Kelebihan memiliki motosikal yang perlu anda tahu dan kongsikan demi kesejahteraan semua:

Kelebihan memiliki motosikal? Keseronokan angin melalui rambut semasa menunggang motosikal sering menjadi impian kebanyakan mereka yang sibuk dengan kerjaya dan inginkan ketenangan walaupun seketika yang seterusnya membuat ramai mempertimbangkan untuk membeli basikal motor selalu menjadi kelebihan. Mungkin bagi sesetengah orang, motosikal hanyalah satu lagi jenis pengangkutan manakala yang lain melihat motosikal sebagai cara untuk menjadi bebas untuk menikmati jalan raya yang terbuka. Namun kini, motosikal telah mendapat populariti sebagai satu bentuk pengangkutan di Malaysia dan di juga serata dunia. Semakin ramai orang menukar cara pengangkutan daripada kenderaan roda empat mereka dan memilih untuk beralih kepada cara yang baru iaitu dua roda. Di negara ini sahaja, adalah pemandangan yang biasa untuk setiap rumah memiliki sekurang – kurangnya sebuah motosikal. Apapun alasannya, selain memenuhi keinginan, menunggang motosikal menawarkan beberapa kelebihan untuk penunggangnya.
Kelebihan Memiliki Motosikal – Kos penyelenggaraan lebih murah

Motosikal diminati ramai kerana ianya memerlukan kurang penyelenggaraan berbanding sebuah kereta. Tidak seperti kenderaan biasa, penukaran minyak juga agak mudah dan boleh dilakukan oleh pemilik motosikal sendiri. motosikal menggunakan kurang gas yang bermaksud lebih banyak penjimatan dari segi wang dan masa. Hal ini kerana, penunggang motosikal tidak perlu mengisi minyak terlalu kerap yang mana akan menjimatkan masa mereka. Malah, ini adalah salah satu sebab utama orang memilih untuk menunggang motosikal mereka untuk ditunggnag ke tempat kerja walaupun dalam cuaca buruk. belajar bagaimana untuk bekerja pada seseorang tidak begitu menakutkan kerana sistem lebih kecil dan mudah. Simpan lebih banyak wang dengan mengambil kelas untuk mengetahui bagaimana motosikal anda berfungsi dan bagaimana untuk memperbaikinya.
Mudah mencari parking

Sering kali apabila anda berada di bandar – bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang, lebih – lebih lagi jika anda mempunyai kereta yang agak besar, anda tidak boleh dengan mudah mencari tempat untuk meletakkan kereta kerana semestinya ianya terhad lalu menyebabkan ramai pemandu kereta pening kepala. Namun, pengalaman seperti ini tidak akan berlaku sama sekali kepada para penunggang motosikal. Ini kerana ianya mengambil ruang yang jauh lebih kecil daripada kereta di samping memerlukan hanya sedikit navigasi ke tempat meletak kenderaan berbanding jentera lain. Selain itu, terdapat ruang khas untuk meletakkan motosikal yang lebih memudahkan pemiliknya ataupun, sekiranya parking untuk motosikal juga penuh, boleh juga meletakkan motor di tempat parking kereta yang tidak lagi muat untuk kenderaan lain.
Mengurangkan stress semasa trafik

Trafik sentiasa menjadi masalah apabila anda perlu pergi ke suatu tempat, bukan? Namun, seperti yang semua sudah maklum, kelebihan yang paling best untuk memiliki motosikal ialah para penunggang dapat bergerak masuk dan keluar dari lalu lintas dengan mudah. Hal ini kerana, saiz motosikal yang lebih kecil berbanding kereta membuatkan ianya berupaya untuk melepasi trafik lebih cepat dan mengelakkan penunggang daripada terperangkap dalam trafik selama beberapa jam, di kawasan dan masa tertentu. Dengan motor anda tidak lagi perlu duduk di belakang lautan kereta yang menunggu lalu lintas untuk bergerak kerana motosikal boleh bergerak di antara kereta yang diletakkan di lebuh raya dan bukan menunggu giliran untuk bergerak. Kesimpulan, pilihlah motosikal jika anda sering terjejas dengan trafik ke tempat kerja, ya?
Nilai harga pasaran sukar menurun

Untuk pengetahuan, nilai harga jual semula atau harga pasaran motosikal kebiasaannya kekal lebih lama berbanding kereta. Hal ini kerana, motosikal tidak memerlukan banyak penyelenggaraan seperti kenderaan lain. Oleh itu, jika anda sudah mula bosan dengan jenama motosikal anda kelak, boleh saja anda iklankan di laman web seperti di Mudah.my dengan harga pasaran kenderaan second – hand pada masa kini untuk mendapatkan untung daripada jualan tersebut.
Insurans yang lebih murah
Jika anda merupakan seorang pengurus syarikat yang perlu membayar insurans yang tinggi untuk perniagaan anda, alternative untuk mengurangkan beban pengeluaran perbelanjaan anda adlaah dengan menggunakan motosikal ke tempat kerja. Hal ini kerana, insurans motosikal adalah jauh lebih rendah berbanding insurans kereta.
Konklusi

Ha, bagaimana? Berguna kan kelebihan – kelebihan memiliki motosikal yang telah disenaraikan di atas? Pilihan untuk membeli motosikal terletak di tangan anda namun, perkara yang paling penting adalah agar anda sentiasa bersedia untuk melindungi motosikal daripada sebarang kemungkinan akan datang. Hal ini kerana, malang sememangnya tidak berbau, kan? Namun, usah risau lagi kerana PolicyStreet berbesar hati untuk menawarkan insurans motosikal daripada Berjaya Sompo Insurance bagi memastikan pengalaman anda memiliki motosikal menjadi lebih bermakna! Untuk maklumat lanjut, layari sahaja Motosikal Insurans SEKARANG!