan rambut bergantung kepada bahan yang digunakan. Pil untuk merawat jerawat biasanya diperbuat dari vitamin A yang mampu menangani gangguan kulit termasuklah jerawat. Bahan dari pil ini akan menjadi punca kenapa rambut gugur pada sesetengah pesakit yang mengidapnya. Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan rambut gugur adalah ibuprofen dan ubat pencair darah. Berikut adalah beberapa jenis ubat yang menjadi punca keguguran rambut:
Epilepsi
Kesan ubat anti-epilepsi yang berkaitan dengan migrain, rambut kerinting, dan rambut gugur jug amerupakan salah satu ubat yang menyumbang kepada risiko untuk seseorang mengalami keguguran. Satu contoh ubat untuk mengubati epilepsi adalah valproate natrium.
Antidepresi
Penggunaan ubat untuk mengatasi kemurungan akan memberi kesan terhadap rambut yang mengalami proses rehat pada kitaran pertumbuhan rambut. Hal ini tidak perlu dibimbangkan sebab rambut akan tumbuh seperti semula selepas penggunaannya. Biasanya, ia akan terjadi selama tiga bulan. Contoh ubat antidepresi adalah seperti Fuoxetine atau Prozac.
Psoriasis
Psoriasis adalah penyakit yang membuatkan kulit menjadi bersisik akibat pengeluaran sel-sel kulit yang berlebihan. Penggunaan ubat bagi mencegah pengeluaran sel kulit baru ini pastinya akan memberi kesan sampingan. Ia akan menyebabkan kesan rambut kerinting, perubahan warna, serta merosakkan tekstur rambut. Rambut akan kembali normal seiring berlalunya waktu selepas berhenti melakukan rawatan.
Kesimpulannya
Badan anda melambangkan apa yang anda makan. Ia dapat dilihat melalui luaran. Keguguran rambut disebabkan oleh kekurangan pemakanan yang sihat akibat mengamalkan diet yang sangat ketat adalah perkara biasa bagi orang yang punyai masalah pemakanan seperti anoreksia, atau berdiet tanpa ilmu. Rambut diperbuat daripada protein, jadi ia memerlukan banyak protein untuk lebih sihat dan perlu menambah nutrisi seperti Omega 3, Vitamin A, D dan E, dan zink. Ikan, sayur-sayuran, telur, kacang, dan daging tanpa lemak seperti ayam adalah sebuah permulaan yang baik.
Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Merawat Kanser Usus
Keguguran rambut kerap kali dikaitkan dengan tahap kesihatan yang tidak seimbang dengan ketidak seimbangan hormon dan juga pemakanan yang tidak sihat dan juga nutrisi yang kurang. Oleh itu, anda perlu mula mengubah pengambilan diet anda, melakukan senaman dan juga menjaga kesihatan tubuh anda agar tidak membawa masalah kesihatan yang lain. Dengan diet yang tidak sihat juga, anda cenderung untuk jatuh sakit. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan perlindungan kesihatan yang sewajarnya untuk masa hadapan yang anda sendiri masih tidak pasti.
Anda mungkin tidak akan diberi perlindungan untuk merawat keadaan rambut anda kerana ia tidaklah sepenting nilai nyawa dan kesihatan tubuh badan seseorang. Oleh itu, peliharalah kesihatan rambut anda bagi mengelakkan keguguran rambut anda yang akn menjadi semakin ekstrem jika tidak diatasi. Bukan dengan mendapatkan rawatan rambut, tetapi, dapatkan rawatan kesihatan yang menyeluruh iaitu kad medikal eMedic oleh AXA Affin.
PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Klik pautan di https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm