Medical card berfungsi sebagai kad perubatan yang memberikan pulangan tunai atau manfaat pembiayaan perubatan kepada anda yang memerlukan atau untuk lebih jimat. Tanpa medical card, pastinya anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membiayai kos perubatan yang tinggi apatah lagi sekiranya memerlukan pembedahan dan rawatan yang berteknologi.
Rata-rata seluruh masyarakat Malaysia kini telah sedar akan kepentingan medical card dalam membantu melindungi kesihatan mereka sekeluarga. Terdapat pelbagai jenis medical card yang berada di pasaran namun masing-masing mempunyai perbezaan yang tersendiri walaupun berdiri atas satu objektif yang sama iaitu memberikan yang terbaik kepada seluruh manusia dalam memperoleh perubatan dan perawatan yang sempurna.
Secara asasnya, medical card dapat membantu anda pada hari tua dan juga pada bila-bila masa kerana penyakit datang tidak kira masa, tua atau muda juga berisiko untuk mendapatkan penyakit seperti sakit jantung, kanser, eksiden dan juga penyakit kronik yang lain.
Cara Memilih Medical Card Terbaik
Anda harus memilih medical card yang terbaik untuk mengelakkan daripada terasa membebankan, rugi dan sebagainya. Pada asasnya, medical card tidak pernah ada kelemahan selagi ia memberikan manfaat kepada pengguna, namun oleh kerana banyak medical card yang telah diperkenalkan di Malaysia, rakyat harus bijak memilih yang terbaik dan berbaloi.
1. Kadar Caruman Medical Card
Anda perlu memilih medical card mengikut kemampuan anda supaya anda konsisten dapat membiayai setiap bulan dan sepanjang hidup. Bukan semua orang berpendapatan tinggi serta mampu untuk mengambil medical card yang memerlukan pembiayaan tinggi setiap bulan seperti ratus-ratus ringgit. Bagusnya, terdapat medical card yang sangat murah untuk sebulan.
2. Manfaat Dan Faedah Yang Berbaloi
Anda harus melihat dari segi manfaat yang anda akan terima seperti manfaat hospital, rawatan, pembedahan dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan masuk wad, menggunakan ambulan dan sebagainya. Dengan manfaat yang disediakan, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta masalah kewangan anda hadapi.
3. Kadar Tuntutan Plan Medical Card
Medical card bagi plan yang ingin anda miliki perlulah mempunyai sejumlah tuntutan yang berpatutan dan berbaloi untuk anda menuntut semula supaya dapat digunakan sebagai bil hospital, eksiden dan sebagainya. Tuntutan ini mempunyai nilai maksimum dan minimum bergantung kepada terma dan syarat sesebuah syarikat tersebut.
4. Mudah Dihubungi Dan Dituntut
Tidak semua medical card mudah dituntut pada waktunya. Ada yang amat susah dan mengambil masa yang lama, sedangkan anda benar-benar perlukannya ketika itu. Oleh itu, mencari medical card yang sangat diyakini dan mudah dituntut amatlah digalakkan. Masih adakah lagi medical card yang mudah dituntut dan dihubungi sewaktu benar-benar diperlukan? Ya!
AXA eMedic Online Medical Card
AXA eMedic Online Medical Card adalah medical card yang termurah dan mudah boleh anda dapati secara online. Sistem atas talian membantu anda untuk mendapatkan kemudahan medical card dengan cepat, mudah dan murah! Untuk pengetahuan anda, AXA Medical Card ini adalah daripada Policy Street iaitu syarikat insurans yang menawarkan perlindungan terbaik kepada seluruh masyarakat di Malaysia.
Medical Card yang ditawarkan, AXA eMedic Online ini akan membantu anda menyelesaikan segala kos pembiayaan perubatan dan pembedahan dalam cara atau prosedur yang mudah, murah dan senang. Semua orang layak untuk mendapatkan medical card yang termurah ini. Mari kita lihat syarat dan maklumat mengenai medical card AXA ini.
Syarat Mudah AXA Medical Card
- Kadar caruman serendah RM32 untuk sebulan tertakluk kepada terma dan syarat. Kalau sehari?
- Had tahunan adalah di antara RM 20k, RM 50k and RM 100k
- Boleh memilih sama ada ingin plan potongan (deductible) atau plan tanpa potongan
- Tiada had limited untuk bilangan hari di hospital
- Umur bermula dari 16 tahun sehingga 39 tahun sahaja
- Medical chek up tidak diperlukan
- Tidak perlu renew atau perbaharui sehingga mencecah umur 80 tahun
- E medical kad sahaja tanpa fizikal kad
Dengan adanya medical kad AXA ini, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital panel tanpa sebarang tunai. Hanya dengan medical card sahaja, kesihatan dan perubatan anda terlindung dengan selamat, murah, jimat dan mudah.
Manfaat Dan Faedah AXA Medical Card
Medical card AXA memberikan manfaat yang cukup berbaloi kepada anda ketika ditimpa penyakit, kemalangan dan apa jua keadaan anda. Ia dapat membantu anda dalam menjalani rawatan dan mendapatkan perubatan dengan lebih baik, lengkap dan sempurna.
1. Room And Board (Manfaat Bilik)
Sekiranya anda menghadapi masalah atau sakit yang memerlukan anda menetap di hospital atau wad, anda akan dibayar sebanyak RM 250 untuk sehari bagi menanggung kos bilik yang anda menetap. Manfaat ini tiada limit untuk berapa hari yang anda menetap. Manfaat ini juga termasuklah untuk kemudahan, makanan, perkhidmatan jururawat dan sebagainya.
2. Hospitaliti Dan Pembedahan
Manfaat hospitaliti disediakan termasuklah keperluan hospital untuk merawat pesakit dan sebagainya. Pesakit atau pemegang manfaat akan menerima kemudahan hospitaliti dan pembedahan, kemasukan ICU (Care Unit Daycare) dan juga prosedur pembedahan. Ketiga-tiga perkara ini memanfaatkan anda untuk menerima sejumlah yang di bil kan di hospital tetapi ia tetap tertakluk kepada had limit tahunan yang telah ditetapkan syarikat.
3. Rawatan Pesakit Luar
Sebagai pesakit luar, anda akan menerima manfaat perubatan tanpa perlu bermalam di wad hospital. Pada mulanya, anda akan menerima manfaat pre hospitaliti di mana anda menerima sejumlah bil rawatan anda yang limitnya sehingga 3 kali limit tahunan. Seterusnya, anda juga akan menerima manfaat post hospitaliti dan rawatan fisioterapi iaitu sejumlah bil dan sehingga limit setahun. Tidak lupa juga dengan manfaat kemalangan pesakit luar yang diberikan mengikut jumlah bil sehingga limit tahunan sebanyak 3 kali untuk 1 kecacatan atau ketidak upaya.
Manfaat-manfaat yang anda terima ini dapat meringankan beban dan membantu anda saat penting dan sehingga hari tua. Ramai yang bekerja keras mencari dana perubatan dan hospital bagi menyelamatkan nyawa tetapi dengan AXA Medical Card, anda dapat bernafas tanpa memikirkan kesusahan membuat persediaan untuk menyediakan segala bil-bil untuk sakit anda kelak.
Cara Membuat Tuntutan AXA Medical Card
Medical Card murah yang wajib anda miliki ini membolehkan anda membuat tuntutan dengan mudah dan selamat. Ia lebih mudah dan cepat berbanding dengan plan-plan perlindungan di luar sana. Jom kita melihat cara-cara mudah yang wajib anda tahu untuk membuat tuntutan AXA Medical Card.
- Setelah masuk ke hospital, anda akan dilindungi oleh plan ini sekiranya anda membuat plan tanpa ditolak. Anda cuma perlu membuat yuran yang berlebihan sahaja sekiranya terdapat lebihan had limit tahunan.
- Sekiranya anda membuat plan tolakan (deductible) pula, anda perlu membayar 1000 untuk yuran hospital dan selebihnya akan ditanggung oleh pihak AXA Medical Card.
- Anda boleh berkunjung ke hospital panel kerana hospital panel tidak sesekali mengambil wang tunai sekiranya anda merupakan pemegang kad medical AXA ini. Walaubagaimanapun sesetengah hospital memerlukan anda membayar deposit terlebih dahulu sebelum masuk.
- Untuk hospital yang bukan panel, anda boleh melakukan asas penggantian bagi lawatan hospital bukan panel. Untuk pembayaran semula, anda perlu menyediakan dokumen seperti Borang tuntutan (oleh pihak menuntut), Borang tuntutan perubatan (oleh doktor), Rang Undang-Undang Perubatan Terperinci, Resit Bayaran yang dikeluarkan oleh hospital dan NRIC anda. Untuk pengetahuan anda, syarikat boleh meminta salinan laporan tambahan dalam situasi yang diperlukan. Sebagai contoh, ia akan dijadikan hasil ujian dalam situasi tertentu.
Kelebihan Menggunakan AXA Medical Card
- Kad medical AXA ini memberi perlindungan sehingga umur 80 tahun dan perlu renew untuk seterusnya. Perlindungan anda kekal lama.
- Perlindungan penyakit secara menyeluruh sama ada apa jua penyakit anda yang memerlukan perubatan, perawatan dan pembedahan, anda akan dilindungi
- Kad perubatan tanpa tunai, anda tidak perlu memikirkan cara mencari wang tunai yang terlalu banyak.
- Panel hospital seluruh Malaysia. Terdapat banyak jenis hospital di seluruh negeri di dalam Malaysia yang merupakan panel kepada AXA Medical Card.
- Menerima faedah bilik wad hospital secara tanpa limit harian. Berapa lama yang anda perlu menetap di hospital, medical card AXA akan tanggung sepenuhnya sehingga limit tahunan.
- Faedah hospitaliti dan pembedahan juga diberikan di mana anda tidak perlu menambah bayaran untuk pembedahan, hospital dan kemudahan sepanjang menetap di hospital kerana ia juga akan disediakan sepenuhnya.
- Manfaat pesakit luar dan rawatan. Faedah ini membolehkan anda dirawat tanpa perlu bermalam di wad hospital. Tambahan pula anda akan menerima manfaat kemalangan, rawatan fisiologi dan lain-lain lagi dengan mudah.
- Plan AXA Medical Card ini sangat murah di Malaysia dengan hanya RM 32 untuk sebulan sahaja mengikut terma dan syarat. Pasti anda dapat bayangkan berapa yang anda laburkan sehari untuk perlindungan nyawa anda seumur hidup?
Sejujurnya, tiada plan medical card yang lebih baik berbanding medical card AXA ini di samping ia cukup murah, berpatutan dan mudah. Anda harus menjadikan AXA Medical Card sebagai pilihan anda sekeluarga dan keutamaan anda. Policy street terdiri daripada golongan yang benar-benar ingin membantu anda dengan mengadakan plan perlindungan yang cukup murah dan hebat di pasaran.
Jom Gunakan AXA Medical Card Sekarang!
Tidak perlu tunggu lama lagi kerana pelaburan untuk perlindungan ini memberikan pulangan dan kebaikan kepada anda pada saat malang tidak berbau. Anda juga harus ingat bahawa pada bila-bila masa sahaja kita mungkin akan jatuh atas sebab penyakit dan kemalangan. Ketika itu, pastinya kita memerlukan sejumlah wang untuk membiayai kos perubatan, pembedahan dan lain-lain lagi. Namun, semuanya sia-sia kerana kita tidak ada simpanan dan perlindungan untuk kecemasan dan perubatan.
Policy Street turut menyediakan pelbagai jenis perlindungan selain daripada AXA Medical Card iaitu Cancer Care, Pet insurans,Travel insurans, SME insurans, Life insurans dan pelbagai lagi perlindungan. Demi masa depan yang cerah dan berjaya, Medical Card AXA merupakan satu-satunya yang amat anda perlukan! Jom gunakan AXA Medical Card sekarang!
Medical Card AXA Policy Street | Medical Card Murah Yang Wajib Anda Miliki
Percayakah anda segalanya bermula dengan hanya RM 32 sebulan dan RM 50 rebat lagi! Anda tidak perlukan kad sebenar, hanya tunjukkan kad e-perubatan melalui telefon bimbit dalam masa 10 minit sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda perlu klik disini