• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Khasiat Kismis (2020): 4 Kebaikan Kismis yang Perlu Kita Tahu!

Hafiqah Ali / 01/10/2019

Khasiat kismis dalam membantu kesihatan individu:

khasiat kismis Dan Kebaiknya Malaysia (2020)

Khasiat kismis – Kismis mungkin mempunyai rupa yang tidak begitu menarik bagi sesetengah individu oleh kerana kulitnya yang kering dan juga kecut. Namun tahukah anda bahawa walaupun rupa kismis yang sebenarnya dihasilkan daripada buah anggur yang telah dikeringkan adalah sedemikian rupa, ianya adalah makanan alternatif kepada gula – gula. Menarik bukan? Proses membuat kismis adalah melalui kaedah haba matahari atau haba kering yang tidak menjejaskan semua khasiat – khasiatnya yang baik dari sudut kesihatan. Selain itu, walaupun kering, kismis mengekalkan rasa manis semula jadi dan bagi setiap 100 gram kismis hanya mempunyai 249 kalori, sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan dan mengawal berat badan!

Menguatkan daya ingatan

Menguatkan Daya Ingatan - khasiat kismis

Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda, terutamanya bagi kanak – kanak. Hal ini kerana, kismis mengandungi kandungan gula ringkas dan juga mineral surih iaitu boron. Untuk pembaca yang mungkin tidak tahu, gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak untuk berfungsi dengan lebih tetapi perlulah diambil dengan konsisten. Selain itu, setiap pengambilan kismis juga hendaklah dalam kuantiti yang banyak kerana dengan itu gula ringkas dapat diserap ke dalam sistem badan dengan lebih cepat. Boron pula mampu meningkatkan tumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Maka, kismis sememangnya disarankan untuk pemakanan kanak – kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius pada masa hadapan.

Menguatkan tulang

Menguatkan Tulang - Kabaikan Kismis

Sebagaimana diketahui, manusia memerlukan pelbagai jenis vitamin untuk memastikan sistem ketahanan badan berada dalam keadaan yang optimum untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, jika anda masih tertanya – tanya makanan apa yang anda perlu ambil untuk melengkapkan keperluan kalsium anda, ketahuilah bahawa setengah cawan kismis adalah bersamaan dengan 45 miligram kalsium yang sudahpun memenuhi 4 peratus daripada keperluan kalsium harian anda! Jadi, secara tidak langsung, pengambilan kalsium secara rutin akan membantu tulang menjadi kuat yang sangat sesuai bagi anak -anak dalam proses sedang membesar. Kepada wanita yang mengalami menopaus, kandungan kalsium dalam kismis turut membantu dalam mencegah osteoporosis yang sering berlaku seiring dengan peningkatan usia.

Mengurangkan Sembelit

Mengurangkan Sembelit untuk

Selain meminum air sebanyak 8 gelas sehari serta melakukan senaman sekerap yang mungkin, sembelit juga boleh diatasi dengan pengambilan kismis secara berkala. Mungkin kerana saiznya yang kecil menyebabkan ianya tidak begitu menonjol, tetapi Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 gram serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya serta membersihkan kolon dan usus sekaligus melawaskan pembuangan air. Satu tip penting adalah dengan meminum air rendaman kismis kerana oleh kerana kandungan seratnya yang tinggi, buahan kering ini akan bertindak sebagai julap semula jadi apabila direndam di dalam air.

Gigi Sihat Dan Kuat

Kebaikan Kismis - Gigi Sihat dan Kuat

Selalunya bahan manis akan menyebabkan gigi rosak, tetapi tidak pada kismis. Anggur kering ini langsung tidak menyebabkan berlakunya kaviti dan penyakit gusi, bahkan akan menyebabkan gigi menjadi sihat dan kuat kerana mengandungi ia mengandungi asid oleanolik yang sangat efektif dalam membunuh bakteria. Selain itu, terdapat satu kajian oleh Universiti Illinois di Amerika Syarikat yang membuktikan kewujudan antioksidan dalam kismis yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut. Maka, jika ada daripada kalangan pembaca yang sedang menghadapi masalah mulut berbau, pengambilan kismis dalam diet seharian amatlah digalakkan untuk mengatasi ketidakselesaan berikut.

Menurunkan tekanan darah tinggi

khasiat kismis menurunkan tekanan darah anda (2020)

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi yang sedikit tinggi daripada keadaan normal, atau lebih dikenali dengan hipertensi, anda boleh mencuba untuk memakan kismis dalam kuantiti yang banyak secara konsisten. Ini kerana menurut stau kajian ke atas sekumpulan individu yang mempunyai tekanan darah yang agak tinggi, rutin pengambilan kismis sebanyak 3 kali sehari oleh mereka ternyata menurunkan tekanan darah kepada keadaan biasa, berbanding pengambilan snek – snek yang lain. Hal ini kerana kismis kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium yang merupakan antara elemen penting dalam membantu mengurangkan tekanan darah tinggi seseorang.

Konklusi

Pengambilan kismis sememangnya dapat membantu kesihatan namun adakah anda sudah mempunyai perlindungan kad perubatan bagi memastikan anda sentiasa dilindungi sekiranya terjadi sebarang kemalangan atau penyakit yang tidak diingini? Kami di PolicyStreet menawarkan medical card yang sangat mudah untuk mendapatkannya secepat 5 minit. Kami juga menawarkan harga yang sangat berpatutan dan pastinya dengan penjimatan kos perubatan bil di hospital.

Dapatkan Kad Perubatan Secara Atas Talian Oleh AXA eMedic

Kad perubatan atas talian ini sangat mudah untuk dimiliki kerana anda hanya perlu membuat pembayaran secara atas talian dan boleh memilih untuk membuat pembayaran secara tahunan ataupun bulanan. Dan yang paling penting sangat pantas dengan harga yang sangat berpatutan di pasaran serendah RM 32/sebulan! Kini, anda boleh sentiasa memastikan diri anda dilindungi dan juga ahli keluarga anda dilindungi. Kami mempunyai berita baik kerana kini anda boleh melayari laman web kami yang berbahasa Malaysia. Kami ingin memudahkan anda untuk lebih memahami produk insurans ini dan lebih meyakini produk kad medikal ini. Klik di sini dan dapatkannya SEKARANG!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online