4 Penyakit Kanak-Kanak Paling Berbahaya Yang Wajib Diketahui oleh Ibu Bapa:

Kanak-kanak adalah tidak dinafikan merupakan individu yang paling mudah terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya di dunia. Hal ini mungkin kerana masih ramai ibu bapa di luar sana yang tidak bersedia dan tidak dididik tentang penyakit berbahaya yang boleh meragut nyawa anak mereka. Semakin hari, jumlah kematian kanak-kanak yang menghidap penyakit berbahaya semakin meningkat. Akan tetapi, masalah ini boleh dicegah jika kanak-kanak itu diberi vaksin dan diberi rawatan dengan betul. Oleh itu, entri di bawah ada menyediakan maklumat tentang 4 penyakit paling berbahaya kepada kanak – kanak pada satu ketika dahulu ketika penggunaan vaksin kepada kanak – kanak masih belum diambil berat oleh para ibu bapa atau penjaga di luar sana.
Pneumonia, penyakit kanak-kanak yang digeruni ramai

Pneumonia ialah jangkitan paru – paru di mana alveoli ataupun kotak udara yang berada di paru – paru dipenuhi dengan nanah dan cairan lain yang menjadikan oksigen sukar untuk untuk mencapai aliran darah. Oleh itu, seseorang yang mempunyai radang paru-paru mungkin mengalami demam, batuk, atau masalah bernafas. Serius kan penyakit ini?
Namun tahukah anda, penyakit sebahaya ini rata – rata dialami oleh kanak – kanak kecil? Mengikut statistik, hampir 81% kematian akibat penyakit pneumonia telah terjadi pada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah! Maka, amatlah penting untuk ibu bapa mengetahui tentang kepentingan vaksin kerana penyelidik menganggarkan penyakit yang boleh disebabkan oleh bakteria, fungus, virus atau parasit sebenarnya boleh dicegah dengan vaksin. Hal ini kerana, antara punca utama mengapa kanak – kanak adalah mangsa yang diserang pneumonia adalah kerana kekurangan zat, penyusuan susu ibu yang kurang optimal, dan kekurangan zink.
Difteria

Satu lagi penyakit yang mampu dielak jika kanak – kanak anda telah diberi vaksin yang sepatutnya adalah difteria iaitu penyakit yang melibatkan pernafasan atau kerongkong. Penyakit yang boleh mendatangkan masalah pernafasan serta kecederaan pada jantung atau sistem saraf ini ternyata boleh berjangkit dan juga membawa maut! Hal ini kerana, dalam kes – kes tertentu, difteria boleh menyebabkan nodus limfa kanak-kanak membengkak lalu menyukarkan pernafasan mereka yang jika tidak dirawat akan menyebabkan kematian. Penyakit ini senang merebak daripada satu kanak – kanak yang lain kerana bakteria difteria boleh memasuki badan melalui hidung dan mulut dan juga sebarang rongga atau bukaan di kulit.
Pertussis atau Batuk Kokol, penyakit kanak-kanak yang sangat serius!

Pertusis atau dikenali sebagai batuk kokol adalah penyakit kanak – kanak yang dikategorikan antara penyakit paling mudah merebak. Batuk kokol yang kebiasannya turut dikenali dengan panggilan “batuk 100 hari” kerana ia boleh bertahan selama berminggu-minggu hingga berbulan-bulan! Gejala awal penyakit ini adalah seperti selsema biasa, dengan hidung berair, bersin, batuk ringan atau demam. Selepas 1 hingga 2 minggu, batuk teruk bermula yang berakhir dengan bunyi kencang apabila udara dihirup. Semasa fasa batuk, bayi serta kanak – kanak yang mengalami pertussis sukar untuk makan, minum mahupun bernafas. Dalam beberapa kes, batuk kokol telah mendatangkan kecederaan otak dan juga maut kepada kanak – kanak terutama kepada yang berumur lebih muda daripada usia 1 tahun!
Penyakit kanak-kanak paling ditakuti ibu bapa, Polio

Polio adalah penyakit yang sangat berjangkit yang disebabkan oleh virus. Namun, apa yang merisaukan adalah kebanyakan kanak – kanak yang dijangkiti dengan polio tidak mempunyai gejala dan hanya beberapa kes direkodkan didapati mempunyai gejala ringan. Virus ini terkenal kerana ianya menyerang otak dan sistem saraf tunjang yang seterusnya menyebabkan kelumpuhan akan tetapi statistik menunjukkan sangat sedikit kanak – kanak yang diserang penyakit polio mengalami kelumpuhan. Hal ini kerana ianya boleh dicegah dengan pengambilan vaksin yang diberi pada bayi ketika berusia 8 minggu, 12 minggu dan 20 minggu. Buat ibu bapa yang mungkin tidak tahu, polio sering berlaku apabila kanak – kanak tidak mencuci tangan atau tidak membasuhnya dengan betul setelah memakan makanan yang mungkin mengandungi bakteria serta virus. Selain itu, ia juga boleh tersebar ketika bayi yang terkena batuk atau titisan bersin yang datang dari udara.
Konklusi

Adakah anda sudah mempunyai perlindungan kad perubatan bagi memastikan anda serta anak-anak sentiasa dilindungi sekiranya terjadi sebarang kemalangan yang tidak diingini? Kami di PolicyStreet menawarkan medical card yang sangat mudah untuk mendapatkannya secepat 5 minit. Kami juga menawarkan harga yang sangat berpatutan dan pastinya dengan penjimatan kos perubatan bil di hospital.
Dapatkan Kad Perubatan Secara Atas Talian Oleh AXA eMedic
Kad perubatan atas talian ini sangat mudah untuk dimiliki kerana anda hanya perlu membuat pembayaran secara atas talian dan boleh memilih untuk membuat pembayaran secara tahunan ataupun bulanan. Dan yang paling penting sangat pantas dengan harga yang sangat berpatutan di pasaran serendah RM 32/sebulan! Kini, anda boleh sentiasa memastikan diri anda dilindungi dan juga ahli keluarga anda dilindungi. Kami mempunyai berita baik kerana kini anda boleh melayari laman web kami yang berbahasa Malaysia. Kami ingin memudahkan anda untuk lebih memahami produk insurans ini dan lebih meyakini produk kad medikal ini. Klik di sini, https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm dan dapatkannya SEKARANG!