• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Nak Travel? Ini 11 Senarai Persediaan Sebelum Melancong ke Luar Negara

PolicyStreet / 10/07/2020

Saya yakin ramai yang pernah alami dilema semasa hendak memilih barang yang perlu dibawa dan penting. Anda mula menyusun segala barang yang anda rasa penting di atas katil dan berfikir adakah ianya muat bag anda. Kemudian, anda mula senarai pendekkan beberapa item yang paling penting dan berguna. Namun, kadang-kadang anda masih tidak dapat membuat keputusan kerana semua benda sangat penting bagi anda.

Antara Barang penting untuk melancong
Kredit:
https://www.houseofharper.com/style/tips-tricks/packing-tips-for-easy-summer-travel/

Jika anda melancong ke luar negara, semestinya pasport dan dompet adalah benda paling utama yang anda perlu bawa. Namun, jika anda dalam keadaan tergesa-gesa dan banyak perkara untuk anda ingati yang lebih penting, anda perlu menyemak barang-barang yang akan anda bawa. Disini telah disenaraikan beberapa keperluan yang perlu anda take note. Item-item yang disenaraikan adalah benda wajib dan mempunyai keperluan bagi individu yang kerap melancong di dalam mahupun luar negara. Jika anda mempunyai kesemua item, ianya akan memudahkan anda untuk melancong dan berjalan walau kemana sahaja anda pergi.

Havaianas

Selain Barang penting untuk melancong

Ini adalah flipsflops/ sliper yang paling selesa, mantap, tahan lama, dan mudah didapati dimana sahaja. Anda juga memerlukan perjalanan paling selesa sepanjang masa. Beli yang original dan ianya lebih berkualiti dan tahan lebih lama. Anda perlu melabur lebih untuk dapatkan flipsflops yang tahan lebih lama daripada terpaksa ulang beli beberapa pasang seliper murah untuk melancong.

Tiger Balm/ Minyak Kapak

Ada Barang penting untuk melancong

Ini adalah item paling penting dan mempunyai pelbagai fungsi dan sangat berguna untuk anda semasa melancong. Ianya berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan efektif untuk melegakan gigitan nyamuk. Saiznya yang kecil, padat dan murah sangat mudah dibawa. Anda boleh simpan di dalam beg yang anda bawa tanpa perlu berfikir tentang kepadatan ruang dalam beg.

Flash Drive

Mencari Barang penting untuk melancong

Lagi besar, lagi bagus. Ini merujuk kepada saiz yang boleh disimpan di dalam USB anda (16GB atau 32GB). Anda boleh membuat back up untuk menyimpan gambar-gambar berharga yang anda perolehi sepanjang perjalanan melancong anda. Tak lupa juga, anda boleh menyimpan movie dan video atau playlist muzik anda. Ini sangat berguna untuk membantu anda memenuhi masa lapang ketika bosan kerana cuaca boleh menjadi buruk pada satu-satu ketika.

Mini Medi-Kit

Selainya Barang penting untuk melancong
Kredit:
https://traveloutlandish.com/blog/diy-first-aid-kit-for-travel/

Ini ialah benda paling utama yang disenarai dalam barang ‘must have’ semasa melancong. Pastikan anda membawa pelbagai jenis ubat seperti paracetamol, ubat selsema, breathe right untuk dengkuran/ selsema, sakit tekak, ubat sakit perut, ubat batuk dan counter pain untuk sakit urat dan bandage. Jangan ambil ringan tentang ubat-ubatan ini. Ianya untuk kegunaan kecemasan jika sakit di tengah malam, atau jika anda menginap ditempat yang jauh dari kedai serbaneka atau kawasan terpencil. Jangan lupa untuk bawa sekali sudu plastik bersama.

Padlock

Adanya Barang penting untuk melancong
Kredit:
https://www.pinterest.com/pin/481111172683738781/?lp=true

Apabila melancong, anda perlu lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan memastikan barang keperluan dan berharga anda disimpan di tempat yang selamat. Bagi menjimatkan wang, anda boleh menggunakan loker asrama tanpa caj bayaran tapi yang pastinya anda perlu menggunakan padlock sendiri. Daripada membayar RM 10 untuk menyewa hanya satu loker, anda boleh berjimat dengan membawa padlock sendiri dari rumah. Ianya ringan dan kecil.

RM 800 Tunai

Terdapatnya Barang penting untuk melancong
Kredit:
https://freshpress.info/uncategorized/keep-money-safe-traveling/

Ingat bahawa Visa dan one MasterCard tidak diterima di semua tempat. Pastikan anda siap sedia dengan sebarang kebarangkalian. Jangan menyesal dan terkejut. Ini adalah jumlah yang anda perlu ada dalam poket semasa melancong. Tetapi terserahlah berapa banyak wang yang anda ingin simpan. Anda perlu simpan di tempat yang tersembunyi dan orang tidak jangkakan seperti dibalut dengan seluar kotor atau stoking yang telah dipakai. Ini akan menjadi rahmat kepada anda apabila mesin atm tidak berfungsi dan anda sangat memerlukan wang.

Botol air/ Tumblr

Walaupun anda dalam mood bercuti, anda perlu memastikan badan anda terhidrasi dan sentiasa bertenaga. Botol air yang boleh diguna semula sangat berbaloi semasa melancong. Kebanyakan asrama menyediakan water dispenser yang mana air boleh diisi sebanyak mana yang anda mahu. Ini dapat mengurangkan penggunaan botol air plastik yang ditimpa panas matahari dan menyebabkan haba. Ianya tidak begitu digalakkan. Terdapat pelbagai jenis botol dan saiz. Pastikan ianya bersesuaian dan muat dengan bag anda.

Pek Keperluan Elektronik Dan Power Bank

Tahu Barang penting untuk melancong
Kredit:
http://hafizah-hassan.blogspot.com/

Semestinya anda membawa pelbagai gajet untuk melancong. Pastikan anda tidak lupa membawa charger kamera, charger handphone, 2 point USB multicharger, 3 gang of 3 pin extension, kabel USB dan universal adapter. Biasanya hotel atau hostel menggunakan plug 2 pin sebab itu ianya sangat penting untuk anda memastikan semua keperluan ini tersedia untuk kemudahan anda. Jangan lupa mengecaj power bank sebelum memulakan perjalanan anda.

Reusable Bag

Perlu tahu Barang penting untuk melancong
Kredit:
https://www.papermart.com/bi-colored-reusable-bags/id=14609

Adakah anda akan meninggalkan beg plastik atau beg kertas di dalam bilik hotel semasa check-out? Anda mungkin perlu mengubah kebiasaan kerana anda memerlukan beg plastik untuk pelbagai fungsi yang anda mungkin tak tahu. Untuk keselamatan and adan barang-barang anda, sebelum tidur anda tidur, letakkan beg plastik di hadapan pintu dan di lantai berdekatan tingkap. Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika ada pencuri atau orang yang tidak dikenal cuba menceroboh masuk ke dalam bilik anda. Selain itu, anda boleh mengguna semula beg plastik untuk mengisi dan mengumpul pakaian kotor sebelum dibasuh.

Stok Makanan

Mencari Barang penting untuk melancong
Kredit:
https://imgur.com/gallery/GGsZ1

Banyak senario yang mungkin anda hadapi semasa melancong seperti tiba lambat di hotel atau hostel dan malangnya tiada perkhidmatan bilik. Anda terlepas tren terakhir dan tersekat di stesen kereta api dan belum makan. Untuk elakkan daripada lapar dan dahaga, pastikan anda bersiap sedia dengan stok makanan dan minuman. Protein bar, kekacang, atau apa-apa makanan yang tidak perlu disimpan di dalam fridge ialah makanan terbaik untuk disumbat ke dalam beg anda. Tapi jangan hanya bergantung kepada makanan segera seperti ini kerana ianya tidak berkhasiat dan tidak begitu digalakkan untuk diamalkan. Pastikan ianya kecemasan.

Salinan Dokumen Penting

Selain adanya Barang penting untuk melancong
Kredit:
https://www.mynewshub.cc/

Perkara paling terakhir ialah scan dan membuat salinan pasport, kad pengenalan dan beberapa dokumen penting. Walaubagaimanapun, ianya tidak begitu membantu jika anda kehilangan Visa atau pasport, tapi lebih baik jika anda mempunyai salinan. Simpan salinan dokeumen penting anda di tempat lain seperti beg besar dan berasingan daripada dokumen asli. Jadi, sekiranya anda hilang satu, anda masih mempunyai salinan bersama-sama anda. Atau cara paling mudah, emailkan kepada diri sendiri nombor pasport dan dokumen agar lebih terjamin.

Dapatkan Insurans Perjalanan AXA

Anda pasti sangat teruja untuk melawat ke tempat-tempat yang baru bukan? Tetapi sudahkan anda menyenaraikan segala keperluan yang perlu dibuat dan disediakan? Anda pasti telah memilih polisi insurans perjalanan yang berpatutan dan mudah dimiliki? Jika anda tidak pernah terlintas untuk mengambil insurans kereta, anda pasti telah melakukan keputusan yang kurang tepat. Untuk memastikan anda dilindungi apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa bercuti, adalah lebih baik kalau anda mempunyai polisi insurans perjalanan. PolicyStreet boleh membantu anda memiliki travel insurance yang cepat, mudah dan yang paling penting berpatutan. Dapatkan pelindungan insurans perjalanan dari AXA Insurance di laman web PolicyStreet di sini.

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online