• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Instantly Compare Car Insurance Here!
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
  • Insurance
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Kepentingan Medical Card Kepada Diri Anda

Munirah Bahri / 09/10/2018

Pernahkah anda mempertimbangkan untuk memiliki medical card untuk diri anda sendiri? Ramai yang masih berkira-kira dan menangguhkan hasrat untuk memiliki medical card kerana ingin mengumpul duit terlebih dahulu dan akhirnya sampai sekarang masih tertangguh dan tiada hasil. Namun apabila usia semakin meningkat, anda mula memikirkan semula dan bersedia untuk mendapatkan perlindungan medical card. Dan apabila itu berlaku, anda sudah melepasi umur yang ditetapkan dan tidak layak memiliki medical card. Ada seperkara yang anda perlu ingat bahawasanya medical card tidak melindungi bil hospital seumur hidup. Setiap medical card mempunyai syarat kelayakan dan tempoh perlindungan yang tertentu. Jadi, fikir kembali tentang kegunaan kad ini untuk masa hadapan.

Kepentingan Medical Card Yang Perlu Diketahui

Sebelum membeli medical card, adakah anda faham kepentingan dan fungsi medical card ini? Jangan sekadar memiliki medical card tetapi tidak tahu tentang kepentingan medical card ini. Adalah sangat rugi jika anda tidak cuba fahamkan dengan lebih mendalam tentang medical card. Bagi memastikan anda mendapat manfaat yang sewajarnya daripada pelaburan kesihatan anda, anda perlu tahu fungsi dan kepentingan medical card dan apa yang boleh anda dapat apabila memiliki medical card dari AXA eMedic ini. Artikel ini bertujuan untuk membantu anda untuk memahami manfaat dan kelebihan yang layak anda terima apabila melabur dengan AXA.

Pelaburan Bijak

Kepentingan Medical Card Yang Perlu Diketahui Seperti Pelaburan Bijak

Adalah lebih baik sekiranya anda memiliki medical card daripada memiliki kad kredit. Jika anda memiliki medical card sekurang-kurangnya anda tidak perlu memikirkan kos rawatan yang perlu anda bayar apabila anda ditimpa kemalangan atau mengalami sebarang kecederaan yang tidak disengajakan akibat kemalangan atau jatuh. Jika anda memiliki kad kredit, ia memang boleh membantu anda membuat pembayaran rawatan di hospital tetapi anda masih berhutang dengan bank. Jangan menambahkan lagi beban kewangan anda setelah hutang pelajaran. Tetapi dengan memiliki medical card, anda sudah terjamin dari segi kewangan kerana anda telah membuat pelaburan setiap bulan dengan membayar kepada pihak insurans. Ianya sangat berbaloi untuk kemudahan anda pada masa hadapan.

Harga Pada Kadar Yang Lebih Rendah

Kepentingan Medical Card Yang Perlu Diketahui Seperti Pelaburan Bijak

Di usia lingkungan 20-an, adalah disarankan untuk anda memiliki medical card ini. Hal ini kerana, pada usia yang muda, peruntukan yang perlu anda keluarkan adalah lebih rendah berbanding apabila umur anda mencecah 30-an. Saya faham, di usia yang muda ini anda pasti memikirkan tentang wang simpanan dan wang perbelajaan harian anda. Namun, jika tidak bermula sekarang, anda pasti tidak akan memulakannya langsung. Tambahan pula,

Perlindungan Kos Perubatan Ahli Keluarga

Kepentingan Medical Card Yang Perlu Diketahui Seperti Perlindungan Kos Perubatan Ahli Keluarga

Saya tahu, apabila anda bekerja, anda mungkin dibekalkan medical card daripada company. Ini adalah bahagian yang paling penting apabila anda mempunyai medical card dari company dan juga diri anda sendiri. Apabila anda dimasukkan ke hospital, gunakan medical card yang dibekalkan oleh company anda kerana ini dapat menjimatkan limit tahunan pada medical card anda. Tambahan pula, limit tahunan pada medical card company biasanya tidak banyak. Dan biasanya, medical card dari company boleh melindungi ahli keluarga anda. Jadi, lebih praktikal untuk anda menggunakan medical card company untuk membiayai perubatan kesihatan keluarga anda dan menggunakan medical card peribadi anda untuk merawat diri sendiri.

Cashless Admission

Kepentingan Medical Card Yang Perlu Diketahui Seperti Cashless Admission

Tidak perlu wang pendahuluan. Dengan medical card AXA eMedic, anda tidak perlu lagi risau tentang wang dan bimbang kerana perlu membayar wang pendahuluan untuk kemasukan hospital. Kami membantu memudahkan anda untuk mendapatkan rawatan di hospital tanpa keluh kesah. Pastikan ianya medical card AXA eMedik dan memilih pelan perlindungan premium, agar segala kos perubatan anda dilindungi tanpa menyentuh duit poket anda dan mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya.

Bilik Wad (Room & Board)

Kepentingan Medical Card Yang Perlu Diketahui Seperti Bilik Wad

Sudahlah jatuh ditimpa tangga, hati masih resah memikirkan berapa hari dan mungkin lebih dari 3 hari anda ditahan di hospital dan berapa pula jumlah harga bilik yang perlu dibayar. Mungkin ini menjadi bebanan kepada sesetengah pihak. Tetapi jika anda memiliki medical card AXA eMedic, perihal bilik wad memang tiada masalah lagi kerana medical card ini membayar keseluruhan kos perubatan bergantung kepada had tahunan yang anda telah pilih. Dan untuk ini, bilik wad anda akan ditanggung sehingga RM250 sehari dan yang paling menarik, ia tiada had hari.

Dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic Untuk Pelaburan Kesihatan Masa Depan Dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian

Kepentingan Medical Card Yang Perlu Diketahui Seperti PolicyStreet Menyediakan Pelan Insurans Murah

Adakah anda sudah memiliki medical card anda sendiri? Jika belum, anda mungkin perlu fikirkannya kembali. Sekiranya anda mengalami masalah kewangan, ada pelbagai jenis cara bagi mengatasi masalah ini. Anda mungkin perlu menyenaraikan perbelanjaan bulanan anda dan cuba untuk mengurangkan kos bulanan anda dengan menyingkirkan perkara yang tidak penting. Dengan ini, anda dapat menyimpan untuk perlindungan kesihatan masa depan anda. Dapatkan medical card untuk perlindungan masa hadapan anda dan pelaburan perubatan kerana ia sangat berbaloi dan berpatutan. Anda mungkin merasakan bahawa medical card ini tidak begitu mustahak, tetapi kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku kepada kita tetapi kita masih mampu untuk mengawal masa hadapan dengan melakukan perkara yang sewajarnya.

Kepentingan Medical Card Yang Perlu Diketahui Dan Beli Dari PolicyStreet

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara atas talian dan ia hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja. Anda boleh dapatkan Medical Card Terbaik Dari AXA eMedic dan RM30 Starbucks Gift Card Bagi Setiap Pembelian pada harga serendah RM 32/sebulan dan segalannya lebih mudah dan pantas. Klik pautan di sini!!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Coverage Guide (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah

15 Rumah Kucing Yang Simple Dan Mudah Dibina Secara DIY

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online