• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Jenis Braces (2021): Panduan Sebelum Memakai Braces yang Perlu Anda Tahu

Hafiqah Ali / 01/01/2021

Braces dan Beberapa Panduan Sebelum Memakainya:

  • Perkenalan Bagi Braces
  • Ketahui Jenis – jenis braces!
  • Sebelum pakai braces perlu menjalani X-Ray dahulu!
  • Braces, adakah ianya sakit?
  • Braces ada had umur kah?
  • Panduan sebelum memakai braces – Cara penjagaan gigi.
Jenis Brace Malaysia (2021)
 

Perkenalan Bagi Braces

Panduan sebelum memakai braces – Mendapatkan pendakap gigi sememangnya boleh menjadi salah satu perkara yang menakutkan bagi sesetengah orang. Hal tersebut mungkin dipengaruhi oleh pengalaman orang lain yang telah memakai braces ataupun imaginasi diri sendiri. Akan tetapi, ianya sebenarnya bukanlah sesuatu yang membahayakan sekiranya kita dilengkapi dengan maklumat dengan maklumat dan nasihat yang tepat sebelum mendapatkan rawatan yang sepatutnya di klinik atau hospital berdekatan

Samada dewasa atau remaja, braces merupakan pilihan yang popular dalam kalangan masyarakat masa kini dan motif utama semestinya untuk mendapatkan senyuman yang cantik demi meningkatkan keyakinan diri.  Braces sebenarnya merupakan rawatan yang mampu meluruskan gigi si pemakai tetapi juga membolehkan mereka mempunyai gigi yang lebih cantik daripada sebelumnya.

Hal ini kerana, gigi yang lurus bukan sahaja dilihat sebagai lebih menarik, tetapi ia juga lebih mudah untuk kekal bersih yang seterusnya dapat mengurangkan risiko pendedahan kepada masalah seperti kerosakan dan sakit gigi di kemudian hari. Oleh itu, mendapatkan braces pasti merupakan sesuatu yang teruja tetapi seperti juga kebanyakan orang lain, pasti anda mempunyai beberapa soalan dan kebimbangan berkenaan brace bukan?

 

Panduan sebelum memakai braces-Ketahui Jenis – jenis braces!

Di pasaran masa kini, terdapat beberapa jenis braces yang boleh didapati bergantung kepada minat serta kemampuan bakal pemakai.

Jenis – jenis tersebut antaranya adalah:

  • Conventional Bracket (diperbuat daripada besi dan seramik),
  • Self – Ligating Bracket (bahan sama seperti jenis pertama),
  • Pendakap Seramik
  • Pendakap lingual
  • Pendakap Invisalign

Jenis yang selalu menjadi pilihan para remaja terutama sekali golongan wanita tentunya Conventional Bracket oleh kerana harganya yang mampu milik serta dilengkapi dengan elastic berwarna – warni yang mampu menarik perhatian orang yang melihatnya.

Conventional Braces

Pendakap gigi jenis ini adalah pendakap gigi yang paling tradisional. Ianya melibatkan wayar logam dan pendakap di bahagian hadapan setiap gigi. Kawat besi kemudian disambungkan melalui pendakap dan tali elastik (ligatur atau cincin-o) akan membaluti pendakap supaya gigi terletak dengan teratur. Pemakai perlu kerap pergi ke doktor gigi untuk mendapatkan ulasan serta untuk mengetahui perkembangan supaya doktor boleh menukar atau mengetatkan wayar untuk menggerakkan gigi supaya gigi tersusun dengan teratur. 

Kelebihan: Setelah dicuba dan diuji, pendakap jenis ini adalah yang paling murah. Ianya dapat merawat gigi dengan cepat dan memerlukan masa yang lebih pendek daripada pendakap yang lain. Untuk kes-kes rumit, doktor gigi biasanya akan mengesyorkan pendakap ini kerana keberkesanannya. 

Kekurangan: Pendakap ini adalah pendakap yang paling ketara tetapi bukan dengan cara yang baik. Dalam sesetengah keadaan, menggosok gigi dan bahagian dalam mulut adalah sukar dan boleh menyebabkan bisul. 

Pendakap logam generasi ke-2 (self-ligating)

Sekiranya anda bersedia membayar lebih (dari RM 7,000), anda boleh mendapatkan pendakap gigi generasi kedua seperti Damon Braces. Pendakap ini tidak memerlukan ligatur dan itulah sebabnya mereka dipanggil pendakap self-ligating. Sebagai gantinya, wayar lengkung pada pendakap ini boleh meluncur secara bolak-balik tanpa jalur elastik agaranya kekal berada di tempatnya.

Kelebihan: Dapat memberikan kesan yang lebih cepat kerana gigi dapat bergerak sendiri, dan hanya memerlukan sedikit penyesuaian daripada doktor gigi. Ianya juga lebih selesa daripada pendakap logam generasi pertama kerana kurang geseran dan tekanan pada gigi.

Kekurangan: Harganya lebih mahal daripada pendakap logam tradisional.

Pendakap Seramik

Pendakap jenis ini adalah pendakap tetap. Pendakap seramik adalah seperti pendakap logam, perbezaannya adalah ianya diperbuat daripada seramik, yang berwarna jernih atau sama dengan warna gigi anda. Kawat lengkung yang digunakan untuk mendakap gigi juga lebih nipis dan diperbuat dari polimer yang telus. Pendakap jenis ini biasanya berharga RM6,000 hingga RM11,000. Tetapi anda dapat berjimat jika anda menggunakan pendakap seramik pada gigi atas dan menggunakan pendakap logam untuk gigi bawah.

Kelebihan: Pendakap jenis ini kurang kelihatan.

Kekurangan: Penyelenggaraan yang tinggi, memerlukan lebih banyak lawatan ke doktor gigi. Lebih besar dan lemah daripada pendakap logam, menjadikannya lebih mudah retak dan pecah. Membaiki kerosakan akan dikenakan kos tambahan. Wayar juga boleh menjadi kotor, jadi anda berkemungkian perlu melupakan minuman kegemaran seperti kopi dan banyak lagi.

Pendakap lingual

Merupakan pendakap logam yang tidak dipasang di bahagian depan, tetapi di bahagian belakang gigi anda. Genius dan tampak lebih kemas! Tetapi pendakap jenis ini adalah yang paling mahal, kerana setiap pendakap memerlukan acuan khas tersendiri. Harga boleh mencecah dari RM16,000 hingga RM18,000 untuk setiap individu.

Kelebihan: Mereka tidak kelihatan dan tidak menyebabkan bisul di pipi dan bahagian dalam mulut anda.

Kekurangan: Pendakap ini boleh memberikan bisul pada lidah kerana ianya lebih dekat dengan lidah dan ruang di dalam mulut sempit. Ianya juga dapat mempengaruhi cara anda bercakap. Pendakap jenis ini tidak digalakkan untuk kes-kes yang kompleks.

Pendakap Invisalign

Pendakap Invisalign semakin popular walaupun harganya boleh dikatakan mahal, dari RM12,000 hingga RM20,000. Pendakap ini merupakan cetakan plastik dan ianya sesuai untuk gigi kerana ianya menggerakkan gigi secara beransur-ansur dari masa ke semasa. Anda boleh mengeluarkannya untuk menggosok gigi atau semasa makan. Tetapi anda perlu memakainya sehingga 22 jam untuk menampakkan kesan. Semasa rawatan anda berjalan, anda perlu kerap menukar penjajar supaya gigi terbentuk dengan cantik. Kebiasaannya memerlukan antara 18 hingga 30 penjajar.

Kelebihan: Hampir tidak kelihatan, seperti juga namanya. Pendakap ini adalah paling selesa dan tidak memerlukan konsultasi yang kerap dari doktor gigi- sekali setiap 2 atau 3 bulan.

Kekurangan: Pendakap jenis ini mahal. Ianya juga tidak memberi kesan untuk kes yang teruk. Pendakap jenis ini hanya dapat meluruskan gigi tetapi tidak untuk gigitan. Mereka yang menggunakan pendakap jenis ini perlukan disiplin yang ketat kerana jika anda mengeluarkannya, anda harus ingat untuk memasukkannya kembali. 

Penahan (setelah pendakap anda dibuang)

Selepas pendakap anda dibuang, anda perlu memakai set penahan selama 6 bulan hingga setahun untuk memastikan gigi anda yang baru teratur dan tersusun dengan elok. Ini adalah kerana gigi anda masih boleh bergerak, terutama pada bulan pertama pembuangan pendakap gigi.

Namun, ianya tidak boleh bergerak dengan ketara. Dalam kebanyakan kes, anda hanya perlu memakai penahan sepenuh masa hanya untuk beberapa bulan atau minggu, kemudian hanya pada waktu malam sahaja. Sungguh pun begitu, tulang mempunyai keupayaan untuk bergerak dan merombak selagi anda masih hidup.

Oleh itu, sebilangan pesakit dewasa memilih untuk terus memakai penahan pada waktu malam walaupun sudah lebih dari lima tahun untuk kesan yang lebih efektif.

 

Sebelum pakai braces perlu menjalani X-Ray dahulu!

Sebelum memasang braces, anda dikehendaki untuk membuat temu janji bersama Pakar Ortodontik dan sinaran X perlu dibuat terlebih dahulu untuk menentukan jenis rawatan yang diperlukan. Contohnya, tampalan ataupun cabutan. Akan tetapi, sekiranya pakar mengesahkan bahawa anda mengalami masalah dental yang serius, kemungkinan besar akan ada beberapa batang gigi rosak yang akan dicabut sebelum anda dibolehkan untuk memakai epndakap gigi.

 

Braces, adakah ianya sakit?

Soalan ini merupakan soalan yang paling kerap ditanyakan oleh bakal – bakal pemakai braces. Mungkin mereka mengharapkan bahwa ianya tidak seperti dijangkakan namun hakikatnya, memakai pendakap gig sememangnya sakit. Hal ini kerana, selepas pemasangan braces, anda akan berasa kurang selesa akibat proses mengetatkan wayar untuk merapatkan gigi yang memungkinkan anda untuk memakan ubat tahan sakit.

Kebiasaannya, ketidakselesaan akan beransur kurang selepas seminggu. Selepas tamat tempoh, braces boleh ditanggalkan tapi anda digalakkan untuk memakai retainer 24 jam sehari untuk tempoh enam bulan pertama bagi memastikan gigi betul-betul kukuh pada kedudukan baru. Oleh kerana perkara ini kebiasaannya berlaku kepada ramai pemakai braces, terdapat beberapa tips berguna untuk diikuti bagi memastikan kesakitan terkawal seperti memegang sayur-sayuran ais atau beku di luar rahang anda dan mengambil dos pengawal kesakitan over-the-counter seperti ibuprofen.

 

Braces ada had umur kah?

Setakat hari ini, tiada had umur ditetapkan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan braces. Hal ini kerana, kesemua orang dewasa dan remaja masing – masing mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan ortodontik bagi meningkatkan kualiti senyuman mereka.

 

Panduan sebelum memakai braces – Cara penjagaan gigi.

Setelah mendapatkan braces, perkara pertama yang anda harus elakkan adalah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang keras untuk memastikan wayar pada gigi tidak longgar lalu putus. Selain itu, makanan manis juga perlu dielakkan kerana ianya boleh menyebabkan plak dan bakteria untuk hadir di sekitar pendakap gigi anda, yang akhirnya akan membawa kepada kerosakan gigi dan rongga.

panduan sebelum memakai braces

Aktiviti memberus gigi bagi pemakai braces adalah perlu diteruskan namun hendaklah dilakukan dalam kadar yang perlahan serta teliti agar sekeliling kawasan gigi dapat dibersihkan dengan sempurna. Gunakan berus gigi yang halus dan mempunyai kepala lebih kecil dan pastikan anda floss gigi selepas selesai makan untuk mengeluarkan sisa makanan yang terperangkap dalam gigi dan di celah-celah braces anda.

Konklusi

manulife manuezmed

Kesimpulannya, sesiapa sahaja boleh mendapatkan rawatan braces demi mendapatkan senyuman serta struktur gigi yang menawan. Di samping mempunyai gigi yang cantik, apa kata anda juga mengambil inisiatif untuk lindungi diri serta keluarga daripada risiko penyakit berbahaya pada masa akan datang? Kami di PolicyStreet ingin memperkenalkan ManuEz-Med oleh Manulife, kad medikal dengan harga mampu milik kerana kami percaya kesihatan adalah hak semua orang. Untuk maklumat lebih lanjut, hanya layari PolicyStreet SEKARANG!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online