Penyakit seperti sakit lutut sudah tidak asing lagi bagi golongan warga emas. Ianya dianggap sebagai perkara biasa atau penyakit yang normal dihadapi apabila usia kian meningkat. Namun begitu, penyakit sakit lutut bukan hanya boleh terjadi kepada golongan warga emas sahaja. Kanak-kanak, remaja, orang yang aktif bersukan serta semua peringkat umur juga boleh mengalami masalah yang sama. Ini kerana sakit tidak mengenal usia tua atau muda. Ramai orang beranggapan bahawa sakit lutut adalah perkara yang biasa dan penyakit ini bukanlah penyakit yang kritikal lalu mereka mengambil mudah tentang penyakit ini. Kesedaran tentang penyakit sakit lutut juga tidak diuar-uarkan dengan begitu meluas kerana masyarakat telah menstereotaipkan penyakit sakit lutut ini adalah penyakit yang biasanya dialami oleh warga emas atau atlet yang bersukan secara berlebihan serta penyakit ini tidak dipandang serius kerana tahap kekritikalannya bukan seperti penyakit kanser.
Panduan
- Adakah anda mengalami simptom-simptom sakit lutut?
- 8 Punca Kepada Masalah Sakit Lutut
- Siapakah yang berisiko untuk terkena sakit lutut?
- Rawatan sakit lutut
- Apakah itu ortopedi?
- Cara pencegahan sakit lutut
Namun harus diingat bahawa setiap penyakit mempunyai faktor risikonya yang tersendiri. Sekiranya sesuatu penyakit dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat dengan betul, ianya boleh memberi kesan yang besar kepada pesakit yang mengalaminya. Berikutan dengan itu, setiap orang perlu dimaklumkan dengan info-info berkaitan penyakit ini seperti punca/penyebab sakit lutut, risiko sakit lutut serta rawatan dan pencegahan yang boleh dilakukan untuk penyakit sakit lutut.
Adakah anda mengalami simptom-simptom sakit lutut?
Simptom sakit lutut adalah berbeza mengikut orang yang menghadapinya dan penyebab kepada sakit lutut juga memberi kesan kepada rasa sakit dan ketidakselesaan yang dialami pada lutut seseorang itu. Antara simptom biasa yang dialami oleh pesakit sakit lutut adalah seperti berikut:
- Sakit yang berpanjangan pada lutut
- Rasa mencucuk dan pedih pada lutut semasa berjalan
- Rasa bengkak dan sakit apabila lutut disentuh
8 Punca Kepada Masalah Sakit Lutut
Sakit lutut sementara adalah berbeza dengan sakit lutut yang kronik. Kebanyakan orang mengalami sakit lutut sementara akibat daripada kecederaan dalam satu kemalangan. Manakala sakit lutut yang kronik pula biasanya tidak mudah untuk sembuh tanpa menjalani rawatan terlebih dahulu dan sakit lutut yang kronik juga tidak terhad kepada satu faktor sahaja.
Kondisi fizikal dan penyakit lain juga mempengaruhi punca berlakunya sakit lutut. Antara punca lain yang menyebabkan masalah sakit lutut adalah termasuk:
Osteoarthritis
Osteoarthritis biasanya berlaku kepada mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas. Kondisi ini berlaku apabila tulang sendi mula mengalami kemerosotan dan kerapuhan akibat faktor usia yang sudah lanjut.
Tendonitis
Tendonitis adalah sakit yang berlaku di bahagian depan tendon lutut. Tendon berfungsi sebagai pengikat antara otot dan juga tulang. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara keterlaluan boleh menyebabkan tendon lutut bengkak serta mengalami keradangan. Aktiviti seperti memanjat, menaiki tangga dan berjalan di permukaan yang cerun mampu menjadikan sakit itu lebih teruk.
Bursitis
Bursitis ialah keadaan di mana berlakunya pembengkakan pada selaput yang mengandungi cecair atau lendir yang dikenali sebagai pelincir sendi. Kondisi ini terjadi disebabkan daripada kecederaan yang dialami oleh lutut akibat terjatuh atau terlalu kerap melakukan kerja-kerja yang berat.
Bone Chips (Serpihan Tulang)
Sekiranya berlaku kemalangan seperti jatuh terhentak atau pelanggaran yang kuat pada tulang di bahagian lutut, kemungkinan besar tulang berkenderungan untuk retak dan hancur. Serpihan daripada retakan/hancuran tersebut boleh terperangkap di antara ruang sendi yang boleh mengakibatkan kebengkakan dan rasa sakit pada lutut. Kondisi ini boleh menyebabkan rasa sakit ketika ingin bergerak mahupun ketika baring.
Arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan cecair asid urik pada sendi-sendi.
Tisu Ligamen Koyak (ACL)
Berlakunya kekoyakan tisu ligamen pada salah satu daripada 4 ligamen di lutut. Antara kecederaan umum yang biasa didengari ialah Anterior Cruciate Ligament iaitu ACL.
Osgood-Schlatter Disease
Penyakit ini sering berlaku pada remaja yang sedang membesar di mana otot, tulang, tendon dan struktur badan yang lain mengalami penumbesaran yang sangat pantas. Osgood-Schlatter Disease ialah benjolan yang sangat sakit tumbuh pada bahagian bawah lutut di mana tendon yang menghubungkan kepala lutut dengan tulang betis.
Punca-punca yang diterangkan di atas hanyalah sebahagian daripada berjenis-jenis punca yang boleh menyebabkan sakit lutut. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar ortopedi untuk membuat diagnosis serta mendapatkan kepastian dengan lebih lanjut punca kepada masalah sakit lutut anda.
Siapakah yang berisiko untuk terkena sakit lutut?
Secara amnya, semua orang tidak kira usia berisiko untuk terkena sakit lutut. Walau bagaimana sekalipun, kajian mendapati bahawa mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti lebih cenderung untuk mendapat sakit lutut. Ini kerana, setiap paun yang bertambah sekiranya anda obesiti, lutut anda terpaksa menampung 4x kali ganda paun di mana ia akan memberi tekanan dan bebanan pada lutut anda ketika anda berjalan, menaiki tangga mahupun berlari. Penyebab lain yang menambahkan risiko untuk terkena sakit lutut adalah faktor umur, kecederaan atau trauma yang lepas dan aktiviti lasak sukan atlet.
Rawatan sakit lutut
Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk melegakan sakit lutut. Antara rawatan yang boleh dilakukan bagi mereka yang mempunyai sakit lutut yang serius adalah seperti berikut:
- Rawatan fisioterapi
- Pembedahan
- Rawatan menggunakan ubat-ubatan
- Mengambil suntikan
- Berjumpa dengan pakar ortopedi
Apakah itu ortopedi?
Ortopedi ialah salah satu perubatan khas yang tertumpu kepada diagnosis, pembetulan, pencegahan dan rawatan untuk pesakit yang mempunyai masalah kecacatan pada sistem otot mereka di mana ianya fokus berkaitan dengan tulang, otot, sendi, tendon, saraf, ligamen dan kulit. Badan manusia terdiri daripada sistem otot yang sangat kompleks terdiri daripada tulang, otot, sendi, tendon, ligamen dan kulit yang membantu seseorang manusia untuk bergerak, melakukan kerja dan menjadi aktif. Pada mulanya, pakar ortopedi hanya tertumpu kepada kes kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacatan pada bahagian tulang belakang dan cacat anggota lain. Namun berbeza pada masa kini, bahagian ortopedi telah meluas di mana pakar ortopedi sekarang merawat semua golongan pesakit tidak kira umur daripada bayi yang mempunyai masalah talipes (clubfoot) sehingga atlet yang memerlukan pembedahan arthroscopic.
Cara pencegahan sakit lutut
Sesetengah daripada masalah sakit lutut yang ringan sememangnya boleh dicegah namun bukan kesemuanya. Walau bagaimanapun, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sakit di lutut. Pendekatan yang boleh dilakukan adalah termasuk:
- Panaskan badan sebelum memulakan sebarang senaman – Membuat regangan terutama di bahagian kuadrisep dan urat pelipat lutut sebelum dan selepas bersenam.
- Elakkan daripada melakukan sukan yang memberi impak kuat kepada lutut seperti berlari atau bermain tenis. Sebaliknya, cuba lakukan aktiviti yang kurang memberi impak kepada lutut seperti berenang atau berbasikal.
- Kurangkan berat badan.
- Berjalan menuruni jalan yang mencerun kerana berlari mampu memberi impak yang kuat dan mencederakan lutut.
- Berjalan di atas jalan yang sudah berturap seperti laluan pejalan kaki yang telah disediakan kerana berjalan di atas jalan yang mempunyai permukaan yang tidak rata akan membahayakan kesihatan lutut.
- Beli alat yang boleh memberi bantuan kepada lutut anda seperti tapak kasut yang selesa dan lembut ataupun knee guard.
- Tukar kasut sukan dengan kerap sekiranya anda sering melakukan aktiviti senaman.
Kesimpulan
Penjagaan dan kesedaran tentang masalah sakit lutut adalah amat penting bagi setiap individu untuk ambil tahu. Ini kerana, manusia perlu menggunakan lutut untuk bergerak dan melakukan kerja seharian. Bayangkan jika kita ambil mudah tentang masalah sakit lutut yang kita hadapi lalu mengakibatkan kita sehingga tidak boleh berjalan dan melakukan aktiviti seperti sedia kala, bukankah ia akan menyusahkan diri kita sendiri dan mungkin juga orang lain di masa akan datang? Bukan itu sahaja, masalah sakit lutut juga boleh mengakibatkan bahagian-bahagian yang lain turut menerima komplikasi.
Dapatkan kad medikal terbaik dari AXA eMedic untuk perlindungan kesihatan anda dan keluarga di masa hadapan.
Perlindungan kesihatan tidak boleh dipandang enteng sama sekali. Tiada siapa yang tahu apa akan terjadi di masa hadapan kelak. Mungkin hari ini kita boleh berdiri di atas kaki sendiri atas nikmat kesihatan yang dipinjamkan. Namun, esok mahupun lusa juga nikmat itu boleh ditarik pada bila-bila masa tanpa kita jangka. Oleh itu, berhenti berlengah dan dapatkanlah kad medikal dari AXA eMedic sebagai persediaan dan perlindungan kesihatan anda untuk masa hadapan. Kad medikal AXA eMedic bakal membantu mengurangkan beban anda pada saat anda memerlukannya di masa akan datang. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk mendapat rebat RM 50 sekiranya anda membeli dengan kami di PolicyStreet. Layari laman web www.PolicyStreet.com untuk membaca artikel-artikel lain yang menarik. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kad medikal terbaik yang ditawarkan oleh AXA eMedic.