• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Millennial Nak Ambil Kad Medikal Tapi Tak Mampu? PolicyStreet Ada Cara Untuk Selesaikan!

Hariz / 10/09/2018

Anda mulai sedar tentang kepentingan untuk memiliki insurans Kad Medikal? Tetapi masih teragak-agak untuk mendapatkannya kerana kekangan kewangan? Adakah anda sudah berputus asa atau anda masih tercari-cari cara untuk mendapatkannya? Jika anda rasa seperti tidak mempunyai harapan untuk memilikinya, apa kata lanjutkan pembacaan anda sehingga penghujung artikel ini. Ada di antara kita yang mula sedar akan kepentingan memilki kad medikal namun ada beberapa kekangan terutamanya untuk bayaran bulanan. Jumlah bayaran bulanan menjadi satu bebanan kepada mereka yang berpendapatan rendah dengan taraf hidup semakin tinggi tambah-tamabh lagi apabila anda tinggal di kotaraya seperti Kuala Lumpur. Atau, bagi mereka yang berpendapatan tinggi sedikit, ada wang tapi asyik bertangguh untuk memulakannya.

Antara Millennial Nak Ambil Kad Medikal

Tetapi selalu ingat! Jika anda benar-benar ingin membeli insurans kad medikal, bermaksud anda secara automatiknya menambah lagi satu komitmen dalam hidup anda. Anda perlu sentiasa konsisten membayar kad medikal ini pada setiap bulan, agar pelan tidak terbatal. Jadi, inilah sebabnya anda kena betul-betul bersedia untuk mengorbankan beberapa perkara yang tidak penting dan bukan keperluan hidup anda. Ini adalah perkara yang paling mencabar kerana anda mungkin perlu lebih berjimat dalam membelanjakan duit gaji untuk masa akan datang. Terdapat beberapa cara yang telah kami di PolicyStreet sediakan untuk membantu anda mendapatkan kad medikal ini dengan mengamalkan tips-tips berikut:

1. Tetapkan Bajet

Selain Millennial Nak Ambil Kad Medikal

Sama ada kita sedar atau tak, perlindungan adalah perkara yang paling penting dalam perancangan kewangan. Dah ada perlindungan, baru anda boleh fikir cara untuk menyimpan dan seterusnya melabur. Kalau anda pernah terfikir untuk membuat beberapa akaun simpanan semata-mata, percayalah ia akan hangus dalam sekelip mata. Tidak kiralah akibat dilanda musibah ataupun sikap boros anda sendiri. Tapi anda perlu beringat juga apabila ingin melabur, pastikan anda sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan duit simpanan anda daripada lebur. Oleh itu, kami di PolicyStreet tahu bagaimana untuk melabur wang anda iaitu dengan membeli insurans kad medikal. Duit anda pasti selamat dan akan memberi pulangan yang berbaloi.

Terdapat Millennial Nak Ambil Kad Medikal

Tetapi, bagaimana anda nak dapatkan wang yang mencukupi untuk memiliki kad medikal ini? Senaraikan perbelanjaan bulanan sedia ada, semuanya. Kemudian, mulakan dengan meneliti keperluan dan keinginan. Potong mana-mana yang tak berkenaan seperti kehendak kerana anda perlu sentiasa mengutamakan keperluan anda. Sekiranya langkah-langkah ini tidak efektif dan anda sukar untuk mengurangkan perbelanjaaan, anda mungkin perlu mencuba cara lain iaitu dengan meningkatkan pendapatan bulanan anda. Di zaman teknologi dan media sosial ini, terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk menambahkan lagi pendapatan. Misalnya, menjual barangan secara atas talian dan mungkin membuat kelas tuisyen jika anda seorang guru. Pastikan anda setkan bayaran secara autodebit. Supaya pembayaran akan ditolak daripada akaun bank kita pada tiap-tiap bulan. Dengan ini, anda tidak perlu risau dan bimbang jika terlupa nak bayar.

2. Pastikan Perlindungan Kena Dengan Bajet

Ciri Millennial Nak Ambil Kad Medikal

Apabila bajet telah dibuat dan tersedia untuk digunakan, anda pasti sudah membuat pengiraan tentang berapa kadar yang mampu anda belanjakan secara konsisten pada setiap bulan. Untuk memiliki kad medikal dari AXA eMedic, ianya bermula dari RM 32 sebulan dan anda pasti mampu menanggung komitmen baru ini. Sekiranya anda mendapati bahawa kadar bayaran untuk premium agak mahal anda mungkin boleh memilih pelan tahunan yang lebih murah, namun fikir semula tentang keperluan yang anda perlukan dan meramalkan apa yang akan berlaku jika anda terlibat dalam kemalangan dan adakah anda bersedia untuk mengeluarkan wang pendahuluan? Jika anda merasa tidak yakin, anda mungkin perlu mencuba lebih lagi untuk berjimat dan cari jalan untuk mendapatkan pelan premium. Pada pendapat saya, ia pasti lebih berbaloi. Namun, apa-apa keputusan yang anda ambil perlu dilakukan dengan penelitian dari segi kemampuan anda. Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Mencari Millennial Nak Ambil Kad Medikal

Kalau anda terpaksa akur dengan kemampuan anda, tidak apa asalkan anda mampu dapatkan perlindungan untuk diri anda. Itu yang paling penting. Bagi mereka yang merokok, mungkin anda meletakkan merokok sebagai keperluan kerana ia adalah sebahagian daripada rutin harian anda atau anda yang sangat ketagih dengan kopi. Mungkin ini adalah mas untuk anda berhenti merokok atau minum kopi secara perlahan-lahan. Selain daripada anda dapat menjimatkan wang, ada juga dapat mengurangkan kadar bayaran bagi tidak merokok. Tahukah anda kadar insurans kad medikal ini juga bergantung sama ada anda merokok ataupun tidak. Perokok lebih berisiko untuk diserang pelbagai jenis penyakit berbanding mereka yang tidak merokok.

3. Bermula Seawal Yang Mungkin

Adanya Millennial Nak Ambil Kad Medikal

Apabila anda sudah mendapat kesedaran, cepat-cepatlah mendapatkan insurans kad medikal. Bak kata pepatah inggeris, ‘now or never.’ kita sedia maklum bahawa banyak perkara yang kita fikir apabila ia melibatkan wang. Tambah-tambah lagi anda tidak melihat ke mana wang anda telah pergi apabila perlu membayar setiap bulan. Sebab itu, apabila anda mulai mempunyai kesedaran, bermakna anda sudah memikirkan soal kesihatan anda dan kos perubatan untuk tempoh jangka panjang. Jika anda bermula pada usia yang lebih muda, kadar yang perlu anda bayar pada setiap bulan adalah lebih tinggi. Jadi, pastikan anda mengambil insurans kad medikal seawal yang mungkin sebelum mencecah umur 30 tahun.

Terdapat Millennial Nak Ambil Kad Medikal

Ini kerana semakin tua anda mula, semakin mahal pula bayaran bulanan yang perlu anda bayar. Sebab itu anda perlu mula segera, sementara ianya masih murah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Jangan lama-lama atau sehingga anda mempunyai sebarang penyakit. Sebab setiap polisi insurans tidak kira sama ada kad medikal mahupun insurans hayat, mereka tidak dapat melindungi sekiranya anda mempunyai penyakit sedia ada atau pernah menjalani pembedahan kerana berkemungkinan anda akan mempunyai komplikasi daripada penyakit yang dihidapi tersebut. Oleh itu, lakukan seawal mungkin.

4. Jangan Jadikan Bajet Sebagai Halangan

Seterusnya Millennial Nak Ambil Kad Medikal

Sentiasa fikir positif dan tiada sebab untuk tidak mengambil kad medikal atas alasan tidak mempunyai bajet yang mencukupi. Jika anda cuba dengan sedaya upaya untuk mengikut tips-tips yang telah diberikan diatas, anda pasti dapat mengetepikan idea bahawa anda tidak boleh mendapatkannya. Perkara yang paling penting ialah untuk anda sentiasa mencuba dan perlu ada pertimbangan yang sebaiknya kerana segala apa yang anda lakukan terletak kepada anda sendiri untuk mengatasinya. Dan jika anda mampu melakukannya, bermakna anda telah membuktikan kepada diri sendiri bahawa anda mampu mengatasi segala kekurangan dengan berjaya dan memiliki disiplin diri yang tinggi. Tuah tidak datang bergolek namun, malang juga tidak berbau. Jadi, pastikan anda dilindungi walau bagaimana cara sekalipun. Ia untuk kesenangan masa hadapan.

Dapatkan Kad AXA eMedic dari PolicyStreet

Mencari-cari Millennial Nak Ambil Kad Medikal

Setelah mengharungi pelbagai halangan yang menimpa, pasti anda inginkan proses mendapatan kad medikal ini dengan mudah dan pantas agar dapat menjimatkan masa betul? Jika ya, maksudnya platform pembelian secara atas talian yang disediakan oleh kami di PolicyStreet adalah untuk orang-orang seperti anda. Bukan sahaja cepat tanpa perlu melalui ejen insurans, anda juga tidak perlu bersusah-susah untuk membuat pemeriksaan kesihatan seperti yang diperlukan dari polisi insurans di luar sana. Hanya perlu menjawab soalan pengakuan kesihatan, dan anda boleh melakukan pembayaran atas talian dan terus mendapatkan kad medikal dengan harga dijamin berpatutan. Layari laman web kami di pautan https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM50 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di

SINI!!!!

 

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online