Tips Bawa Pembonceng Motosikal dengan Selamat di Jalan Raya Untuk Dipraktikkan:

Untuk pengetahuan, dalam banyak kes kemalangan melibatkan motosikal, sebenarnya pembonceng lebih berisiko tinggi untuk maut kerana kebiasannya pembonceng biasanya tidak tahu apa yang ada di hadapan dan tidak bersedia dengan sebarang kebarangkalian yang mungkin akan berlaku. Memang tidak dinafikan bahawa kemalangan jalan raya boleh datang daripada pelbagai faktor lain namun kealpaan dan kelalaian pembonceng motosikal itu sendiri juga mampu menjadi antara penyumbang kepada tragedi. Sebagai contoh, posisi pembonceng kebiasannya boleh mempengaruhi pengendalian motosikal. Oleh itu, bukan pembonceng saja perlu bertanggungjawab tetapi si pembonceng juga ya! Jika anda merupakan penunggang mahupun pembonceng tegar, eloklah kiranya anda baca entri ini hingga ke akhirnya, ye tak?
Pembonceng motosikal tip 1: Pakai kelengkapan sesuai

Sepertimana penunggang, keselamatan pembonceng juga sama pentingnya. Namun perasan tak, selalunya hanya penunggang saja yang lengkap bertopi keledar, jaket dan kasut manakala si pembonceng pula hanya bertopi keledar sekadar cukup syarat. Walhal, bergantung kepada rekabentuk motosikal, pembonceng sebenarnya agak mudah terdedah kepada kotoran jalan atau haba dan asap ekzos oleh kenderaan lain. Tidak semua orang suka memakai kasut ketika menunggang atau membonceng motosikal namun memakai kasut akan melindungi kaki anda daripada tercedera walaupun untuk ukuran yang kecil. Jadi sebagai peringatan, tidak kira anda merupakan penunggang atau penumpang, kedua-duanya terdedah kepada bahaya dan berisiko kemalangan jika anda tidak memakai kelengkapan yang sesuai
Pembonceng motosikal tip 2: Praktis cara pegang penunggang

Bergantung kepada posisi si penunggang motosikal dan juga status hubungan kedua – duanya, cara pegangan pembonceng mungkin akan menjadi sedikit rumit untuk dibincangkan. Tapi sepertimana yang kita semua tahu, seboleh – bolehnya pembonceng disarankan untuk memeluk penunggang di sekitar bahagian pinggang. Namun tidak perlulah terlalu erat seperti memeluk teddy bear kerana ianya memungkinkan penunggang untuk hilang fokus dek kerana kegelian. Jadi, cukup saja dengan meletakkan tangan di sisi perut penunggang dan jika kurang selesa melakukan sedemikian, boleh juga cuba berpaut kepada lingkaran tali pinggang seluar, beg galas atau beg pinggang penunggang sekiranya ada. Cara lain adalah yang boleh dipraktikkan adalah dengan berpaut pada bar besi belakang atau meletakkan tangan di atas riba sendiri.
Pembonceng motosikal tip 3: Belajar cara naik dan turun motor yang betul
Sesetengah motosikal mempunyai rekabentuk dan ketinggian berbeza, serta ada pula dilengkapi aksesori tambahan seperti kotak barang atas (top box) dan sisi (side pannier) yang boleh mengubah cara naik dan turun pelana atau tempat duduk. Jadi jika anda merupakan penunggang dan pembonceng anda tiada pengalaman bermotosikal, luangkan sedikit masa untuk menerangkan tentang cara naik dan turun motor anda itu. Dua perkara penting tentang tip yang ketiga ini semestinya ialah pembonceng hanya boleh naik apabila penunggang sudah siap sedia duduk atas pelana, pembonceng harus beri ruang yang cukup untuk penunggang naik dan turun daripada motosikal dan pembonceng mesti turun dahulu sebelum penunggang. Jika pembonceng tidak mahu wajah mereka dilibas dengan kaki si penunggang, boleh saja duduk lama – lama di pelana dan biarkan penunggang turun dahulu, ya?
Tip 4: Ubah Tetapan Motor

kehadiran sesiapa saja yang duduk di belakang memang mampu memberikan impak ketara dari segi prestasi kuasa dan pengendalian sesebuah kenderaan, bergantung kepada jenis motosikal dan fizikal pembonceng tersebut. Oleh itu, sekiranya anda merupakan penunggang yang sering membawa pembonceng, anda amatlah disarankan untuk mengubah tetapan asal motosikal untuk meningkatkan prestasi kuasa dan pengendalian di samping menambah keselesaan kepada pembonceng. Terdapat tiga tetapan yang boleh diubah iaitu pertama, meningkatkan tekanan angin tayar belakang dan kedua meningkatkan tetapan prabeban.
Tetapan ketiga pula adalah meningkatkan nisbah gegancu atau sprocket. Bagi angin, naikkan lebih kurang 1 hingga 5 psi kerana kekurangan tekanan daripada tambahan berat boleh menyebabkan tayar bergoyang, sekali gus menjejaskan kestabilan menunggang. Seterusnya, tingkatkan tetapan prabeban 1 atau 2 poin lebih tinggi, bergantung kepada tambahan berat pembonceng supaya tidak menjejaskan cengkaman roda depan ketika memecut. Dan terakhir, sprocket perlu ditingkatkan dengan menggunakan saiz lebih besar di belakang supaya motor anda tidak perlu merangkak ketika mendaki bukit dengan pembonceng.
Konklusi

Ha, bagaimana? Membantu ke tidak tips – tips untuk elakkan kecurian di atas? Selepas ini, jangan lupa kongsikan ilmu ini untuk memastikan jenayah ini tidak lagi berlaku, tidak kiralah samada jenama Yamaha milik anda atau kepada sesiapa sahaja. Namun, malang sememangnya tidak berbau jadi adalah lebih baik jika anda telah melindungi motosikal dengan insurans, agar kerugian yang mungkin akan dihadapi kelak tidak akan menjadi beban untuk anda. Oleh itu, PolicyStreet berbesar hati untuk menawarkan insurans motosikal daripada Berjaya Sompo Insurance bagi memastikan pengalaman anda memiliki motosikal menjadi lebih bermakna! Untuk maklumat lanjut, layari sahaja insurans motosikal SEKARANG!