
Pandemik COVID-19 telah memberi tamparan hebat kepada semua orang bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Ia merupakan peristiwa global yang memberi impak mendalam dalam sejarah moden. Situasi seperti ini belum pernah berlaku pada skala dan impak yang sebegini rupa ke atas persekitaran, ekonomi dan kualiti kehidupan. Ia telah menjadi titik ubah hampir keseluruhan isi dunia.
Sejarah COVID-19 di Malaysia
Sebelum mengulas lebih lanjut tentang perubahan drastik yang telah berlaku di dalam Malaysia, mari kita lihat sejarah COVID-19 di Malaysia.
Kes pertama virus ini telah dikesan di Wuhan, China pada 31 Disember 2019. Pesakit mengalami gejala-gejala seperti selesema atau “flu” dan dikuarantin sementara sumber penyakit ini dikenal pasti. Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengelakkan wabak ini tersebar melangkaui negara asal dan benua termasuklah dengan pemeriksaan pelancong asing yang datang dari Wuhan, China di lapangan-lapangan terbang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia, World Health Organisation (WHO) juga telah menasihatkan sekatan perjalanan dan perdagangan dengan negara China. Tetapi malang sekali, virus itu telah merebak ke banyak negara termasuk Malaysia, Korea Selatan, Singapura dan seluruh benua seperti Perancis dan Jerman.
COVID-19 di Malaysia dikesan pada pelancong dari China yang tiba melalui Singapura pada 25 Januari 2020 (GardaWorld, 2020; Joseph Sipalan & Sam Holmes; 2020). Kluster melibatkan warga tempatan mula muncul pada bulan Mac; yang dikaitkan dengan perhimpunan Tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur, pada lewat Februari dan awal Mac 2020, membawa kepada peningkatan mendadak dalam kes tempatan (Kate Ng, 2020). Dalam beberapa minggu, Malaysia telah mencatatkan jumlah kumulatif tertinggi jangkitan COVID19 yang disahkan di Asia Tenggara. Pelbagai perkara yang telah dilakukan kerajaan Malaysia untuk membendung kes ini dari terus meningkat termasuklah kawalan pergerakan yang ketat, larangan merentas negeri-negeri di Malaysia dan pematuhan SOP yang akhirnya membuahkan hasil.
Malaysia dipandang tinggi kerana berada di tangga ke-4 dari 105 buah negara dunia dari aspek kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan kerajaan bagi mengekang penyebaran Coronavirus pada Mei 2020.
Jumlah kematian hanya 108 orang atau 1.62 peratus daripada keseluruhan kes (6,656 orang) dan diiktiraf antara yang terendah di dunia pada Mei 20020.
Malang sekali situasi sebegini tidak bertahan lama. Bagai kacang lupakan kulit, rakyat Malaysia lebih tidak lagi mematuhi SOP malahan sekatan antara negeri juga diangkat. Ini kerana kerajaan mempercayai rakyat untuk menjaga diri masing-masing dan ia merupakan satu usaha untuk memulihkan ekonomi seperti sedia kala.
Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia (6 Januari 2021)
Kes yang semakin meningkat membimbangkan buat semua.
Pada 6 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 2,593 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan COVID-19 pula adalah 24,347 kes.
Berikut merupakan kes positif mengikut negeri di Malaysia:


Jika dilihat dari visual di bawah, kes yang pulih semakin menurun dan kes berjangkit semakin menaik. Ini sangat membimbangkan kerana secara tidak langsung membuktikan COVID-19 tidak lagi dilawan tetapi diterima.

Manakala statistik COVID-19 di dunia tidak lagi berada di tangga yang rendah malahan semakin meningkat dan ianya di angka yang membimbangkan iaitu di kedudukan ke-72. Walaupun bilangan kematian yang rendah, kes positif semakin bertambah dari sehari ke sehari dan menyebabkan situasi yang tidak dijangka.

Kesan COVID-19 di Malaysia
Kita tidak pasti sejauh mana pandemik ini akan berterusan dan sejauh mana Malaysia akan terjejas, tetapi kemungkinan pandemik ini beralih kepada krisis meningkat dengan setiap masa yang berlalu.
Pandemik COVID-19 ini seakan perang melawan musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata yang zahir. Perang yang perlu diteruskan dan diperjuangkan oleh semua pihak untuk kebaikan bersama.
Perkongsian dari seorang rakyat Malaysia ini amat menyentuh hati dan berharap dapat diambil iktibar oleh semua rakyat Malaysia.


Perkongsian ini amat menyentuh hati kerana ia bukan sahaja memberi gambaran yang menyeluruh tentang sikap rakyat Malaysia. Malah turut memberi kesedaran untuk semua menjaga SOP dan diri. Kita perlu menjaga SOP dan kuarantin diri jika menghadapi simptom-simptom COVID-19 kerana ianya boleh meragut bukan sahaja nyawa sendiri malah nyawa orang tersayang juga.
PolicyStreet menggesa rakyat Malaysia agar patuh akan SOP agar perang ini akan tamat. Perang ini tidak akan dapat dilakukan secara berseorangan. Semua perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar COVID-19 ini dibendung kembali.
Bukan itu sahaja, perlindungan tambahan seperti insurans juga perlu diambil kerana payung yang disediakan sebelum hujan dapat membantu kita meredah hujan yang mendatang. Perlindungan ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan diri malah juga ekonomi semoga semua mendapat perlindungan yang secukupnya.

DAPATKAN PERLINDUNGAN PERCUMA UNTUK BULAN PERTAMA!
Berikan ahli keluarga anda perlindungan terbaik dari COVID-19 hari ini hanya serendah RM37 / Bulan!
- Tiada pemeriksaan perubatan
- Tiada perbelanjaan minimum
- Tiada had seumur hidup
- Untuk semua peringkat usia dari bayi hingga dewasa
- Tawaran masa terhad!
Secara teknikal, membeli Insurans COVID-19 sama dengan harga untuk dua hidangan lengkap tetapi ianya pasti lebih menguntungkan.
Mengapa tidak melabur yang sama untuk perlindungan anda terhadap COVID-19 yang dapat menyelamatkan anda dan keluarga anda?
Bulan pertama adalah PERCUMA dan anda hanya akan mula membayar RM37 / bulan bermula dari bulan kedua dan seterusnya!
PolicyStreet adalah syarikat InsurTech yang menawarkanlebih dari 10 insurans pilihan dalam talian dengan nilai yang terbaik. PolicyStreet bertujuan untuk mendemokrasikan insurans dengan menjadikan insurans Mudah dan Mampu untuk semua peringkat ekonomi mahupun usia.
Oleh kerana Policystreet adalah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Pusat Malaysia, anda akan dapat mencari pelbagai jenis produk insurans dan COVID-19 Insurance pasti tidak terkecuali.

Adakah kamu tahu?
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Malaysia, Mark O’Dell mengatakan bahawa orang masih boleh terdedah kepada penyakit walaupun mereka menganggur. Seperti cerita yang dikongsikan di FB, Mek Semek terdapat banyak faktor ke boleh jangkitan terhadap seseorang tidak mengira peringkat usia.
Oleh itu, adalah penting untuk melindungi diri anda di bawah insurans perubatan. Walaupun, COVID-19 telah mengegarkan dunia dalam beberapa bulan, ia dengan jelas menunjukkan pentingnya diinsuranskan secara perubatan walaupun seseorang itu tidak terlihat berupaya dijangkiti penyakit berbahaya.
Masa yang sukar ini mengingatkan kita betapa kehidupan tidak dapat diramalkan dan menunjukkan pentingnya menyediakan payung sebelum hujan, memberikan pelindungan kewangan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian atau penyakit kritikal yang bakal menggugat ekonomi keluarga.

Perlindungan anda adalah keutamaan kami!
Bertindak sekarang sebelum terlambat!
Ingin tahu lebih banyak mengenai pembayaran balik premium bulan pertama?
Lihat Soalan Lazim dan Terma dan Syarat kami.
Dengan kerjasama bersama, kita pasti dapat menawan penyebaran virus secara global!
Hidup ini tidak terduga dan penuh dengan kejutan. Mengapa tidak melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri yang sememangnya anda tahu anda tidak akan menyesal di kemudian hari?
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai COVID-19 Insurance, sila lawati kami atau hubungi kami – kami sentiasa bersedia untuk membantu.
Melindungi anda untuk perkara yang tidak dijangka!
#PolicyStreetcares