Sakit kepala bukan sahaja berlaku pada orang yang mempunyai masalah migrain, kini banyak penyakit yang telah berlaku dan melibatkan tanda-tanda sakit kepala yang kerap. Terdapat banyak jenis sakit kepala yang perlu anda tahu bagi mengenalpasti apakah sakit kepala yang anda alami justeru anda dapat mengubati sakit kepala anda.
Sakit kepala berlaku disebabkan oleh saraf otak yang terkesan kerana faktor pemakanan, rutin hidup harian seperti amalan hidup, penyakit yang dialami dan lain-lain lagi.
12 Punca Kerap Sakit Kepala Malaysia
Sakit kepala sering berlaku kepada mereka yang mencecah belasan tahun sehinggalah dewasa. Perbezaan dari segi peringkat umur juga mempengaruhi punca-punca sakit kepala yang kerap mereka alami. Terdapat banyak sebab kenapa anda sering mengalami sakit kepala.
- Stress dan menghadapi tekanan di tempat kerja atau sewaktu belajar
- Perut kosong dan tidak makan
- Tiada tenaga dan kurang pengambilan gula
- Tidak cukup tidur atau insomnia sepanjang malam
- Tekanan darah tinggi dan juga berisiko mengalami hypertension
- Makanan tidak lawas dan dihadam dengan sempurna
- Sering terdedah dengan radioaktif teknologi seperti handfon, gadget dan sebagainya yang menyebabkan sakit kepala berlaku
- Hormon tidak stabil dan kadang kala ia disebabkan tanda-tanda awal datang bulan
- Ketagih mengambil minuman berkafein atau bikarbonat
- Mempunyai alergi dengan ruang tempat, cuaca, bau dan segala persekitaran anda
- Mempunyai sinus, penyakit demam, selsema dan sebagainya
- Tanda-tanda awal hamil
Penyakit Sakit Kepala Yang Kerap Dialami Ramai
- Sinus – Sakit kepala sinus ini sering terjadi disebabkan oleh radang, bengkak ataupun jangkitan yang berlaku melibatkan organ lain. Ia akan menyebabkan demam juga terjadi.
- Migraine – Migraine berlaku kerana pembuluh darah berada dalam keadaan yang tidak stabil, tidak terurus, ia akan menjadi bengkak disebabkan oleh faktor tekanan, pemakanan dan sebagainya.
- Tension – Sakit kepala tension ini terjadi melibatkan saraf-saraf otak dimana otot kepala akan menegang dan terasa sakit. Kadang kala penglihatan anda juga tidak akan begitu jelas.
Akibat Kerap Sakit Kepala Kepada Kesihatan
Terdapat banyak kesan dan akibat sakit kepala yang kerap berlaku terhadap kesihatan anda. Semestinya kehidupan dan aktiviti anda akan terasa sedikit terganggu. Mari kita lihat akibat kerap sakit kepala kepada kesihatan anda.
1. Cenderung Kepada Penyakit
Kerap mengalami sakit kepala menjadikan keadaan anda cenderung mendapatkan penyakit sekiranya anda masih belum merawat sakit kepala yang sering dialami sebelum ini. Penyakit yang dialami boleh jadi penyakit biasa ataupun penyakit kronik.
Penyakit-penyakit Akibat Kerap Sakit Kepala
- Vertigo – Sakit kepala yang sering berasa berputar secara tiba-tiba, hilang fokus dan sering sakit kepala.
- Meningitis – Ia adalah jangkitan atau radang yang terjadi pada selaput otak dan akan menyebabkan sakit kepala yang berterusan dan kerap.
- Migraine – Migraine terjadi kerana tekanan atau pembengkakan otak dan saraf yang sentiasa dirasai menyebabkan berlaku sakit kepala.
- Sinusitis – Sinusitis adalah penyakit radang atau jangkitan disebabkan oleh kuman dan bertempat di rongga-rongga badan seperti mulut, hidung dan sebagainya.
- Cluster – Sakit kepala kluster menjadikan anda tidak dapat tidur malam, sakit kepala akan berpindah ke pipi, leher dan sebagainya. Ia terjadi kerana amalan merokok, keturunan keluarga dan sebagainya.
- Strok – Strok akan berlaku sekiranya kepala sakit secara kerap dan mengalami keletihan otak dan saraf. Penggunaan ubat sakit kepala berlebihan selalunya akan menyebabkan risiko strok.
- Mata semakin rabun dan tidak jelas juga merupakan salah satu akibat yang anda akan alami dek kerana sakit kepala yang sangat kerap. Justeru, kesihatan anda juga turut terjejas dari segi penglihatan, keletihan dan sebagainya.
2. Mengakibatkan Pendarahan
Pendarahan antara otak dan tisu yang menyelaputi otak mungkin terjadi disebabkan oleh saluran darah yang bergumpal serta kesan daripada rutin harian anda seperti merokok, mengalami tekanan, mempunyai tekanan darah tinggi dan sebagainya. Selain itu, pendarahan juga berlaku oleh kerana jangkitan bakteria pada organ-organ wajah seperti hidung, mata, telinga dan lain lagi.
3. Penyakit Kronik Dan Tumor
Kerap sakit kepala juga boleh mengakibatkan berlakunya penyakit kronik dan tumor. Penyakit kronik yang amat ditakuti adalah sakit kanser otak dan tumor pula merupakan ketumbuhan yang terjadi di dalam kepala anda. Kedua-dua sakit kepala kronik ini terjadi akibat dari sakit kepala yang terlalu kerap sehingga melibatkan sakit di bahagian dahi, kepala dan di bawah belakang kepala.
Bahaya sakit kepala yang tiada sebab dan penyelesaiannya kerana dikuatiri anda mempunyai penyakit kronik. Bagi mencegah sebelum terlambat, anda boleh melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital sementara masih awal. Segala persiapan mengubati kerap sakit kepala boleh diambil dalam tempoh masa yang awal untuk mengelakkan sebarang masalah termasuklah proses pembiayaan perubatan dan pembedahan.
Pastinya penyakit kronik atau sakit kepala yang kerap ini memerlukan anda bermalam di hospital atau paling tidak pun, anda perlu ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada siang hari tanpa bermalam di sana. Bagaimana pula dengan kos rawatan dan pembedahan penyakit tersebut?
AXA eMedic Online Medical Card
Medical Card AXA adalah inisiatif yang dilakukan oleh pihak Policy Street dalam membantu anda mengatasi masalah kewangan atau penjimatan kerana secara online sahaja, kad ini boleh menjadi milik anda dan anda boleh gunakannya bagi mendapatkan rawatan di hospital tanpa perlu membawa tunai. Policy Street merupakan syarikat yang komited memberikan anda pelbagai perlindungan dan perkhidmatan untuk anda mendapatkan kehidupan yang lebih terjamin, sihat dan bahagia.
Konsep AXA Medical Card
Kadar Bulanan Yang Rendah
AXA Medical card berfungsi memberikan perubatan dan rawatan kepada anda tanpa menggunakan tunai dimana anda lebih jimat dan bernasib baik. Dengan hanya serendah RM32 sebulan, anda layak menerima segala manfaat medical card AXA.
Had Limit Tahunan
Medical Card AXA juga mempunyai had limit tahunan iaitu sebanyak RM20K, RM50K dan juga RM100K. Anda akan menerima pembiayaan bil mengikut jumlah bil mengikut had limit tahunan.
Tiada Limited Hari Masuk Wad
Anda boleh masuk wad di hospital sekiranya diarahkan dan anda tidak perlu risau kerana Medical Card AXA akan membiayai kos rawatan dan hospital anda walau beberapa hari anda berada di hospital. Namun, ia maksimum sehingga had limit tahunan.
Umur
Anda yang berumur seawal 16 tahun sehingga 39 tahun boleh mendapatkan medical card AXA bagi menerima manfaat dan kelebihan setiap kali pergi ke hospital, sakit dan sebagainya.
Tanpa Medical Check up
Pada mulanya untuk berdaftar dengan perlindungan ini, anda tidak perlu ke klinik atau hospital untuk melakukan check up dan sebagainya. Tanpa medical check up, anda juga dapat memiliki medical card AXA dan boleh gunakannya pada bila-bila masa mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak AXA.
- E-Medical Card Sahaja
Anda boleh berdaftar secara online dengan melayari laman web atau menelifon pihak Policy Street dan akan menerima eMedical card secara online sahaja tanpa kad fizikal.
Kelebihan AXA Medical Card
Axa Medical Card memberi banyak kebaikan kepada anda dalam menjadikan AXA sebagai medical card yang terbukti membantu ramai masyarakat diluar sana. Anda akan menerima kelebihan dari segi hospital, pembedahan dan kemalangan.
Kemudahan Bilik Rawatan
- Bilik wad di hospital disediakan kepada pesakit atau pemegang kad.
- Kemudahan termasuk makanan, bilik wad hospital, perkhidmatan penjagaan jururawat dan sebagainya.
- Anda akan menerima sejumlah RM250 untuk semalaman sekiranya masuk hospital. Ia bukanlah hanya untuk 1 malam sahaja, tetapi untuk beberapa malam untuk anda terus akan mendapat faedahnya namun ia tertakluk kepada had limit tahunan.
Hospitaliti Dan Pembedahan
- Anda akan menerima keperluan hospital dengan lengkap
- Terdapat 3 unit dan perkara penting yang perlu dilihat iaitu hospitaliti dan pembedahan, Care Unit Daycara (ICU) dan juga prosedur pembedahan.
- Ketiga-tiga perkara ini membolehkan anda membuat tuntutan mengikut jumlah asal bil dan tertakluk kepada had limit tahunan dan potongan.
Rawatan Pesakit Luar
- Rawatan perubatan akan dilakukan tanpa pesakit bermalam di hospital.
- Rawatan outpatient terbahagi kepada 3 iaitu pre hospitalization, post hospitalization dan rawatan fisioterapi dan juga kemalangan pesakit luar.
- Pre hospitalization diberikan berdasarkan jumlah bil sebenar sehingga had limit tahunan 3 kali ganda.
- Post hospitalization dan rawatan fisioterapi juga berdasarkan jumlah bil tetapi mengikut had limit tahunan serta potongan.
- Kemalangan bagi pesakit luar pula dikira tuntutan sejumlah bil sebenar dan had limitnya adalah 3 kali ganda tahunan untuk 1 jenis ketidak upayaan anda atau pesakit.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang AXA Medical Card?
- Pesakit perlu mendapatkan rawatan di hospital panel AXA sahaja. Hospital panel memberikan anda rawatan secara terus menerus tanpa tunai tetapi hanya perlu menggunakan medical card AXA.
- Anda boleh melihat senarai hospital panel di laman web pihak Policy Street. Pasti akan ada panel hospital yang terdekat dengan tempat tinggal anda.
- Sekiranya anda telah mendapatkan plan perlindungan AXA dengan potongan RM1000, anda boleh membuat pembiayaan RM1000 untuk rawatan sementara pihak AXA akan menanggung bayaran selebihnya. Begitu juga sebaliknya sekiranya anda tidak membuat potongan RM1000, pihak AXA akan menanggungnya manakala anda hanya membiayai lebihan dari had limit tahunan sahaja sekiranya ada.
- Tuntutan Boleh dibuat selepas 30 hari plan di beli. Selepas anda mendapatkan plan perlindungan atau medical card AXA ini, anda boleh membuat tuntutan selepas 30 hari kecuali hanya disebabkan oleh cedera parah kerana kemalangan sahaja yang membolehkan anda membuat tuntutan plan dengan segera.
Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Merawat Sakit Kepala Anda Yang Kerap
Pastinya penyakit kronik atau sakit kepala yang kerap ini memerlukan anda bermalam di hospital atau paling tidak pun, anda perlu ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada siang hari tanpa bermalam di sana. Bagaimana pula dengan kos rawatan dan pembedahan penyakit tersebut? Masalah anda boleh diselesaikan dengan bantuan AXA eMedic Online Medical Card di mana pihak AXA dan PolicyStreet sangat komited dalam membantu anda membiayai kos perubatan, pembedahan dan hospital anda. Dengan satu medical card sahaja, anda kini bebas mendapatkan rawatan di hospital tanpa cash atau tunai. Siapa yang tidak mahu perlindungan yang sangat berbaloi dan memudahkan ini?
PolicyStreet memahami jiwa anda sebagai seorang pesakit yang memerlukan rawatan dan pembiayaan kos yang banyak. Kerana itulah anda harus dapatkan pelan ini kerana terdapat banyak kelebihan yang anda akan perolehi jika anda sertai kami. Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu. Dapatkan AXA eMedic, medical card terbaik yang ditawarkan dari kami di PolicyStreet.
PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM50 rebat bagi setiap pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di PolicyStreet!