Ramai yang semakin menyedari tentang kelebihan memiliki polisi insurans dan medical card terbaik untuk jangka masa panjang. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang masih ragu-ragu tentang kepentingan untuk memiliki medical card ini. Bagi mereka yang mula mempertimbangkan untuk membeli pelan insurans ini pastinya mempunyai pelbagai persoalan yang tidak terjawab. Artikel ini mungkin dapat membantu untuk merungkai beberapa soalan yang anda ingin tahu. Terdapat beberapa soalan lazim yang diajukan oleh para pengguna yang ingin membeli medical card dan juga sudah membeli medical card tetapi masih tidak jelas tentang fungsi dan kelebihannya. Ya! Jangan terkejut kerana ada juga pemilik medical card terbaik yang tidak begitu tahu tentang kegunaannya.
Soalan-Soalan Yang Kerap Kali Ditanya
Kami di PolicyStreet akan membantu anda untuk memahami lebih lanjut berkaitan dengan medical card terbaik yang sangat mudah dan pantas ini. Berikut adalah soalan-soalan yang selalu diajukan kepada kami di PolicyStreet:
Kenapa harga / kadar premium tanpa deductible(ditolak) lebih mahal berbanding deductible(ditolak)?
Ramai yang tertanya-tanya kenapa harga premium lebih mahal jika dibandingkan dengan bukan premium. Pelan tanpa deductible (ditolak) bermakna segala perbelajaan perubatan anda di hospital panel AXA akan dibayar oleh AXA. Tetapi, sekiranya anda memilih pelan deductible (ditolak), bermaksud anda perlu menanggung beberapa perbelanjaan perubatan apabila anda dimasukkan ke hospital. Oleh kerana bil perubatan yang akan dibayar oleh AXA adalah lebih tinggi berbanding dengan pelan deductible, kadar premium yang dikenakan untuk pelan tanpa deductible adalah lebih mahal. Harus diingat bahawa kadar pelan bergantung kepada had tahunan yang anda pilih. Pastinya had tahunan RM 100,000 lebih mahal berbanding had tahunan RM 50,000.
Adakah saya perlu “pay & claim” iaitu membayar terlebih dahulu dan membuat tuntutan kemudian untuk urusan “admission” kemasukan hospital?
Jangan risau! Kad perubatan ini berfungsi untuk kemasukan secara “cashless” (tanpa tunai). Anda hanya perlu menunjukkan medical card secara atas talian ke hospital panel AXA untuk urusan kemasukan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah hospital memerlukan anda membayar deposit terlebih dahulu seperti hospital kerajaan dan mana-mana hospital bukan panel AXA. Anda boleh merujuk kepada senarai di pautan ini, https://products.policystreet.com/doc/axa-emedic/axa-affin-panel-hospitals.pdf untuk panel hospital AXA yang tidak memerlukan anda membayar deposit untuk kemasukan ke hospital.
Saya telah mendapatkan rawatan di hospital, bagaimana untuk saya membuat pembayaran dan tuntutan?
Jika anda memilih untuk melawat hospital panel AXA:
Hanya hadirkan kad perubatan maya ke hospital, sebutkan Nama Pihak Pentadbir Ketiga (MediExpress) AXA untuk urusan kemasukan, dan AXA akan menyelesaikan perbelanjaan perubatan untuk anda, berikan bahawa perbelajaan tidak melebihi had tahunan pelan yang anda beli dan perbelanjaan dilindungi oleh pelan ini. Untuk pelan deductible (ditolak), anda perlu membayar perbelanjaan sehingga jumlah deductible (ditolak) bagi setiap Kemasukan hospital sebelum AXA melindungi perbelanjaan yang selebihnya. Sebagai contoh, jika jumlah perawatan anda berharga RM4,000, anda perlu membayar RM1,000 pertama dan AXA akan membayar selebihnya, iaitu RM3,000.
Jika anda memilih untuk melawat hospital bukan panel AXA atau ingin membuat tuntutan rawatan pesakit luar :
Anda perlu membayar perbelanjaan perubatan terlebih dahulu, dan kemudian menyerahkan tuntutan kepada AXA untuk bayaran balik melalui e-mel atau pos. Untuk pembayaran balik, anda perlu menyerahkan dokumen-dokumen seperti berikut:
- i) Borang tuntutan (oleh pihak menuntut)
- ii) Borang tuntutan perubatan (oleh doktor) – Tidak berkenaan untuk lawatan susulan
iii) Bil Perubatan Terperinci – ini adalah perbelanjaan perubatan terperinci yang dikeluarkan oleh hospital
- iv) Resit pembayaran yang dikeluarkan oleh hospital
- v) No. IC anda
* AXA mungkin akan meminta salinan laporan tambahan sebagai contoh / bukti keputusan ujian pada situasi tertentu.
Bagaimana caranya untuk saya membeli medical card terbaik ini? Adakah saya perlu berjumpa dengan agen insurans?
Ini merupakan soalan yang paling kerap ditanya oleh anda di luar sana. Kami di PolicyStreet sangat senang untuk berjumpa anda. Namun sayangnya, ini bukan cara kami bekerja dan kami tidak mempunyai agen insurans. Ini kerana kami telah menjumpai cara paling mudah untuk mendapatkan medical card terbaik ini. Anda perlu ke laman web kami di policystreet.com. Di sini, anda boleh melihat lebih lanjut tentang butiran lanjut tentang medical card terbaik dari AXA yang kami tawarkan.
Sekiranya saya membatalkan polisi ini, adakah saya akan mendapatkan sebarang premium yang telah saya bayar?
Jika anda membatalkan polisi dalam tempoh 15 hari dari tarikh polisi yang di hantar kepada anda, kami akan membayar balik Premium Asas yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, tiada bayaran balik boleh dibuat apabila tuntutan telah diterima. Selepas tempoh 15 hari, jika anda membatalkan polisi medical card, anda akan mendapat sebahagian daripada bayaran premium anda kembali. Namun kadar yang diterima berbeza mengikut tempoh tertentu yang telah ditetapkan oleh AXA. Untuk maklumat lanjut berkaitan kadar pembayaran premium yang akan anda terima, sila klik pautan ini https://products.policystreet.com/doc/axa-emedic/axa-emedic-faq.pdf
Bolehkah saya membeli kad perubatan dan pergi ke hospital pada keesokan hari?
Ya, boleh. Walau bagaimanapun, sila beri perhatian bahawa produk ini tidak melindungi sebarang bil perubatan atau keadaan fizikal yang berlaku pada 30 hari pertama atau penyakit tertentu dalam tempoh 120 hari pertama, kecuali untuk kecederaan disebabkan oleh kemalangan. Untuk pengetahuan anda, produk ini tidak melindungi sebarang keadaan yang berlaku pada 30 hari pertama termasuklah demam denggi kerana pihak AXA memerlukan masa 30 hari ini untuk menyelesaikan segala dokumen-dokumen dan pendaftaran medical card ini.
Adakah medical card AXA ini melindungi semua jenis penyakit?
Bukan semua penyakit, tetapi boleh dikatakan majoriti daripada penyakit yang boleh anda nyatakan. Jika anda mempunyai penyakit sedia ada, anda mungkin tidak layak memdapatkan medical card ini. Namun, penyakit seperti denggi, retak tulang, kanser, keracunan makanan, sakit jantung dan juga strok adalah termasuk dalam senarai penyakit yang dilindungi oleh medical card. Ia dilindungi selagi mana anda dimasukkan ke hospital panel AXA dan anda perlu membayar terlebih dahulu jika anda dimasukkan ke hospital buka panel AXA.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan kad AXA eMedic ini (kad perubatan atas talian)?
Hanya dengan mengikuti 3 langkah dan hanya 5 minit. Ada satu lagi berita gembira untuk kami kongsikan dengan anda. Untuk mendapatkan medical card ini, anda tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan. Cukup sekadar menjawab beberapa soalan yang cepat dan ringkas melalui peranti anda dan anda dapat memilikinya dengan mudah. Pembayaran adalah secara atas talian. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 011-1684 2590. Pihak khidmat pelanggan kami akan membantu anda. Setelah selesai, akses kad perubatan ini dengan memuat turun “My AXA Kesihatan” dari Google Play Store atau Apple Store App. Alternatif, anda boleh log masuk web di sini. Sekiranya anda lebih suka mempunyai kad perubatan fizikal, anda juga boleh mencetaknya dari sini.
Adakah pihak hospital panel AXA tahu bahawa saya dilindungi oleh medical card?
Sebelum anda dimasukkan ke hospital, dapatkan akses cepat ke penjagaan perubatan dengan hanya menunjukkan eMedic card anda untuk kemasukan hospital. Untuk mengakses kad perubatan ini, muat turun “My AXA Kesihatan” dari Google Play Store atau Apple Store App. Sebagai alternatif, anda boleh log masuk web di sini. Sekiranya anda lebih suka mempunyai kad perubatan fizikal, anda juga boleh mencetaknya dari sini. Kemudian, pergi ke kaunter GL di hospital, dan tunjukkan kad anda, dan mereka akan menjumpai makumat anda di senarai database. Produk ini ditulis oleh syarikat insurans AXA, jadi kredibiliti dan servis yang diberi adalah terjamin!
Bilakah tarikh yang perlu saya bayar setiap bulan atau tahun?
Tarikh pembayaran untuk bulan atau tahun seterusnya adalah mengikut tarikh pembelian medical card anda. Misalnya, anda membeli medical card pada hari ini, iaitu 20 Mei, anda perlu membayar pada setiap 20 haribulan atau jumlah akan dipotong dari bank anda secara automatik. Jadi, anda boleh merancang pembayaran medical card anda secara bulanan atau tahunan dan mengikut tarikh awal pembelian medical card ini.
Dapatkan Medical Card Terbaik Untuk Masa Depan Anda!
Kami di PolicyStreet memperkenalkan kepada anda card medical yang sangat mudah untuk dimiliki dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM32/ sebulan. Kenapa perlu bayar lebih jika anda boleh dapatkan dengan harga yang sangat berbaloi. Kad ini sangat mesra pengguna kerana anda boleh mengakses di telefon bimbit anda. Tiada lagi permasalahan seperti tertinggal kad mahupun kad hilang. Anda boleh mendapatkan kad ini dalam masa hanya 5 minit di laman web PolicyStreet.com atau klik pautan ini untuk mendapatkan maklumat secara terperinci polisi ini di https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview