• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card
    • Travel Insurance
    • Pet Insurance

Produk Yang Mahal Dari Insurans Anda Mungkin Tidak Tahu

Munirah Bahri / 15/01/2019

Terdapat banyak produk yang mahal daripada insurans, tetapi kita selalu terlepas pandang dan tidak mengambil tahu tentang insurans yang ditawarkan dengan harga yang murah. Ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah terfikir untuk mengambil tahu tentang perbelajaan yang telah dikeluarkan pada setiap hari, bulanan atau tahunan. Insurans adalah sesuatu yang mempunyai lebih banyak faedah dan kelebihan daripada apa yang kita fikirkan. Kelihatan seperti anda mengeluarkan wang yang banyak untuk dapatkan insurans tetapi sebenarnya anda tidak berbelanja satu apa pun. Wang yang dikeluarkan adalah sebuah pelaburan yang menguntungkan untuk tempoh jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, orang masih tidak peduli tentang kelebihan insurans, dan ia adalah perkara terakhir yang terlintas di fikiran masing-masing malah mungkin ada yang tidak terfikir langsung tentang ini.

Ada Produk Yang Mahal Daripada Insurans Anda

Adalah lebih baik untuk anda bersiap sedia untuk sesuatu daripada menyesal di kemudian hari. Banyak perkara yang kita belanjakan pada hari ini tidak mungkin dapat bertahan selama beberapa bulan ke depan, tetapi insurans bertahan untuk seumur hidup dan ia sebenarnya membantu anda hanya apabila anda memerlukannya. Tidak seperti rawatan spa yang hanya berlangsung selama sehari, atau makan di restoran mewah yang hanya berlangsung selama beberapa jam. Apabila terjadi perkara yang tidak dijangkakan, perkara-perkara itu tidak akan membantu anda melainkan insurans. Kami di PolicyStreet telah mengenal pasti beberapa produk yang mahal daripada insurans yang selalu kita atau orang di sekeliling kita lakukan.

Spa

Apabila anda telah menghabiskan sepanjang bulan bekerja, walaupun hujung minggu tidak kelihatan seperti hujung minggu. Anda penat dan berasa terabai, jadi apa yang anda lakukan? Anda mencari lokasi spa terbaik dan melakukan perancangan, harganya tinggi, tetapi anda sanggup membayarnya kerana anda mahu memanjakan diri anda. Walau bagaimanapun, adakah anda sedar bahawa harga yang ditawarkan bermula dari  RM 85 hingga RM 2500, bergantung kepada rawatan spa yang akan anda pilih. Anda pasti dapat memastikan seluruh keluarga anda dilindungi pada kadar kurang daripada harga itu dan menanggung perbelanjaan jangka panjang anda untuk 6-12 bulan. Spa adalah salah satu produk yang kosnya lebih tinggi daripada polisi insurans yang ditawarkan! Adakah anda setuju? Fikir-fikirkanlah.

Fesyen Dan Jeans

Ada Produk Yang Mahal Daripada Insurans Anda - Fashion Dan Jeans

Fesyen adalah sesuatu perkara yang tidak pernah kekal dan selalu berubah-ubah. Bagi peminat fesyen, pastinya anda memerlukan sedikit perubahan untuk setiap bulan dan memerlukan anda membelanjakan wang anda sekurang-kurangnya setiap bulan. Mungkin anda membeli pakaian yang bawah RM50 atau mungkin bawah RM100, namun jika dihitung, wang yang dibelanjakan untuk pakaian anda ini boleh digunakan untuk membayar pelan insuans anda, dan dengan mudah dapat melindungi sekurang-kurangnya 3 hingga 5 bulan pelan insurans anda. Oleh itu, pertimbangkanlah sebelum mendapatkan membeli pakaian termasuklah jeans yang kadang mencecah RM 300. Anda boleh mendapatkan polisi insurans yang lebih murah dari sepasang jeans.

Food Hunt

Beberapa tahun ini, kebelakangan ini makin banyak kafe-kafe hipster yang dibuka di merata tempat dan kebanyakannya tertumpu di Kuala Lumpur, Shah Alam dan juga pusat bandar bagi setiap negeri. Ada yang menyajikan aneka pilihan makanan yang lazat yang bertemakan masakan barat, makanan tempatan dan juga kopi dan kek-kek yang lazat. Tetapi kebanyakannya agak mahal, dan tidak berpatutan terutamanya makanan fast food, walaupun ianya lazat, dan cepat, ia juga tidak menyihatkan. Pertimbangkan harga dan lakukan beberapa pengiraan, anda mungkin boleh mencuba untuk elakkan makanan segera selama sebulan dan lihat sendiri berapa yang anda mampu berjimat. Bukan sekadar berjimat, anda juga dapat memelihara kesihatan tubuh badan anda kerana anda mengambil makanan yang terjamin dan disediakan sendiri.

Menonton Wayang

Ada Produk Yang Mahal Daripada Insurans Anda - Menonton Wayang

Produk yang mahal daripada insurans pastinya menonton wayang. Sebagai seorang yang sentiasa sibuk melakukan pekerjaan dan mengejar tarikh akhir untuk menyiapkan tugasan, anda pasti ingin menonton filem-filem terkini di panggung wayang, bersama-sama rakan mahupun pasangan, efek bunyi yang menakjubkan dan tayangan pada skrin yang besar. Sangat memuaskan hati! Walau bagaimanapun harga tiket telah meningkat sejak kebelakangan ini, apatah lagi anda ingin mendapatkan makanan ringan dan minuman semasa menonton filem. Wang yang dibelanjakan untuk ini pasti akan bertambah dan ia pasti sangat banyak jika anda menonton 3 wayang sebanyak 3 kali sebulan. Bagaimana kalau banyak cerita menarik yang dikeluarkan pada bulan tersebut, ianya pasti menelan belanja hampir RM100. Pertimbangkan untuk menonton filem di rumah dan anda boleh menyimpan membeli pelan insurans anda, yang boleh menelan kos serendah RM5 sebulan!

Barangan Kosmetik

Kita semua tahu wanita sangat menyukai barangan kosmetik mereka. Sebenarnya, sesetengah daripada kita mungkin memiliki pelbagai jenis produk dan terlalu banyak, dan seperti yang anda sedia maklum, ianya tidak murah okay. Terutamanya jenama yang berkualiti. Tetapi masih ada dalam kalangan kita yang tidak mempunyai insurans dan ternyata memiliki segala macam kelengkapan alat kosmetik tanpa sekelumit rasa untuk melindungi diri daripada sebaran kos rawatan untuk masa akan datang. Ternyata insurans lebih penting daripada kosmetik dan memastikan masa depan yang selamat dan lancar untuk keluarga anda juga penting. Sekiranya anda mempunyai wang tambahan untuk dibelanjakan di kemudian hari, teruskanlah membeli kosmetik walaupun ia adalah produk yang jauh lebih mahal berbanding insurans!

Birthday Parties

Ada Produk Yang Mahal Daripada Insurans Anda - Brthday Parties

Anda telah menunggu sepanjang tahun dan akhirnya setelah sekian lama, ia adalah masa untuk ulangtahun kelahiran anda, iaitu hari jadi anda! Happy birthday! Kini anda perlu pergi melakukan sesuatu yang mengagumkan atau membawa kawan atau keluarga anda makan malam di tempat yang mewah. Daripada melakukan itu, kenapa tidak anda hadiah kepada diri sendiri dan keluarga anda sebuah masa depan yang terjamin, jumlah wang yang anda biasanya belanjakan pada hari-hari besar adalah meliputi 3 hingga 9 bulan dari rancangan insurans anda. Pilih untuk menukar jalan hidup anda agar ianya lebih membawa manfaat daripada pembaziran.

Jam Tangan

Kini, jam tangan bukan lagi berfungsi sebagai penjaga masa, ianya lebih kepada aksesori dan juga sebagai pelengkap gaya. Tidak lengkap rasanya untuk keluar rumah tanpa memakai jam tangan. Namun, sebenar-benarnya anda hanya melihat jam pada telefon pintar yang menggantikan fungsi jam tangan. Jadi ianya sebuah idea yang tidak begitu baik untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli jam yang berjenama yang anda anggap boleh bertahan lebih lama dan berkualiti. Kerana hakikatnya, ia cuma hiasan selain daripada memakai gelang tangan bagi wanita. Kenapa tidak anda melabur ke sesuatu yang lebih tahan lama dan menyediakan masa depan yang lebih selamat untuk anda dan keluarga anda, ia tidak berkesudahan dan pastinya sangat berbaloi!

Video Games

Ada Produk Yang Mahal Daripada Insurans Anda - Video Games

Bagi kaki-kaki permainan video di luar sana tidak kiralah lelaki ataupun perempuan, anda pasti sentiasa mencari-cari permainan video terkini. Walaupun mungkin ianya dibeli semasa diskaun atau untuk pra-tempahan atau anda mendapat dengan harga tawar-menawar, tetapi semestinya kita perlu mengutamakan kepentingan diri sendiri sebelum keseronokan. Banyak keputusan yang dibuat mesti mementingkan perihal penting terlebih dahulu, seperti mendapatkan insurans kepada diri anda dan ahli keluarga anda.

Kesimpulan

Kepentingan insurans sering diabaikan dalam banyak cara, terutama apabila minat kita terletak di tempat lain. Sama ada ia boleh mendapatkan jam tangan baru, pakaian fesyen terbaru, kosmetik, permainan video, dan lain-lain. Kita mesti sentiasa fikir tentang keluarga kita dan bukan hanya diri kita sendiri. Insurans berlangsung seumur hidup dan ia menjamin masa depan keluarga anda bersama dengan anda. Oleh itu, bukannya membelanjakan produk-produk biasa yang jauh lebih mahal, pertimbangkan insurans dengan teliti! Kad AXA eMEdic menawarkan harga yang sangat berpatutan yang jauh lebih murah daripada produk-produk di pasaran yang tidak mempunyai kepentingan ini, lawati PolicyStreet.com untuk mengetahui lebih lanjut atau klik pautan https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview

Ada Produk Yang Mahal Daripada Insurans Anda Oleh PolicyStreet

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Claims Guide (2021)

Motor Insurance Claim 101: How to Avoid Common Pitfalls

Road Rage: Do’s and Don’ts

Bahasa Malaysia

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Pengaruh Gelombang Kedua COVID-19 kepada Rakyat Malaysia.

Insurans Cermin Kereta Panduan (2020): Semua Yang Anda Perlu Tahu

Selamatkan Kereta Anda Dari Ditenggelami Banjir!

Cara Untuk Dapatkan Cukai Jalan Baharu Yang Hilang, Koyak atau Rosak

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online