• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Medikal Kad Mahal? Cara Untuk Mengurangkan Kos Medikal Kad

Munirah Bahri / 26/10/2018

Pembelian Secara Online Dan Tanpa Orang Perantaraan

Cara Untuk Mengurangkan Kos Medikal Kad Dengan Membeli Secara Online

Ini merupakan perkara yang paling penting dan membuatkan ianya pelan insurans medical card yang berbeza daripada yang terdapat di pasaran. Customer service kami di PolicyStreet selalu ditanya tentang agen yang bertugas untuk membimbing mereka berkenaan dengan polisi medical card kami. Namun, kami sememangnya tidak mempunyai agen insurans seperti insurans-insurans yang lain. Kami menyediakan pembelian secara atas talian bagi memudahkan anda mendapatkan medical card ini dalam masa hanya 5 minit dan mengurangkan kadar bayaran dengan menyingkirkan orang perantaraan seperti agen. Tetapi sekiranya anda memerlukan panduan atau sebarang pertanyaan, kami sedia membantu untuk memudahkan anda agar lebih memahami medical card AXA eMedic ini.

Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-up)

Cara Untuk Mengurangkan Kos Medikal Kad Dan Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan

Jika kekangan masa adalah alasan anda bertangguh untuk mendapatkan medikal kad, ini mungkin pilihan terbaik untuk anda. Medical card AXA eMedic dari PolicyStreet ini sangat mudah dan pantas. Tidak memerlukan proses yang rumit, seperti medical check-up, anda cuma perlu menjawab beberapa soalan perakuan kesihatan dengan jujur melalui pembelian secara atas talian, kad anda siap tersedia dalam masa beberapa minit selepas pembayaran dilakukan. Dengan kemudahan telefon pintar, anda dapat mengakses laman web kami dengan segera. Jangan jadikan medical check-up sebagai alasan untuk anda menunda hasrat anda untuk memiliki perlindungan kesihatan. Kami juga menawarkan medikal kad pada kadar yang berpatutan dan berbaloi untuk kegunaan masa depan anda.

Beli Medikal Kad Sebelum Umur Mencecah 30 Tahun

Cara Untuk Mengurangkan Kos Medikal Kad Dan Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan

Tahukah anda semakin meningkat umur seseorang, semakin tinggi kadar insurans yang perlu dibayar bagi tempoh sebulan atau setahun. Tapi jangan terkejut kerana semua jenis insurans medikal kad mempunyai terma yang sama di mana kadar insurans semakin meningkat seiring dengan umur kerana orang yang berusia berisiko tinggi untuk sakit dan mengalami kecederaan serius walaupun terjatuh tangga. Oleh itu, bagi membolehkan pihak insurans melindungi anda, mereka terpaksa menaikkan kadar harga mengikut umur. Namun jangan risau kerana pertambahan tidak berlaku pada setiap tahun.

Ambil Insurans Bukan Premium

Cara Untuk Mengurangkan Kos Medikal Kad Dan Ambil Bukan Premium

Seperti yang anda semua sedia maklum, insurans premium mempunyai kadar yang agak tinggi berbanding bukan premium. Namun premium mempunyai beberapa fungsi kelebihan yang tak disertakan bersama insurans bukan premium. Jika dilihat bebanan, mungkin harga premium dianggap lebih berbaloi. Anda boleh membayar insurans pada kadar bukan premium namun, jangan marah seandainya anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak mungkin 15% atau 20% atau setiap RM 1,000 dahulu sebelum pihak insurans membayar jumlah kos selebihnya. Jika bagi anda ianya sebuah pelaburan kesihatan yang bijak, boleh saja. Tiada paksaan tentang jenis insurans yang anda inginkan kerana anda mungkin lebih tahu dan mempunyai sebab untuk memilih insurans tersebut. Sekurang-kurangnya anda telah dilindungi oleh pihak insurans.

Ambil Kad Medikal Seawal Mungkin

Cara Untuk Mengurangkan Kos Medikal Kad Dan Ambil Kad Medikal Seawal Mungkin

Cepat-cepatlah mendapatkan perlindungan medikal kad selagi anda masih sihat dan bebas penyakit. Kebanyakan medikal kad mempunyai syarat mengenai kesihatan keadaan asal bagi penyakit sedia ada. Oleh itu, untuk memastikan anda mempunyai kelayakan untuk memiliki medikal kad persendirian, adalah lebih baik untuk segara mendapatkannya. Adakah anda tahu tentang keadaan kesihatan sedia ada? Terdapat polisi insurans yang meletakkan syarat tertentu seperti tidak boleh mempunyai sebarang penyakit pada 120 hari pertama bagi mengelakkan anda disingkirkan daripada memiliki medikal kad peribadi. Tempoh 30 hari ialah tempoh untuk memproses medikal kad dan memproses maklumat dan butir-butiran pelanggan. Tempoh ini diletakkan bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku yang dibuat oleh pemohon medikal kad ini. Namun, sekiranya anda ingin menarik diri daripada mendapatkan medikal kad ini, anda boleh menarik balik permohonan dalam tempoh 15 hari dan berpeluang mendapatkkan kembali wang yang telah dibayar mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Namun, sekiranya anda telah melebihi tempoh percubaan, anda masih boleh menarik diri namun wang anda tidak dapat dikembalikan sepenuhnya.

Menyimpan Wang Simpanan

Cara Untuk Mengurangkan Kos Medikal Kad Dan Menyimpan Wang Simpanan

Ini lebih kepada bagaimana anda ingin mengurangkan perbelajaan kos rawatan apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini pada masa akan datang. Namun, ianya masih memerlukan anda mengeluarkan wang anda sendiri. Bezanya, apabila anda sudah mempunyai wang simpanan, anda hanya perlu menggunakan wang tersebut untuk membiayai kos rawatan tanpa menyentuh wang poket anda yang anda telah asingkan untuk kegunaan semasa. Namun, ianya tidak begitu efisien kerana anda memerlukan tempoh yang lama bagi mencapai jumlah yang setaraf dengan had tahunan yang disediakan oleh pihak insurans. Jika anda baru mula menyimpan dalam dua tahun dan dalam masa yang sama anda terlibat dengan kemalangan yang mencederakan bahagian kaki anda, wang yang anda simpan belum tentu mencukupi untuk menanggung keperluan anda pada masa tersebut. Namun, jika anda yakin dapat mendisiplinkan diri menyimpan wang anda sendiri, ini terserah kepada anda sendiri.

Pada zahirnya, anda menyimpan wang anda dan dapat melihat akaun bank anda memiliki sejumlah wang yang banyak namun, sekiranya anda telah menggunakan wang ini untuk membiayai kos rawatan, maka anda perlu mengumpul kembali wang anda bermula daripada kosong. Tetapi, dengan adanya medikal kad, walaupun anda baru melabur selama setahun untuk medikal kad, jika berlaku sesuatu yang buruk, anda sudah terjamin memiliki perlindungan dengan had tahunan bermula serendah RM 20,000 sehingga RM100,000. Saya rasa ini lagi berbaloi dan bermanfaat walaupun pada dasarnya anda telah membelanjakan wang anda tanpa mendapat pulangan secara langsung.

Konklusi

Cara Untuk Mengurangkan Kos Medikal Kad Dan Beli Dari PolicyStreet

Artikel ini telah menyediakan dan memberitahu anda tentang beberapa cara untuk mengurangkan kos bagi memiliki medikal kad atau mendapatkan rawatan di hospital tanpa medikal kad. Namun, jika anda meneliti beberapa cara di atas, semestinya anda dapat mengurangkan kos perubatan dengan adanya medikal kad bersama-sama anda. Anda boleh mencubanya sekiranya anda sudah menetapkan keputusan anda. Saya suka untuk ingatkan anda untuk cuba senaraikan kebaikan dan keburukan mengambil pelan medikal kad premium dan tidak premium dan lihat rancangan perlaksanaan yang anda bakal lakukan sekiranya sesuatu berlaku pada masa hadapan. Jika anda tidak inginkan medikal kad, cuba senaraikan cara untuk memudahkan anda menyimpan wang anda dan pastikan anda tidak akan menggunakan wang tersebut untuk kegunaan yang lain.

Dapatkan Medikal Kad Untuk Pelaburan Masa Hadapan Yang Lebih Mudah Dan Cerah

Insurans Medikal Kad Terbaik Dari PolicyStreet

Kami di PolicyStreet sentiasa ingin memberikan yang terbaik tidak kira kepada sesiapa sahaja terutamanya millennial di luar sana yang belum mempunyai perlindungan untuk diri sendiri dari segi kesihatan. Dalam keadaan sihat sebegini, anda mungkin tidak pernah terfikir hal-hal yang mungkin terjadi beberapa tahun akan datang bahkan mungkin esok. Jadi, kami ingin menyarankan anda untuk mempertimbangkan insurans kad medikal terbaik dari AXA di PolicyStreet. Kini terdapat juga kad medikal untuk bayi seawal umur 15 hari sehingga dewasa berumur 39 tahun.

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Claims Guide (2021)

Motor Insurance Claim 101: How to Avoid Common Pitfalls

Road Rage: Do’s and Don’ts

Bahasa Malaysia

Jimat sehingga 40% di Musim PKP dengan PrOmilej

Pengaruh Gelombang Kedua COVID-19 kepada Rakyat Malaysia.

Insurans Cermin Kereta Panduan (2020): Semua Yang Anda Perlu Tahu

Selamatkan Kereta Anda Dari Ditenggelami Banjir!

Cara Untuk Dapatkan Cukai Jalan Baharu Yang Hilang, Koyak atau Rosak

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Copyright © 2021 Polisea Sdn Bhd. All Rights Reserved | Privacy Policy | Term of Use

Insurans Kereta Online