
Sejak COVID-19 menyerang dunia, rutin harian tidak lagi berjalan seperti biasa. Ekonomi turun dan naik dengan mendadak, orang kehilangan pekerjaan, gaji dipotong, pelajar dan pekerja terpaksa berada di rumah.
Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan menguat kuasakan PKP (Perintah Kawalan Pegerakan) pada Mac 2020 untuk mengurangkan kebolehan jangkitan kes COVID-19. Banyak sektor ekonomi tidak lagi menggunakan cara tradisional, malahan digalakkan menggunakan internet.
Sektor Insurans juga tidak ketinggalan dalam berevolusi dimana, P&O (Pacific & Orient) memperkenalkan produk terbaharu iaitu PrOmilej bagi memudahkan rakyat menyesuaikan diri di Musim PKP ini.
Apa itu PrOmilej?
PrOmilej merupakan pelan insuran kereta komprehensif berdasarkan jarak maksimum yang dijangkakan dalam tempoh lindungan insurans (setahun).
Pelan ini menawarkan semua faedah insurans kereta komprehensif dengan premium yang menyumbang pengurangan jarak perjalanan dalam masa setahun. Ia berdasarkan jarak maksimum yang anda jangkakan untuk melakukan perjalanan semasa tempoh insurans.
Insurans kereta peribadi komprehensif tradisional boleh menjadi mahal, terutamanya jika anda tidak banyak memandu. PrOmilej menawarkan harga yang lebih fleksibel pendekatan insurans kereta daripada insurans komprehensif tradisional dengan lingkungan jarak 5,000km, 10,000km dan 15,000km.
Dalam kata mudah, pelan ProMilej adalah pilihan yang bijak jika anda kurang memandu kenderaan anda. Dan apa yang membuatkan PrOmilej produk yang lebih bijak adalah di musim PKP ini, kenderaan tidak banyak digunakan kerana rakyat terpaksa duduk di rumah untuk mengurangkan keboleh-jangkitan COVID-19.
Anda boleh rujuk gambar dibawah, untuk melihat dengan lebih jelas tentang pelan PrOmilej yang ditawarkan.

Bagaimana dapat berjimat dengan PrOmilej?
Disebabkan PKP, kereta hanya dipandu untuk membeli keperluan harian, dengan jarak tidak melebihi 10km. Dengan membeli pelan PrOmilej, rakyat dapat berjimat dengan memaksimakan jarak perjalanan dalam tempoh perlindungan insurans (setahun).

Apakah kelebihan menggunakan PrOmilej?
1. Polisi ini akan memberi ganti rugi kepada anda sekiranya kenderaan anda hilang atau rosak di dalam jarak yang di peruntukan dari:
- Perlanggaran atau terbalik secara tidak sengaja;
- Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh kerosakan mekanikal;
- Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh kehausan;
- Kerosakan kesan yang disebabkan oleh objek yang jatuh dengan syarat tidak ada kejang alam yang terlibat;
- Kebakaran, letupan atau kilat;
- Kerosakan cermin depan, tingkap atau pelindung matahari termasuk filem laminasi / pewarnaan, jika ada;
- Pencurian, pecah rumah atau pencurian;
- Perbuatan berniat jahat; atau
- Kemalangan semasa di dalam perjalanan
2. Tanggungjawab keseluruhan untuk kecederaan dan kematian badan pihak ketiga tidak terhad, bagaimanapun jumlahnya terhad kepada RM3 juta untuk kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga yang berkaitan dengan satu tuntutan atau siri tuntutan yang timbul daripada satu peristiwa;
3. Polisi ini akan melindungi wakil undang-undang orang tersebut atas tanggungjawab yang dilindungi berikut ini kematian orang itu;
4. Polisi ini akan meliputi kos undang-undang sehingga maksimum RM2,000 untuk pembelaan mana-mana pertuduhan termasuk tuduhan menyebabkan kematian dengan memandu kenderaan; dan
5. Grace Mileage sejauh 500km.
Apakah Perlindungan Tambahan yang Boleh Ditambah dengan Pelan PrOmilej?
- Perlindungan cermin kereta hadapan (Windshield)
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh
Apakah yang Diperlukan untuk Membeli Pelan PrOmilej?
- Sediakan gambar odometer dan bacaan odometer yang tepat pada permulaan polisi, pembaharuan dan tuntutan anda.
- Pastikan pilih pelan jarak yang mencukupi untuk tempoh insurans anda (setahun) secara teliti semak odometer anda untuk setiap masa bagi memastikan jarak perlindungan anda tidak habis. Tambah nilai apabila perlu.
- Pastikan pembacaan odometer anda berfungsi dengan tepat dan baik.
- Pastikan guna “Semak baki mileage” bagi mengesahkan jarak baki anda.
Bolehkah Menambah Jarak Mileage Sepanjang Tempoh Polisi?
Antara soalan yang sering ditanyakan adalah, bagaimana jika memandu melebihi jarak seperti yang telah di persetujui di dalam polisi? Pelan semasa tidak mencukupi! Jangan khuatir kerana, anda boleh menambah jarak mileage anda maksimum dua kali dalam tempoh polisi.
Sekiranya anda melewati pelan sedia ada anda dan juga jarak mileage, anda hanya akan dilindungi untuk kematian pihak ketiga, kecederaan pihak ketiga dan kerosakan harta benda pihak ketiga.
Rujuk gambar dibawah untuk melihat dengan lebih jelas:

Cara Membeli PrOmilej dari PolicyStreet
Membeli pelan PrOmilej untuk polisi insurans anda di PolicyStreet semudah 4 langkah sahaja.
- Pergi ke laman web PolicyStreet dan isi maklumat yang dinyatakan
- Setelah maklumat telah lengkap, anda akan dibawa ke halaman pilihan insurans, dan pilih PrOmilej.
- Setelah anda memilih PrOmilej, akan dibawa ke bahagian Perlindungan Tambahan. Kemudian anda boleh menambah perlindungan tambahan yang sesuai dengan keperluan anda- perlindungan cermin hadapan, banjir, tambahan pemandu ataupun roadtax.
- Anda akan mendapat ringkasan pesanan, periksa butiran dan bayar!
*Pelanggan perlu menyediakan gambar odometer semasa pembelian untuk memastikan tahap jarak anda berada di mana pada tarikh polisi berkuat kuasa.
Kesimpulan
Produk terbaru dari Pacific & Orient Insurance ini di perkenalkan bukan sahaja untuk pelanggan berjimat di musim PKP ini malahan juga untuk menggalak kan orang mematuhi SOP dan bersama sama mencegah COVID-19 dari terus merebak.
Jangan khuatir kerana PolicyStreet adalah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), anda akan dapat memperoleh pelbagai jenis perlindungan insurans kereta dengan pilihan yang terbaik kepada anda dan harga yang sesuai dengan keperluan anda!
Kami berharap bahawa artikel ini dapat memberi maklumat yang bermanfaat kepada anda. Sekarang anda tahu satu lagi penjimatan yang penting berbanding rakan sejagat anda di jalan raya!
Lawati ruang blog kami untuk mendapatkan pandangan yang lebih menarik mengenai insurans kereta!