• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card
    • Travel Insurance
    • Pet Insurance

Motosikal Malaysia Bawah RM6,000 yang Mampu Anda Miliki!

Hafiqah Ali / 10/07/2019

5 Motosikal Malaysia Bawah RM6,000 di Malaysia yang pasti diminati oleh para penunggang motosikal:

Motosikal tidak lain tidak bukan merupakan antara pengangkutan yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Hal ini kerana saiznya yang kecil molek memudahkan pergerakan lebih – lebih lagi ketika musim perayaan kerana trafik pastinya akan menjadi padat. Namun, jika anda membawa motosikal, tidak perlu lagi untuk bersesak – sesak, kan? Selain daripada itu, motosikal juga menjadi kesukaan penunggang di Malaysia kerana harganya lebih murah berbanding kereta. Tidak dinafikan, terdapat beberapa kereta jenama kebangsaan yang berharga mampu milik namun untuk menanggung hutang sehingga 8 atau 10 tahun bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi bagi anak – anak muda yang sedang melanjutkan pelajaran di university dan juga mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Oleh itu, entri kali ini sudi membantu anda untuk menyenaraikan jenama motosikal Malaysia dengan harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia!

SM SPORT 110R

motosikal sm sport 110r

Dilancarkan Julai tahun lalu, SM Sport 110R dipacukan enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc SOHC (6.4hp, 7Nm) dengan tangki bahan api 4 liter. Antara ciri menarik motosikal ini ialah terdapatnya soket USB untuk mengecas telefon pintar, lampu siang (DRL), signal LED, absorber belakang dan tidak ketinggalan, brek cakera petal! Rekabentuk SM SPORT 110R adalah sederhana dan juga posisi menunggang tidak terlalu sporty jadi bagi mereka yang berkonsepkan minimalis, jenama ini sangat sesuai untuk anda. Dengan harga cuma RM3,788, sangat berpatutan  untuk pelbagai lapisan masyarakat negara ini

CMC ARIO 110

Ario 110 ialah satu-satunya segmen motosikal yang dibawa masuk oleh Chear Global Sdn Bhd ataupun CGSB dengan harga yang memang mampu milik. Antara ciri menarik Ario 110 ialah brek cakera depan petal dengan kaliper 2-piston, tayar tiubles dan juga muffler yang sporty dengan kemasan krom. Dijana oleh enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc dan distem penyejukan udara(6.4hp, 7.0Nm), manakala tangki bahan api sebanyak 4 liter, terdapat banyak sebab untuk menarik minat penunggang motosikal untuk memiliki Ario 110 namun, Namun, harga murah nya iaitu RM3,988 adalah tiadk lain tidak bukan merupakan daya penarik utama para pembeli.

Modenas CT115

CT 115S keluaran Modenas yang berharga hanya RM4,857mampu menawarkan kepuasan tertinggi buat pemiliknya. Bukan sahaja ianya praktikal (dilengkapi pengecas elektrik serbaguna) dan ekonomikal dari segi penggunaan bahan api dan kos penjagaan, CT 115S juga turut didatangkan dengan stail menarik seperti moosikal daripada pesaing lain yang ditawarkan pada harga lebih tinggi.

YAMAHA LAGENDA 115Z

motosikal yamaha lagenda 115z

Kali terakhir Lagenda 115Z tampil baharu ialah pada Jun tahun lalu menerusi pembaharuan warna baharu: merah, biru dan hitam. Masih mengekalkan rekabentuk mendada ala burung dengan gaya fairing dan juga brek cakera depan, motosikal ini dipacu oleh enjin 4-lejang silinder tunggal 115c, SOHC penyejukan udara (9.9hp, 9.9Nm) dengan teknologi suntikan bahan api (FI), dan kapasiti tangki sederhana, iaitu 4.1 liter. Masuk ke pasaran dengan harga hanya RM5,683, tidak hairanlah peminat setia Yamaha berpusu – pusu untuk mendapatkan motosikal ini. Pengguna juga tidak perlu risau tentang alat ganti Yamaha Lagenda 115Z ini kerana rekabentuk motosikal ini masih up-to-date dengan trend masa kini jadi tuju sahaja ke mana – mana bengkel yang berdekatan, ya?

HONDA WAVE 125i

motosikal honda wave 125i

Ciri paling istimewa Wave 125i yang menjadi kegilaan ramai ialah ruang simpanan bawah pelana 18 liter yang mampu memuatkan satu helmet bersaiz penuh dan juga kapasiti tangki minyak 5.4 liter dengan jarak tunggangan sejauh 300km! Model ini sebenarnya baru saja diperkenalkan dalam versi serba baharu pada November lalu dalam dua varian, iaitu brek cakera depan dan brek cakera depan-belakang dengan tambahan sebanyak RM300. Wave 125i dijana oleh enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc dengan SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI (9.9hp, 10.2Nm). Untuk pengetahuan, Dua ciri iaitu ruang simpanan dan tangki minyak telah dikategorikan terbaik dalam kalangan motosikal setakat ini. Justeru, buat penunggang jarak jauh dan mereka yang kerap bermotosikal atas tujuan kerja, Wave 125i berharga RM 5,999 memang sepatutnya menjadi pilihan anda.

Motosikal Malaysia Konklusi

motorcycle insurance

Ha, bagaimana? Membantu ke tidak 5 jenama motosikal berharga bawah RM6000 di atas? Motosikal sememangnya mudah untuk diselenggara berbanding kenderaan lain namun, malang tidak berbau jadi adalah lebih baik jika anda telah melindungi motosikal dengan insurans agar kerugian yang mungkin akan dihadapi kelak tidak akan menjadi beban untuk anda. Oleh itu, PolicyStreet berbesar hati untuk menawarkan insurans motosikal daripada Berjaya Sompo Insurance bagi memastikan pengalaman anda memiliki motosikal menjadi lebih bermakna! Untuk maklumat lanjut, layari sahaja https://customer.berjayasompo.com.my/directsales/motor-cycle#/?idev_id=103 SEKARANG!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Claims Guide (2021)

Motor Insurance Claim 101: How to Avoid Common Pitfalls

Road Rage: Do’s and Don’ts

Bahasa Malaysia

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Pengaruh Gelombang Kedua COVID-19 kepada Rakyat Malaysia.

Insurans Cermin Kereta Panduan (2020): Semua Yang Anda Perlu Tahu

Selamatkan Kereta Anda Dari Ditenggelami Banjir!

Cara Untuk Dapatkan Cukai Jalan Baharu Yang Hilang, Koyak atau Rosak

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online