Keputihan bukanlah perkara yang asing lagi bagi kaum hawa. Ianya adalah penyakit yang sangat umum di kalangan wanita di seluruh dunia. Namun apa yang ironinya ialah kebanyakan wanita juga tidak begitu cakna tentang masalah keputihan yang mereka alami serta kurang pengetahuan tentang penyakit keputihan ini.
Keputihan ialah lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita di mana kebiasaannya ramai wanita menganggap bahawa penyakit ini adalah penyakit lazim yang berlaku sebelum kitaran haid seseorang itu bermula. Statistik menunjukkan bahawa hampir 75 peratus wanita yang sudah berkahwin mengalami masalah keputihan ekoran daripada aktiviti seksual. Keputihan adalah penyakit yang perlu diberikan perhatian serta tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas tentang penyakit ini supaya mereka mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj yang semulajadi dengan penyakit keputihan yang serius di mana rawatan perubatan diperlukan.
Apakah jenis-jenis keputihan wanita?
Keputihan terbahagi kepada dua jenis iaitu keputihan patologik dan keputihan fisiologis. Keputihan patologik ialah keputihan yang bersifat kronik di mana lendiran yang keluar menunjukkan sifat-sifat penyakit seperti keputihan berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau hanyir dan busuk, keputihan bersifat kental serta menyebabkan kegatalan di bahagian faraj wanita. Bertentangan dengan itu, keputihan yang bersifat fisiologis pula ialah keputihan normal yang berlaku pada setiap wanita semasa mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid bermula (menstruasi). Keputihan fisiologis adalah normal dan tidak menunjukkan ciri-ciri penyakit. Antara tanda-tanda keputihan fisiologis ialah keputihan tidak berbau busuk, tidak menyebabkan kegatalan di bahagian faraj dan lelehan lendir yang keluar adalah berwarna putih atau krim serta kuantiti lendir yang keluar adalah sedikit dan cair. Keputihan fisiologis adalah keputihan normal di mana kebanyakan wanita di seluruh dunia alaminya namun keputihan yang bersifat patologik pula adalah keputihan bersifat penyakit yang disebabkan oleh jangkita kuman atau kulat dan dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan.
Apakah hubungan mikroorganisma dengan penyakit keputihan?
Mikroorganisma dan keputihan adalah perkara yang sangat berkait rapat. Di bahagian faraj wanita terdapat pelbagai bakteria yang dikenali sebagai bakteria semulajadi. Tahukah anda bahawa terdapat sejenis bakteria semulajadi yang dipanggil sebagai Lactobacillus yang sangat berguna di bahagian faraj wanita? Lactobacillus berfungsi sebagai sumber utama Asid Lactic yang berfungsi dalam mengekalkan PH di antara 3.5 sehingga 4.6 dalam persekitaran keasidan di bahagian faraj wanita. Bakteria semulajadi ini juga berfungsi untuk melindungi faraj wanita daripada jangkitan kuman yang tidak baik.
Wanita tidak dinasihatkan untuk menggunakan produk pencuci bahagian intim kerana produk tersebut boleh mengganggu PH dan membunuh normal flora yang sedia ada di bahagian faraj wanita lalu boleh menyebabkan jangkitan kuman kerana fungsi bakteria semulajadi telah terganggu oleh faktor luaran. Perkara ini boleh menyebabkan pertumbuhan organisma yang lain di bahagian faraj wanita secara berlebihan sehingga menyebabkan jangkitan kuman.
Apakah penyebab yang menyumbang kepada masalah keputihan?
Faktor Kebersihan
Perkara utama yang boleh menyumbang kepada masalah keputihan adalah disebabkan oleh kebersihan di bahagian faraj wanita. Kebersihan di bahagian faraj haruslah dijaga dengan baik agar tidak dijangkiti kuman. Sekiranya bahagian sulit sentiasa dalam keadaan lembap, ianya akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Oleh itu, setiap wanita sentiasa digalakkan untuk membasuh bahagian vagina mereka dengan bersih selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual.
Faktor Gaya Hidup
Faktor gaya hidup juga memainkan peranan kepada masalah keputihan. Wanita yang mempunyai gaya hidup yang tidak sihat seperti sering melakukan aktiviti seks rambang lebih berisiko untuk mendapat pelbagai jangkitan di bahagian faraj mereka dan ianya termasuklah berisiko untuk terkena penyakit keputihan yang teruk.
Faktor Hormon
Hormon wanita yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit keputihan menjadi teruk. Ketidakseimbangan hormon boleh terjadi oleh sebab-sebab berikut:
- Stres atau tekanan emosi yang melampau boleh mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
- Pengambilan ubat-ubatan yang banyak dalam tempoh yang lama terutama pengambilan antibiotik boleh membunuh bakteria semulajadi di bahagian faraj dan menyebabkan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria membiak.
- Hormon pembiakan pada wanita hamil iaitu perembesan hormon estrogen juga boleh membenarkan pertumbuhan kulat melekat pada dinding faraj wanita dengan lebih mudah.
- Pengambilan pil pencegah kehamilan dan sejenis dengannya juga boleh mengganggu kestabilan hormon wanita tersebut.
Faktor Kesihatan
Kesihatan adalah antara faktor terbesar yang boleh menyebabkan masalah keputihan terjadi. Menurut kajian, wanita yang mempunyai penyakit kencing manis lebih cenderung untuk mendapat masalah keputihan kerana kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj membolehkan pertumbuhan kulat dan bakteria membiak dengan mudah di bahagian faraj. Di samping itu, wanita yang mempunyai sistem imun badan yang rendah akibat penyakit berbahaya seperti barah, AIDS dan sebagainya juga cenderung untuk mendapat jangkitan di bahagian faraj.
Apakah jenis-jenis bakteria yang menjadi punca kepada keputihan tidak normal?
Gardnerella Vaginalis – Sejenis bakteria yang membiak pada faraj wanita berpunca daripada hubungan seks rambang, penggunaan alat kontraseptif serta tabiat merokok yang teruk. Antara ciri-ciri klinikal jangkitan ini ialah keputihan berwarna putih kekelabuan serta sedikit berbuih. Selain itu, keputihan juga akan berbau busuk dan pesakit itu juga akan mengalami kegatalan dan kerengsaan pada bahagian farajnya.
Candida Albicans – Sejenis kulat yang tumbuh di bahagian faraj wanita akibat daripada pengambilan antibiotik yang banyak, penggunaan pil perancang keluarga, kehamilan, penyakit kencing manis dan sistem pertahanan badan yang lemah dan rendah akibat daripada penyakit berbahaya seperti AIDS, barah dan sebagainya. Ciri-ciri klinikal yang boleh anda kenalpasti ialah anda berasa sakit semasa membuang air kecil, berasa gatal di bahagian faraj, sakit semasa melakukan aktiviti seksual, berbau busuk serta lelehan yang keluar adalah berwarna putih dan bersifat kental.
Trichomonas Vaginalis – Sejenis jangkitan parasit pada bahagian faraj wanita yang berpunca daripada hubungan seks rambang yang tidak sihat. Antara ciri-ciri klinikal yang boleh diperhatikan ialah pesakit berasa sakit ketika membuang air kecil dan ketika melakukan seks. Selain itu, terdapat kerengsaan pada faraj dan lelehan yang keluar selalunya bernanah. Di samping itu, faraj juga berbau hanyir serta berbuih.
Apakah cara-cara untuk mencegah masalah keputihan?
Penyakit keputihan sememangnya tidak boleh dipandang ringan sama sekali kerana penyakit ini berisiko untuk menyebabkan kemandulan, kehamilan di luar rahim serta boleh menyebabkan seorang wanita itu mendapat kanser rahim yang boleh mengakibatkan kepada kematian. Antara cara-cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah masalah keputihan membiak dan bertukar menjadi penyakit yang lebih serius adalah:
- Menjaga kebersihan bahagian faraj anda dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering.
- Sentiasa menukar tuala wanita dengan kerap semasa haid atau mentruasi.
- Elakkan daripada menggunakan produk pembersih intim wanita yang boleh menyebabkan PH di bahagian faraj anda terganggu.
- Jaga pemakanan anda dan kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula.
- Elakkan daripada memakai seluar dalam yang terlalu ketat dan yang diperbuat satin serta pakai pantyliner ketika perlu sahaja.
- Basuh bahagian sulit anda dengan air bersih dan buang air kecil selepas melakukan aktiviti seksual.
- Jangan menggunakan sebarang bedak atau produk wangian pada bahagian faraj anda.
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan jauhkan diri daripada melakukan hubungan seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan.
- Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mendapati sesuatu yang tidak normal berlaku di bahagian faraj anda.
Dapatkan Kad Medikal Terbaik dari AXA eMedic sebagai Perlindungan Kesihatan Anda di Masa Hadapan.
Penyakit keputihan adalah penyakit yang boleh membahayakan kesihatan seseorang wanita. Ia bukan sahaja boleh mengganggu hari-hari anda dan membuatkan anda tidak selesa untuk menjalani hari anda namun ia juga berisiko untuk menggugat nyawa anda sekiranya keputihan yang anda hidapi ialah keputihan yang bersifat patologik di mana ianya dikelaskan sebagai keputihan yang kronik. Tiada siapa yang dapat meramalkan masa hadapan. Oleh itu, persiapkanlah diri anda dengan kad medikal dari AXA eMedic sebagai perlindungan kesihatan anda di masa hadapan. Perbelanjaan rawatan dan perubatan boleh memberi bebanan yang tinggi kepada anda dan keluarga. Namun begitu, sekiranya anda dapatkan kad medikal AXA eMedic ini dari kami di PolicyStreet, anda telah mengurangkan bebanan yang bakal ditanggung oleh keluarga anda. Apa yang harus anda tunggu lagi? Dapatkan segera sementara anda masih sihat! Layari laman web www.PolicyStreet.com untuk maklumat lanjut berkaitan kad medikal AXA eMedic dan pelbagai lagi tawaran yang disediakan oleh kami di PolicyStreet.