Mamogram ialah sinaran imbasan x-ray untuk mengesan perubahan pada tisu payudara wanita. Mamogram adalah cara paling terbaik untuk mengesan tanda awal bagi penyakit kanser payudara wanita selain daripada pemeriksaan secara sendiri ataupun pemeriksaan secara klinikal yang lain. Kaedah ini adalah kaedah yang paling efektif dalam mengesan tanda awal penyakit kanser payudara. Cara ini juga boleh mengesan simptom-simptom awal kanser payudara bagi wanita lebih-lebih bagi wanita yang berumur 40 sehingga 70 tahun ke atas. Mamogram tidak boleh mencegah penyakit kanser payudara namun kaedah ini mampu menyelamatkan ramai nyawa dengan pengesanan awal kanser payudara.
Namun yang demikian, mamogram juga mempunyai kelemahan di mana keputusannya boleh menjadi tidak tepat atau tidak dapat mengesan kanser yang tumbuh di dalam payudara jika kanser tersebut dilindungi oleh tisu-tisu payudara yang lain. Selain itu, mamogram juga boleh menyebabkan anda terdedah kepada radiasi. Mahupun begitu, mamogram adalah cara paling berkesan untuk mengesan tanda-tanda awal kanser selain daripada pemeriksaan sendiri atau pemeriksaan oleh doktor yang berpengelaman kerana mamogram menggunakan mesin yang mengimbas imej payudara pada setiap sudut. Oleh itu, mamogram mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mengesan kanser pada payudara. Walau bagaimanapun, ianya sangat dinasihatkan untuk rujuk dan dapatkan nasihat doktor pakar sebelum menjalani pemeriksaan mamogram.
Apakah tujuan pemeriksaan mamogram?
Antara tujuan pemeriksaan mamogram adalah untuk mengesan tanda awal kanser payudara dan mengenalpasti kanser bersaiz kecil yang tidak boleh dikesan oleh doktor mahupun dari pemeriksaan sendiri. Seterusnya, mamogram juga berfungsi untuk mengimbas imej tisu payudara sekiranya terdapat perubahan yang pelik pada tisu payudara atau tanda-tanda awal pertumbuhan kanser pada tisu tersebut. Di samping itu, mamogram dasar atau dipanggil sebagai baseline mammogram juga adalah penting untuk dijadikan sebagai garis panduan pada masa akan datang. Ianya terbukti bahawa pemeriksaan mamogram bersama-sama dengan pemeriksaan fizikal adalah kaedah pengesanan awal kanser yang terbukti sangat berkesan dan telah menyelamatkan ramai nyawa lebih-lebih golongan wanita yang berumur 50 tahun ke atas di mana mereka tidak menunjukkan sebarang gejala kanser payudara.
Apakah prosedur mamogram?
- Ujian imbasan mamogram akan dikendalikan oleh juru x-ray mamogram wanita yang berpengalaman dan terlatih. Prosedur pertama yang anda perlu lakukan adalah sangat mudah di mana anda hanya perlu menanggalkan pakaian anda dari aras pinggang dan ke atas. Ini bagi membolehkan juru x-ray tersebut untuk memeriksa bahagian payudara anda.
- Prosedur yang seterusnya ialah kedua-dua bahagian payudara anda akan diimbas dari dua sudut iaitu dari bahagian atas dan sisi. Kemudian, juru x-ray akan memposisikan anda pada kedudukan yang lebih sesuai dan selesa untuk menjalani imbasan x-ray tersebut.
- Selepas itu, kedua-dua bahagian payudara anda akan ditekan untuk mendapatkan kemampatan serta bagi meratakan tisu-tisu payudara. Proses ini dilakukan untuk mengesan sebarang keganjilan pada tisu-tisu tersebut dengan tahap pancaran radiasi yang rendah.
- Semasa prosedur ini dijalankan, juru x-ray akan menjalankan proses ini secara cermat dan berhati-hati dengan sebaik mungkin agar anda tidak akan merasa sakit atau tidak selesa semasa proses saringan mamogram ini dijalankan. Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu khuatir dan bimbang semasa proses ini dijalankan.
Siapakah yang perlu menjalani ujian mamogram ini?
Ujian mamogram ini sesuai dilakukan oleh wanita yang berumur 50 sehingga 74 tahun ke atas dan perlu menjalani prosedur ini sekali dalam 2 tahun. Selain itu, wanita yang pernah mempunyai sejarah penyakit kanser payudara dan mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap kanser payudara juga digalakkan untuk menjalani pemeriksaan mamogram ini.
Apakah persediaan awal yang perlu dilakukan sebelum menjalani mamogram?
- Pakai pakaian yang ringkas seperti blaus, seluar panjang atau skirt panjang kerana pakaian pada bahagian atas perlu ditanggalkan semasa pemeriksaan dilakukan.
- Elakkan daripada memakai minyak wangi, deodorant, krim atau bedak pada bahagian dada dan ketiak semasa hari pemeriksaan mamogram. Hal ini kerana, bahan-bahan daripada produk-produk tersebut boleh menjejaskan keputusan mamogram.
- Lakukan pemeriksan selepas kitaran haid berakhir kerana pada masa ini payudara kurang sensitif.
- Elakkan minum minuman yang berkafein seperti kopi, teh, air berkarbornat dan coklat selama seminggu sebelum temujanji pemeriksaan mamogram. Kafein boleh menyebabkan payudara terasa sakit.
Di manakah anda boleh dapatkan pemeriksaan mamogram?
Anda boleh dapatkan perkhidmatan ini di pusat-pusat mamogram kerajaan mahupun swasta. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan subsidi bagi pemeriksaan mamogram bagi wanita-wanita yang layak.
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya keputusan mamogram anda abnormal?
Keputusan mamogram yang abnormal tidak bererti anda mempunyai kanser. Anda akan dirujuk kepada pakar di hospital atau tempat perubatan dan pakar akan membuat penyiasatan lanjut serta memberikan nasihat dan rawatan lanjut yang bersesuaian dengan keputusan mamogram anda.
Perkara penting yang anda perlu tahu tentang mamogram.
Mamogram mampu menyelamatkan nyawa anda. Pengesanan kanser payudara pada peringkat awal boleh mengurangkan kebarangkalian anda untuk meninggal dunia akibat penyakit tersebut dengan kadar peratusan sebanyak 25-30% atau lebih. Wanita dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mamogram ini pada setiap tahun bermula daripada umur 40 tahun atau lebih awal sekiranya mereka berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.
Jangan takut. Pemeriksaan mamogram adalah prosedur yang pantas dan dianggarkan prosedur ini hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Bukan itu sahaja, ketidakselesaan semasa menjalani prosedur ini juga adalah sangat minimal bagi kebanyakan wanita. Prosedur ini sememangnya selamat dan pendedahan terhadap radiasi adalah dalam amaun yang sedikit sahaja.
Dapatkan kualiti yang terbaik. Sekiranya anda mempunyai payudara yang sangat padat atau berumur bawah daripada 50 tahun, anda boleh dapatkan pemeriksaan mamogram secara digital. Mamogram digital boleh direkodkan ke dalam komputer jadi doktor boleh membesarkan beberapa bahagian berkenaan untuk melihatnya dengan lebih dekat dan mendalam.
Kesimpulan
Pemeriksaan mamogram bukanlah perkara yang menakutkan yang selalu dianggap oleh kebanyakan wanita. Pemeriksaan mamogram adalah pemeriksaan yang benar-benar boleh membantu dalam mengesan gejala awal kepada kanser payudara. Oleh itu, setiap wanita haruslah mempunyai kesedaran yang meluas tentang pemeriksaan mamogram agar penyakit kritikal yang sering menyerang wanita ini dapat dicegah pada peringkat yang lebih awal. Pemeriksaan mamogram ini juga terbukti dalam membantu mengurangkan kadar kematian pesakit kanser payudara. Justeru itu, kempen-kempen mengenai pemeriksaan mamogram ini juga perlu diperluaskan lagi bagi meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai perkara ini.
Dapatkan Kad Medikal Terbaik dari AXA eMedic sebagai Perlindungan Kesihatan Anda di Masa Hadapan.
Pemeriksaan awal adalah penting untuk mencegah penyakit kanser payudara. Walau bagaimanapun, kos untuk menjalani pemeriksaan mamogram boleh memakan jumlah yang besar dan memberi bebanan kepada anda dan keluarga. Oleh hal yang demikian, dapatkanlah kad medikal terbaik dari AXA eMedic sebagai perlindungan kesihatan anda dan keluarga. Kad medikal ini mampu meringankan beban anda dan keluarga dalam menanggung jumlah kos rawatan yang boleh memberi tekanan dan bebanan sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan di masa akan datang. Apa yang perlu anda tunggu lagi? Dapatkan kad medikal terbaik dari AXA eMedic ini segera daripada kami di PolicyStreet sementara anda masih sihat dan bertenaga! Anda juga berpeluang untuk mendapat rebat sebanyak RM 50 sekiranya anda dapatkan kad medikal ini dari kami di PolicyStreet! Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkannya sekarang! Layari laman web www.PolicyStreet.com untuk info lanjut.