• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Perlindungan Yang Ditawarkan oleh Travel Insurans (2020)

Hariz / 26/07/2020

Insurans Perjalanan melindungi keperluan asas jika anda ingin memulakan perjalanan secara domestik mahupun ke luar negara. Insurans perjalanan diwujudkan kerana kami menyedari akan bahaya perjalanan tanpa bantuan kewangan sekiranya berlaku kejadian malang yang berlaku pada diri kita seperti penerbangan yang dibatalkan, hilang bagasi atau barangan peribadi dan banyak lagi yang boleh disenaraikan. Pelindungan insurans perjalanan melindungi anda dengan memberi sokongan secara kewangan sekiranya peristiwa-peristiwa yang tidak diingini berlaku dan ini adalah senarai apa yang Travel Insurans tawarkan.

Perlindungan Insurans Perjalanan Termasuk

  • Pembatalan Perjalanan Dan Insurans Gangguan Perkhidmatan Penerbangan.
  • Bagasi Dan Barangan Peribadi
  • Insurans Perubatan Kecemasan
  • Penjagaan Pergigian Kerana Kemalangan
  • Insurans Kematian Kemalangan

Perlindungan Insurans Perjalanan Tidak Termasuk

  • Anda Mengubah Fikiran
  • Tidak Termasuk Meninggalkan Barang-Barang Anda Tanpa Pengawasan Atau Hilang Dokumen
  • Tidak Termasuk Perlindungan Melakukan Aktiviti /Tingkah Laku
  • Tidak Meliputi Perjalanan Yang Disekat Kerajaan

Pelindungan Insurans Perjalanan Termasuk Pembatalan Perjalanan Dan Insurans Gangguan Perkhidmatan Penerbangan.

Pelindungan Insurans Perjalanan Termasuk Pembatalan Perjalanan (2020)

Tiada sesiapa yang suka apabila penerbangan mereka dibatalkan atau mereka perlu menunggu beberapa jam kerana penerbangan lewat atau ditunda. Dan tiada siapa yang benar-benar mahu membatalkan perjalanan mereka ke luar negara secara tiba-tiba akibat bencana alam yang tidak dijangka mahupun masalah politik negara yang serius. Anda boleh menuntut penerbangan anda yang dibatalkan dan dibayar balik sehingga RM18,000 dengan insurans perjalanan yang kami tawarkan di laman web PolicyStreet. Oleh itu, jangan biarkan masa anda menunggu dan wang yang di belanjakan membazir begitu sahaja. Dapatkan pelindungan insurans perjalanan.

Pelindungan Insurans Perjalanan Tidak Termasuk .. Anda Mengubah Fikiran

Perlindungan Travel Insurans Payung (2020)

Apa yang kami tidak dapat lindungi adalah apabila anda terlepas penerbangan kerana kelalaian anda sendiri atau anda mengubah fikiran untuk tidak ke destinasi yang sepatutnya dan berhasrat untuk tidak meneruskan perjalanan. Polisi insurans perjalanan ini hanya untuk melindungi kes-kes serius sahaja dan untuk pengetahuan anda, jika anda mengubah fikiran, ianya tidak dilindungi sama sekali. Ketinggalan pesawat kerana anda tidak berada di lapangan terbang pada waktu yang ditetapkan juga tidak termasuk dalam terma bayaran balik. Ini kerana ianya kelihatan seperti anda sengaja terlepas pesawat untuk mendapatkan duit ganti rugi.

Pelindungan Insurans Perjalanan Termasuk Bagasi Dan Barangan Peribadi

Pelindungan Insurans Perjalanan Termasuk Bagasi Dan Barangan Peribadi

Pengembara yang paling berisiko untuk menghadapi peristiwa buruk dengan syarikat-syarikat penerbangan yang terhilangkan bagasi mereka. Ini pasti akan menjejaskan keterujaan untuk meneruskan perjalanan. Kami mungkin tidak mampu untuk mendapatkan barangan personal anda tetapi apa yang kami boleh lakukan adalah membayar balik kos kerosakan yang telah dilakukan syarikat penerbangan ini. Selain itu, perjalanan ke negara lain juga berisiko tinggi kerana anda akan mempunyai kemungkinan untuk menjadi mangsa penyelup saku atau peragut beg tangan dan banyak lagi. Sekiranya hal ini berlaku, pelindungan insurans Travel PolicyStreet akan membawa anda kembali, jadi nikmati perjalanan anda yang lain.

Perlindungan Insurans Perjalanan Tidak Termasuk Meninggalkan Barang-Barang Anda Tanpa Pengawasan Atau Hilang Dokumen

Meninggalkan Barang-Barang Anda Tanpa Pengawasan Atau Hilang Dokumen

Walau bagaimanapun, kami tidak dapat melindungi anda sekiranya peristiwa yang berlaku adalah disebabkan kerana anda cuai seperti meninggalkan barang-barang anda tanpa pengawasan. Kami mtidak dapat melindungi hal-hal tersebut kerana ianya diluar kawalan kami. Selain itu juga,  pastikan anda mempunyai semua dokumen yang penting semasa anda ingin menuntut bagasi yang hilang dan kehilangan barangan peribadi (atas sebab alasan yang boleh diterima, kenapa tidak) seperti laporan polis dan beberapa dokumen lain. Selain itu, sebaiknya anda menyimpan salinan-salinan dokumen yang asli secara softcopy melalui emel atau thumbdrive dan hardcopy yang dipotostat untuk sebarang kegunaan pada masa hadapan.

Sudah Pasti! Pelindungan Insurans Perjalanan Termasuk Insurans Perubatan Kecemasan

Insurans Perjalanan Termasuk Insurans Perubatan Kecemasan

Seperti yang kita katakan sebelum ini, insurans perjalanan adalah untuk persediaan perkara-perkara yang diluar jangkaan. Tidak ada sesiapapun yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku dan tahu bahawa mereka akan dilanggar oleh sebuah kereta atau juga motosikal. Oleh sebab itu ianya dipanggil sebagai ‘kecelakaan’. Seperti yang kita tahu, ini ialah sesuatu perkara yang tidak dijangkakan oleh sesiapa termasuklah mangsa kemalangan ini. Anda pasti tidak bersedia untuk mempunyai sejumlah wang tambahan untuk perbelajaan perubatan ahli keluarga anda atau anda. Inilah sebab kenapa Insurans Perjalanan kami datang untuk menyelamatkan anda, kerana kami akan membayar ganti rugi sebanyak RM15,000 untuk pelan individu dan kami juga akan menampung kos pemindahan perubatan jika ianya perlu.

Perlindungan Insurans Perjalanan Termasuk Penjagaan Pergigian Kerana Kemalangan!

Termasuk Penjagaan Pergigian Kerana Kemalangan

Walaupun penjagaan pergigian adalah sebahagian daripada perbelajaan perubatan, malangnya kami tidak menanggung kos rawatan tersebut. Secara spesifik, kami tidak boleh berbuat apa-apa untuk sebarang pembayaran pembedahan, penumpuan, pengisi, prosedur ortodontik dan prosedur penjagaan pergigian yang lain kerana ia tidak dianggap sebagai rawatan perubatan kecemasan. Ia dianggap sebagai penjagaan pergigian asas dan akibatnya perbelanjaan akan dari poket anda sendiri. Walaupun begitu, kita menanggung perbelanjaan tersebut sekiranya ia disebabkan oleh kemalangan atau kecederaan yang anda perolehi semasa anda memulakan pengembaraan hebat anda.

Sudah Tentu, Insurans Perjalanan Meliputi Insurans Kematian Kemalangan

Meliputi Insurans Kematian Kemalangan

Kita tidak boleh meramalkan kematian kita sendiri, kerana ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Sama ada ketika kita akan mati, atau bagaimana kita akan meninggalkan kehidupan ini. Tidak ada yang benar-benar tahu bila dan bagaimana mereka akan mati. Oleh itu, adalah lebih baik anda bersiap sedia dengan insurans perjalanan daripada terkapai-kapai dan tidak mempunyai sumber kewangan untuk menjalankan proses kematian rakan anda yang bercuti bersama mahupun anda sendiri. Terdapat banyak perbelanjaan yang perlu dibayar seperti kos pulang ke rumah, proses pengebumian dan banyak perkara remeh yang lain. Jadi, pastikan anda dilindungi! Untuk meringankan beban kewangan anda, insurans perjalanan kami meliputi kematian tidak sengaja yang berlaku semasa anda melancong dan membayar balik kepada benefisiari sehingga RM200,000 dan anda tidak membebankan orang lain.

Insurans Perjalanan Tidak Termasuk Perlindungan Melakukan Aktiviti /Tingkah Laku

Tidak Termasuk Perlindungan Melakukan Aktiviti /Tingkah Laku

Sebaliknya, untuk kematian atau kemalangan yang disebabkan oleh anda terlibat dalam aktiviti yang lasak seperti memandu di bawah pengaruh dadah ataupun alkohol, memandu tanpa mengambil langkah-langkah keselamatan, pergi untuk sukan ekstrem seperti terjun, ski, melompat bungee, kapal layar atau lain-lain, tidak dilindungi oleh insurans kami. Walau bagaimanapun, kami menyediakan add-on untuk aktiviti yang berkaitan dengan sukan ekstrem seperti yang dinyatakan di atas. Melainkan jika anda tidak mengambil insurans dari kami, kami tidak akan melindungi anda jika anda ingin memfailkan tuntutan. Ia tidak termasuk dalam perlindungan insurans perjalanan awal kerana pelancong Malaysia rata-rata pergi ke luar negara atau dalam negeri hanya untuk bersiar-siar dan itulah sebabnya ia adalah tambahan kerana tidak semua orang melakukan aktiviti ekstrem seperti ini.

Uh-oh, Insurans Perjalanan Tidak Meliputi Perjalanan Yang Disekat Kerajaan

Tidak Meliputi Perjalanan Yang Disekat Kerajaan

Sebelum anda bercuti atau melancong ke luar negara, adakah kerajaan kita mempunyai sekatan untuk Malaysia untuk melawat negara destinasi anda? Sekiranya tidak, anda sememangnya harus pergi. Jika ya, adalah lebih baik untuk anda menjadualkan rancangan anda untuk melawat ke negara itu kerana ini adalah tanda jelas bahawa destinasi anda tidak selamat untuk pelancong dari Malaysia. Mesti ada sebab kenapa kerajaan menghalang pengunjung dari Malaysia pergi ke sana, dan oleh sebab itu, apa-apa polisi insurans perjalanan di Malaysia (termasuk PolicyStreet) tidak akan melindungi anda kerana anda yang memutuskan untuk pergi ke sana dan berisiko untuk terjadi sesuatu kepada anda. Jadi, fikir dua kali, lebih baik untuk memastikan anda selamat pergi dan balik.

Insurans Perjalanan PolicyStreet

Perlindungan Travel Insurans Allianz

Setelah anda membaca artikel kami sehingga akhir, anda pasti tahu apa yang kami lakukan dan apa yang polisi insurans premium ini tidak lindungi. Sekiranya anda berminat, teruskan ke laman web kami untuk mendapatkan maklumat lanjut di PolicyStreet dan membeli insurans perjalanan kami yang berpatutan dan mudah ini. Asas premium kami bermula dari harga serendah RM16 setiap perjalanan dan anda boleh mendapatkan bayaran balik perubatan sehingga RM300,000 jika berlaku sebarang perkara seperti yang disebut di atas. Klik di sini untuk maklumat lanjut di PolicyStreet.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online