• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

3 Tips Untuk Mengelakkan Motosikal Anda Dicuri (2021)

Hafiqah Ali / 11/07/2020

Tips untuk mengelakkan motosikal anda dicuri (2021)

Panduan

  • Punca – punca biasa kes kecurian motosikal berlaku
  • Tips – tips berguna untuk elakkan motosikal anda daripada dicuri!

Di Malaysia, bukanlah pemandangan yang asing untuk melihat banyak motosikal ditunggangi di jalan raya kerana selain daripada kereta dan bas, motosikal merupakan antara pengangkutan yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia. Salah satu jenama motosikal yang boleh dikatakan agak popular semestinya Yamaha. Namun, tahukah anda bahawa kes mencuri motosikal di Malaysia ini boleh dikatakan sentiasa menjadi isu hangat tidak kira lokasi, di bandar atau di kampung, mesti ada sahaja kes curi motor berlaku. Hal ini kerana, lebih ramai orang mampu untuk memiliki motosikal berbanding kereta dan semestinya, motosikal bersaiz lebih kecil menyebabkan ianya lebih sukar untuk dikenal pasti berbanding kereta.

Persoalannya, mudah sangat ke sebenarnya untuk mencuri motor ya? Menurut statistik pada tahun 2018, rekod menunjukkan sebanyak 365 unit motosikal telah dicuri dalm masa sebulan iaitu bersamaan dengan 12 unit sehari!! Itu baru 2018, kalau 2019 pula, tak mustahil bilangan motosikal dicuri telah bertambah, kan?

 Oleh itu, sebelum kita belajar tips – tips berguna untuk elakkan kecurian daripada menimpa, apa kata kita sama – sama analisa dulu faktor – faktor utama yang menyebabkan tragedi kecurian ini daripada berlaku dalam kalangan kita semua! Sebba sebenarnya, ada pelbagia cara yang boleh kita sendiri lakukan secara manual untuk elakkan atau sekurang – kurangnya melambatkan proses pencuri tersebut untuk mencuri motosikal kita.

 

Punca – punca biasa kes kecurian motosikal berlaku

Parking di kawasan sunyi

punca biasa kes kecurian motosikal

Jika parking di kawasan terbuka pun tak mustahil kes kecurian boleh berlaku, apatah lagi kalau di kawasan sunyi, kan? Antara lokasi yang sering terjadi kecurian motosikal ialah di tempat letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di hadapan rumah, di tepi jalan raya dan juga di tempat letak kereta di hotel – hotel.

Hah, betul kan? Tempat – tempat yang dah disenaraikan di atas, bukanlah terpencil mana pun, tapi masih juga kecurian motosikal berlaku. Tetapi, adalah lebih baik untuk mengambil langkah keselamatan untuk memparkingkan motosikal kita di tempat terbuka yang berada dalam kawasan laluan atau pandangan awam tau! Jika anda bekerja dan selalu pulang lewat pastikan anda parkir motosikal anda di hadapan kedai yang beroperasi 24 jam sebagai contoh 7 Eleven, KK Mart, gerai burger di pinggir jalan mahupun restoran mamak.

Terdapat barang berharga ditinggalkan pada motosikal

Punca motosikal dicuri - barang berharga ditinggalkan pada motosikal

Sebenarnya, risiko untuk motosikal anda dicuri adalah lebih tinggi jika anda meninggalkan barang berharga samada di bakul atau tempat simpanan motosikal anda. Ini kerana, pencuri akan lebih tertarik dengan nilai barangan tersebut di samping dengan pulangan daripada mencuri motosikal berjenama Yamaha anda.

Tiada kunci tambahan untuk motosikal anda

Tiada kunci tambahan penyebab kecurian motosikal

Kadangkala, kita terlupa untuk membuat kunci tambahan atau duplicate kunci bagi motosikal kerana akan terdapat masa apabila kita terlupa atau terhilangkan kunci asal dan seterusnya tidak mengunci motosikal dan memberi peluang untuk pencuri melakukan jenayah terhadap motosikal anda.

Jadi, di atas adalah beberapa sebab yang boleh menyebabkan motosikal kita daripada dicuri. Selepas ini, sila ambil langkah berhati – hati dan elakkan daripada melakukan tiga perkara di atas ya?

 

Sekarang, jom teroka tips – tips berguna untuk elakkan motosikal anda daripada dicuri!

Kunci motosikal menggunakan rantai

Mungkin cadangan ini nampak remeh untuk dilakukan namun sebenarnya, dengan mengunci motosikal anda dengan rantai besi yang besar akan melengahkan pencuri daripada mencuri yang akan menyebabkan anda mungkin sempat untuk menangkap penjenayah tersebut. Rantai motosikal ini Boleh saja didapati di kedai aksesori motosikal mahupun basikal berdekatan dalam pelbagai bentuk dan jenama mengikut bajet yang anda mampu. Cara paling selamat yand dicadangkan ialah menambatkan kunci rantai itu kepada mana-mana objek kekal yang statik seperti tiang atau palang besi ataupun bersama motor sebelah, tetapi haruslah dipastikan motosikal tersebut milik rakan atau orang yang dikenali dan bukan stranger yang tidak dikenali, okay?

Pasang sistem penggera atau alarm

Pasang GPS atau alarm untuk motosikal anda

Jika dengan merantai nampak seperti remeh, tips ketiga ini nampak seperti seperti beria – ia pula bukan? Tapi tidak mengapa, daripada anda perlu membeli motosikal Yamaha yang baru, lebih baik sediakan payung sebelum hujan, kan? Sistem penggera motosikal ini berfungsi sama sahaja seperti alarm kereta yang mana ianya menggunakan alat kawalan jauh untuk mengaktifkan dan mematikannya. Terdapat juga sistem penggera yang dilengkapi dengan pengesan pergerakan untuk memastikan tidak ada sesiapa yang akan mengganggu motosikal anda. Harganya agak mahal, namun tidak rugi jika anda melabur pada perkara sebegini, kan?

Parking di tempat yang telah dikhaskan untuk motosikal

parking motosikal

Jika anda parkir motosikal di tempat – tempat yang kurang sepatutnya seperti di lorong gelap, adakah anda yakin bahawa jika motosikal anda dicuri, anda mampu mendapatkannya semula? Oleh itu, parkir lah di tempat yang dikhaskan, kerana kemungkinan untuk pencuri melakukan jenayah akan berkurang kerana pasti terdapat ramai orang di kawasan tersebut ataupun terdapat pemilik motosikal lain yang boleh membantu anda melaporkan kejadian kecurian itu.

Konklusi

motorcycle insurance

Ha, bagaimana? Membantu ke tidak tips – tips untuk elakkan kecurian di atas? Selepas ini, jangan lupa kongsikan ilmu ini untuk memastikan jenayah ini tidak lagi berlaku, tidak kiralah samada jenama Yamaha milik anda atau kepada sesiapa sahaja. Namun, malang sememangnya tidak berbau jadi adalah lebih baik jika anda telah melindungi motosikal dengan insurans, agar kerugian yang mungkin akan dihadapi kelak tidak akan menjadi beban untuk anda. Oleh itu, PolicyStreet berbesar hati untuk menawarkan insurans motosikal daripada Berjaya Sompo Insurance bagi memastikan pengalaman anda memiliki motosikal menjadi lebih bermakna! Untuk maklumat lanjut, layari sahaja insurans motosikal SEKARANG!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online