• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Kulit Kaki Kaki Merekah: Cara Untuk Mengatasinya

Munirah Bahri / 05/11/2018

Cara Mengatasi Kulit Kaki Merekah

Pernahkah anda mengalami kulit kaki di bahagian tumit kelihatan seperti retak atau pecah pecah? Atau mungkin anda pernah melihat orang di sekitar kamu yang mengalami tumit yang pecah-pecah seperti ini? Ianya terasa tidak selesa dan orang yang melihat juga merasa tidak sedap untuk memandang. Pastinya ada sebab kenapa kulit bahagian tumit kaki seseorang boleh pecah.

Biasanya, kulit kaki pecah-pecah terjadi karena kurangnya nutrisi pembentuk kolagen yang dihasilkan dari buah dan juga sayur. Hal tersebut terjadi karena kulit kaki seseorang itu mengalami kekeringan sehingga kaki kelihatan merekah. Oleh itu, di artikel kali ini kami akan mencoba untuk menjelaskan apa penyebab kaki mula merekah dan juga bagaimana cara yang tepat yang boleh dilakukan untuk mengatasi kaki yang merekah.

Sebab Kaki Merekah

Tumit kaki pecah-pecah atau retak adalah masalah umum yang boleh membuatkan seseorang hilang keyakinan diri dan menyebabkan individu yang mengalaminya berada dalam kesakitan. Keadaan ini biasanya terjadi kerana kurang penjagaan kaki, tetapi juga boleh juga berpunca akibat kering atau terdedah kepada bahan tertentu.

Secara medikal, tumit merekah atau pecah-pecah juga terjadi disebabkan oleh tekanan berat badan seseorang yang berlebihan, membuatkan kaki lama kelamaan merekah dan menjadi kering dan menyebabkan tumit menjadi pecah-pecah. Hal ini akan mempengaruhi permukaan kulit yang terdiri dari epidermis, dan mungkin menembus jauh ke dalam dermis dan menyebabkan rasa sakit. Bukan hanya itu sahaja, tumit kering dan retak-retak juga terjadi disebabkan tubuh kekurangan vitamin, mineral dari zat besi, dan lemak omega 3.

Kulit kering atau xerosis juga merupakan salah satu penyebab paling umum yang menyebabkan tumit pecah-pecah. Sebagian besar keadaan ini timbul karena kurangnya rawatan kaki, dan sebenarnya bisa diatasi atau dihindari. Walaupun umumnya tak membahayakan, namun retakan yang dalam bisa menyebabkan kulit berdarah dan rasa yang menyakitkan. Bahkan hal ini bisa mengakibatkan infeksi dan harus dihindari terutama bagi penderita penyakit kronis seperti diabetes, penurunan sistem kekebalan tubuh, usia, atau penyakit lain yang mungkin bisa menghambat penyembuhan tumit pecah-pecah.

Selain itu, produksi sabun yang mulai menurun seiring dengan bertambahnya usia juga cenderung sebagai penyebab tumit kering dan pecah-pecah. Kulit terlalu kering, mengelupas, kering dan pecah-pecah pada tumit adalah masalah kulit yang umum pada orang tua. Kulit kering pada tumit seringkali terus berulang, dan bisa mempengaruhi kedua tumit atau hanya salah satu tumit.

Gejala-gejala Yang Berlaku

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah

Setiap orang pasti akan mengalami dan menderita beberapa perkara atau terasa sakit apabila kaki menjadi pecah atau merekah seperti ini. Antara gejala atau tanda-tanda yang akan anda alami apabila kaki menjadi rekahan ialah:

  • Kulit mengelupas

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Dengan Mengenal Pasti

Pengelupasan kulit adalah tanda paling umum yang bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda awal. Jika anda mendapati bahawa kulit kaki seakan mengelupas dan mulai pecah-pecah, ini  adalah tanda bagi kamu untuk segera merawat. Awas! Jangan cuba untuk menarik-narik keluar kuit kering ini, kerana ia akan merosakkan kulit yang masih melekat dan sihat. Jika kamu merasa perlu untuk membuangnya, anda cuma perlu mengetipnya dengan menggunakan pengetip kuku secara perlahan dan berhati-hati.

  • Kulit gatal  

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Disebabkan Kulit Gatal

Kulit yang terasa gatal mungkin disebabkan oleh lapisan kulit bagian atas yang kering dan kecut. Penyusutan yang berlebihan ini akan menyebabkan regangan pada kulit bagian bawah dan sekitar daerah yang terkena, yang menyebabkan kaki anda tidak selesa dan terasa gatal. Kamu harus membuang lapisan atas kulit yang mati sebelum kamu melakukan perubatan untuk tumit kering dan pecah-pecah.

Penyebab Kaki Merekah

Tentunya, setiap penyakit mempunyai beberapa penjelasan tentang perkara yang mempengaruhi sesuatu keadaan tersebut. Berikut adalah beberapa penyebab kulit kaki menjadi pecah-pecah, antara lain:

  • Cuaca Sejuk

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Disebabkan CUaca Sejuk

Kebiasannya majoriti orang yang mengalami masalah kaki merekah biasanya disebabkan oleh faktor cuaca. Dan ia biasnya melibatkan mereka yang tinggal di wilayah yang beriklim dingin atau dingin, kulit pun berubah tekstur mengikut perubahan cuaca. Kaki yang kering akan menjadi pecah-pecah serta gatal dan pedih disebabkan cuaca yang sejuk. Ini menandakan bahawa kulit telapak kaki anda perlu disapu dengan pelembab. Pelembab tambahan diperlukan apabila cuaca berubah menjadi sejuk atau kamu tinggal di tempat bersuhu dingin.

  • Penggunaan Sabun Tanpa Pelembap

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Disebabkan Penggunaan Sabun Mengandungi Pelembab

Tidak semua sabun yang dijual dan di pasaran mengandungi pelembab. Sebagai pengguna, anda perlu lebih bijak dalam memilih sabun untuk mandi. Sabun tanpa kandungan pelembap  dapat meningkatkan risiko kulit kering, dan ia bukan sekadar berlaku pada bahagian kaki dan telapak kaki saja, tapi seluruh tubuh akan mengalami kekeringan dan kulit menjadi kasar. Alternatif lainnya ialah anda boleh sapu krim pelembap selepas mandi.

  • Mandi dengan Air Panas

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Dengan Mandi Dengan AIr Panas

Air panas memang sangat nyaman bagi sesetengah orang dan dapat menyembuhkan rasa lenguh-lenguh dan dapat menghilangkan stres. Mandi dengan air panas adalah jalan penyelesaian terbaik untuk membuat otot tubuh menjadi lebih rileks. Namun jika air yang digunakan terlalu panas dan juga terlalu lama, akan menyebabkan kulit menjadi kering dengan mudah. Bukan hanya telapak kaki anda yang kering dan pecah-pecah, tapi tangan dan bahagian tubuh yang lain berkemungkinan untuk mengalami hal yang sama. Suhu air tidak perlu terlalu panas untuk merilekskan otot.

  • Faktor Usia

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Disebabkan Faktor Usia

Semakin bertambah usia seseorang atau yang berlaku proses penuaan, ia akan memberi kesan tersendiri untuk keadaan kulit kaki. Kulit telapak kaki pun tidak akan selembut sewaktu masih muda. Biasanya, bahagian tumit yang kerap terasa bersisik dan pecah-pecah bagi seseorang yang usianya semakin tua di mana elastik dari kulitnya sudah hilang.

  • Kelebihan Berat Badan

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah DIsebabkam Kelebihan Berat Badan

Memiliki berat badan yang berlebihan bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap organ dalam tubuh untuk terserang berbagai penyakit, bahkan kulit bahagian telapak kaki pun juga terkesan. Ini disebabkan berat badan yang lebih akan memberi tekanan pada lemak yang normal untuk meningkat di bahagian bawah tumit. Apabila badan mempunyai berat badan yang berlebihan, ia akhirnya menyebabkan kaki semakin lebar dan bagi kulit kaki yang tidak cukup fleksibel, tumit akan pecah-pecah karena adanya tekanan pada kaki. Tidak ada salahnya untuk anda tahu berat badan anda dan mula mengawalnya.

  • Melakukan Aktiviti Berlebihan

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Disebabkan Aktiviti Berlebihan

Apabila anda sering menggunakan kaki anda, maka risiko untuk kulit kaki pecah-pecah akan semakin tinggi. Hal ini kerana kaki, terutamanya di bahagian tumit akan selalu mengalami geseran dengan permukaan kasut atau lantai yang membuatnya menjadi semakin tebal dan juga kering pada waktu yang sama. Kulit tumit yang kering biasanya akan disertai dengan bersisik lalu sebelum pecah-pecah yang dapat membuatkan seseorang merasa pedih sehingga tidak selesa.

  • Mengidap Ekzema

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Disebabkan Menghidap Ekzema

Seseorang yang memang memiliki penyakit ekzema memang mudah mengalami kulit kaki pecah-pecah. Ekzema ini adalah suatu keadaan yang serius yang boleh membuat kulit anda mempunyai gelembung kecil dan lepuh yang nantinya akan pecah dan keluar cecair. Penggunaan istilah ekzema juga dipakai untuk menggambarkan kondisi kulit yang mengalami perubahan pola serta permukaan secara spesifik. Kering dan pecah-pecah dapat menjadi bagian dari eksim, maka cari tahu cara mencegah eksim secara alami supaya tidak menjadi lebih parah.

  • Menderita Diabetes

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Disebabkan DIabetes

Rupanya bukan hanya penyakit ekzema saja yang boleh membuatkan seseorang mengalami kaki pecah-pecah, tapi diabetes atau penyakit kencing manis juga memberi kesan buruk pada kulit kaki orang yang mengalaminya. Kekeringan dapat terjadi ketika menderita diabetes kerana peluh yang keluar sangat sedikit sehingga kulit menjadi kering. Akibatnya, kulit yang tidak mendapat air yang mencukupi akan mudah terluka dan pecah-pecah kerana dehidrasi.

Rawatan Untuk Kaki Merekah

Setelah mengetahui perkara-perkara yang menyebabkan terjadinya kulit pecah-pecah, berikut adalah beberapa cara semulajadi yang anda boleh lakukan di rumah bagi mengatasi kulit kering dan pecah-pecah:

  • Minum Air Putih

Pastikan anda minum air putih sekurang-kurangnya 8-10 gelas untuk memastikan tubuh anda tidak terhidrasi. Ingat bahwa kaki yang pecah-pecah bermula dengan kulit yang kering dan kasar terlebih dulu. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh air dalam badan yang tidak mencukupi. Badan anda memerlukan 2 liter air sekurang-kurangnya supaya kulit mempunyai kandungan air yang boleh merawat keadaan kaki yang semakin kering. Air putih merupakan salah satu cara paling mudah dalam mengembalikan kelembapan kulit pada tubuh kamu. Hilangnya air pada lapisan teratas kulit masih boleh diperbaiki. Jadi, minumlah banyak air putih dengan mencukupi pada setiap harinya.

  • Minyak Zaitun

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Seperti Menggunakan Minyak Zaitun

Bahan natural seperti minyak zaitun juga dapat merawat kaki kering anda. Ianya sangat efektif dalam menjaga dan merawat kesihatan dan keadaan kulit. Pastikan anda memakainya secara teratur dan konsisten sebagai ubat bagi mengembalikan kulit kaki anda kepada keadaan asal. Minyak ini sangat berguna dan menyembuhkan dengan cukup cepat.

Caranya: Tuang beberapa titis minyak zaitun untuk kamu sapukan terus pada bahagian kaki yang pecah-pecah, terutamanya di bahagian tumit. Pastikan anda memakainya secara konsisten. Minyak zaitun ini akan melembabkan kaki kamu yang kering dan kasar serta mengembalikan keremajaan kulit kaki anda dan lembut kembali. Selain menjadi bersih, kaki pun akan mulus seperti yang didambakan.

  • Minyak Kelapa

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Seperti Menggunakan Minyak Kelapa

Minyak kelapa juga mampu merawat kulit kering anda. Selain digunakan untuk merawat kulit serta rambut, anda boleh menyapukan pada kulit yang merekah. Ia pasti akan memberi hasil yang sangat memuaskan.

Caranya: Pertama sekali, rendamkan kaki di dalam air sabun yang kemudian biarkan seketika. Kemudian, gosokkan kaki anda menggunakan batu. Setelah itu, cuci kaki dan keringkan secara keseluruhannya. Kemudian, sapukan minyak kelapa pada kaki yang kering dan pecah-pecah di mana ia akan bertindak sebagai pelembab semulajadi. Setelah selesai, pastikan kamu memakai stokin kaki dan membiarkannya semalaman. Hasilnya pada esok pagi akan menjadi sangat lembut.

Ada baiknya kamu melakukan metode perawatan dengan minyak kelapa ini beberapa kali dalam seminggu atau setiap hari supaya pecah-pecah pada kaki cepat hilang.

  • Garam

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Seperti Garam

Garam juga boleh digunakan sebagai merawat kaki anda. Bukan sekadar dapat merawat kulit yang kering, ia juga menjaga kelembapan kaki dan melancarkan peredaran darah pada kaki secara semulajadi.

Caranya: anda boleh campurkan garam setengah gelas ke dalam air panas yang sudah ada di dalam bekas untuk merendam kaki. Selepas dicampur rata, kamu akan merendamkan kaki ke dalam air garam yang panas itu selama 10 minit. Gunakan batu untuk menggosok-gosok bahagian kaki, dan rendam lagi selama 10 minit. Setelah itu keringkan dan gunakan pelembab untuk mengekalkan kelembapan kaki anda.

  • Pisang

Cara Untuk Mengatasi Kulit Kaki Merekah Seperti Pisang

Pisang yang sudah masak atau matang adalah bahan termurah yang anda boleh dapatkan dan gunakan sebagai rawatan untuk kaki anda yang kering. Pisang mampu memberikan kelembapan secara semulajadi dan cepat bagi melembutkan kembali kaki kamu.

Caranya: Sediakan pisang matang atau tua dan lumatkan hingga akhirnya menjadi pes. Selepas membersihkan kaki kamu, sapukan pes pisang ini terus pada bahagian yang kering dan pecah-pecah. Biarkanlah selama 10-15 minit supaya kulit kaki kamu dapat menyerapnya dengan sempurna. Cuci kaki menggunakan air panas, dan rendamkan kaki dalam air sejuk selama 10 minit. Ulangi rawatan ini beberapa kali seminggu atau setiap hari untuk mendapatkan hasilnya dengan segera.

Kesimpulan

Kulit pada bahagian telapak atau tumit kaki yang pecah-pecah berlaku akibat dari aktiviti seharian. Jadi, pastikan anda menjaga kesihatan kulit kaki anda. Keadaan kulit pecah-pecah ini juga ternyata boleh diatasi dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang murah. Semoga artikel ini bermanfaat bagi kita semua. Namun, bukan sekadar kesihatan kaki sahaja yang memerlukan rawatan. Pastikan anda juga mempunyai perlindungan untuk kesihatan dalaman tubuh badan anda.

Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Perlindungan Kesihatan Masa Hadapan

Insurans Medikal Kad Terbaik Dari PolicyStreet

Setiap dari kita perlu menjaga kesihatan dan penjagaan itu haruslah bermula dari sekarang kerana mencegah lebih baik daripada merawat bukan? Oleh itu, bagi anda yang sering menghabiskan kebanyakan masa anda di luar, anda sebenarnya terdedah dengan pelbagai jenis risiko dan adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan anda. Lindungi kesihatan diri anda dengan mengamalkan petua seperti yang telah kami senaraikan di atas. Dapatkan kad medikal AXA eMedic untuk perlindungan kesihatan anda sementara anda masih sihat!

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview/bm

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online