Polisi Insurans Bagi Tuntutan Kematian
Setiap yang hidup pasti akan merasa kematian. Tiada apa yang kekal di dalam dunia yang sementara ini dan itulah aturan yang telah ditetapkan bagi seluruh hidupan di muka bumi ini baik manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan. Sekiranya kita berbicara tentang kematian, ramai yang akan berasa sedih dan pilu apabila teringat kepada orang yang kita sayangi yang telah pergi menghadap Ilahi. Walau bagaimanapun, kematian itu pasti dan tiada siapa pun yang akan terlepas daripada melaluinya. Kematian boleh menjemput kita di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Oleh itu, hargailah masa yang anda ada pada hari ini dan gunakan dengan sebaiknya masa yang ada ini untuk hidup sepenuhnya supaya anda tidak berasa kesal di kemudian hari. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa dan nikmat kesihatan yang kita rasakan pada hari ini. Perlulah kita ingat bahawa kehidupan ini hanyalah pinjaman dan apa yang kita lakukan dengan kehidupan adalah tanggungjawab diri masing-masing.
Sudahkah anda bersedia menghadapi kematian?
Persoalan ini sering dielak oleh kebanyakan orang atau mengatakan bahawa soalan sebegini adalah tidak wajar untuk ditanya sedangkan kematian itu tidak pernah mengenal usia, jantina, kaya mahupun miskin dan datang menjemput kita pada waktu yang tidak kita duga. Mengapa kita harus bersedia menghadapi kematian? Ini kerana kita harus bersiap sedia untuk memudahkan kehidupan orang yang tersayang dalam menjamin masa depan mereka dan juga diri kita sendiri. Pernahkah anda terfikir tentang apa yang bakal terjadi terhadap masa hadapan orang yang anda sayangi sekiranya anda telah tiada lagi bersama mereka? Bebanan yang perlu ditanggung jika kehilangan seseorang yang merupakan punca pendapatan akan memberi impak yang besar dalam kehidupan orang di sekeliling mereka. Justeru itu, perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah dengan membeli polisi insurans untuk tuntutan kematian.
Apakah itu tuntutan kematian?
Tuntutan kematian ialah sejumlah wang pampasan yang diberikan kepada wasi untuk menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewasiat sekiranya berlaku sesuatu kepada pewasiat. Ramai yang masih tidak tahu dan tidak mengambil endah tentang kepentingan membuat tuntutan kematian. Cara-cara membuat tuntutan kematian bergantung kepada sesebuah syarikat yang menawarkan polisi insurans tersebut. Sesetengah syarikat insurans telah membuat inisiatif bagi memudahkan urusan tuntutan kematian dengan hanya mengisi borang atas talian.
Kepentingan Membuat Tuntutan Kematian
- Memudahkan Urusan Orang Tersayang
Sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka ke atas pemegang polisi, keluarga yang telah ditinggalkan akan berasa lebih terjamin dari segi kewangan dan kurangnya rasa resah dan gelisah untuk menanggung beban akibat kehilangan pencari nafkah.
- Perancangan Kewangan yang Bijak
Bagi mereka yang bijak menguruskan perbelanjaan, mereka sedar bahawa membuat pelaburan untuk perlindungan insurans atas tuntutan kematian adalah perancangan yang terbaik bagi menjamin masa depan serta kelangsungan hidup keluarga dan orang tersayang.
- Hadiah Terakhir untuk Orang Tersayang
Kita tidak tahu akan ketentuan Tuhan, masa dan keadaan kita mati jadi persiapkanlah diri anda dengan membeli perlindungan insurans atas tuntutan kematian agar kebajikan dan keluarga anda terbela dan terjaga serta sebagai hadiah ketenangan jiwa untuk mereka teruskan kehidupan dengan lancar.
Kesimpulan
Justeru itu, pertimbangkanlah pembelian perlindungan insurans bagi tuntutan kematian kerana ianya mampu menjadi penyelamat keluarga anda pada masa akan datang. Tiada yang lebih indah daripada memastikan kehidupan keluarga dan orang tersayang terjamin walaupun tanpa anda di sisi mereka lagi. Perlaburan yang anda lakukan pada hari ini mampu memberi impak yang besar dalam mencorak masa depan mereka. Oleh yang demikian, Etiqa i-DoubleSecure Term Takaful Plan adalah jawapan kepada anda yang sedang mencari insurans perlindungan dengan tawaran yang terbaik di pasaran kini. Dapatkan rebat RM 50 sekiranya anda membeli insurans Etiqa i-DoubleSecure Term Takaful Plan daripada kami di PolicyStreet! Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, anda boleh klik di sini. Layari juga laman web kami www.PolicyStreet.com untuk membaca artikel-artikel menarik yang lain.