Piramid makanan ialah carta atau panduan mudah pengambilan makanan seimbang yang disediakan bagi membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita pada setiap hari. Piramid makanan juga berfungsi untuk menjadi panduan dalam penyediaan makanan yang sihat. Tiada satu pun makanan tunggal yang boleh memberi kita kesemua zat dan nutrien yang kita perlukan kerana makanan yang sihat dan seimbang adalah kombinasi daripada pelbagai jenis makanan. Oleh itu, piramid makanan adalah carta yang paling sesuai untuk semua orang ikuti sebagai salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tubuh seorang manusia memerlukan pelbagai jenis makanan yang berbeza serta kuantiti yang tertentu untuk memelihara kesihatan tubuh badan yang baik.
Panduan Piramid Makanan
- Aras 1 (Sumber Karbohidrat)
- Aras 2 (Sumber Vitamin Dan Mineral)
- Aras 3 (Sumber Protein)
- Aras 4 (Sumber Lemak, Minyak, Gula dan Garam)
Piramid makanan Malaysia terdiri daripada lima gabungan kumpulan makanan yang disusun pada empat aras di mana lima kumpulan makanan tersebut membekalkan zat dan nutrien yang berlainan serta disusun mengikut saiz daripada besar sehingga kecil daripada bawah ke atas. Bentuk piramid yang mempunyai dasar yang lebih besar dan semakin mengecil ke puncak menandakan kuantiti yang perlu diambil oleh seseorang individu iaitu pada bahagian dasar piramid ialah makanan yang boleh diambil dengan banyak manakala pada bahagian atas piramid pula makanan yang hanya boleh diambil dengan kuantiti yang sedikit.
Kumpulan dan Aras Piramid Makanan
Aras 1 (Sumber Karbohidrat)
Aras satu ialah aras yang berada di bahagian paling bawah iaitu dasar kepada piramid makanan. Aras satu adalah aras kumpulan makanan sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga iaitu sebanyak 50%-55% dari jumlah tenaga harian. Kumpulan makanan ini juga adalah sumber yang baik untuk vitamin, serat dan mineral. Makanan yang tinggi kandungan serat membantu menurunkan paras kolestrol dan glukosa dalam darah. Selain itu, serat dalam kumpulan makanan ini juga memberikan banyak manfaat seperti meningkatkan pergerakan usus dan bantu untuk mencegah sembelit. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan aras ini perlu diambil paling banyak. Antara contoh makanan aras satu ialah nasi, roti, bijirin sarapan, kentang dan sebagainya.
Aras 2 (Sumber Vitamin Dan Mineral)
Aras kedua ialah kumpulan makanan yang kaya dengan vitamin, mineral, serat dan fitokimia di mana ianya membantu ketahanan terhadap penyakit. Makanan di aras ini disarankan untuk diambil dengan kuantiti yang banyak pada setiap hari kerana ia mampu membantu untuk mencegah penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan sebagainya. Antara contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran berdaun hijau, sayuran pelbagai warna, ulam-ulaman serta termasuk juga buah-buahan. Jumlah sajian yang disarankan adalah sekurang-kurangnya tiga sajian sayur-sayuran serta dua sajian buah-buahan.
Aras 3 (Sumber Protein)
Kumpulan makanan di aras tiga adalah kumpulan makanan yang tinggi dengan vitamin B, zink dan zat besi. Kumpulan makanan aras tiga adalah sumber baik untuk protein yang diperlukan untuk membina tubuh. Contoh makanan yang tergolong dalam kumpulan aras tiga ialah daging, ayam, ikan dan kekacang. Kekacang adalah digalakkan untuk di ambil pada setiap hari kerana kekacang adalah makanan yang rendah kandungan lemak dan tidak mempunyai kolestrol jika dibandingkan dengan ayam atau daging. Sekiranya anda ingin memakan ayam atau daging, anda dinasihatkan untuk membuang segala lemak yang ada kerana lemak yang ada pada daging atau ayam adalah tinggi kolestrol.
Susu dan hasil tenusu juga tergolong dalam kumpulan aras ini di mana ianya kaya dengan protein yang tinggi, kalsium dan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Kalsium dalam susu bertindak dalam membina tulang dan gigi yang kuat. Pengambilan makanan tenusu juga boleh membantu mengurangkan risiko terkena penyakit tulang rapuh pada usia tua. Namun begitu, kuantiti sajian yang disyorkan hanyalah satu hingga dua sajian sehari.
Aras 4 (Sumber Lemak, Minyak, Gula dan Garam)
Kumpulan makanan di aras empat ialah kumpulan makanan yang berada di puncak piramid makanan. Ini menunjukkan bahawa kumpulan makanan ini hanya boleh diambil dengan jumlah yang sedikit sahaja. Kumpulan makanan aras empat terdiri daripada makanan yang sangat tinggi dengan lemak dan kolestrol. Antara makanan di aras empat ialah makanan yang tinggi kandungan garam, gula dan yang berminyak. Hadkan pengambilan kumpulan makanan aras empat kerana kumpulan makanan ini mampu menjejaskan kesihatan anda serta punca kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti dan sebagainya.
Jumlah sajian yang disarankan berdasarkan kalori
Bagi golongan wanita yang tidak aktif dan warga tua, ianya disarankan untuk mereka mengambil 1500 kkal sehari. Antara sajian yang disyorkan ialah 4 sajian bijirin, 2 sajian buah-buahan, 3 sajian sayur-sayuran, 1 sajian ikan dan 1 sajian tenusu. Seterusnya, jumlah sajian yang sesuai bagi kanak-kanak, wanita yang sederhana aktif dan lelaki yang tidak aktif ialah 2000 kkal sehari. Sajian yang disyorkan untuk mereka ialah 6 sajian bijirin, 2 sajian buah-buahan, 3 sajian sayur-sayuran, 1 sajian antara daging, ayam atau ikan dan 2 sajian produk tenusu. Manakala bagi lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki atau wanita yang kurang berat badan pula disyorkan untuk mengambil 8 sajian bijirin, 2 sajian buah-buahan, 3 sajian sayur-sayuran, 2 sajian daging atau ayam dan 3 sajian daripada produk tenusu.
Kesimpulan Pyramid Makanan
Piramid makanan ialah salah satu panduan kepada semua orang untuk mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Tahap kesihatan seseorang individu itu sangat berkait rapat dengan amalan pemakanannya. Oleh itu, setiap orang haruslah lebih peka dan prihatin terhadap makanan yang diambil dan jadikan piramid makanan sebagai salah satu rujukan apabila anda ingin menyediakan makanan serta penanda aras bagi diet anda sehari-harian.
Dapatkan Kad Medikal Terbaik dari AXA eMedic Sebagai Perlindungan di Masa Hadapan Anda.
Ianya tersangatlah penting untuk kita menjaga baik kesihatan diri sendiri. Nikmat kesihatan yang dikurniakan kepada kita hari ini adalah nikmat yang sangat tidak ternilai. Nikmat kesihatan yang kita ada hari ini juga mungkin salah satu hajat orang yang tidak pernah memilikinya. Oleh yang demikian, hargailah kesihatan baik yang anda miliki pada hari ini dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Justeru itu juga, kami di PolicyStreet mengesyorkan anda untuk dapatkan kad medikal AXA eMedic sebagai langkah berjaga-jaga dan perlindungan di masa hadapan anda sementara anda masih sihat. Kad medikal AXA eMedic ini mungkin juga bertindak sebagai penyelamat anda dan keluarga daripada bebanan wang untuk menanggung kos rawatan dan perubatan sekiranya sesuatu terjadi kepada anda di masa hadapan. Bantulah diri anda dan keluarga daripada menanggung beban yang menyesakkan dada dengan mendapatkan kad medikal terbaik dari AXA ini dengan kami di PolicyStreet.
Apa yang perlu anda tangguhkan lagi? Kini anda boleh dapatkan kad medikal AXA eMedic secara atas talian dan dapat membuat pembayaran secara tahunan mahupun bulanan. Anda juga berpeluang untuk mendapat rebat sebanyak RM 50 sekiranya anda dapatkannya dari kami di PolicyStreet! Layari laman web www.PolicyStreet.com untuk maklumat lanjut berkaitan kad medikal ini.