• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Compare Car Insurance Online!
    • Comprehensive Car Insurance
    • Mileage Based Car Insurance
    • Third Party Car Insurance
    • Third Party, Fire & Theft Insurance
  • Insurance
    • Insurans Kereta Online
    • 马来西亚车险
    • Motor Insurance
    • Motorcycle Insurance
    • Medical Card

Kemalangan Jalan Raya? Apa yang perlu dilakukan?

Izzah Faiz / 23/10/2020

Apabila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya pekara pertama semestinya anda berasa panik, takut dan risau dengan pekara yang terjadi. Seperti kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Anda langsung tidak dapat menjangka situasi yang akan berlaku.

Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja dan semestinya tidak dapat diramalkan. Tetapi apa yang paling penting adalah langkah yang diambil setelah menghadapi kemalangan kereta.

Adakah anda mengetahui langkah-langkah yang harus diambil setelah menghadapi kemalangan kereta?

Pekara yang paling penting adalah jangan biar emosi menghalang anda untuk membuat keputusan yang rasional!

Kami pihak Policy Street ingin berkongsi 8 langkah mudah untuk menangani keadaan yang tidak diingini dengan lebih cekap dan pantas.

Langkah 1: Hentikan kereta dan tenangkan diri anda

Pekara penting yang perlu diingati adalah anda tidak boleh melarikan diri dari tempat kejadian walaupun kemalangan itu kecil. Jangan panik dan cuba bertenang sebaik mungkin, penyelesaiannya ada di depan mata anda.

Langkah 2: Nilai situasi kemalangan 

Anda harus menilai situasi kemalangan; samada teruk atau tidak bagi pihak anda dan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan itu. Diingatkan juga supaya anda menyalakan lampu kecemasan dan memakirkan kenderaan anda di pinggir jalan (lokasi yang lebih selamat) untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan berlaku.

Langkah 3: Periksa diri anda jikalau ada kecederaan

Anda harus memeriksa luka dan pendarahan diri sendiri dan pihak ketiga. Jika anda atau pihak ketiga memerlukan bantuan perubatan, anda perlu segera menghubungi ambulans dan seeloknya melakukan pertolongan cemas yang ringan (disarankan agar anda menyimpan peti pertolongan cemas yang lengkap di dalam kereta anda). Tetapi jika anda merasakan kecederaan yang anda alami teruk dan tidak dapat dibantu melalui pertolongan cemas, jangan bertindak melulu dan tunggu pihak hospital datang dan memberikan bantuan yang sepatutnya.

Langkah 4: Ambil gambar kerosakan pada semua kereta yang terlibat dan kecederaan orang

Seeloknya jika berkesempatan, anda digalakkan mengambil gambar kerosakan yang berlaku pada setiap kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dan pastikan nombor pendaftaran setiap kenderaan dapat dilihat dengan jelas. Tetapi anda harus berhati-hati dan berusaha mengelakkan risiko sekiranya tempat kejadian berbahaya dan berisiko mendatangkan ancaman kepada nyawa anda.

*Peringatan penting! Jika kereta anda dan pihak ketiga dalam kerosakan yang teruk (kerosakan melebihi harga asal kereta) anda haruslah segera menelefon polis dan tunggu ketibaan mereka untuk langkah selanjutnya.

Langkah 5: Tukar maklumat dengan pihak ketiga yang terlibat

Ambil tahu kenderaan dan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan itu untuk memudahkan tuntutan insurans kereta dan laporan polis.

Langkah 6: Buat laporan polis

Laporan polis perlu dibuat paling lambat dalam tempoh 24 jam dari kemalangan kereta. Berikan butiran yang telah dicatit kepada pegawai di balai polis dan akan membuat kesimpulan siapa yang bertanggungjawab di atas kemalangan itu dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pihak yang bersalah. Saman perlu dibayar dalam masa sebulan.

Peringatan: Seelok-eloknya anda membuat laporan polis, sekiranya pihak ketiga mahu menyelesaikan di luar balai, jangan ikut dan bawa bukti yang secukupnya di balai.

Langkah 7: Hubungi syarikat insurans anda

Anda harus menghubungi syarikat insurans anda secepat mungkin, jelaskan keadaan kemalangan dan tunggu nasihat mereka mengenai langkah seterusnya. Sebilangan besar syarikat insurans akan menghubungi trak-tunda dan menarik kenderaan anda ke bengkel terdekat yang diluluskan pihak insurans.*Jika anda bertindak sendirian dan menghantar kenderaan di bengkel yang tidak diluluskan pihak insurans, tuntutan insurans anda akan ditolak dari segala kerosakan yang berlaku pada kemalangan.

Langkah 8: Tuntutan insurans

Syarikat insurans akan menghantar pelaras kerugian untuk mengakses kerosakan kenderaan anda dan mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kemalangan tersebut. Mereka kemudian akan memberitahu anda berapa banyak yang dapat anda tuntut dari kemalangan itu. Ini termasuklah tuntutan dari insurans anda atau insurans pihak ketiga.

Terdapat 4 jenis tuntutan insurans utama yang dapat anda buat:

Jenis Penerangan 
Tuntutan kerosakan sendirimenuntut kerosakan sendiri melalui polisi insurans anda sendiri
Kerosakan sendiri untuk kerosakanmenuntut insurans anda sendiri untuk kerosakan kenderaan anda tanpa kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)
Tuntutan kerosakan harta benda pihak ketigamenuntut terhadap pemandu lain atas kerosakan yang berlaku pada kenderaan anda
Tuntutan kecederaan badan pihak ketigamenuntut terhadap pemandu lain untuk perbelanjaan perubatan

Berikut adalah langkah ringkas mengenai langkah-langkah yang boleh anda baca:

Selepas membaca artikel ini, kami pasti anda mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai langkah yang perlu diambil apabila menghadapi kemalangan kereta. Kami harap artikel ini dapat membantu anda dan memberi manfaat kepada pihak anda dan pihak yang terlibat dalam kemalangan.

Walaupun malang tidak berbau, anda boleh menyediakan persediaan yang selengkapnya dengan mengetahui insurans yang melindungi. Lindungi diri anda dan orang tersayang dengan melayari www.policystreet.com dan lihat tawaran eksklusif yang dapat menjamin keselamatan anda dengan hanya di hujung jari sahaja!

Sediakan payung sebelum hujan dan lihat tawaran yang disediakan! Adakah anda terlepas satu langkah? Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut pekara yang perlu dilakukan!

Primary Sidebar

Search Topic Here

Car Insurance

5 Reasons Not To Drive Without Car Insurance

E-hailing Insurance Add-on: What you need to know

Guide: What To Do If You Hit An Animal While Driving

PrOmilej: The Car Insurance For MCO?

Windscreen Insurance (2021): All You Need to Know!

Bahasa Malaysia

Vitamin Untuk Kucing Kekal Sihat dan Cantik!

11 Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu Kucing Anda

Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu, Gemuk Dan Anak Kucing Anda!

Antara Doktor Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Puan (2021): 20 Senarai Doktor di Malaysia

Antara Doktor Pakar Sakit Tuan

20 Senarai Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia (2021)

Apa itu NCD? Panduan untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (2021)

Car Insurance Malaysia

Insurans kereta Online

汽车保险

Motorcycle Insurance

+601 11-684 2590

Get in Touch

Unit D-18-3A, Menara Suezcap 1
KL Gateway, No. 2 Jalan Kerinchi,
Gerbang Kerinchi Lestari, 59200,
Kuala Lumpur, Malaysia

 Call: +60 3-3310 0063

 WhatsApp: +601 11-684 2590

 Email: admin@policystreet.com

Our Company

About Us
News & Blog
Careers
Customer Support
Contact

Products

Life Insurance
Medical Insurance
Car Insurance
Motorcycle Insurance
Medical Malpractice Insurance
Home and Property Insurance
Disability Insurance
Diabetes Insurance
Cyber Insurance
Cancer Insurance
Business and Commercial Insurance

Newsletter

Receive resources & tools that can help you prepare for the future. You can cancel anytime.

Subscribe

PolicyStreet is a Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia Copyright © 2020 Polisea Sdn. Bhd.
Registration No: 201601041144 (1212085-T) All Rights Reserved

Insurans Kereta Online